Tuesday, 21 October 2014

Nasib Anwar Dan Kesannya Kepada Rakyat


Hanya lebih kurang seminggu saja lagi, nasib politik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan diketahui. Persoalan yang bermain dalam fikiran ramai orang ialah sama ada beliau akan dibebaskan atau dipenjarakan sekali lagi.

Jika dibebaskan, Anwar akan meneruskan perjuangannya bagi menghadapi PRU 14 di sebalik kedudukan Najib Razak yang semakin goyang, kian ditolak dan tidak lagi mendapat sokongan daripada Mahathir Mohamad sebagaimana PRU 13 dahulu, manakala kalau didapati bersalah, maka berakhirnya karier dan masa depan politiknya.

Dengan dipenjara, hanya jiwa merdeka dan semangat perjuangannya saja lagi yang akan menjadi tangkal bekalan bagi PKR dan juga PR menghadapi pilihanraya akan datang nanti.

Sementara menunggu detik 28 dan 29 Oktober di mana Mahkamah Persekutuan akan bersidang untuk menentukan sama ada rayuannya diterima atau ditolak, Anwar juga dilaporkan sudah pun mempunyai jadual yang padat untuk menemui para penyokongnya di seluruh negara. Malam terakhir sebelum ke mahkamah, programnya dijangka berlangsung di perkarangan Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaya iaitu pada malam 27 Oktober ini.

Di sisi yang lain pula, beberapa Ahli Parlimen PR yang diketuai oleh Rafizi Ramli sedang berada di Australia untuk menemui pelbagai pihak bagi mendapatkan sokongan serta menjelaskan mengenai perjalanan kes yang melibatkan Anwar itu.

Rafizi juga, dalam masa yang sama telah mengarahkan semua cabang PKR di seluruh negara agar menghantar seramai mungkin ahli ke perhimpunan di sekitar Istana Kehakiman, Putrajaya pada tarikh 28 dan 29 Oktober bagi menunjukkan solidariti dan sokongan kepada Anwar.

Walaupun diakui bahawa semangat dan gelombang anak-anak muda dalam mempertahan dan membela Anwar agak jauh berbeza berbanding tahun 1998 atau ketika Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas dakwaan meliwat Saiful Bukhari pada 2012 dahulu, Anwar dan PKR tetap tidak berdiam diri atau mengalah begitu saja.

Anwar bukan saja mahu membuktikan beliau tidak bersalah di hadapan lima hakim Mahkamah Persekutuan tetapi juga untuk meneruskan perjuangannya membawa reformasi dan menegakkan keadilan bagi rakyat negara ini. PRU 14 adalah kesempatan terakhir baginya yang kini sudah berusia 67 tahun.

Dengan keadaan negara yang makin berkecamuk di mana pelbagai isu gagal ditangani, sikap Najib yang lebih suka berdiam diri, kos kehidupan rakyat kian tinggi, hutang negara kian meningkat dan pelbagai caca-marba lainnya, tidak dinafikan bahawa mendekamnya Anwar di penjara mungkin menjadikan negara terus diurus tanpa segan-silu dan malu-malu lagi. 

Jika dalam keadaan pembangkang kuat pun Najib banyak berbuat perkara sesuka hati seolah-olah negara ini sebuah syarikat sendirian berhad miliknya saja, pengurusan dan pentadbiran negara pasti lebih menyakitkan hati jika Anwar di dalam penjara dan kekuatan pembangkang mulai lemah.

Ini kerana tanpa Anwar, kekuatan pembangkang pasti mulai rapuh. Meskipun PR akan terus wujud tetapi kekuatannya tidak seperti dulu lagi. PR akan kehilangan pemimpin yang berwibawa untuk menyatupadukan ketiga-tiga parti dalam gabungan itu. Paling mungkin ialah Pas yang mulai jauh hati dengan Anwar sejak Langkah Kajang, akan terus menjauhkan diri serta tidak mustahil berpisah atau dipisahkan daripada PR.

Hubungan Pas dengan PR akan terus bertambah buruk jika dalam pemilihan tahun depan itu parti itu terus dikuasai oleh kumpulan ulama dan kelompok taliban.

Ketiadaan Anwar, kekuatan pembangkang yang mulai tumpul dan hubungan Pas yang semakin menjauh dengan PR adalah berita paling gembira buat Najib dalam menghadapi pilihanraya yang seterusnya.

Beliau bukan saja mempunyai lebih keyakinan untuk mendapat sokongan dan memenangi PRU 14 nanti, bahkan juga sudah mulai boleh mencatur untuk menyusun pengganti bagi mengambil alih tempatnya. Bukan rahsia lagi bahawa Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang sudah berusia 68 tahun ketika ini dikatakan tidak bertanding lagi dalam pilihanraya umum nanti dan akan bersara selepas itu.

Dengan kedudukan itu, Najib akan melantik sepupunya, Hishammuddin Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya pewaris kepada kedudukannya.

Kiranya ini berlaku, sekali lagi negara yang diurus secara paling buruk oleh golongan bangsawan yang tidak memahami susah payah dan derita sebenar rakyat, sekali lagi akan terjerumus ke lembah paling menyakitkan bagi rakyat kebanyakan.

Sejujurnya kita tidak pasti apa nasib Anwar kali ini, tetapi setidak-tidaknya kita mengharapkan beliau dibebaskan dan dapat memimpin PR mencapai keputusan yang lebih baik dalam pilihanraya nanti. Jika PR menang, itulah masanya untuk beliau membuktikan reformasi untuk rakyat yang sering dilaung dan diperjuangkannya selama ini.

Jika BN terus menang juga dalam PRU nanti, walaupun dengan adanya kelibat Anwar, kita juga mengharapkan BN hanya mendapat kemenangan tipis saja. Kemenangan yang tipis bermakna penolakan yang makin ketara terhadap Najib dalam dua pilihanraya iaitu PRU 13 dan PRU 14.

Dengan yang demikian, diharapkan juga akan berlaku perubahan kepimpinan dalam UMNO dan kerajaan di mana mereka yang benar-benar berjiwa rakyat dan berasal daripada rakyat bawahan akan menjadi penggantinya.

Selain ada yang berusaha dengan pelbagai cara memastikan Anwar dibebaskan pada 28 dan 29 Oktober, kita sebagai rakyat biasa sekurang-kurangnya dapat menitipkan doa bagi pembebasannya.

Terhumbannya Anwar ke penjara bermakna zaman lebih gelap bagi rakyat tetapi pembebasannya, setidak-tidaknya masih ada ruang untuk keluar daripada kegelapan itu. ( SH 21/10/2014)

29 comments:

  1. Kalau nelson mandela boleh berpuluh tahun dalam penjara, rosak mata sebelah kerana kerja berat dalam penjara, rakyat boleh tunggu dan berjuang sehingga regim aparthied ala malaysia dinyahkan dari muka bumi negara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dream on bro...ia tidak akan Berjaya jika hati tak ikhlas.....melayu layu kerana HASAD..

      Delete
  2. PR perlu digerakkan. Merancang untuk kalah PRU seperti yang dilakukan oleh Hadi Awang dan pengikut UG-nya adalah sikap yang cukup keji dan mengkhianati perjuangan rakyat untuk sebuah hidup yang lebih baik. Sekiranya Anwar dipenjarakan, pemimpin PKR seperti Saifuddin dan Rafizi perlu menggerakan parti lebih jauh dengan kerjasama yang lebih erat bersama golongan liberal dalam PAS terutama Md Sabu, Husam Musa, Dr Hatta Ramli dan sepertinya bagi memacu gabungan PR yang lebih mantap dengan ketiadaan Anwar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketum buat Kajang move ko ratib UG , Ketum nak dibicarakan regim umnok ko ratib UG....kepala bapak mung..!

      Delete
    2. Anwar Ibrahim adalah pemimpin terbaik. Hj Adi Awe terbaik juga dari segi ..... mengkafirkan UMNO, sikap perenggus, keras kepala, flip-flop, U-turn, khianat pakatan, menghina wanita, tikam belakang kawan, buta ekonomi, lemah berhujah hanya pandai khutbah, bawah ketiak Mustofa Ali, menipu TGNA, menipu media, dengki kepada populariti Anwar, suka menantu saham free di Selangor, tiada pendirian parti, busuk hati..............(contoh Ulama Melayu mewakili parti yang berjenama Islam). Jantan Trengganu memang bermasalah dalam politik..........

      Delete
  3. pkr marah pas sebab dikatakan tikam belakang..kita tgk mggu depan sapa yg benar-benar bersalah tikam belakang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayah engkau yang dok main jubur Omakkau tak kisah pun hingga lahir sorang bodoh bin banggang macam kamu (Anon 18:46)

      Delete
    2. program i want to touch ur ass bersama anwar d penjara kajang mggu depan..

      Delete
  4. Langkah Kajang membuatkan rakyat mual dan benci dengan perangai sebenar Anwar - boleh dikatakan sebagai jahat dengan cara beliau menjatuhkan Khalid Ibrahim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pendapat kau,tetapi pendapat lain juga kata yang TSkhalid barua umno dan ia perlu di hapuskan sebelum menjadi duri dalam daging.

      Delete
    2. ras abu (21:09)

      Kamu ni memang jenis Melayu PAS yang malas membaca dan berotak khinzir. Puas ADUN PAS Selangor dan ADUN DAP mengadu darihal kebejatan Khalid, komplot Khalid engan Raja Idris, komplot Khalid dengan UMNO maka barulah timbul Langkah Kajang. Kalau kamu tak faham juga maka banyakkan membaca dan kalau tak faham-faham lagi eloklah kamu sumbatkan kepala otak lebai PAS kamu tu ke dalam jubur khinzir sahaja supaya lebih bermanafaat kepada binatang tersebut berbanding manusia kerana manusia bodoh macam kamu memang tidak layak berbicara soal politik. Jangan lupa, carilah khinzir kat mana-mana pun boleh untuk tujuan tersebut.....

      Delete
    3. Pada masa Nabi Musa bawa kuar org Mesir siap belah laut, ada juga orng yg tak paham bahasa, nak menyembah patung lembu. Peristiwa depan mata, masih nk menyembah patung lembu, kita nak panggil bangang ke, bodoh ke, mmg ada layaknya.
      Bila Khalid naikkan gaji pegawai 300% namun pd masa sama rakyat Selangor dibebani dgn pelbagai hutang PTPTN dsb, mata sebenarnya lihat kat mana? kat lutut? kat tanah?
      Bila Azmin naik, boleh pula mencadangkan PTPTN dipertimbangkan untuk bagi free kat Unisel. So, Azmin lebih memikirkan masa depan manakala KI memikirkan masa depan pegawai2nya bawahannya sahaja.
      Jika dah nmpk benda ni, still tak paham2 juga kenapa Langkah Kajang dibuat, mmg ang ada masalah pengelihatan. Entah2 ko support BR1M yg naik RM300 dan abaikan minyk yang dah naik dlm 40sen, dimana setahun ko nk isi keta mgkn cecah 10000L. Itu baru ko, adik ko, mak bapak ko, datuk nenek ko, pakcik makcik ko, kazen mazen ko, sepupu ko. Jika ko takde keta pun, pemnadu bas yg angkut ko, teksi, motor? mentaliti ramai org ialah tgk keadaan diri sendiri, walhal yg utama ilh kepentingan ramai. Lepas ni GST masuk, ko yg kaya takpela. Org miskin kat ceruk2 mana dalam malaysia ni ko nk kata pe kat mereka?

      Delete
  5. Nasib Anuar dan Kesanya pada Rakyat.

    Apa atak kesan , halihali selupa ,tetap mau cali makan loo rr .
    Itu Aluar atak dalam ka ,atak luar ka lakyat hali-hali mau makan maa aa . Wa atak ingat atak lalam lagi manyak babut maa aa,, lebeh senang cali makan lea aa .
    Kulang kacau lea aa .

    ReplyDelete
  6. Butuh lu laaa..

    ReplyDelete
  7. Melayu Bunuh Melayu memang sudah Menjadi Adat Dunis Orang melayu..... Sebab Itu Melayu akan Hilang di Dunia

    ReplyDelete
  8. Biarjan saja pas tu....kita pkr sudah kuat...kita tk perlu melutut mohon belas dr pas..pas dh tak relevan..minggu depan kami anak muda pkr akan turun menyokong ayahanda anwar dan walaupun dipenjara kami akan duduk di depan pintu penjara smpai beliau dibebas kan Hidup Anwar!MAMPOS PAS...pkr dan dap akan membawa rakyat malaysia je putrajaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dream on bro....duduk depan penjara?....baik ikhtikaf dlm masjid ...manusia bertuhankan manusia....fikir..sedar dan tobat

      Delete
    2. Anon 15:52.... Pastinya kamu adalah pencacai dari parti lubang taik yang berkhidmat secara percuma saja.....he...he..he..

      Delete
    3. Tanpa anwar ibrahim politik malaysia masih di takuk lama...gandingan antara anwar dan lim guan eng akan mengegarkan persada politik...kami mahukan rakyat yg bebas berfikir

      Delete
  9. baru balik dari program rakyat hakim negara anjuran amk...seramai 10000 syaitan hadir memberikan sokongan..

    ReplyDelete
  10. ANWAR ADALAH LAGENDA PEMIMPIN AGUNG ANAK MELAYU MALAYSIA SEPANJANG ZAMAN.

    lagi byk kena tekanan dan mehnah, maka itu adalah bintang2 kebesaran merit yg tersemat pada dada seorg pejuang tulin. bukan bintang2 besi yg boleh dibeli dgn duit.

    anwar akan tetap dikenang selamanya dan mereka yg memusuhi dan melakukan onar kpd beliau juga akan dikenang sebagai syaitan sepanjang zaman yg cuba menafikan hak rakyat utk mendapat seorg pemimpin berjiwa rakyat yg sukar dicari.

    mahathir selamanya tidak dapat menandingi merit anwar dalam apa cara sekali pun. tp mahathir tetap bijak kerana menjadi musuh utama anwar.

    jika kita tidak dpt dikenang sebagai hero, maka kita jadikah musuh hero itu supaya setiap kali generasi akan dtg menyebut2 hero itu, maka kita juga akan disebut sama..... inilah yg mahathir fikirkan.

    RAKYAT HARUS BERSEDIA UTK TERUS BERJUANG TANPA ANWAR. KITA YAKIN ALLAH AKAN SENTIASA MENURUNKAN SEORG PEMIMPIN SEJATI SETIAP KALI RAKYAT DIZALIMI.

    kerana Allah lah yg melahirkan pejuang tp politik kotor umno lah yg melahirkan menteri2 haprak memperbodohkan rakyat.

    ReplyDelete
  11. PR telah cuba menjaga nama khalid dgn tidak memburuk2kan beliau. akhirnya langkah kajang dibuat.

    LANGKAH KAJANG ADALAH LANGKAH KERAMAT MENYELAMAT PR SELANGOR DAN UTK KEBAIKAN RAKYAT SELANGOR DPD DIRATAH UMNO SEMULA.

    hanya penyokong yg bodoh malas mengkaji dan berotak umno saja yg tidak mahu mengkaji.... dgn mudah menerima hujah bodoh agen2 perang saraf umno mengatakan anwar menzalimi khalid dn nk naikkan bini dia.

    KITA HARAP LEPAS INI PR SELANGOR TERUS MENDEDAHAKAN KEPINCANGAN KHALID DN BAHAYANYA JIKA KHALID TIDAK DIPECAT KPD RAKYAT.

    biar rakyat tahu sampai kpd sekecil2 perkara yg besar implikasinya dlm salahlaku khalid.

    TAHNIAH UNKNOWN 13:48 di atas pendedahan.

    kita harap ramai lagi tampil mendedahkan sehingga persepsi anwar menzalimi khalid itu hapus dan rakyat mula sedar kewajaran memecat khalid.

    cuma amat sedih pemimpin PAS telah diperbodoh umno dan khalid. khalid menagih simpati dn tunjuk muka baik budak tk bersalah bila bertemu pemimpin PAS luar selangor... sampai ust2 PAS yg bodoh politik sangat simpati kpd khalid.

    dgn muka haji msai kontot khalid telah menyebabkan majlis syura juga tertipu dan hilang wibawa ulamak. ini bukan salah anwar.

    KHALID ADALAH BERSALAH DLM ISU MB SELANGOR.

    bg kepimpinan PAS pula, jika benar kamu mencitai musuh dan sanggup mengkhianati PR selangor dgn harapan mengunung dpt menguasai selangor bersama kekasih gelap kamu, ingat lah .. ahli PAS memang kena wala sebb takut neraka... tp jika benar..... jika benar kamu sedang menjilat dunia dn mengkhianati PR selangor....

    Allah tidak akan melepaskan kamu walau sudah beribu tahun kamu berjuang utk islam. apakah kamu lebih hebat merit dpd azazil?

    setiap pekung walau dibungkus dgn kertas agama pasti lebih Allah murka dan akan didedahkan sebentar lagi.

    Wallahualam .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas telah lama di dlm politik...dan melihat dgn cara pas dilayan terutama di kelantan dan terengganu ketika diperintah pas...tk mngkn pas akan bergabung dgn umno...pkr dan dap kena igt mereka memerintah kerajaan yg telah sedia lengkap yg ditinggalkan bn spt selangor dan penang...tk banyak umno bole buat untuk buat kacau...perak...aku lupa parti mana yg lompat parti smpai runtih kerajaan perak....parti cap jubur kot

      Delete
    2. Penang dan Selangor baru 2 penggal..... kita tkmolah berbalah dlm soal merit ini.

      cumanya yg pasti 2 adun PAS diselangor adalah penyelamat PR selangor. dan PR selangor termasuk PAS juga.

      jika PR selangor runtuh, PAS pun terpelanting sama dpd pemerintahan. jgn ingat umno nk bela PAS ketika itu. umno hanyalah penipu besar.

      memang PKR sebelum ini byk menghadapi masalah pemimpin blh dibeli. kerana itu ramai lompat sendiri keluar parti yg tak mengkayakan mereka.

      tp bila ia sudah menjangkiti PAS yg telah bertahan selama ini dpd rasuah musuh, kita khuatir ia akan membawa bencana besar.

      khald dilihat sudah mula dijinakkan umno dan PAS menyokong org yg jinak pada umno utk kekal. ini sgt bahaya.

      dgn menggunakan isitlah parti cap jubur maka jelas anda adalah agen perang saraf umno, bukan org PAS. kerana penyokong PAS tidak akan biadap begitu.

      maaf penyamaran anda gagal, sokongan anda pada PAS hanya membawa rebah.

      Delete
  12. Demi mamat sorang ni...snggup berterbangan smpai australia...jd gov nnti mngkn dgn senangnya rahsia negara dijual...RAKYAT MALAYSIA AUSTRALIA HAKIM NEGARA...puit..!!malula sket la weeehhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana pemimpin ini sanggup lebam mata, difitnah berdekad2 dipenjara dan diaibkan, dijaja bulu dan air mani beliau demi membela rakyat.

      ini semua masih dlm catatan malaikat dan setiap yg terlibat dgn politik kotor dn fitnah tetap akan dibalas dgn pedih dunia dan akhirat. ingat main2 ke smua tu?

      pemimpin ini sanggup susah terpinggir dimaki setiap hari demi membela rakyat dpd pemerintah yg rasuah salahguna kuasa dan salah guna agensi risik polis dan tentera dan KDN dll utk kepentingan peribadi mereka atas dasar mereka itu makan gaji mesti membela pemerintah yg ada.

      pemerintahan malaysia ini adalah masih ditahap negara kelas 3. undang2 ada 2 set untuk pemerintah dan pembangkang. semua makhluk yg tahu membaca menulis dan rajin mengkaji tahu perkara ini.

      jika anda pembangkang maka anda sentiasa dlm perhatian pihak berkuasa dan anda musuh negara.

      jika anda umno maka bunuhlah sesapa pun, rogollah byk mana pun, rompaklah sampai tinggal lampu saja sekalipun... maka anda selamat dan akan dibela pihak berkuasa.

      tak perlu menafi lagi. rakyat malaysia bukan ungka.

      maka setakat ingin mendapat sokongan dan keadilan serta simpati dpd pihak luar apa salahnya? hanya org bodoh yg ckp mengenai jual negara. tanya umno APCO tu pertubuhan 3 line org melayu ke?

      yg negara terjual..... cuba tanya apa cita iskandar malaysia, batu putih (putih mata), limbang .... dn byk lagi. dan bagaimana dgn tentera US yg berlegar2 di pantai timur baru2 ini. negara ini tidak ada sapa hendak membelinya, cukup dgn adanya pemimpin tidak berwibawa yg blh dijadikan puppet selamanya seperti pemimpin sediada sekarang.

      mendapatkan sokongan dlm kes fitnah liwat tidak akan menjual apa2. malah kekejaman pemerintah dlm fitnah liwat harus didedah kepada umat dunia yg sudah lama bertamadhun dan lebih adil walaupun mereka org kafir.

      sgt hairan, pemimpin PAS blh mencintai puak yg menzalimi anwar. lupakah hj hadi kata2 beliau sendiri kpd penyokong selama ini yg mana i adalah salah sorang penyokong beliau ..

      'jgn kamu cenderung kpd org zalim nanti kamu disentuh oleh api neraka.'

      i berlepas diri dunia akhirat dpd kezaliman fitnah liwat ini. semuga apa pun bala Allah nk turunkan dgn kezaliman ini, i mohon perlindungannya. this is serius.

      Delete
    2. Aung san suu kyi sntiasa meminta bantuan us untuk perjuangan demokrasinya...skrg anda bole tgk ke mana pemenang anugerah nobel itu skrg berada...tk dapat lari dr byngan usa...itula byangan yg kita akan dpt kalau bakal pemimpin yg sntiasa membuka pekung dan mengadu negara luar untuk masalah peribadi...itupun kalo berjaya menawan...dan perlu diigt apabila kita meminta tolong...jgn harap pihak yg menolong itu tak akan meminta balasan...apa beza kesalahan khalid dan anwar?keduanya masih belum dpt dibuktikan...?double standard ada di mana2 sehinggakan tahi tg dipegang diigt wangi

      Delete