Saturday, 18 October 2014

Kalau Anwar Yang Berusia Masih Bertenaga, Kenapa Anak Muda Lensa Letih Tak Bermaya?


Sebuah NGO anak muda pro PR yang dikenali Lensa tiba-tiba bersuara mahukan Anwar Ibrahim bersara daripada politik negara. Kononnya mereka sudah letih dan tidak akan bersolidariti di jalanraya lagi.

Dalam erti kata, kalau Mahkamah Persekutuan mendapatinya kekal bersalah, berehat sajalah di penjara dan kemudian bersara. Kalau dibebaskan pula, lebih baiklah berehat saja atau berhijrah dan nikmati kehidupan berkeluarga yang lebih baik.

Sebelum ini, NGO yang sama juga meminta Pas keluar daripada PR kerana kononnya juga parti itu menjadi punca segala masalah dan kekalutan dalam gabungan itu, terutama berkaitan isu Menteri Besar Selangor.

Kalau Pas mahu diketepikan dan Anwar pula diminta bersara, berehat dan berhijrah, apakah Lensa berniat mahu mengambil alih teraju PR untuk berlawan dengan UMNO dan BN selepas ini?

Apakah Lensa yang baru ditubuhkan ini mampu melonjakkan sokongan perubahan undi popular sebanyak 52 peratus dan kemenangan 89 kerusi dalam pilihanraya lalu kepada angka yang lebih baik lagi?

Atau apakah Lensa ini sebuah NGO tajaan UMNO dan BN? Melaung dan menjerit atas nama PR tapi dalam hati percaya hanya UMNO dan BN saja yang mampu mentadbir negara ini?

Ramai yang keliru dengan langkah dan pencak Lensa ini? Mereka sendiri wujud atas nama perjuangan yang diasaskan oleh Anwar tetapi dalam masa yang sama mahukan Ketua Pembangkang itu berundur dan bersara?

Lebih tidak enak, seruan bersara itu dilontarkan ketika Anwar sedang menghadapi detik genting dan penentuan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober depan. Jika sudah menjual nama sebagai NGO pro PR, kenapa bertindak seakan-akan duri dalam daging, telunjuk lurus kelingking berkait dan musuh dalam selimut?

Kalau merasakan tidak sesuai dengan perjuangan PR yang diasaskan oleh Anwar bersama PKR, Pas dan DAP, kenapa tidak menjadi NGO yang bebas atau bergerak seperti Isma atau Perkasa saja? Atau buatlah seperti  NGO beruniform dan bercermin mata hitam yang kerjanya membuat hanya membuat laporan polis saja?

Berbanding dengan beberapa NGO, gerakan, kelompok dan pemimpin anak muda lain yang lahir sejak gerakan reformasi pada 1998, Lensa  dikira masih bayi dan baru belajar bertatih saja dalam politik negara ini. 

Barangkali belum secawan keringat mereka yang tumpah dan belum setitik juga darah yang terpercik berbanding Anwar yang pernah dipenjara, difitnah, dizalimi dan dipukul setengah mati.

Sementara yang lain masih aktif, bertenaga dan berselera, mengapakah Lensa seakan sudah patah kandar dan mengaku letih hanya setelah dua tiga langkah perjalanan?

Anwar yang keluar masuk penjara, difitnah siang malam, menghabiskan banyak masa di mahkamah, menguruskan masalah parti, memastikan PR sentiasa kukuh dan diselang-seli masalah anak-anak serta keluarga tetapi tidak pernah mengadu letih walaupun semakin berusia, tidak malukah anak muda Lensa ini siang-siang lagi sudah mengaku tidak bertenaga?

Bagaimana agaknya jika mereka ini dewasa ketika hangatnya era reformasi dulu?

Reformasi dan PR tidak mungkin wujud tanpa Anwar dan tanpa isu yang melibatkan dirinya. Dengan kecekalan Anwar meneruskan perjuanganlah, maka terhasil apa yang ada sekarang. 

Jika Anwar letih, lebih baik beliau akur saja dengan Mahathir pada 1998 dulu dan boleh memilih kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarganya. Tetapi kerana itu bukan prioriti dalam hidupnya, kehidupan getir, berliku dan penuh azab yang dilaluinya.

Rakyat negara ini seharusnya berterima kasih dengan Anwar. Tanpa beliau, bukan saja PR tidak ada, pembangkang yang kuat tidak wujud, perubahan di beberapa kerajaan negeri tidak berlaku, malah Lensa sendiri entah di longkang mana beradanya. Dengan pembangkang yang kuatlah, baik BN atau PR berlumba-lumba memberi yang terbaik kepada rakyat.

Memang apabila sampai masanya, bukan saja Anwar malah semua pemimpin akan bersara dan mengundurkan diri. Sama ada Anwar dipenjara atau dibebaskan pada 28 dan 29 Oktober ini, yang penting nama Anwar, isu Anwar dan perjuangan yang diasaskannya tetap diperlukan sekurang-kurangnya untuk menghadapi PRU 14 akan datang.

Meminta Anwar bersara, berehat dan berhijrah di saat genting ini tidak menyumbang ke arah sistem dua parti yang kuat dan jauh sekali untuk merangsang lagi kesedaran rakyat bagi mengakhiri tempoh kuasa UMNO dan BN, sebaliknya hanya mengundang rasa gembira Najib saja. 

Atau barangkali memang itu yang dimahukan Lensa. ( SH 18/10/2014)

41 comments:

  1. a[hamdulillah....dah ada kesedaran ,,....padang bermain politik bukan macam padang bermain bola.....bak kata pak najib..'we have to win by hook or by crook''......penentuan arah maju/mundur Negara ditangan raayat.....pilihan anda

    ReplyDelete
  2. Kepada anak muda LANSA yang dah letih berehat saja. Yang pelik mereka tak letih pula berarak ke pejabat PAS dan PKR suruh PAS keluar PR dan Anuar besara. Selepas ini mungkin juga mereka akan bedemonstrasi pula agar tuntutan dipenuhi. Hancur masa depan negara sekiranya semua anak muda bersifat LETIH seperti LANSA.

    ReplyDelete
  3. Biasalah budak-budak muda...baru je berdayung dah tewas... Tak pun bebudak ni geng Din Ayam, depa suruk DSAI bersara supaya Hj Hadi ambil alih...senangla Hj Hadi bawa PAS bersekongkol dengan UMNO dan lingkoplah perjuangan rakyat. Barangkali untuk tujuan ini LENSA ditubuhkan just a Trojan Horse.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau x bodoh bukan lensa 2x5 umngonk

      Delete
    2. pulok doh.......din ayam/hj hadi jadi penyebab..ada bukti or fitnah...hentikan budaya bodoh ni

      Delete
    3. Ini mula-mula punya olang ,mesti mau belajar dali Anuar ,macam mana mahu kekal bertenaga ,walau pon atak manyak usia loo rr !,

      Wa atak ingat ea aa ,mesti atak kelusus ,amalan hidup sehat cala Anuar , maa aa .

      Delete
    4. mistilaa mr lufang, court dalam kata 45cm air mani bole travel dubur dalam...45cm is 450mm .....or 45mm ...correct me?

      Delete
    5. Anon 15:08

      Itu hat Wa tatak tau lea aa , Wa tau ,kalau ia sutak masuk mesti masuk punya loo rr.

      Delete
  4. Gesaan budak2 ni suruh Anwar bersara agak bodoh dari segi politik tanahair. Anwar ialah satu2nya orang yang digeruni dan ditakuti olih Umno dan kuncu2. Itu sebab Umno siang malam merancang dan me-reka berbagai fitnah nak menghapuskan Anwar. Bagitu juga Mahathir siang malam memikirkan bagaimana nak menghapuskan Anwar ni.

    Tiba2 budakw mentah ni surah Anwar bersara pula. Kalau Anwar bersara siapa nak ganti untuk menerajui perjuangan untuk mengalahkan parti korup Umno? Hadi Awang? budak2 Lensa.

    Budak2 lensa ni patut duduk rumah shj. Kalau tak nak bersama2...tak payah bising2. Duduk diam shj.

    Tiada lensa, lanskap politik Msia tak berubah langsung. Cakap macam Brahim Perkosa shj budak2 Lensa ni.

    ReplyDelete
  5. LENSA ni mcm bagus.. Tunjuk mcm kuat tp sangat merapu.. Ini jenis anak muda sekarang. Sembang kemaih.. Habuk pun tak der.. Aku teringat anak muda zaman reformasi dulu.. Kuat, istiqamah, tak letih cuma sekarang lebih tua la.. Mcm aku.. Tp semangat tak penah letih..

    ReplyDelete
  6. Sekiranya letih dijadikan sandaran, saya kira Afrika Selatan masih mengamalkan Dasar Aparthied. Filipina masih dikuasai oleh kroni Marcos. Dan yang lebih penting Islam tidak akan tertegak tanpa pengorbanan yang tidal mengenal erti letih Nabi Muhammad saw. Perjuangan politik Malaysia sudah melangkaui Anwar, Kit Siang dan Nik Aziz. Mereka adalah pencetus dan rakyat terbanyak lah yang akan menentukan hala tujunya. Sekiranya ada yang letih, berehatlah tetapi jangan bersikap seperti musuh dalam selimut. Malaysia perlukan seseorang yang hatinya sekeras batu, semangatnya sentiasa terbakar dan yang lebih penting istiqamah terhadap denyut nadi rakyat. Mungkin ciri itu ada pada diri Anwar dan lensa tidak berhak menggesanya untuk besara kerana siapa lagi yang boleh diharapkan.

    ReplyDelete
  7. Orang yg kental tidak akan undur dari perjuangan. Hanya yg pengecut macam LENSA saja yg keletihan

    ReplyDelete
  8. Lensa bodoh bahalol, takda otak yang adq taik ujud dari perancangqn umngok dqn harus kembali kepada pangkuan umngok.Lensa takda tepikiaq gerembolan umngoook tak pernah jemu rompak dan tipu rakyat 57 tahun...57 tahun.....kalah malu salah guna kuasa.

    ReplyDelete
  9. Aku sokong lensa .... Kita yang bodoh mengagungkan DSAI .
    Kita org islam tak perlu mengagungkan Manusia . DSAI ... usiapun dah
    lanjut ... Taubatlah sebelum terlambat . Rumah kata pergi ... Kubur kata mari dan kita pula umat islam janganlah sokong membabi buta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau seorang saja yang bodoh.kenapa pula "kita".kalau kau rasa kau bodoh kau diam2 saja.

      Delete
    2. Betullah...kau yang bodoh...kau guna perkataan kta. Misi dan perjuangan sekarang adalah utk mengalahkan parti korup Umno. Anwar Ibrahim...adalah jutaan manusia diMsia yang mempeopori perjuangan itu,

      Ini mesti umno cybertrooper ni...tak berapa cerdik dlm melihat lanskap politik msia. ABU lah...bukan Anwar Ibrahim. Kalau Anwar bolih contribute utk menjhanamkan Umno, apa bodoh sangat mcm Lensa utk suruh dia bersara,

      Delete
    3. anon 12.26 tak komen orang tak tau anda bodoh...baik komen...hehee

      Delete
  10. DSAI ... harus bertaubat . Bukan aku kata tapi mendiang Karpal Singh
    yang kata .... Orang kapir pun tahu dosa pahala. Hanya kita yang buta hati dan pekakkan telinga .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertaubat dari memperjuangkan nasib rakyat teramai? Atau bertaubat dari mengganggu orang kaya kaut khazanah negara?

      Kita kena buat buta dan pekak harga minyak naik, dikenakan GST, AES, tol, ringgit jadi rupiah?

      Delete
    2. Itu yang pelik bin ajaib...orang kapir tahu dosa pahala. Orang islam bila dah pegang kuasa dah tak pakai dan takut pada dosa pahala...dok mentadarah harta negara.

      Delete
    3. Ini mesti budak Lensa ni..tak tahu sejarah dan asam garam berpolitik.

      Yg Karpal Singh suruh Anwar bertaubat tu semasa Anwar masih dlm Umno. Semasa dlm PR, tak pernah pun Karpal suruh Anwar bertaubat.

      Itulah...jgn jadi bodoh...pandai2 petik apa Karpal kata...tanpa mengetahu dlm kontek apa dan dlm situasi mana. Ohhh...budak2 Lensa...lupa pulak.

      Delete
    4. Anon 1229 kau seorang saja yang buta hati dan pekak telinga.Kenapa cakap "kita" utk mengiyakan kebodohan sendiri.kalau anon 1229 tak komen barulah "kita" tidak tahu bahawa awak ni banggang.

      Delete
  11. masuk la anwar dalam penjara..malaysia dah buang masa terlalu banyak kerana manusia ini..si bodoh pas yang paling mudah di ambilksempatan..tak caya tgk himpunan utk anwar hujung bulan ini..dikumpulnnya ahli2 nya yg bodoh hormat anwar lebih drpd presiden sndiri untuk berpanas hujan demi nafsu peliwat..tanpa pengorbanan ahli pas byk himpunan anjuran pr tak akan berjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benarkah tanpa pengorbanan ahli pas byk himpunan anjuran pr tak akan berjaya..

      Jangan tunjuk bangang lah bro..... menang sorak kampong tergadai bikin apa ?

      Anwar masuk atau tidak kedalam penjara...dia akan hadapinya sendiri. Dan kalau Anwar masuk penjara.... pemimpin UMNO Baru boleh tidor lena kah ?

      Delete
    2. Bersalah atau tidak bukannya ditentukan hakim atas faktor ramainya hadir memberi sokongan di mahkamah. Tahun 1998 pun sampai tak cukup ruang mahu bergerak di kawasan mahkamah, tetapi Anwar tetap dihukum bersalah juga atas arahan pemimpin tertinggi UMNO. Sekiranya Anwar disabitkan kesalahan sekali lagi dan dipenjarakan, jangan ingat PAS akan mendapat laba besar seperti di tahun 1999, malah kali ini PAS pula akan menjadi bahan kutukan dan serangan bertali arus rakyat kerana UMNO sudah di "black list" oleh sebahagian besar rakyat maka rakyat teramai itu akan menalakan muncung senjata mereka terus kepada PAS kerana antara "parti kafir UMNO" (Amanat Hj Hadi) dan Munafik UG-PAS, rakyat jauh lebih benci golongan UG-PAS. Itu adalah realitinya. Habis

      Delete
    3. sapa bro yg menang sorak kg tergadai?..kita tgk la himpunan 28/10 ni..mana2 org pas yg turun bg aku mmg tiada maruah selepas parti mereka sendiri dihina pkr..

      Delete
  12. elok la anwar bersemadi di sungai buloh atas apa yg terjadi 5 6 bulan ini...kau terlanjangkan khalid ibrahim dan yg paling celaka sekali kau jatuhkan maruah pas sehina-hinanya...semua atas kerja bodoh ko yg tamak kuasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apasal Anwar Ibrahim kena tanggung dosa semua orang? Dei, sendiri tanggung la

      Delete
    2. wahai budak2 bodoh lensa.

      korang tu sebenarnya kaki melan...p

      tu sebb cepat letih.

      dh tu nk mengaku mewakili rakyat Malaysia. rakyat Malaysia semua bersemangat berjuang, tk rasa letih.

      ini belum lagi minta korang berjuang senjata jika Negara diserang mcm di Iraq dn Syria.

      aku cadangkan korang dok rumah dan melan....p je lah.

      menyamapah tgk budak mentah berlagak sombong. satu sumbangan pun dlm perjuangan tkde. dh nk jadi agen umno.

      go to hell to lensa mastrb...tion group

      Delete
    3. PAs hina sebeb perangai pemimpin. kau ni mcm umno betul

      smeua masalah Negara dituduh anwar... sebiji perangai umno.

      kebodohan pemimpin yg meruntuhkan PAS, bukan anwar.

      Delete
    4. BOOOOOOO


      Ai...Yaaa !, Wa selalu dengak semua olang cekap ,negala buluk punya hat, semua pasat UMNO .


      Delete
  13. Senarnya budak-budak lensa ni cakap besar saja.nak mengajar orang yang lebih dewasa ikut rentak mereka.Saya pernah dengar forum Pasma dengan seorang wakil lensa ada berucap.apa yang saya lihat mereka-mereka ini masih mentah lagi.sifat sama seperti mat ezam kotak.tak sabar dalam perjuangan. sepatutnya mereka mendesak supaya PM 1M yang letak jawatan bukannya sebaliknya.

    ReplyDelete
  14. Kalau Anwar Yang Berusia Masih Bertenaga, Kenapa Anak Muda Lensa Letih Tak Bermaya?

    Haaa Haaa Haaaa

    Aku suka topik nie...

    Kenapa Nuar berahim Giler Tutuh Juboq dgn Kote Bengkok masih mampu MELIWAT pd usia dah nak mampus... kerana Nuar Giler seks luar tabieee, liwat, main bontot, juboq.

    Anak Musa LENSA, tak tahan, mana tahan asyik KEKUT Keliling memanjang, Nuar sorang2 ajer yang syok..

    Wakakkakak...

    Dalam maknernya tuuuh.. kalau paham lah.....

    Kalau kes Nuar Bontot nie, sorry lah tak payah pakai otak nak komen..

    Maki-makian lagi bagus pd saki baki Keturunan Nabi Lut nie.

    Kalau ada Macai PKR HaramJaddah nak kata, Kau tengok ker?

    Jawabnya, Banduan yg dok tunggu Nuar Bontot kat dalam penjara buat salah, Kau tengok ker?

    Mahkamah putuskan bersalah, balasan atas perbuatan sendiri...

    Kalau orang kena aniaya.. Tak Kan seluruh keluarga kena BALA,

    Anok Bercerai, Anok Kaki Fitnah.. sanggup mintak maaf kerana fitnah, takut hilang jawatan dunia... perjuangan keadilan taik kucing..

    Bini Pon Kaki Fitnah..

    Nuar Kaki semua Kaki yg hebat KAKI LIWAT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini mesti cybertrooper. Main sodok saja, asal dapat claim upah.

      Delete
  15. Ni merepek ni mesti mamak Mahatir kaki liwat punya Macai tegar

    ReplyDelete
  16. Langkah masuk naik ke putrajaya bukan langkah satu hari, ianya perlu masa dan tenaga sama jua langkah keluar turun dari putrajaya ianya telah memakan masa bertahun2 berlaku kerosakkan sehingga tidak mampu diperbaiki lagi.umpama buah yang sudah masak jatuh sendiri.

    ReplyDelete
  17. anak muda lensa umpama saiful bukhari..tak bisa menahan tenaga dan nafsu anwar ibrahim walaupun berbeza usia..

    ReplyDelete
  18. Knp setiap saat manusia lupa untuk sabar dn syukur?

    ReplyDelete
  19. Lensa sudah buat u-turn cam pas.lepas ni nak lawan pasma kot..

    ReplyDelete
  20. masuk atau tidak anwar dalam penjara , perjuangan akan tetap anwar teruskan.. kalau anwar tahu dia bersalah zama TM dia dah bersara . Buat apa di lawan gila gila sampai tercemar maruah diri dan keluarga. Orang bodoh takut aje yg tak berani lawan macam lensa dan yg sekutu dgn nya. Berani kerana benar takut kerana salah.

    ReplyDelete
  21. Teruskan perjuangan Anwar. Dalam 10 rakyat Malaysia 5 berada di belakang kamu. Kamu adalah idola kami berjuang utk kebenaran. Tumbangnya kamu tak bermakna putus harapan kami. Patah tumbuh hilang berganti.. Selamat berjuang utk bangsa agama dan Negara.BERANI KERANA BENAR.

    ReplyDelete