Thursday, 16 October 2014

Hasan Malek Semakin Tidak Relevan Sebagai Menteri


Selepas dikritik kerana komennya yang tidak matang mengenai harga ayam, bersyukur dan bukan mengadakan bantahan bila minyak naik serta kemudian tentang cendol pula, Hasan Malek terus dikritik kerana kempen bawa bekal ke sekolah yang dianjurkan kementeriannya di sebuah sekolah di Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Kempen bawa bekal ke sekolah itu bukan saja dianggap idea lapuk, tidak relevan dan kitar semula, ramai juga berkata, "takkan tahap ini saja idea menteri" untuk menangani kos sara hidup dan kenaikan harga barang yang sedang ditanggung rakyat.

Hakikatnya, membawa bekal ke sekolah bukanlah perkara asing bagi murid luar bandar sejak dulu lagi. Sekarang pun ramai lagi yang melakukannya. Tetapi oleh kerana semakin ramai ibu-ibu yang turut bekerja untuk menampung pendapatan keluarga, maka semakin ramai yang tidak berkesempatan menyediakan bekalan makanan untuk anak-anak mereka.

Di bandar pula, oleh kerana majoriti ibu-bapa bekerja dan kadang-kadang pula tidak tentu masa, budaya membawa bekal ini amat jarang sekali diamalkan. Bukan kerana tidak mahu tetapi tiada kesempatan dan luang masa untuk melakukannya.

Lagi pula, kaitan membawa bekal dalam suasana kehidupan sekarang dengan peningkatan kos sara hidup, amat jauh sekali dan memperlihatkan idea paling lekeh daripada seorang menteri. Jika sekadar untuk bekal ke sekolah, memberi dua atau tiga ringgit wang belanja adalah lebih menjimatkan berbanding kos penyediaan memasak sendiri.

Sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai harga barangan keperluan, idea kempen membawa bekal ini tidak lain menunjukkan tandusnya idea Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tersebut. Kalau pun tidak mahu turun ke pasar-pasar meninjau harga barangan, temuilah pembekal untuk memastikan mereka tidak menaikkan harga barangan, bukannya dengan meminta budak-budak sekolah membawa bekal.

Sejak kerajaan menaikkan harga minyak, bukan saja harga barang di pasar meningkat, bahkan banyak barangan lain seperti gas memasak, minuman dalam tin dan pelbagai jenis yang lain turut meningkat.

Takkan nak minta rakyat bersyukur dan memuji pemimpin bila kenaikan demi kenaikan ini berlaku?

Lebih malang lagi apabila ada pengusaha cendol di Kuala Selangor menurunkan harga jualannya sebanyak 20 sen, Hasan Malek turut teruja dengan sikap peniaga itu dan meminta peniaga yang lain mencontohi sikap itu.

Apakah cukup tugas menteri sekadar meminta saja? Kalau kerajaan boleh menaikan harga minyak kerana kekurangan wang dalam perbendaharaan, apakah pula logiknya meminta peniaga menurunkan harga barangan bila minyak naik?

Yang lain pula berkata, Hasan Malek ini sebenarnya tidak faham bahasa sindiran daripada peniaga cendol? Ramai yang berkata, peniaga cendol berbuat demikian kerana ingin menyindir kerajaan, sebab itu harga cendol yang diturunkan pun 20 sen juga, bukannya 10 sen atau 30 sen.

Tetapi menteri tak faham. Walaupun kena sindir tetapi dibalas dengan pujian pula.

Setelah komennya mengenai harga ayam, kemudian meminta rakyat bersyukur bila minyak naik, diikuti dengan pujian terhadap peniaga cendol yang jelas menyindir kerajaan dan terbaru mengadakan kempen bawa bekal untuk murid-murid sekolah, Hasan Malek didapati semakin jauh daripada kelayakan dan kemampuan yang sewajarnya untuk terus berada dalam kabinet kerajaan.

Sementara Najib gah dengan idea-idea transformasi, Hasan Malek masih terbelenggu dengan pemikiran kuno dan basi. Kedudukannya dalam kerajaan lebih menjadi beban dan bahan ketawa rakyat semata-mata. (SH 16/10/2014)




9 comments:

  1. Hassan Malek ni kaki lalok. Entah mcm mana kaki lalok macm ni boleh Najib lantik jadi Menteri penting. Agaknya senang Najib nak rembat duit dan khazanah negara. Orang lalok, duit lesap pun tak sedar. Tau tau Malaysia berhutang dan duit berkurang..Tu yang syok naik harga sana sini. Duit bocor sbb PM lantik menteri lalok utk kepentingan sendiri

    ReplyDelete
  2. Apa boleh buat Allah jadikan Hassan Malek berwajahkan BODOH...beliau segarusnya bersyukur dgn kejadian Allah. Tapi walaupun paras wajah memang nsmpak bodoh, HM tak la perlu benar-benar jadi bodoh. Seeloknya bila orang ramsi.dah beri gelaran HADIAH HASSAN MALIK sebagai kiasan untuk menggambarkan kebodohan seseorang....beliau seharusnya berdiam diri saja dari membuka mulut....
    Sebenarnyaa yang lebih BANGANG dalam hal ini adalah NAJIB yang melantik orang bengap jadi Menteri.

    Orang bengap ni kekuatan mereka hanyalah sebagai tukang smpu. Samalah dengan tukang kipas Ahmad Maslan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dh lumrah umno xkn bg org cerdik nek...sbb kalo org bodoh snng dy nk mnipu lg pn org bodoh nie hnya pndaibodek je...tu yg najib syok....de tukang jilat dh kipas

      Delete
  3. ---Apalah nasib ada tuan director macam ni ...

    -- Kalau tak jadi Hang Jebat...... jadi Hang Kebun jadilaah....

    ReplyDelete
  4. Dalam umngok macam2 mat gian kemaruk kaya dari kuasa politik.ini mat cendol, ada mat sate, mat subsidi bodo, mat pakturot (patriot konon) , mat katak dan banyak lagi mat2 kangkung didalamnya.Minah cencen lembuno pon ader.cam na nak pimpin negara bila umngok dipenuhi pembodek2 tegar...

    ReplyDelete
  5. Itu pasai melayu susah nak maju,Seperti yang pepatah Cina sebut, beri seseorang seekor ikan, ia hanya boleh mengenyangkan untuk satu hari, tetapi ajar bagaimana cara menangkap ikan, ia boleh mengenyangkan seumur hidup.Inillah kesudahannya pencuri ikan yang memberi ikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapkan pencuri ikan memberi ikan? Manalah pencuri pandai ajar menangkap ikan melainkan menjadi pencuri jua.

      Delete
  6. pak budin..apa kata pak create issue mengalak para pengkritik memberi idea yg bernas.....tegakkan budaya intelek

    ReplyDelete
  7. Buek malu oghang pilah yo hasan malek BANGANG ni!apolah malang bona org nisemilan bermentoghikan hasan ni..malu den dgn kengkawan negoghi lain..

    ReplyDelete