Tuesday, 11 November 2014

Sikap Keras Hanya Menjauhkan Lagi Undi Golongan Muda Daripada Kerajaan


Berikutan tindakan pemimpin mahasiswa Universiti Malaya, Fahmi Zainol menjemput Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyampaikan pidatonya  di universiti itu beberapa minggu lalu yang kemudian menimbulkan kontroversi dan ketegangan, beliau kini menerima satu demi satu tekanan dalam hidup dan pembelajarannya.

Rakan-rakan yang sependirian dengannya juga turut menerima tindakan yang sama. Pidato Anwar yang menyebabkan berlakunya rempuhan pagar di UM nyata telah mengundang rasa kurang senang pentadbiran universiti itu.

Beberapa hari selepas pidato itu, beliau dan lapan lagi rakannya telah dihadapkan sehingga sembilan pertuduhan disiplin yang memungkinkan kesemuanya digantung atau dibuang daripada universiti. Kes itu masih menunggu perbicaraan.

Tindakan menggantung dan membuang mereka, sekiranya diputuskan nanti, tentunya merupakan sesuatu yang keras dan tidak seharusnya berlaku demi masa depan mereka kerana sebahagian besarnya sudah berada di tahun akhir pengajian.

Kenapakah pihak UM tidak boleh berlembut dan bertolak-ansur dengan mengadakan pertemuan dan perbincangan, sebaliknya terus mengutus surat untuk mengambil tindakan disiplin?

Pihak UM tidak seharusnya mengabaikan fakta bahawa kumpulan pelajar ini juga kemudian menjalankan tanggungjawab murni dengan membawa nenek Wahida dari Kampung Cubadak ke universiti itu dan mengadakan kutipan derma membantu nasib malangnya?

Beberapa hari lalu pula, ketika Fahmi dan beberapa rakannya berada di UMS di Sabah, mereka sekali lagi ditahan ketika ingin memberikan ucapan bersama sekumpulan pelajar universiti itu. Pihak polis juga kemudian menjalankan pemeriksaan ujian air kencing terhadap mereka. Ini jelas keterlaluan dan seperti ingin mengugut mereka.

Terbaru ini dilaporkan pula Fahmi telah menerima surat tunjuk sebab daripada JPA yang memintanya memberi penjelasan kerana menganjurkan pidato Anwar Ibrahim itu.

Risiko yang sedang menantinya bukan saja biasiswanya bakal ditarik balik tetapi juga berdepan tuntutan gantirugi.

Atas semua tindakan yang dilakukan oleh pihak universiti dan kerajaan terhadap Fahmi dan rakan-rakannya, tidak dinafikan ianya terlalu keras dah seolah-olah menunjukkan sikap ingin bermusuhan secara berterusan dengan mereka.

Kerajaan dan universiti seharusnya memahami bahawa mereka ini adalah golongan muda yang tengah semarak jiwa merdeka dan idealismenya. Meneruskan tindakan keras akan menyebabkan tindakbalas yang keras dan berpanjangan juga, bukan saja daripada mereka yang terlibat tetapi juga daripada majoriti kelompok orang muda lainnya.

Kerajaan akan dianggap tidak mahu memahami jiwa muda mereka. Kesilapan mereka ini seharusnya diperbetulkan dengan pendekatan lemah-lembut dan memujuk, bukannya dibalas dengan kekerasan.

Sebagaimana beberapa mahasiswa yang diambil tindakan keras sebelum ini seperti Safwan Anang dan Adam Adli yang akhirnya menyebabkan mereka menjadi ikon golongan muda, kerajaan sebaliknya tidak mendapat untung apa-apa dengan menghukum dan menjauhi kedua-dua pelajar itu.

Adalah lebih bijaksana dan berhemah kiranya dalam isu Fahmi dan rakan-rakannya ini, pihak universiti dan kerajaan mengadakan pertemuan dan berbincang dengan mereka secara baik demi keuntungan kedua-dua belah pihak. Mereka harus didekatkan dengan kerajaan melalui cara yang baik. Setelah ketiadaan ikon anak muda yang pro kerajaan, menambah seorang lagi idola yang bersikap sebaliknya bukanlah berita yang menggembirakan untuk mempertahankan Putrajaya.

Masa depan mereka sebagai bakal pewaris kepimpinan dan tulang belakang negara seharusnya lebih dihargainya, lebih-lebih lagi sebahagiannya sudah berada di tahun akhir pengajian. Dengan mengadakan pertemuan, perbincangan dan saling tolak ansur juga dapat menunjukkan kerajaan benar-benar menghargai tenaga dan peranan golongan muda ini sebagaimana yang kerap dilaung-laungkan selama ini.

Dalam hal ini, kerajaan seharusnya berperanan sebagai bapa yang boleh berbincang dan mendengar masalah anak-anak dan bukannya hanya tahu memegang rotan untuk menghukum.

Sebaliknya, sikap keras, berunsur dendam dan cuba menunjuk kuasa akan menjauhkan lagi golongan ini dengan kerajaan. Apakah kerajaan sudah lupa bahawa bukan saja golongan muda menjadi penentu dalam pilihanraya akan datang, bahkan pengundi baru yang pertama kali mengundi saja jumlahnya seramai kira-kira 5 juta orang? (SH 11/11/2014)

8 comments:

  1. Ini adalah SOP yg tak pernah silap untuk charge anak muda yg inginkan jiwa mereka merdeka! Bukannya setakat meloncat2 menyanyi kat tv. Ramai yg beranggapan fahmi ni bodoh walaupun pandai dlm pelajaran. Aku puji sikap tegas dia walaupun dia sendiri tahu akan akibatnya. Semoga Allah swt mempermudahkan fahmi dan rakan2.. Insyalah..}

    ReplyDelete
  2. Bukan lagi rahsia bahawa hampir semua Universiti sejak puluhan dulu lagi sentiasa membenarkan UMNO menanam dakyah anti pembangkang dan kaum bukan melayu melalui kursus Biro Tata Negara yang dkelolakan oleh HEP setiap Universiti. Malah dalam kursus BTN ini betapa ianya adalah satu kempen dan dakyah UMNO untuk menguatkan parti tersebut dan tentulah ikut menanamperasaan kebencian pelajar atau mahasiswa kepada parti parti bukan UMNO dan juga kaum bukan Melayu. Siapa dapat nafikan ini?.

    Tapi kenapa pihak Universiti tidak pernah heboh atau bangkitkan perkara ini sebaliknya bertindak secara tidak profesional dan adil kepada pihak mahasiswa yang sesekali mahu melibatkan tokoh bukan dari UMNO dalam program mereka?. Amat jelas bahawa pentadbir atasan Universiti telah dikongkong dan dipaksa untuk hanya membenarkan aktivit yang melibatkan UMNO seolah olah tokoh politik dari parti bukan UMNO adalah pendatang haram dan bukan warga Malaysia. Jika inilah caranya lebih baik pemerintah yang dipacu UMNO BN ini haramkan saja parti parti lain dan biarkan UMNO saja menungkat langit sehingga kiamat. Jadi tidak perlu susah payah nak bertindak kepada para pelajar Universiti seperti mereka mereka yang terlibat dengan tindakan pengurusan Universiti tersebut.

    Kerajaan UMNO yang menguasai pentadbiran Universiti mahu membodohkan mahasiswa dengan memaksa mereka mengakui hitam itu sebagai putih. Demokrasi kepada bapak apa begini?.

    ReplyDelete
  3. Andai Fahmi dan rakan rakannya disingkir dari Universiti, kita selaku rakyat yang menghargai erti demokrasi dan hak sebagai warga Malaysia perlulah membantu mahasiswa mahasiswa yang teraniaya ini. Ada baiknya pihak berkenaan menubuhkan satu tabung bagi mengumpul sumbangan rakyat Malaysia bagi membantui mahasiswa mahasiswa yang teraniaya akibat dari tindakan double standard pihak pentadbiran Universiti yang dikongkongi UMNO BN, parti perasuah dan perosak negara.

    ReplyDelete
  4. Bontot budak fail Universiti pun UMNO BN sanggup sanjung dan puja puja di mahkamah, mahasiswa yang tidak pun melakukan kesalahan yang bercanggah dengan perlembagaan negara pula dihenyak dan ditekan semaunya.

    Padan sangat rakyat Malaysia samakan UMNO BN = UMNO Bontot Negara. Sayangnya UMNO kepada bontot Saiful mengatasi segala galanya.

    ReplyDelete
  5. Selain dari menganjurkan rempuhan pagar UM, dia juga boleh membenarkan dirinya diliwat untuk menepati ciri-ciri pemimpin pembangkang di masa hadapan.

    Dengan tindakan melulu dan diperalatkan, Fahmi wajar melihat cermin dan salahkan orang di dalam cermin itu.

    Tiada belas ihsan pada benih yang boleh merosakan negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan

      Biaq betul si Anon 11:43 ni.

      Fahmi benih yang boleh merosakkan negara? Biaq betul mamat ni....bengong ke apa?

      Setahu aku bukan fahmi yang rembat duit RM 250 juta bagi pihak NFC suami kat Ijat. Bukan fahmi yang arah Bank Rakyat beri kelonggaran kepada Deepak untuk bayar hutang RM 30 juta selama 10 tahun secara ansuran. Bukan Fahmi yang diberi kontrak berbillion- billion melalui rundingan terus. Bukan Fahmi yang dok buat hutang negara yang sudah lama melepasi siling yang dibenarkan. Aku pasti bukan Fahmi yang arahkan Altantuya dil3tupkan dengan C4.

      Tiba-tiba mamat ni kata Fahmi benih yang boleh merosakkan negara. Sakit m3ntal ke mamat ni?

      Delete
  6. Kerajaan patut berlembut kepada fahmi dan rakan sbb tindakan meruntuhkan pagar adalah tindakan golongan lembut dan pondan....spt biasa kita suka budaya populis dan pemimpin kita adalah dr golongan yg suka publisiti....

    ReplyDelete