Thursday, 2 October 2014

Inilah Padahnya Bila Anak Bangsawan Jadi PM


Sejak malam tadi apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter, bukan saja stesen minyak dibanjiri dengan kenderaan, malah laman sosial juga sarat dengan kecaman terhadap keputusan yang dianggap tidak bijak dan membebankan rakyat itu.

Dengan mengumumkan kenaikan itu hanya tiga hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha yang pastinya akan melonjakkan peningkatan harga barang-barang keperluan serta menambah lagi jumlah perbelanjaan, kerajaan berslogankan mendahulukan rakyat pimpinan Najib Razak seakan-akan sudah tersasar jauh daripada apa yang selalu mereka laungkan.

Bukan saja kenaikan itu yang dipertikaikan kerana beberapa laporan media antarabangsa menyebut harga minyak dunia sedang menurun ketika ini tetapi juga masa kenaikan itu yang hanya tiga hari sebelum sambutan Hari Raya Korban turut dianggap tidak sesuai sama-sekali.

Apakah kerajaan tidak prihatin lagi kepada rakyat? Kenapakah kerajaan tidak boleh menunggu seminggu dua lagi untuk mengumumkan kenaikan itu?

Di media sosial, ramai yang meluahkan kemarahan mereka. Bulan saja penggiat media sosial pro pembangkang yang mengambil kesempatan ini untuk membelasah lagi kepimpinan Najib Razak, malah ramai juga yang pro kerajaan turut meluahkan perasaan yang sama. Semua mereka berpendapat kenaikan itu tidak wajar, selain masanya juga tidak sesuai.

Terdapat juga yang menyindir Najib dan kerajaan berikutan kenaikan itu seperti memberi petua menjimatkan minyak kereta dan bagaimana untuk memastikan penanda minyak sentiasa di garisan F yang dibuat dalam bentuk lawak jenaka. Ada pula yang mentafsirkan BR1M 2.0 dengan maksud "Beratur Ramai-ramai Isi Minyak 20 sen".

Yang memerli Najib dan kerajaan dengan mengucapkan terima kasih dan tahniah juga ramai atas tindakan menaikkan harga minyak, antaranya ialah bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin.

Ustas Kazim Elias, penceramah agama yang sebelum ini menolak lantikan sebagai Ahli MT UMNO oleh Najib adalah antara yang paling awal meluahkan perasaan tidak setuju dengan kenaikan harga minyak ini serta meminta kerajaan mengkajinya semula atas dasar prihatin terhadap rakyat yang berpendapatan rendah.

Di kalangan pemimpin kerajaan pula, walaupun media sosial seharusnya menjadi medium mendekatkan interaksi antara pemimpin dengan rakyat, tetapi kenaikan harga minyak malam tadi telah menyebabkan mereka senyap sunyi dan "tidur awal" lantaran mengelak untuk berhujah dengan kemarahan rakyat. Jelas bahawa tidak ramai pimpinan kerajaan yang berani mempertahankan tindakan kerajaan itu dan berhujah secara terbuka.

Hanya Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan yang tampil cuba merasionalkan kemarahan rakyat dengan menulis di twitternya "Ron95 sebenar pasaran RM2.58 seliter. Harga di Malaysia RM2.30. Subsidi kerajaan 28 sen seliter. Diesel sebenar 2.52. Msia 2.20. Subsidi 32 sen. Tq."

Namun sebenarnya bukan harga pasaran minyak dan jumlah subsidi yang diberikan kerajaan atau jumlah RM2 billion subsidi yang diperuntukkan kerajaan yang menjadi isu dan boleh meredakan suhu marah rakyat, tetapi hal paling besar ialah kenapakah Najib bersetuju dengan kenaikan yang dianggap tinggi dan dilakukan menjelang Hari Raya Korban pula?

Apakah kerajaan sudah kekeringan kantung kewangannya sehingga tidak sabar-sabar mahu mengurangkan subsidi rakyat? Kalau kerajaan kekurangan wang yang memberi erti prestasi ekonomi tidak membersangkan, bagaimana pula diumumkan baru-baru ini ekonomi negara berkembang sebanyak 6.4 peratus?

Logiknya jika ekonomi makin berkembang yang tentunya diikuti dengan bertambah kukuhnya kewangan negara, tentulah kerajaan tidak begitu terdesak memotong subsidi untuk rakyat bawahan.

Walaupun ada yang meletakkan punca kenaikan ini berdasarkan saranan Pemandu yang dipimpin oleh Idris Jala, kata putus membenarkan kenaikan itu tetap di tangan Najib Razak selaku Perdana Menteri. Hanya jika Najib bersertuju dengan kenaikan yang dicadangkan itu, barulah ia akan dinaikkan.

Menaikkan harga minyak dan mengurangkan subsidi rakyat bukanlah kali pertama dilakukan Najib. Ia sudah banyak kali dilakukan sebelum ini. Alasan klise yang selalu diberikan ialah untuk meningkatkan daya saing rakyat dan memberi ruang ekonomi berkembang dengan lebih baik.

Tetapi memotong subsidi yang menyebabkan harga minyak naik tanpa angin dan tanpa ribut serta menjelang musim perayaan bagi umat Islam bukan saja tidak meningkatkan daya saing dan perkembangan ekonomi, bahkan tidak lain adalah manifestasi wajah dan warna hati sebenar Najib sebagai anak bangsawan yang tidak memahami derita dan kesusahan rakyat terbanyak di negara ini.

Sementara beliau dan keluarga teus bermewah dengan pelbagai kemudahan yang ditanggung rakyat melalui cukai rakyat, sedikit demi sedikit rakyat disengsarakan dengan pelbagai beban dan kenaikan yang dipaksakan. Sebagai anak bekas Perdana Menteri yang sejak lahir dilimpahi kemewahan, bukan saja kesusahan tidak pernah dirasainya, pemahaman mengenai erti derita dan kemiskinan juga tidak sama dengan mereka yang pernah mengalaminya.

Setelah enam tahun berlalu, kesilapan memilih anak bangsawan sebagai Perdana Menteri nyata makin ketara. Negara tidak harus mengulangi lagi kesilapan ini. Anak, cucu atau menantu Perdana Menteri tidak seharusnya lagi diberi ruang memimpin negara ini jika kehidupan rakyat bawahan dan marhaen ingin benar-benar difahami, diperjuangkan dan dibela. ( SH 02/10/2014)

17 comments:

  1. kecik2 taknak mampos...dah tua nyusahkan rakyat..

    ReplyDelete
  2. ANAK BANGSAWAN JADI PM KAHWIN DENGAN MINAH MENANG KERBAU....

    ReplyDelete
  3. Bukan mustahil satu hari nanti subsidi tiada bahkan minyak turut dikenakan cukai pula. Segalanya bukan mustahil sebab siapa nak tanggung BR1M dan kos najib & badak pergi cuti2 ke eropah? Hutang pun dah bertimbun, negara menuju kebangkrup.

    Pengundi 51% tolak umno/bn di bandar2 tetapi 48% penyokong umno/bn di Felda, kampung2 dan pendalaman sabah & sarawak tak guna minyak atau bayar tol pun. Mereka ni tetap sokong umno/bn apalagi bila dpt BR1M terus lupa segala kburukan umno/bn.

    48% pengundi terus diperbodohkan umno/bn, selagi ada mereka ni umno/bn terus berkuasa.

    ReplyDelete
  4. artikel yang baik

    ReplyDelete
  5. Kerajaan Barisan Nasional tidak takut pada kemarahan rakyat kerana kenaikan petrol sudah diamalkan sejak berpuluh tahun yang lalu, naik dan terus naik...

    Apa tindakan rakyat Malaysia terhadap Barisan Nasional ..kecuali mengeluh saja. Tambah pula ahli UMNO Baru dan ahli PAS majoritinya wala.dan bangang sepatutnya bangkit membantah kerana mereka ramai tapi malangnya mereka pun bacul tak berani nak bersuara.

    Pada pilihanraya 13 dulu jika Pakatan Rakyat menang dan Anwar diangkat sebagai perdana menteri beliau berjanji akan turunkan harga petrol...tapi rakyat Malaysia perlecehkan cadangan itu dan PAS pulak lebih suka Ku Li diangkat sebagai PM bagi mengetuai Pakatan Rakyat.

    Nampak atau tidak betapa bodohnya rakyat Malaysia dalam memilih keselesaan hidup berasaskan manifesto parti ?

    Oleh kerana itu tak usah nak marah Najib, Barisan Nasional dan juga UMNO Baru pasal harga petrol naik kerana tiada siapa yang suka harga petrol turun.

    Padan dengan muka kita...he.he..he..

    ReplyDelete
  6. HARAM JADAH PUNYA NAJIB..!!!!

    ReplyDelete
  7. Lulu ea aa itu Mahathir anak guru sekolah ,olang pon cekap tatak babut .
    Sikalang itu Najib ,anak lulu punya PM ,olang cekap tatak babut , tapi Wa ingat memang tatak babut ,pasat sikalang anyak kacau loo rr.

    Betut-betut Wa ingat itu Lim manyak babut jadi PM lea aa ,manyak kelas punya olang , siapa klitik kasi pecat loo rr .

    Najib manyak lembik maa aa , Bulayu pon manyak malah maa aa , Cina tatak sokong ,tapi itu Najib aa ar ,manyak sukak Cina lea aa.

    ReplyDelete
  8. hahaha...marilah kita sama2 menyambut hari raya qurban dengan berkorban atas kenaikan harga Ron 95 dan diesel demi untuk kesejahteraan para pemimpin Negara....

    ReplyDelete
  9. Din Ayam suruh kita berdemo kerana minyak naik.....Kepala Butuh Ayah Mertua kamulah Din Ayam. Itulah asyik nak mempertahankan saham kamu yang setengah juta itu maka rintihan rakyat sudah tidak dipedulikan lagi. Aku jauh membenci Din Ayam "Menantu Kucing Jalang" Abah daripada membenci Najib - kerana Najib satu dunia dah tahu kaki rasuah dan korupsi, Iblis pun takut berkawan dengan dia ini takut di-C4 oleh Najib.

    ReplyDelete
  10. Alah.. Naik sikit ajer..kita sendiri yg kena berjimat cermat. Pemimpin negara kita dah cuba sedaya upaya untuk memperkukuhkan ekonomi negara kita. Kita sepatutnya membantu dgn menyokong tindakan kerajaan. Kita harus bersyukur.. Kita masih lagi boleh makan dan hidup aman. Janganlah mengeluh. BN tidak akan biarkan kita susah. Marilah kita bersatu padu sebab kita cintakan tanah air kita. Hidup mesti terus dan jgn buat kacau dgn menghasut. Kepada PAS, marilah bersama untuk kita kuatkan kuasa melayu. Jika kita lemah, bangsa lain akan pijak kita.

    ***Agak2.. Berapa ramai yg nak muntah dgn statement aku ni.. Heheh!

    ReplyDelete
  11. Negeri Selangor jika mampu berfikir bagaimana menurunkan harga minyak dan penurunan itu hanya di selangor shj. percayalah mrk akn berjaya menang besar dlm pilihanraya akn dtg

    ReplyDelete
  12. Najib peduli ape? Mat maslan bagi tau Najib, umno pegang 54 seat Parlimen felda, lebih 30 sabah sarawak dan bakinya org kg. Umno tak bole tumbang punya. Itu sbb najib peduli apa hal org kg mengeluh merungut. Sampai time bagi brim, cair lah lembut lah hati org kg & peneroka felda

    ReplyDelete
  13. Elok protes,boikot,mogok ramai2 selagi tak buat selagi tulah rakyat ditindas sampai nazak.Lawan tetap lawan.lawan dgn tindakan2 bukan hanya cakap2 kosong sembang propa tak sudah,ALLAH HU AKHBAR.

    ReplyDelete
  14. Itulah sebabnya di indonesia mereka melakukan perubahan besar.mrk tdk mahu lagi memilih presiden dari golongan elit dan bangsawan .tetapi mrk memilih jokowi yg mana masa kecilnya pernah hidup di kawasan setinggan malah beberapa kali waktu beliau kecil diusir dan disuruh pindah.beliau dtg dari keluarga sederhana.sudah sampai masanya malaysia dipimpin oleh org yg pernah merasa derita rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politik ini suatu bidang warisan, dari bapa turun kepada anak hinggalah kepada cucu cicit.inilah bangsawan politik, senang masuk dengan melangkah seperti melangkah di karpet merah sedangkan rakyat biasa jalannya bukan lagi jalan tanah merah umpama menebas semak menebang belantara.diharap komen saya ini dapat dibaca generasi yang lahir pada masa hadapan.hanya mereka sahaja yang boleh nampak sejarah panjang keturunan orang politik ini.

      Delete
  15. Aritikel yg baik.
    Golongan bangsawan mmg tidak akan memahami penderitaan orang bawahan (Rakyat). Hidup x pernah susah, hidup x pernah jd org bawahan...

    ReplyDelete
  16. kita tak nafikan ayahanda nya Tun Razak memang hebat ,kerana apa? kerana dia pernah susah!!,Tun Mahathir lagi hebat kerana apa kerana dia penah susah ,dan pernah juai kueh kat pekan Rabu.utk tampung hidup.Tapi bagi saya tak salah anak bangsawan jadi PM asalkan dia pernah melalui pahit getir perjuangan.Tapi Najib memang jelas tak da tu semua,Kesusahan hidup dia tak pernah rasa,kesusahan dalam politik pun dia tak pernah rasa.Kalau kita flashback balik cara dia mendaki dalam hieraki politik UMNO seumpama naik pakai tangga ajaib atau lebih tepat tangga emas,tak pernah dia merasai dicabar dalam perbutan jawatan ,tak pernah dia rasa nikmat kekalahan yg mengajar seseorang itu erti perjuangan.Sepupu dia Hishamudin pun lebihkurang sama macam dia juga ,Naik pakai tangga ajaib.KJ lagi hebat walaupun hanya menHantu PM.Tapi berbeza dgn Mukriz beliau dididik oleh ayahnda nya Tun M dgn latihan kesusahan dan kepayahan,Beliau tidak diberikan tangga emas ,malah disekat oleh Tun sendiri agar tidak melibatkan diri keterlaluan dalam politik semasa Tun masih in power.Beliau beberapa kali kalah dalam perebutan jawatan,Ini tentu nya membuat beliau lebih matang dan progressif sebagai pemimpin.

    ReplyDelete