Monday, 27 October 2014

Pendirian Universiti Malaya Terus Dikecam


Pentadbiran Universiti Malaya Perlu Berhenti Jadi Pengampu Rejim Penguasa

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membantah keras arahan yang dikeluarkan oleh pentadbiran Universiti Malaya yang mengancam untuk mengambil tindakan keras terhadap pelajar yang menghadiri program Pidato Anwar Ibrahim. Ini menyerlahkan betapa teruknya IPT dicengkam secara songsang oleh rejim Penguasa.

2. Universiti Malaya sebagai universiti tertua dalam negara seharusnya mengamalkan kebebasan akademik dan meraikan kematangan para pelajar untuk mendengar pidato-pidato daripada tokoh politik merentasi sempadan parti supaya mereka dapat menilai dan memahami perjalanan politik tanahair.

3. Tindakan pentadbiran Universiti Malaya ini juga merupakan contoh paling klasik mengapa taraf universiti kita semakin merosot dan hilang daya saing di peringkat dunia. Ia bukanlah kerana mutu para siswazah kita tetapi sikap bebal pentadbiran universiti yang hanya tahu mengampu tuan-tuan politik Penguasa semata-mata. Tetapi, hilang idea untuk membentuk acuan siswazah yang berdaya saing.

4. Sultan Nazrin Muizzudin Shah yang juga Pro-Canselor UM telah menitahkan mengenai kepentingan minda terbuka yang akan menyuburkan perasaan sabar dan toleransi untuk bersedia mendengar hujah yang berbeza betapa sekali tidak dipersetujui. Minda terbuka ini akan memberikan ruang untuk membolehkan lahir dan tumbuhnya idea baru, menyemarakkan budaya inovasi dan menyuburkan minda kreatif. Tetapi tindakan pentadbiran UM ini bertentangan dengan kehendak minda terbuka seperti yang dititahkan oleh Pro-Canselornya sendiri.

6. Pentadbiran Universiti Malaya juga seharusnya memahami bahawa usaha membina negara bangsa ini bukan bermaksud kita perlu menanam di dalam minda pelajar kita untuk hanya memihak kepada parti penguasa semata-mata tetapi sebaliknya turut mengakui kepelbagaian faham politik. Universiti seharusnya memainkan peranan penting bagi mengelakkan pelajar mewarisi iklim politik jumud dan ketaksuban melampau yang tidak dapat menerima kepelbagaian sudut pandang politik.

7. SAMM juga ingin merakamkan ucapan jutaan tahniah kepada Presiden MPPUM yang sanggup berdepan dengan tindakan pihak pentadbiran universiti termasuklah disingkir dari pengajian. Ini membuktikan kehendak para pelajar Universiti Malaya yang ingin mengangkat kebebasan akademik dalam universiti tersebut.

8. Sehubungan itu, SAMM menyeru setiap pelajar Universiti Malaya untuk membanjiri Dataran Dewan Tunku Canselor (DTC) Universiti Malaya bagi menunjukkan solidariti membebaskan Universiti Malaya daripada cengkaman hegemoni songsang penguasa dan juga menolak sikap profesor-profesor kangkung yang melacurkan prinsip mereka dalam mendidik anak bangsa yang merdeka ini.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda 




8 comments:

  1. Apa yang ditunjukkan oleh pentadbir UM adalah mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim mempunyai pengaruh yang besar dan amat ditakuti oleh sekelian pemimpin dan ahli majlis tertinggi UMNO Buruk.

    Cuma apabila tiba giliran kerajaan pusat bertukar tangan.... Kita nak tengok ahli UMNO Buruk yang lain didera seperti Anwar Ibrahim...

    ReplyDelete
  2. Melayu2 Umno yg korup sangat takut dgn insan hebat bernama ANWAR IBRAHIM.

    ReplyDelete
  3. Kalau zaman Nabi dulu, Abu Jahal dan Abu Lahab pun berpengaruh. Jadi kalau zaman sekarang Anwar Ibrahim yang diragui moralnya juga mempunyai pengaruh, apalah yang nak dihairankan.

    ReplyDelete
  4. Aku tidak pernah menuduh Abu Jahal dan Abu Lahab itu jahat, tetapi aku percaya bahawa Abu Jahal dan Abu Lahab itu memang jahat. Begitulah juga dengan Anwar Ibrahim, Aku tidak pernah menuduh Anwar jahat, tetapi aku percaya bahawa Anwar Ibrahim itu memang jahat. Dalam kedua-dua kes aku tak pernah tengok mereka buat jahat, tetapi aku percaya mereka jahat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga aku tak pernah tengok Najib dan Mahathir buat jahat tapi aku teramat yakin dan percaya kedua-duanya amat jahat. Tambah lagi bila mereka takut masuk kemahkamah sebagai saksi.

      Dan bukann semua doa orang teraniaya diberi perhatian oleh tuhan orang islam...bagi memberi peluang orang kaya tunjuk kuasa.

      Delete
  5. Tahniah Timbalan Naib Canselor dan Pentadbiran UM kerana bersikap betul bukan semestinya "ikut" segala cakap peliwat.

    2. Tindakan TNC bukan gaya seorang ketua cawangan umno di era Najib.. Di era Najib..ketua cawangan umno dan ketua cabang pkr sama saja..najib dan anwar 2x5... Masing2 nak mombodek bini, pijak semut tak mati...di belakang lain agenda.

    3. Kenapa anwar tak buat di unisel....jemput budak um, bayar tambang... (?).... Sebab anwar tak berani nak menyanggah azmin.
    Taktik anwar taktik basi, dia dah tahu buat kat um tak lepas...tapi saja provokasi untuk kata dia disekat kebebasan..podahhhh...style basi.

    Dan aku percaya kalau tanpa provokasi tersebut...semua orang dah tah ingat keujudannya lagi.

    ReplyDelete
  6. Politik dan strategi Umno untuk control orang melayu senang shj.

    Lantik melayu2 yang bodoh dan yg bolih dikawal olih Umno untuk menerajui semua IPT2, Ketua2 Jabatan2 Kerajaan dan Ketua2 Institusi yg penting. Selama melayu2 bodoh ni jadi Ketua2 organisasi mereka, selama itulah Umno, parti yang korup akan hidup dan bermaharaja lela.

    Itu lah strategi Umno...dulu dan sehingga sekarang. Tengok shj lah, Melayu2 bodoh yg jadi VC atau Naib VC UM. Dengan pidato anwar shj, dah kilang kabut semata2 disuruh olih Umno utk menghentikannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali. Projek Umno sepanjang zaman membahlulkan org Melayu utk kekal berkuasa.

      Delete