Monday, 24 November 2014

Senyum Penuh Makna Ketua Pembangkang Selangor...


Ada beberapa perkara menarik dalam pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2015 yang pertama kali dilakukan oleh Menteri Besar, Azmin Ali, hari ini. Dengan peruntukan sebanyak RM2.42 bilion berbanding hasil sebanyak RM1.97 bilion yang dijangka pada tahun depan, ia menyerlahkan hasrat kerajaan negeri untuk tidak berkira dalam berbelanja demi kepentingan rakyat.

Walaupun dikira belanjawan defisit, tetapi ia juga merupakan  peruntukan yang terbesar dalam sejarah Selangor dan sepanjang pemerintahan PR sejak 2008.

Buat julung kalinya  juga peranan Ketua Pembangkang di DUN Selangor diiktiraf oleh kerajaan negeri dengan pemberian sebuah kereta rasmi, Toyota Camry beserta pembiayaan petrol dan tol, elaun RM3,000 sebulan, gaji pemandu sebanyak RM1,367 dan RM2,001 lagi untuk bayaran seorang setiausaha kerja.

Ketua Pembangkang yang juga Adun BN Sungai Burung, Shamsuddin Lias kelihatan tersenyum lebar ketika menerima pemberian kereta  dan segala kemudahan itu daripada Azmin sambil disaksikan oleh Speaker, Hannah Yeoh.

Sambil menghargai sumbangan dan pengiktirafan itu serta berjanji akan memberi sumbangan yang sebaiknya, Shamsuddin juga tentunya akan lebih bergaya ke Perhimpunan Agung UMNO tahun ini kerana walaupun UMNO dan BN merupakan pembangkang di Selangor tetapi beliau turut juga mendapat nikmat daripadanya.

Selain kemudahan untuk Ketua Pembangkang itu, kerajaan negeri pimpinan Azmin juga bermurah hati memperuntukan RM200 ribu setahun kepada setiap ADUN BN untuk melaksanakan projek-projek pembangunan di kawasan masing-masing.

Peruntukan ini sekaligus menjadikan pengundi di kawasan yang diwakili oleh Adun BN terus menikmati pelbagai kemudahan pembangunan, meskipun hanya menjadi pembangkang.

Pembaharuan ini tentunya menaikkan lagi nama Azmin dan PR di mata pengundi Selangor.  Bukan saja di negeri lain, bahkan di peringkat Pusat sekali pun, wakil rakyat pembangkang tidak pernah diberikan peruntukan oleh kerajaan yang memerintah.

Dengan sendirinya, walaupun Noh Omar semalam mengatakan beliau terus diberi mandat untuk mengetuai UMNO Selangor oleh Najib Razak di sebalik pelbagai kritikan dan kekecewaan tentang prestasinya, harapan beliau pastinya semakin sukar dengan tindakan terbaru Azmin ini.

Pengundi Selangor kini melihat kerajaan PR di Selangor paling terbuka dan memahami erti demokrasi dalam ertikata yang sebenarnya. Kecuali berlaku sesuatu yang diluar dugaan, secara realitinya kerajaan PR di Selangor semakin kukuh dan sukar ditumbangkan.

Shamsuddin Lias juga barangkali lebih suka PR terus kekal mentadbir Selangor kerana kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang itu lebih baik bagi dirinya berbanding jika BN yang memenangi pilihanraya. Jika BN yang menang pilihanraya, beliau bukan saja tipis untuk dipilih sebagai Menteri Besar, malah sebagai Exco pun belum tentu lagi.

Sebab itu, sengih dan senyumnya cukup lebar ketika menerima kemudahan itu daripada Azmin Ali. (SH 24/11/2014)

Semasa BN menang, jangankan nak jadi Menteri Besar, jawatan Exco pun tak merasa...

11 comments:

  1. Tahniah Azmin,jangan jadi macam parti haramjadah ketuanan melayu.tak sokong mereka peruntukan disekat.Akhirnya bangsa melayu juga yang rugi.Contohilah demokrasi maju macam Amerika,siapa menang pun rakyat yang merasa.Bukan BN menang kroni senang.kah..kah..kah..

    ReplyDelete
  2. Tuan

    Mau YB Samsudin Lias tak senyum lebar. Gaji Adun + ketua pembangkang dah 4M 20K. Mana dia nak cari lagi. Kalau UMNO memerintah sampai bila-bila dia dok jadi Adun biasa.

    Sure Adun-adun UMNO yang lain yang pangkat lagi besar dari Yb Samsudin berbulu dengan dia. Tu pasaila depa ingat depa cerdik. Depa tak mahu dilihat sebagai kuda kayu jadi ketua pembangkang, lalu depa tolak Yb Samsudin jadi ketua pembangkang. Sekarang siapa untung? Tuah badan la katakan....

    hehehehe.....

    ReplyDelete
  3. Takde perkataan yang lebih sesuai untuk Umno selamgor selain dari ke**** bu***!!!

    ReplyDelete
  4. Very honorable action. Democratic spirit. Season of cheer and goodwill.

    ReplyDelete
  5. bersedekahlah kepada haayat....sesungguh rahmat ALLAH akan melimpahi kamu, perbetul kan niat mu setiap saat MIN.........ameen rabbal alamln.

    ReplyDelete
  6. kahkahkah .. jgn bg suap2 mcm tu la asmin, bg keta,elaun, dh la msuk lngkang, msuk sampah, kempan bas tnpa aedis, gila glamour dpn kamera ke apa... kahkahkah org bodo je sanjung kempen ko tu.. kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia MB Sgor. Kau siapa? tahap macai Umno shj..yg diperbodohkan olih pemimpin Umno yg kaya raya. Pemimpin Umno semuanya ada banyak kereta besar, rumah besar dan akaun bank besar.

      Macai Umno spt kau hanya bollih bagi komen bodoh diblog ni sj.

      Delete
  7. Saya dah letih dan malu nak komen pasal parti yg kononnya memperjuangkan bangsa dan agama ni.

    Kita tidak payah teka yg kuat terjerit terlolong nanti ialah jibby yg perasan dialah presideng parti yg hebat. Meneran dan menyembur-nyembur air lior dia.

    Dia jadi ketua perhubungan umno selangor makin teruk prestasi pd pru 13. Sekarang noh omar yg jadi kambing hitam. Mat Zin dah out dah dan tak berbunyi. Ada lagi dua tiga kerat dlm selangor. Mereka ni tak jadi red indian pun kalau tak dapat rampas selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sya setuju 2329......noh jadi kambin itam....bercakap empat mata...x caya malaikat kiri kanan..dia boleh cakap apa dia suka, noh lu kena main.sedarlah

      Delete
  8. Fasal apa Umno tk bgi peruntukan kawasan Adun dan Parlimen kpd Adun/MP pembangkang. Sebabnya...

    "...Umno parti lanun yg mempunyai pemimpin yg berperagai lanun..yg menganggap duit dan harta rakyat sebagai duit mak bapak mereka..."

    ReplyDelete
  9. Saya doakan Semoga YAB Sdr Azmin diberkati Allah. Amin

    ReplyDelete