Monday, 22 September 2014
Walaupun Kemelut Berakhir, Pas Tetap Rugi
Timbalan Presiden PKR yang juga Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali akhirnya sah menjadi Menteri Besar yang baru bagi negeri Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Beliau telah pun menerima surat perlantikannya dari Istana Selangor petang tadi dan akan mengangkat sumpah jam 10.30 pagi esok.
Perlantikan Azmin juga akhirnya diterima sebulat suara oleh PKR yang bermesyuarat petang tadi dan Majlis Pimpinan PR yang bermesyuarat malam ini juga menerima perlantikan itu, seiring dengan pengumuman Dr Wan Azizah untuk menarik diri daripada pencalonan. Ini bermakna sokongan 30 Adun juga turut berpindah kepada Azmin.
Dengan ini, berakhirnya kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor yang sudah berlarutan sejak beberapa bulan lalu. Penerimaan PR terhadap perlantikan yang dibuat oleh Sultan Selangor ini adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu agar mereka selepas ini boleh terus melangkah ke hadapan menunaikan janji-janji yang masih banyak tertunggak dan juga memajukan lagi negeri itu.
Walaupun Azmin bukanlah calon pilihan PR yang utama, tetapi dari segi kebolehan dan kemampuan menggerakkan lagi jentera parti serta pentadbiran negeri ke arah yang lebih mantap, beliau sebenarnya tidak perlu diragui. Pengalamannya dalam kerajaan sebelum ini dan kesetiaan dalam gerakan reformasi sejak 1998 adalah bekalan terpentingnya untuk terus melangkah ke hadapan selepas ini.
Setelah semua pihak menerima perlantikan Azmin ini, PR juga tentunya akan bersatu kembali selepas ini. PKR dan DAP memang tiada masalah kerana mereka sejak awal lagi bersatu hati dan konsisten dalam isu ini.
Namun yang paling rugi sekali ialah Pas. Walaupun mereka juga menerima perlantikan Azmin ini dan seolah-olah kembali bersatu tetapi kesannya tidaklah begitu. Bukan saja imej Pas terjejas dengan teruk di mata umum berikutan pendiriannya yang tidak konsisten, malah perpecahan sesama sendiri juga akan memakan masa untuk dipulihkan.
Puak "taliban" dan "erdogan" dalam parti itu semakin terserlah permusuhannya dek isu Menteri Besar Selangor ini. Disebabkan kemelut yang sama juga, Pas turut "kehilangan" dua Adunnya sendiri di Selangor iaitu Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang sanggup bersikap lebih wala' kepada pihak lain berbanding parti sendiri.
Tetapi mereka terpaksa mengambil tindakan berani itu kerana letih dengan sikap dolak-dalik dan lambatnya Pas dalam membuat keputusan untuk menyelamatkan keadaan. Berjayanya Azmin menjadi Menteri Besar mulai esok sebahagiannya adalah kerana pengorbanan kedua-dua Adun berkenaan, bersama Adun-Adun daripada PKR dan DAP.
13 lagi Adun Pas boleh dikatakan tiada saham dalam perlantikan Azmin ini. Tanpa keberanian Shaari dan Hasnul, mungkin Khalid masih kekal bersilat sekarang ini atau suatu bentuk kerajaan campuran telah pun berjaya diwujudkan di Selangor.
Lebih malang bagi Pas ialah isu Menteri Besar ini telah menjadikan Haji Hadi Awang sebagai bahan cemuhan dan kritikan banyak pihak. Bukan saja masyarakat umum dapat melihat wajah sebenarnya sebagai pemimpin yang selama ini dihormati kerana ilmu agamanya, malah dalam mesyuarat Pas sendiri beliau turut dikritik dan disanggah. Kuasa dan haknya sebagai presiden juga sudah mula menjadi bahan jajaan dan perbualan.
Secara umumnya Haji Hadi tidak lagi dihormati seperti dulu. Kebolehan ulama dalam berpolitik dan mentadbir negara juga turut diragui.
Berbanding dengan PKR yang mendapat kembali kerusi Menteri Besar dan DAP yang tidak rugi apa-apa, Pas ternyata lebih banyak rugi dari untungnya. Bagi PKR, walaupun bukan Dr Wan Azizah yang menjadi Menteri Besar tetapi kedudukan Azmin sebagai Timbalan Presiden yang menjadi gantinya, ia tidak mendatangkan banyak perbezaan bagi mereka.
Tetapi selain Pas belum tentu dapat apa-apa, kerugian yang nyata telah pun ada. Di samping perpecahan dalamannya makin ketara, penerimaan umum terhadapnya dan pimpinan ulamanya tidak lagi sama seperti dulu. Pengundi bukan Melayu juga mungkin terpaksa diyakinkan semula untuk terus menyokongnya.
Pepatah biduk lalu, kiambang bertaut seperti memakan masa atau tidak mungkin berlaku terus dalam Pas selepas ini.
Jika tewas di Pengkalan Kubor pada 25 September nanti, lagilah berat beban Pas selepas ini. SH 22/09/2014.
Pada saya PAS akn jadi lebih hebat selepas ni..fikiran awk dlm hal ni masih tidak berfikir di luar kotak...ingat PAS berpengalaman dlm politik..pemimpin islam tiada masalah utk dikritik..awk hanya org luar...mungkin tidak memahami isu ini lebih mendalam..
ReplyDeleteWa atak ingat maa aa , itu PAS hea a , atak lebih kenal sendili diri lea aa ,sikalang .
DeletePKR ,manyak lugi ,lea aa tunjuk kacau and manyak sombong sama itu Sultan.
DAP hah hh . manyak untong besar , luluk liam-liam kasi cucuk itu PKR dali belakang , kasi cabar Sultan punya kuasa maa aa , Cina punya olang akan lagi kuat pecaya pada DAP eaa aa.
Manyak kuat untung loo oo.
yg kat ats ni dah kenapa... cuba berfikiran waras sikit...
Deletecukup2lah jadi batu api
Berpegalaman dalam politik? hahahaha.
DeleteDapat Terengganu, sepenggal. Dapat Kedah sepenggal. Hebat ke.
Pas For All...telah Berjaya direalisasikan olih gulongan professional yang dibawa masuk olih Allahyarham Fadhil.
DeleteHadi memrealisasikan ' Pas just a kampong party; dengan tindak tanduk lebai2 Pas yang integrity mereka diragui sekarang olih masyarakat.
PAS berpengalaman dalam politik" hahaha. Pengalaman sentiasa kalah dalam PRU ...
DeleteSaya amat setuju..
ReplyDeleteAnalisa jelas byk kekurangan..
Sedangkan PAS sudah mulai kenal siapa duti dalam daging..
Memang pelik.. permainan ini..
Yang jelas amat mudah terima keputusan..
sedangkan beramat keras sebelum ini..
Mana perginya prinsip yg dilaung2kan..
Akhirnya.. langkah kajang adalah sebenarnya utk AZMIN..
FIKIR2KANLAH...
Tuan, apa yang boleh saya katakan disini, adalah tahniah kepada Azmin Ali.Dia adalah seorang manusia penyabar dan setia pada perjuangan reformasi.Jasa baik dia dalam membela Anwar masa disingkir dari parti syaitan dikenali patut di beri pujian.Tuhan membalas jasa baiknya kerana menolong seorang kawan yang dalam kesusahan.Ini bukan berlaku dengan tidak sengaja,tetapi Tuhan membalas jasanya.
ReplyDeletePada Parti PAs, apa yang saya boleh katakan, adalah PADAN MUKA. Sekarang istilah barua dan broker sudah digunakan oleh rakan mereka yang mereka teringin sangat nak berpadu.Ini juga menunjukkan ia bukan berlaku secara kebetulan, tetapi Tuhan telah tunjukkan wajah sepenar PAS. Banyak yang mendakwa diri sebagai ulama,tetapi janji perjuangan bersama rakan di mungkiri.Ini janji Tuhan walaupun sebesar zarah keburukan kita, semuanya akan di nilai.Sekarang Hadi dah dapat apa yang dia kehendaki.Orang dah tak percaya pada ulama jahat macam HADi.Mulut busuk dan tak layak dipanggil ulama.Islam tak ajar umatnya perangai macam Hadi.Sekarang umno sudah tunjuk belang pada PAS dan Hadi yang merekalah sebenarnya Syaitan yang Hadi kempunan sangat nak berkawan.Poster baru dah tumbuh macam cendawan di Pengkalan Kubor.Akhirnya PAs akan bungkus di Pengkalan Kubor,sebab kebodohan Hadi setanding Keldai.
Yang lebih sah ialah Allah dah tunjukkan terang-terangan bahawa perjuangan Anwar Ibrahim itu tidak diberkati. Apa sahaja hajatnya tak pernah kesampaian. Macam nak sampai, tapi tak sampai-sampai. Diperolok-olokkan. Jual diri sendiri tak laku, berusaha nak mengadap tuanku, tapi tak dapat laluan. Sorong bini, tak laku. Kawan rakan makin lama makin ramai yang lari...tengoklah nanti, bila PAS tarik handbrake, PKR akan tertungging. Nak harap sokongan bukan Melayu, sampai bila? DAP tu opportunis. Di tengoknya PKR nak mampus nanti, dah tentu cabut lari...
DeleteBab Pengkalan Kubor tu, PAS kalah atau menang tak kisah sebab itu memang asalnya pun kubu BN. PKR dah berapa kali bertanding di situ tak menang-menang. Kalau kali ni PKR sua kepala, mungkin undinya cuma dapat ratus-ratus sahaja. Sebab dah tau nak kalah, PKR bagi PAS tandingi kerusi tu. Dayus!
Anon 01:22
DeleteAku setuju kenyataan kau bahawa perjuangan Anwar Ibrahim itu tidak diberkati. Apa sahaja hajatnya tak pernah kesampaian.
Tapi kalau orang islam kena percaya bahawa Allah maha adil, jika di dunia hambanya dihina atau digagalkan segala cita-citanya ada kemungkinan diakhirat dia akan dimuliakan, dan diberi tempat paling indah dalam syurga.
Tapi kalau cerita dalam bab politik, kegagalan Anwar itu adalah inspirasi kepada pelapis dalam PKR untuk memahami apa itu gagal dan apa itu kejayaan dalam politik.
Cuba tanya pada Mahathir yang memerintah Malaysia selama 22 tahun... apakah dia berjaya atau gagal jadi perdana menteri yang berwawasan ?
Bila kau kata PAS kalah atau menang tak kisah sebab itu memang asalnya pun kubu BN... menunjukkan pemikiran kau taraf pencacai bangang sama setaraf dengan Hadi Awang yang pernah keluar kenyataan biar PAS kalah asalkan islam menang.
Kalau tidak ada strategi untuk menang buat masuk bertanding bikin susah ahli kena pasang poster, berkempen, paksa orang miskin keluarkan duit bagi derma dalam tin milo untuk PAS.
Anwar dihina kerana perbuatannya sendiri banyak yang hina. Asal buka mulut, tak boleh elak daripada nak putar belit. Bab dajalkan orang susah nak lawan dia. Dari dalam ABIM dan UMNO lagi memang itu perangainya.
DeleteSebagai orang Islam kau juga kena percaya bukan semua kehinaan di dunia itu akan dibalas dengan ganjaran baik di alam yang satu lagi. Jangan lupa tentang kifarah. Manusia yang bernama Anwar Ibrahim ni bukan sedikit memijak kepala orang lain, secara langsung atau tidak langsung bagi mencapai cita-cita politiknya.
Kalau tak ada strategi untuk menang....bla...bla...
Hahaha, pasal ada strategi lagi ceramah Anwar pun kalau tak kerana digerakkan oleh jentera PAS, tak ada orang nak dengar. Yang lain-lain lagi la....
Kau tengoklah nanti, sampai bila PKR boleh bertahan. Rasa-rasanya selepas Anwar masuk jel, lepas PRU 14...siapkan kain kafan la.
Nko lupa, selama 16 tahun Anwar cuba dihapuskan oleh UMNO.Malah seluruh jentera kerajaan pusat digunakan. Anwar masih berdiri. Apa yang tak dihumbam kepada Anwar. Penjara sudah. Video sex sudah. Liwat dah 2 kali kena. Ni nak masuk p3njara lagi. Dah berjuta-juta duit dibelanjakan untuk menghapuskan Anwar. Anwar masih berdiri.
DeleteNamakan ahli politik moden lain yang menghadapi begitu banyak dugaan tetapi masih teguh berdiri. Mahathir yang hebatpun apabila dipecat dari UMNO ol3h Tunku, tak tabah. Mahathir guna platform PAS untuk serang UMNO dan Tunku. Mahathir s3ndiripun xboleh menghapuskan Anwar.
Siapalah kamu untuk berhasad dengki, berdendam kesumat dengan Anwar. Ingat, selepas keluar p3njara, Anwar telah menyatukan PKR,DAP & PAS dibawah PR dan berjaya merampas 5 negeri dan menamatkan majoriti 2/3 UBN sejak dari merdeka.
Sudah2 la dengan dendam kesumat UMNO kamu tu.
Anwar political strategist antarabangsa lahhh. Sejak GE 2013 dia hendak Azmin jadi MB tetapi digagalkan olih PAS.
DeleteWan Azizah? hanya 'red herring' lahh. Apa tu? Satu taktik untuk mengaburkan orang. Anwar tahu dengan perangai Sultan ni, apa shj yang dia cadang mesti Umno tentang. Tu fasal dia kemuka nama Wan Azizah jadi MB. Dia tahu umno dan Sultan akan tentang. Kalau dia kemukakan nama Azmin sebagai MB, alamak sampai ke tua lah Azmin tak dapat jadi MB.
Sultan lantik Azmin jadi MB...lantikan itu diperkenankan olih Anwar dan PKR. Dh terbalik kot sekarang.
itulah plannye..saje spin isu jijah tp sbnrnya azmin yg bakal dilantik..skg kite ble tgk sp duri dlm dging n sape yg lebih wala' pd PR..haha!
ReplyDeleteBagaimana dgn menantu yg kerja dlm perangsang ya....kfc satu mamak.....
ReplyDeleteInshaAllah...pas mesti win di peng.kubor...
ReplyDeletePAS akan kalah di PK dan hilang DEPOSIT...hahaha...
Deletekalau diadakan PRU di selangor sekarang ni PAS pasti bungkus di hampir semua kawasan.... PAS menag kat sellangor sebelum ni pun atas tiket PR & dengan bantuan undi bukan melayu... jadi jgn nak berlagak sangat
DeletePas tidak kebulor jawatan MB.. Pas cuma tidak mahu terima Dr Wan Azizah saja sbg calon MB.. sudah lupakah anda bahawa Pas sendiri pada mulanya mencalonkan 2 nama iaitu Azmin di samping Dr Wan Azizah .. nama Wan Azizah di samping Azmin sbg mnjaga hati PKR.. sebelum Azmin menolak kerana akur pada parti..? akhirnya PKR yg berkeras mahu mncalonkn Dr Wan Azizah sbg calon tunggal mmbuat pusingan U mengikut sepertimana cadangan Pas.. PKR akhirnya akur juga mengalah kepada Pas.. Pas dilihat ada pendirian sendiri dlm soal krisis ini.. bukan hanya menurut saja kehendak PKR.. Pas tidak rugi.. Pas biasa berjuang sendirian atau pun bekerjasama.. akan tetapi harus diingat bahawa yg paling penting bagi Pas adalah prinsip perjuangannya.. kalau semua kehendak PKR dituruti.. di mana lagi prinsip perjuangan Pas.. Pas dianggap pemenang dlm krisis ini.. Sekian
ReplyDelete1) PAS memang sudah biasa berjuang sendirian
Delete2) PAS berjuang hanya untuk agama
3) Sokongan akar umbi PAS paling kuat
4) PAS hanya mengikut Al Quran dan Sunnah
5) PAS ada prinsip perjuangan sendiri
6) PAS akan ditolong oleh para Malaikat
100) PAS mempunyai Presideng yang boleh On-line dengan Tuhan.........
101) PAS paling ramai ahli yang hanya tahu wala (angguk2 & geleng2)
102) PAS tidak mungkir janji
Delete103) PAS tidak berbohong
103) PAS tidak khianat
102) PAS tidak kebulor
104) PAS tidak pelahap
105) PAS untuk Semua
106) Pas dulu "Pas for All'.
Delete107) Pas kin ' Pas village party'.
Sesiapa pun layak bagi pandangan.. cuma saya nk komen sikit analisa admin berkenaan 1. Keberanian 2 Adun yg bertindak menyelamatkan keadaan...jauhnya menyimpang analisa ini..mereka buat SD utk sokong DSWA lah..bukan Azmin. Kalau Azmin, mgkin adun PAS lain juga akan sokong, bukan 2 org tu je.sbb tu PAS pusat hntar nama Azmin sbb dh tau DSwA xdiperkenan istana.
ReplyDelete2. Tuduhan yg mengatakan 'mungkin' TSKI akan mewujudkan kerajaan campuran dgn UMNO kalau 2 org tu xbg sokongan kpd DSWA. Analisa yg hanya berbentuk andaian semata2 & x ada bukti jelas. Malah hanya 4 exco PAS itulah yg menjadi kerajaan menolong TSKI mentadbir.
3. Nak salahkan PAS sbb xkonsisten. Padahal PKR yg x konsisten. Sebelum ni kata nl DSWA calon tunggal, skrg kenapa terima juga Azmin?? Kenapa x tolak jwatan tu & bgtahu istana yg PKR mmg hanya nk kan DSWA. Sedangkan PAS dari awal mmg masukkan nama Azmin dlm.senarai calon MB pilihan PAS..
Apapun, Tahniah YB Azmin..!
Kalau ahli yang jenis angguk mana mahu kalah bila kena atas batang hidung pemimpin mereka itulah sebabnya tentang dan bela habis-habisan wal hal seluruh dunia tahu yang pemimpin mereka dari PRU12 dan PRU13 lagi semua kenyataan yang dikeluar dan kerja sama antara PR dengan PAS tidak pernah sefaham hinggakan UMNO telah mengambil kesempatan bahkan pemimpin sendiri kena saman dan dijatuhi hukum pun masih tidak juga mahu menerima kenyataan,adakah ahli pas semua bersekolah atau tidak.
Deletesilap pandangan ni.... dua adun tu buat sokongan atas nama PR.. maka mereka berdua berbuat begitu... bukan Kak Wan je..
DeleteRupa sebenar ketua Pas dan golongan yang sewaktu dengannya tersingkap dari tabir "aura" ulamak dalam episod MB Selangor, sudah hilang jernih. Tidak boleh dipercayai dalam urusan dan hubungan sesama manusia. Siakap senohong.
ReplyDeleteUlasan daripada macai yang meletakkan otaknya di tapak kaki. Hakikatnya, PAS tak rugi apa-apa daripada kekalutan ini sebaliknya lebih beruntung kerana berjaya MEMULIHKAN keyakinan ramai umat Islam dan Melayu di negara ini yang selama ini melihat PAS tidak lebih daripada kuda tunggangan PKR dan DAP. Ternyata apabila saat di mana kepentingan Islam dan Melayu itu harus diutamakan, kepimpinan PAS di bawah TGHH berjaya mempamerkan 'bisanya'. Keputusan PAS menolak wanita kipas yang berlakon menolak pencalonan selepas mengetahui tuanku hampir pasti tidak melantiknya, adalah satu keputusan yang tepat. Ia seiring dengan keputusan tuanku sendiri. Yang akan meraung dan tersungkur makan tanah selepas ini bukan TGHH tetapi Anwar Ibrahim, manusia yang dari ubun-ubun ke tapak kakinya disaluti sifat-sifat buruk. Esok lusa apabila PKR lemah selepas tiada lagi sokongan PAS, DAP juga tentunya akan cabut lari...PAS? Insya Allah akan bertambah teguh dan kukuh.
ReplyDeleteUlasan syok sendiri....aku penyokong PAS tegar...dah berpuluh ribu aku habis dermakan untuk perjuangan PAS. Kini aku dan beratus ribu rakan perjuangan lain dah hilang kepercayaan kepada presiden dan geng serban juak pengampu....macam mana kau cakap PAS akan bertambah kuat. Jika geng ulamak dunia ni terkeluar dari kepimpiban mungkin PAS akan kuat semula
DeleteKamu sedang meroyan ke..... sejak bila PAS jadi kuda tunggangan PKR dan DAP.
DeleteKau tak nampak ke Hadi Awang tunjuk samseng setiap hari keluar kenyataan hentam Wan Azizah, PKR dan DAP pasal krisis menteri besar ?
Perangai PAS tak ubah seperti pemimpin PERKASA menghentam Pakatan Rakyat... masih nak kata PAS tidak lebih daripada kuda tunggangan PKR dan DAP ?
Untuk pengetahuan kau.... semua orang sudah naik takut nak dekat dengan Hadi Awang pasal tak mahu jadi barua dan broker.
Anon 00:51
DeleteBagaimana dalam dunia tanpa sempadan dan semakin ramai rakyatnya yang celik maklumat kamu kata PAS akan bertambah sokongannya? Kamu pasti yang dahulunya ramai sokong PAS sebab ianya ada nama Islam? Otak kamu hanya setanding dengan budak 'PASTI" aje tak lebih dari itu. Majoriti sokong PAS sebab mahukan PAS bagi menggantikan UMNO (parti yang saban hari menzalimi rakyat), tapi sekarang terserlah sikap diktator dan ekstrmes sebahagian Pemimpin PAS termasuk Presiden dan Ulama UG nya yang terlebih UMNO itu. Banyakkan membaca, banyakkan berfikir, buangkan sifat bodoh keturunan terdahulu dalam diri kamu dan kurangkan syok sendiri dalam membincangkan sesuatu topik.
Encik Shahbuddin,
ReplyDeleteKalau saya jadi awak dah lama saya berhenti jadi pengulas politik. Ulasan awak lebih bersifat cakap kedai kopi. Ramalan awak pula meleset tak henti-henti dari keputusan PRU ke-13 hinggalah sekarang. Eloknya cari kerja lainlah. Hidup mengadu-dombakan orang ni bukannya tak berdosa. Ingat-ingatlah sama pada balasan daripada-Nya nanti.
Jangan cakap saja.... carikanlah Encik Sahahbuddin kerja baru dalam parti PAS...boleh dia bodek PAS setiap hari....he..he..he..
DeletePirahhh...kau tu pandai sangat ke mengulas politik. Setakat suruh orang berhenti menulis budak tak lulus darjah 6 pun boleh buat.
DeleteOtak jumud. Tak boleh langsung kritik pemimpin yang kau puja. Bace je lah....kalau tak setuju dengan pandangan orang kau pergi merancap....tak payah suruh orang berenti menulis. Berpuluh ribu orang lagi ingin terus membaca tulisan mamat ni
Berpuluh ribu lagi nak baca? Kau dah check rating blog ni? Kalau setakat ada 96 orang 'member'...rentikan la,,,,ntah-ntah komen dan reply pun balun sendiri. Stroke bahasa macam lebih kurang aje.
DeleteShahbudin ni aku kenal..x bagus pun..hidup macam ibrahim ali..sat sokong sana sat sokong sini..macam langau
DeleteKalo tgk laras bahasa pun tahu komen2 yang menyokong byk ditulis oleh shahbudin sendiri..org bodoh bahasa je tak tahu..
DeletePAS menjadi hebat apabila golongan Ulamak dan Profesional bergabung mengembangkan PAS.Tanpa kerjasama ke2nya PAS saya rasa PAS tak akan kemana dan hanya lebih sesuai bergerak sebagai badan dakwah sahaja.
ReplyDeletesetiap pentadbiran perlu ada ulama & umara... tapi sepatutnya biar umara buat kerja2 pentadbiran mereka & ulama sebagai pemerhati & penasihat kpd mereka bukan menyebok sama dlm pentadbiran... ulama byk tugas lain lagi
DeleteAnon 1:41,saya sokong,saudara shahbudin memang terbaik olahannye,tak tau la kot anon 5:49 tu pernah kerja dengan media yang lagi hebat...mungkin setakat pencacai kaki mengeboo dan pakai vest dalam muktamar PAS lalu.Kalau ikut ikut,mengata dulang paku serpih...inilah fiil orang kita,membaca dan menulis malas,bila orang lain buat,asyik kondem jer....labu labu,sebijik macam alifmimnunwau,sarkas!
ReplyDeleteTuan, saya masih ingat lagi kata-kata sdr Anuar Ibrahim semasa beliau dalamABIM dan condong kpd PAS. Katanya beliau bukan seorang waras sekiranya menganggotai UMNO.
ReplyDeleteAzmin ali walaupun sedikit perlu berterima kasih kepada pas yg turut mencalonkannya di kala partinya sendiri pun tidak teringin meletakkan namanya..anwar dan azizah sudah kalah azmin..bln september bukanlah bulan yg menggembirakan awar..
ReplyDeleteWhat Hadi and his cronies did was to destroy the trust and mutual respect that was built up since 2008 between the Pakatan Rakyat parties. These are basic human values that the rakyat, regardless of their religion, holds close to their hearts and live by everyday. If PAS, and represented by Hadi, could not even hold on to these basic human values, why should the rakyat place their faith on the party to make Malaysia a much better place.
ReplyDeletePAS members should have the courage to investigate its president and his cronies. There is something about this whole saga that does not meet the eyes, something much more than standing up for religion. I hope it is not of the sinister type. Hadi is a smart person and will not go to this extent to put PAS in its current situation, if it's not something much bigger behind the scene.
But then, some in PAS will continue to blame Anwar Ibrahim for this.
That does not matter anymore because there will be many non-Muslims in Malaysia who have been let down by PAS and will not vote for PAS anymore in any future election. And it is perfectly all right because PAS does not need the non-Muslim votes anyway.
Penulis ni spin pulak..macam mana dikatakan selesai kalau berbulan-bulan bergaduh hendakkan azizah akhirnya hajat tidak kesampaian..yg tersiratnya pas dan istana berjaya merobek ego anwar...dia terpaksa akur pilihannya bukan semua orang suka
ReplyDeleteapa yg jagi bagus utk dijadikan rujukan... dgn secara tak langsung org boleh lihat siapa jujur atau tidak... siapa pkr, siapa dap & pas... bagaimana mereka berfikir & bertindak... tp yg nampak goyah nya pas.. hakikat
ReplyDeleteAs salam,
ReplyDeleteKomen yg bagus dan harus d ambil pelajaran oleh PAS. Sy pengundi PAS semenjak 1998 lg..
Moga terdptnya anjakan paradigma dari PAS yg telah mundur 3 langkah ke belakang.
...pengajaran dan panduan berguna untuk pas dan kita rakyat malaysia..untuk masa depan tanah tumpah darahku..banyak hikmah yang boleh dipelajari..kita perlu lebih mantap dan berjiwa besar...berlapang dada..anggapkan peluang untuk berdakwah semakin subur di negara ini..kerana seorang muslim yang baik itu..dimana orang lain berasa aman dari sebab lidah dan tangannya..kehadirannya memberi manfaat kepada orang lain..demikian kata-kata tok adi yang sempat saya ingat....
ReplyDeleteTepat sekali. Tapi adakah puak yang dikatakan 'Taliban' dalam Pas faham kesan bongkak mereka di kalangan masyarakat yang menggundi PR, khususnya orang-orang bukan Islam? Amat janggal dan jauh salah langkah jika 'ulama-ulama' ini beranggapan mereka sama dengan Tok Guru Nik Aziz!
ReplyDeleteYang paling rugi adalah Anwar.
ReplyDelete