Saturday, 20 September 2014
Setelah Dua Adunnya Ditemubual Sultan, Pas Makin Stim Dibuatnya
Sehingga pengumuman rasmi dibuat oleh pihak Istana Selangor dan menunggu ketibaan detik 10 pagi, 23 September di mana majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar yang baru bakal berlangsung, PKR dan Pas terus kelam-kabut dan kalut dibuatnya.
PKR kelam-kabut dan kalut kerana calon pilihannya iaitu Dr Wan Azizah dikhabarkan bukan pilihan Sultan walaupun telah mempersembahkan bukti sokongan 30 Adun yang memihak kepadanya.
Sultan difahamkan lebih mungkin memilih Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang juga Adun Bukit Antarabangsa dan dikatakan sudah pun menemubualnya bagi tujuan itu. Turut ditemubual oleh pihak Istana ialah Iskandar Abdul Samad, Adun Cempaka yang juga Pesuruhjaya Pas negeri dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.
Dengan kemungkinan Azmin menjadi pilihan untuk menggantikan Khalid Ibrahim, timbul desakan agar beliau menyatakan pendirian menolaknya jika dipilih oleh Sultan. Desakan yang lebih ekstrem iaitu agar beliau dipecat daripada PKR jika menerimanya sudah pun mula kedengarakan ketika ini.
Hujahnya ialah jika Khalid dipecat kerana engkar arahan parti yang mahukannya berundur dan memberi laluan kepada Dr Wan Azizah, Azmin juga jika menerima perlantikan Sultan turut dianggap engkar dan menghalang Presiden PKR itu daripada menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.
Walaupun sehingga ini PKR tetap bertegas dan berkeras dengan pencalonan tunggal Dr Wan Azizah, ada juga laporan yang menyebut bahawa Azmin sudah pun mencapai kompromi dengan Anwar Ibrahim mengenai kedudukannya jika dilantik oleh Sultan.
Adalah dipercayai kompromi Anwar dan Azmin itu termasuk beberapa hal dalam pentadbiran negeri seperti perlantikan Exco, pembahagian tugas, pemilihan pegawai di pejabat Menteri Besar serta pengukuhan lagi peranan parti dalam keputusan-keputusan penting, namun yang jauh lebih penting tentulah untuk segera mengakhiri kemelut yang sudah lama berpanjangan itu.
Hanya dengan Anwar berjaya meyakinkan PKR, DAP dan 30 Adun yang memberi sokongan kepada Dr Wan Azizah untuk mengalih sokongan kepada Azmin pula, barulah isu ini menampakkan jalan penyelesaiannya.
Namun Pas tetap bernasib malang. Parti itu terus kelam-kabut dan kalut meskipun belum pasti salah seorang Adunnya dilantik sebagai Menteri Besar. Jika sebelum ini, parti itu gagal membuat keputusan jitu dan muktamad sama ada mahu menerima atau menolaknya jika dilantik oleh Sultan, setelah tersebar perkhabaran bahawa dua Adunnya, Iskandar Samad dan Dr Ahmad Yunus turut ditemubual oleh pihak Istana, keadaannya bertambah parah lagi.
Tidak saja peringkat pemimpin yang berbeza pendapat, malah dalam muktamar Pas di Johor yang berakhir hari ini, perdebatan mengenainya masih panas dan bercelaru. Lebih membingungkan ialah kumpulan profesional yang berpegang kepada ikrar dan janji bahawa jawatan itu adalah milik PKR mahukan Pas menolaknya manakala kelompok ulama pula mahukan Pas menerimanya dengan alasan "tidak mahu bergaduh dengan Istana."
Sehingga ini jelas belum ada kata putus yang jitu dan muktamad mengenainya. Tetapi isu ini telah menjadikan muktamar bagaikan terbelah dua dengan aksi jerit-menjerit, boo dan jurang yang semakin menjarak antara kumpulan ulama dan profesional dalam parti itu.
Apa yang menghairankan ialah di ketika Pas mengatakan kerusi Menteri Besar itu milik PKR dan berikrar untuk terus kekal dalam PR, tetapi keinginan, keghairahan dan dambaan terhadap jawatan yang sudah dipersetujui bukan milik mereka, tetap berterusan.
Setelah dua Adunnya ditemubual oleh Sultan Selangor pula, stimnya golongan ulama kepada jawatan Menteri Besar makin menjadi-jadi sedangkan belum pasti pun lagi akan dilantik. Baru temubual saja tapi kelompok inilah yang paling nyaring bersuara mahukan Pas menerima saja perlantikan itu nanti.
Ada pula yang beranggapan oleh kerana dua Adun Pas ditemubual oleh Sultan berbanding PKR hanya Azmin seorang, maka peluang Pas untuk menjadi pilihan juga tentulah lebih cerah.
Tetapi berbanding Azmin dan PKR yang sudah ke depan dengan menggerakkan kompromi, Pas nampaknya tidak melakukan persiapan apa-apa jika benar wakilnya nanti dipilih oleh Sultan. Pas, terutama golongan ulama hanya riuh mahukan jawatan itu tetapi bagaimana untuk menukar sokongan minoriti kepada majoriti serta mengelakkan jadi kerajaan sementara saja, masih kabur lagi. - SH 20/09/2014.
Wa manyak lasa aa ,itu adun PAS atak lebeh lea aa , sebab itu parti tatak kasi mulka Sultan . PKR manyak langsi loo oo ,mau Sultan ikut lia punya cekap maa aa ,itu manyak tatak babut loo oo .
ReplyDeleteMana bulih itu macam maa aa ,sendili punya parti bulih buat lea a .
Orang yang paling kalut dalam krisis menteri besar Selangor bukan rakyat tapi ahli dan pemimpin parti PKR, PAS dan UMNO Baru. Ditambah dengan perangai baru dari pihak istana yang tidak mempedulikan sokongan majoriti yang lazim dilaksanakan. Keadaannya seperti tongkang karam.....
ReplyDeleteRamai yang buat tidak faham bahawa dalam krisis dinegeri Selangor itu membabitkan banyak pekara yang berkait diantara satu sama lain. Khususnya sikap menipu, khianat, curang dan hipokrit.
Pencetus utama masaalah adalah Khalid Ibrahim yang menyebabkan parti nya memaksa beliau berundur dari jawatan menteri besar kerana beliau tidak mempedulikan teguran bagi menyelesaikan segala permasaalahan yang berbangkit dalam negeri Selangor.
Dalam hal ini DAP menyokong tindakan PKR tapi PAS pula yang berlebih-lebih tunjuk pandai dan besar kepala menghalang tindakan pertukaran itu.
Sikap pelik PAS cuba mengajar PKR cara menguruskan ahli perlu kita selidik secara telus dan adil, apa yang mereka mahu.... mahukan Khalid atau mahukan komisyen dari pelbagai projek yang bakal dilaksanakan oleh kroni kerajaan pusat dalam negeri Selangor ?
Kalau PKR tidak pecat Khalid Ibrahim dari parti, saya percaya keadaan dalam negeri Selangor akan menjadi lebih parah lagi berasaskan cara pemimpin PAS berhujah mengenai isu menteri besar Selangor dalam muktamar mereka di Johor Baru.
Biarpun cara mereka berpakaian seperti ulamak kelas pertama tapi mentaliti mereka kelas ketiga. Sungguh memalukan. Selepas ini siapalah agaknya yang beriya-iya mahu mendengar ceramah mereka yang penuh dengan kepura-puraan ?
Amat malang jika pemimpin PKR dan DAP masih beranggapan bahawa semua orang yang berstatus ulamak dalam PAS boleh dijadikan kawan ketika menangis.
Bagi padangan saya, Sultan Selangor boleh lakukan apa saja yang di cadang kan oleh penasihat baginda dalam soal perlantikan menteri besar. Mahu melantik ADUN yang mendapat sokongan majoriti atau meminggirkan ADUN itu... terserah.
Tugas sultan bukan mentadbir kerajan negeri tapi hanya melantik ADUN jadi menteri besar yang akan menguruskan perihal negeri dibawah naungan baginda seperti yang termaktub dalam peraturan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri. Kita amat faham tanggongjawab melantik dan merestui itu amat berat bagi baginda sultan.
Bila sultan melantik ADUN yang tidak mendapat sokongan majoriti kemudian disusuli dengan undi tidak percaya maka kita tidak boleh membuat tuduhan bahawa sultan selangor memang bangang dan celaka. Tapi kita berharap penasihat sultan akan mencadangkan pada baginda supaya DUN dibubarkan dan pilihanraya negeri diadakan.
Sultan bertindak macam majikan sekarang. Interview orang untuk dapat kerja..MB Selangor. Sultan faham tak makna 'Raja berPelembagaan' dan demokrasi berparlimen ni? Ada Penasihat Undang2 Negeri...kerjanya membodek Sultan shj.
DeleteAku rasa Undang2 Tubuh Kerajaan negeri patut dipinda juga berkaitan dengan Penasihat Undang2 Negeri. Dipinda supaya Kerajaan Negeri bolih melantik sendiri Penasihat undang2 dan bukan dihantar dari Pejabat Peguam Negara.
Mengikut Perlembagaan, Sultan rujuk hal undang2 kepada Penasihat Undang2 Negeri dan bukan dari Punahsihat2 yg lain. Itu sebab Sultan membelakangkan Undang2 dlm perlantikan MB.
aku xkira,,,aku nk jijah jgk....x bengong ke tu?
DeleteTulisan dan komen engkau org lah yg memecah belahkan ummah..jawablah depan ALLAH nanti wahai tuan tuan yang mulia
ReplyDeleteKomen depa dgn fakta.. kamu takde fakta.. kemudian nak menakutkan xepa dgn hukum allah.. allah tu adil... menghukum ikut fakta.. ulamak bodoh kat malaysia ni memang suka mainkan nama allah utk takutkan org.. ni jenis ularmak yg sanggup menggunakan ugama utk kepentingan...
DeleteUlarmak pas bila tak ada hujah dan fakta akan pasti menakutkan org lain dgn azab Allah.. kalau betul mereka takut dgn Allah maka seharusnya bertindak dgn alasan yg berfakta.. sekurang kurangnya bila Allah tanya boleh mereka beri fakta.. jelas sudah jenis jenis ularmak ni mereka sendiri tak takut Allah tapi nasihatkan org takut Allah.. ya kami takut Allah.. tapi apakah kamu benar benar takut macam yg kamu katakan
DeleteLain kali tak usah komen lahhh.
DeleteKita baca artikel dan komen yg bagus utk membuka minda dan melatih berfikir samada fakta yg diutarakan tu benar atau salah,
Hang punya komen, tahap?...aku tak mahu cakaplahhh.
aku xkira...aku nk jijah jgk...semua yg x setuju bodoh konserbatip ug junub...opss...jumud...terkebelakang...x demokrasi...jijah je demokrasi...pemecah pakatan
Deletetak kira lah komen tu dengan fakta atau auta,tapi dpn ALLAH,jawab tetap jawab.
DeleteApa nak jadi dengan Hj hadi ni. Sekarang dia kuat pulak mencarut...panggil orang baruah, Ini dah standard Pengerusi JKKK Umno.
ReplyDeleteHadi sunggoh hot dengan Shaari dan Hasnul sebab mengagalkan rancangannya untuk menubukan kerajaan Pas+ Umno+Khalid. Dengan tindakan Shaari dan Hasnul, Khalid hilang sokongan majority dan terpaksa letak jawatan.
Sekarang siapa yang jadi barua ni? Yang aku nampak Hadi lah yang jadi baruah Umno. Kehulu ke hilir untuk menjayakan kerajaan camporan yang diidamkan olih Umno.
berapa kali xde nk jgk ada kan...ishhh...kemaruk fitnah...kesian...kata tghh melalak...rupanya2 kau yg melalak...kesian...sergah menjelir x sergah pun menjelir lidah...jgn mati terjelir dh ler...kuat sgt buat fitnah...nauzubillah
DeleteHai Ya,gua tak sangka aji punya olang cakap pusing pusing,sampai kapala gua pun naik pusing juga.Gua ingat ini topi puteh mesti lebeh baik dr biasa punya olang.Tapi gua sudah salah sangka,dia olang serupa macam UMNO juga.
ReplyDeleteMacai= Mereka akur cakap anwar ibrahim
ReplyDeleteMacai umnongok lagi teruk.Kalau Madet suruh makan taik,mereka sanggup makan taik ramai-ramai.Janji dapat projek.
DeleteAnon 21:37
DeleteAku memang penyokong tegar Anwar Ibrahim... apa masaalah kau?
Ni mesti wala dengan Hj hadi ni.....!!!!!
DeleteApa Hj Hadi cakap....walaupun bengong...kau mesti cakap...kita mesti walaaaa.
Anon 22.23,
DeleteKerana kau mengaku penyokong tegar Anwar Ibrahim maka sah dan sahihlah kau bangang, bodoh atau paling tidak pun, sakit jiwa. Mana ada orang cerdik sokong manusia macam tu.
Nak bagi lingkup,serah pada PAS.Bukti sudah ada.Di Perak,Kedah,Terengganu semua melingkup.Bodoh tak boleh diajar adalah parti PAS.
ReplyDeletebetol tuan.sokong
Deleteperak lingkup krn puak2 dap n pkr...x tahan terliur tgk duit
Deletekedah lingkup...nun...pasma dan pkr...
terengganu...tang tu kene tanya husam...dia jual terengganu pd umno...
Tuan Shah,
ReplyDeleteKalau ramai beranggapan istana lbh sukakan PAS, aku setuju tetapi bersyarat iaitu dlm keadaan UMNO BN lemah. Yang aku cukup yakin cuma satu istana saja yang betul betul sukakan PAS walau pun ketika UMNO BN kuat.
Kalau PAS lakukan semua perkara kononnya disebabkan tak mahu bercanggah dengan istana, ada baiknya PAS gugurkan perkataan Islam dalam nama parti berkenaan. PAS selamanya akan kekal diperbodohkan jika UMNO BN terus kekal bijak memanipulasikan keadaan.
Aku nak tanya Haji Hadi dan Dewan Ulamak PAS, jika istana yang menjadi penghalang terakhir untuk PAS tegakkan hudud di Malaysia, apakah pendirian PAS untuk terus tunduk kerana tidak mahu dianggap bertelagah dengan istana?. Apa pendirian presiden PAS dalam situasi ini. Aku mohon Hj Hadi atau Majlis Syura PAS jawab soalan ini tanpa folak dalih.
Dalam kes MB Selangor, krn istana PAS sanggup mengenepikan janji dan ikrar sesama rakan sedangkan itu satu tuntutan Islam, tidak mustahil PAS akan berterusan tunduk jika apa isu pun yang mel8batkan istana.
Disinilah kelemahan ketara pimpinan PAS yang tidak memungkinkan PAS jauh berada dihadapan kerana jiwa feudal kuat melekat di hati kebanyakan pimpinan dan penyokong PAS.
Melihat kepada situasi dan latar belakang istana bsik dulu mahu pun sekarang, bukan mudah untuk kebanyakan istana menerima apa yang PAS perjuangkan. Kelebihan UMNO BN dalam hal berhubung istana menyebabkan kebanyakan istana dilihat lebih mesra UMNO BN.
Sedar dan tahu kah Hadi atau pimpinan PAS mengapa hal sedemikian berlaku?. Dan apa yang betlaku di Selangor berhubung isu perlantikan MB menunjukkan PAS tidak banyak bezanya dengan UMNO BN. Itulah yang menjadi faktor kuat kenapa istana kurang gemar dengan PKR dan DAP.
Dan jika ditakdirkan UMNO BN tiada, PAS lah aebenarnya UMNO BN dan PKR dan DAP kekal sebagai pembangkang. Sebab apa berlaku begini?. Kerana PAS dilihat tidak tegas dan tidak tetap pendirian. Pimpinan PAS mudah diubah fikiran meteka dalam hal hal yang melibatkan kepentingan sendiri dan kelompok elit tertentu; bukannya atas kepentingan rakyat kebanyakan.
Tidak ada bezanya PAS dan UMNO. Yang membezakan hanyalah kaedah kedua dua pimpinan parti ini untuk capai matlamat. UMNO memperkudakan nama Melayu utk mencapai tujuan dan PAS pergunakan Islam untuk mengejar kekuasaan.
Cukup jelas PAS dua kali lima saja dengan UMNO selagi PAS gagal meletakkan Islam ditempat yang tertinggi berbanding makhluk Allah lain. Dolak dalih Hadi yang kerap u turn sana, u turn sini berkaitan isu MB adalah cerminan sebenar wajah PAS dan pimpinan utama parti berkenaan kerana Allah dan Islam bukan segalanya pada mereka.
Jadi bukanlah satu perkara pelik bila pimpinan spt Hadi dan pasukannya lbh cenderung kepada UG kerana UMNO dan PAS byk persamaannya.
Jika rakyat Malaysia mahu melihat perubahan sebenar, elakkan memilIh UMNO BN mahu pun PAS kerana dua dua ini sebenanya kembar tapi tak seiras. Kedua dua pimpinan parti ini adalah jenis lembik leher dengan makhluk Allah tertentu itu; lebih lebih lagi pimpinan tertinggi PAS.
woi syaitan.. mana kau tahu itu istana jadi penghalang untuk pas tegakkan hudud..?? undang undang hudud peringkat negeri Kelantan & Terengganu dh diluluskan.. dpt perkenan Sultan.. marah kat pas sbb rancangan Langkah kejang x brapa menjadi.. memandai reka soalan mengarut macam2.. PKR mungkin juga adalah penghalang kepada pas dlm perbentangan rang undang persendirian hudud Kelantan yg akan dibentang di Parlimen nanti.. setuju x..?
DeleteBuat apa nak kecoh,umnongok lagilah tak mau hudud.
DeleteNampsk benar kurang cerdiknya Anon 01:43 ni. Ada ke Anon 22:23 tuduh istana jadi penghalang? Dia cuma buat andaian dan satu pertanyaan beralaskan perkataan "jika". Itu pun Anon 01:43 tak tahu nak bezakan?.
DeleteKononnya nak tunjuk pandai berhujah dengan akal dikepala, tapi akhirnya menunjuk kebodohan diri sendiri. Sokongan ahli begini ke yang PAS bangga dan megah megahkan sangat?.
Hudud di Kelantan dah lama diluluskan. Sejak 1993 lagi.
DeletePAS hanya menggunakan hudud untuk tujuan pancing undi... bukan untuk perlaksanaan. Sebab itu hudud di Kelantan senyap tanpa berita. Nak bising tak boleh sebab dah lulus... tapi entah bila nak laksana agaknya?
Tepuk Dada Tanya Iman....
Macai PASpispus...jawap jgn tak jawap....
Tapi jawap dengan fakta...jangan nak spin tafsir hadith dan al-quran...ya.
Hudud kelantan dan trangganu ajan jd mcm hudud brunei jugak. Hudud dunia. Ade pihak tertentu kebal dari hukum hudud. Bagaimana nak menipu Allah
DeleteMarah betul Hadi Awe hingga sanggup memanggil "barua" kepada kononnya broker untuk mendapatkan sokongan Saari Sungip dan Hasnul Baharudin ini. Kalau nak difikir dengan otak yang waras dan sihat, sepatutnya bukan hanya 2 orang ADUN PAS yang mesti menyokong pencalonan Azizah malah kesemuanya (15 orang) patut menyokong atas dasar Pakatan Rakyat. Malah kalau nak dikatakan pengkhianat amat jauh sekali perbezaan untuk kedua-dua ADUN ini. Sebaliknya Hadi Awe lah sebenarnya "bapa pengkhianat" kepada PR dan Rakyat Selangor. Beliau bukannya berjawatan apa pun di Selangor berbanding 2 Adun tersebut, tetapi tak semena-mena datang dari Rusila nak menyokong Khalid Ibrahim (yang paling ramai ADUN PAS sendiri tidak bersetuju kepada MB tersebut - sehingga di usulkan Langkah Kajang). Kalau nak dikirakan majoriti kerusi PAS adalah bersamaan DAP dan kalau bukan kerana sifat "terpuji" Hadi Awang yang mengeluarkan arahan untuk bertanding 3 penjuru di Kota Damansara (parti PSM) lalu menuduh parti sahabat pengedar pil kuda dan bertuhankan Lenin yang menyebabkan kekalahan PSM maka dah tentu PKR akan menyamakan kedudukan mereka di Selangor (ini Munafik Hadi Awe juga punya angkara). Sekiranya Sultan Selangor (sultan politik), melantik Azmin Ali sebagai MB Selangor yang baru kelak akan lebih tinggi risikonya. Perlu diingat Azmin Ali adalah di antara ADUN PKR yang paling banyak kes salah guna kuasa dan kronisma di Selangor dan pihak UMNO akan menggunakan apa sahaja jentera mereka termasuk SPRM bagi memeras ugut Azmin bagi mengisi kantong kekayaan Selangor kepada keluarga dan kroni mereka (UMNO). Akhirnya Azmin akan bersikap lebih teruk dari Khalid dalam menerajui Selangor maka dari pandangan kasar PKR juga yang akan dipersalahkan - Tapi tidak buat kali ini, cerita Selangor ini sudah menjadi "big show" buat seluruh rakyat Malaysia - Siapa yang beria-ria untuk menghantar nama Azmin kepada Sultan? Akhirnya PAS dan Hadi Awe yang dapat berita gembira dari rakyat. Anwar tak perlu berkokok sana-sini macam "Munafik Rusila" ini untuk mengatakan beliau di pihak yang benar. Akhirnya rakyat diberi petunjuk yang amat mudah dari Allah SWT, tanpa perlukan masa 1000 tahun untuk diberi hidayah (ini juga angkara PAS dan Hadi Awe). Perjuangan Islam tidak akan mati, sebaliknya individu bersifat munafiklah yang akan mematikan perjuangan Islam (ciplak dari - 1Crony)
ReplyDeleteSalah satu petunjuk Allah yang paling jelas ialah Anwar Ibrahim itu manusia yang tiada keberkatan dalam perjuangannya. Hidup tunggang langgang, politik huru hara. Tak mengapa, biarkanlah dia terus hidup dalam putar belit dan hawa nafsunya.
DeleteHadi awang ulamak tapi mulutnya lucah,kasian jemaah pas kat akar umbi sekarang sedih tengok pemimpinya cakap kasar tak bermarwah.
DeleteDok tunggu juga kalau-kalau ada orang hebat PAS di perwakilan Muktamar yang nak membicarakan isu ekonomi dan rakyat seperti, kos sara hidup yang tinggi, harga makanan yang mendadak naik, nilai matawang negara yang kian merudum, cukai GST yang akan diperkenalkan April 2015 dan sebagainya........ Tak ada rupanya? Yang ada hanya mengutuk sama sendiri dan menghentam parti sahabat.....Apa ini PAS? Kenapa begitu teruk parti berjenama "Islam" ini? Bagaimana parti PAS mahu menghadapi rakyat marhaen dengan imej nuruk begini? Tahukah mereka rakyat marhaen atau kelas bawahanlah yang selama ini menyokong parti kamu dengan membawa sebahagian wang upahan berkerja di siang hari demi menyumbangkan dalam Tin Milo PAS pada malam hari bertujuan apabila PAS telah berjaya mendapatkan kuasa pemerintahan di negara ini mereka akan berlaku adil dan saksama dalam tindakan mereka kerana selalu mewar-warkan "piagam Madinah" dan "membangun bersama Islam". Tapi apa sudah jadi kini? Adakah kamu semua (PAS) sudah "renew" Islam kamu kepada bentuk baru (sama seperti UMNO)? Atau adakah kamu sudah berjumpa ayat lain atau hukum yang akan dikenakan dalam Al-Furqan terhadap para pemimpin kamu yang bergelar ulama dan berserban tinggi (halal mencerca dan menghina sesama jemaah?). Dah terbukti kamu semua memang tidak langsung berjuang demi Islam dan bukan juga demi Melayu, tetapi demi wang ringgit dan kekayaan duniawi serta anak menantu.
ReplyDeletedah kau tgh berjuang utk islam ke ni? nilai diri kite sendiri gok...jgn gagoh kt siber je
Deleteadakan pilihanraya baru terlopong lah pkr. dap ada penang pas ada kelantan pkr ada selangor.....oop sorry dah sah umnongok rampas balik
ReplyDeleteTakkan orang Selangor nak sokong UMNO Baru yang meluluskan cukai GST, mengguna akta hasutan untuk mendiamkan orang bercakap benar tentang kerajaan ?
DeleteDan pengundi cina dan india tak akan pilih PAS.
Pergi hasut sultan bubarkan DUN supaya boleh adakan pilihanraya... Kita sama-sama tengok pengundi berpesta undi PKR dan DAP atau mereka memang bodoh pilih BN dan PAS.
Sdra xtahu apa2 pasal PAS Kelantan pasca TGNA. Kerajaan PAS Kelantan skrg dikontrol sepenuhnya oleh geng serban besar puak UG. Tunggak atau kayu penyokong yang berada di belakang TGNA selama 23 tahun semua kena cantas.
DeleteKerajaan PAS pasca TGNA sedang menuju dengan laju untuk menyertai kerajaan PAS Terengganu dan Kedah -KERAJAAN SEPENGGAL.Banyak masalah timbul didalam pentabiran kerajaan negeri Kelantan sekarang. Benda kecil pun xboleh nak selesai. Rakyat Kelantan tahu ketidakupayaan geng serban tinggi ini, xreti apa-apa. Sembang je kencang. Habuk tarak.
Kami tunggu masa PRU 14 untuk hukum PAS kali kedua dalam sejarah Kelantan.
bat8,
DeleteBetul tu tuan, dahulu kalau tak mengundi PAS rasa bersalah juga, malah kalau bawa wang RM10, masa dengar ceramah sanggup belanja beli kacang atau roti separuh dan separuh lagi RM5 akan disumbangankan (dalam Tin Milo) kepada "perjuangan Islam" PAS. Tapi untuk hari ini dan akan datang, mungkin tidak lagi. Tetapi rasa sayang dan simpati pula kepada orang berakal dan bijaksana dalam PAS seperti Mohd Sabu, Husam Musa, Mujahid, Khalid Samad, Dr Hatta, Salahuddin Ayob, Dr Azman, Dr Zul, Nizar Jamaluddin, Mahfooz Omar dan sepertinya. Apa cadangan Tuan?
1) mana kau tau cina dan india xnak undi pas...ko igt diorg tu mcm kau mudah percaya propaganda sendiri?
Delete2) kau igt org cina india ni bodoh sgt tkleh nampak jijah tu rubberstamp?
3) kau igt cina dan india x tgk perangai pelahap anuwar?
berakal dan bijaksana tang menipu jer...nk tolong islam? nk jadikan liberal lagi ada ler.....
Krisis selangor mendedahkan hubungan sebenar pakatan...huduhnya sebahagian manusia dlm pas dan pkr..rakusnya kuasa hilang terus adab sopan..khalid ibrahim pasti letak jawatan dun pelabuhan klang dan parlimen bandar tun razak.. Tak sabar nak tengok kekuatan jentera pilihanraya pkr yg pastinya sokongan sebahagian akar umbi pas..tak sabar nak tengok sokongan orang melayu di kedua-kedua kerusi tersebut.. Kalau bertambah pkr ada masa depan yg cerah..org melayu adalah asas untuk kestabilan politik malaysia..kalau berkurang pkr harus bermuhasabah lebih lebih lg tanpa anwar yg pasti ke sungai buloh..harus diingat kalau anwar ke sungai buloh..adakah bilangan simpati ke atas anwar masih utuh di saat pas saban hari dimaki hamun pkr?
ReplyDeleteKamu mungkin beru kenal politik ketika Anwar dipecat dan dipenjarakan oleh UMNO atau ketika itu mungkin kamu masih di Tadika lagi (berdasarkan pendapat dan pandangan kamu). Untuk pengetahuan kamu, reformasi bertambah 3 x ganda apabila Anwar dizalimi dan penjarakan di tahun 1998/1999. Kalau PAS sebuah parti yang kuat dan banyak sokongan, kenapa sebelum join PR, kemenangan mereka di sebilangan kecil negeri hanya tahap nyawa-nyawa ikan sahaja? PAS dan PKR adalah bekas pecahan UMNO, tetapi PKR terdiri daripada mereka yang bijak pandai dari segala bidang ilmuan yang keluar dari kepompong UMNO, manakala PAS hanya disertai oleh golongan profesional dan liberal apabila di bawah Presiden Ust Fadzil Noor dan bilangan mereka pun tidak ramai yang menyerlah. Di Kelantan kalau berpecahnya PR, mungkin undi akan lari kepada PAS tetapi tidak sekali-kali di negeri lain terutama Selangor dan Perak. Realitinya, berdasarkan sokongan rakyat yang bijak memilih pemimpin dan celik politik di sesuatu daerah atau negeri yang menentukannya.
Deletedulu semua org tertipu...skrg dah terbuka...siap menzalimi tski plak lg...tgk geng2 yg sama2 reformasi dulu...semua dah lari
DeleteByk la ko punya cerdik..x sokong anwar ngan jijah ja ko anggap bodoh..ingat hebat sgt ka pkr kalo pas tak tolong.. Pkr pernah tanding x pilihanraya tanpa bantuan pas? Hebat sgt ka professional pkr tu nak tarik sokongan di ceramah2 sblm ni tanpa sokongan nama besar dlm pas?
DeleteAnwar sebenarnya hanyalah sampah masyarakat yang cuba dibungkus dengan plastik oleh DAP. Kalau dia hebat sangat kenapa ahli Islam/Melayu dalam PKR tak sampai 40%? Di Malaysia, sebuah parti yang tidak diterima sepenuhnya oleh Islam/Melayu takkan sampai ke mana, beb
Deletedsai dulu timbalan PM,kenapa hingga keluar dr BN,banyak yang dikorbankan DSAI,harusnya dia dah bergelar TUN dan pensiun PM yang kaya raya dan terhormat.kita tak paham yang DSAI nak.yang nyata di negara ini ada Demokrasi dan PKR boleh mentabir negeri.
DeleteSetelah 23 tahun menjadi ahli pas, terasa kini masa depan pas dalam mendepani politik negara semakin terancam dam kelam. Kepimpinan pas yang gah diperkatakan tidak lebih dari mereka yang hanya boleh berkata-kata tetapi daif Dari segiperlaksanaannya. Hj Hadi tidak lebih Dan tidak kurang jika dibandingkan dengan Ibrahim Ali yang bercakap tanpa logik dan berbelit. Sedih bila mengenangkan seorang ulama yang ingkar bukan saja pada prinsip tetapi jemaahnya sendiri. Pimpinan muda seperti Nik Abduh Dan Nasruddin Tantawi bukan saja daif Dari segi strategi politik mada depan malah sang at naif pemikiran mengenai lanskap politik semasa. Pas bukan saja kelam tetapi bakal tengelam Dan hanya layak menduduki divisyen 2 dalam politik tanahair dan mulai hari ini bendera Pas yang berkibar megah di halaman Rumah bakal diturunkan kerana rasa malu terbit untuk mengaku sebagai ahli Pas
ReplyDeleteSaya juga merasa sangat bersalah kerana telah memberi undi dan sebahagian bidang tanah untuk jadikan pusat dan markas operasi
DeletePAS sejak 2000 dulu. Nampaknya saya tidak ada pilihan lain lagi selain meminta PAS keluar dari tanah milik saya dan dapatkan tapak lain untuk pusat operasi parti. Tiada lagi derma ikhlas saya kepada PAS dikemudian hari selagi parti dan pemimpin PAS mengekalkan cara tadbir yang saya kira sangat bodoh dan mengundur ke belakang.
Selagi kelompok pimpinan yang menguasai PAS memiliki stail urus tadbir dan pemikiran menyamai Hadi dalam menangani real politik Malaysia yg berbilang kaum ini, selamanyalah saya tidak mungkin memberi undi dan sokongan baik tenaga mau pun material kepada parti ini.
Sayonara PAS dan Haji Hadi Awang. Kalian kini tak ubah sebutir kaca saja, gemerlap bak intan tapi tiada nilai lagi. Kosong dan nol.
ambik la blk infak kau tu klu betul....semata2 krn xnak jijah dihentam mcm tu...ambil la blk...beri bkn krn nk suruh org ikut kehendak kau...surh sokong hudud berdolak dalik...caittttt
Deleteklu parti kau cerdik...suruh la bapak2 kau bentang hudud sendiri...insya allah pas xder halangan nya.........mcm2 alasan bkn nak tolg beri jln...mmg sah golongan fofesienel
Deletekalau sultan lantik azmin sebagai mb. terima je la, selesai masalah, rakyat undi bukan nak tengok lu olang bergaduh nak rebut jawatan mb.
ReplyDeleteKena faham yang PKR tu parti Anwar....dia nak pastikan semuanya dlm dia punya control...sebab tu le dok kerja meraban hari-hari.
DeleteDalam pkr yang lain tu pak turut aje... hanya sekadar nama jawatan. Tapi tiada kuasa. Sekali diherdik Anwar...kecut teloq...
Pkr kena bergaduh sbb bergaduh ni akan menunjukkan pkr di kalangan penyokongnya yg suka bergaduh itu bahawa pkr sedang memperjuangkan rakyat.
DeletePelik..mengapa Hj Hadi dan lebai2 Pas takut untuk keluarkan Pas dari PR?
DeleteHarap Hadi berani sikit. Nak bersekutu dgn PKR/DAP tetapi nak ikut kepala dia sendiri. Keluarlah dari PR.
Puak cai cai di sini mengalahkan professor buat analisis..kalau bernas ok jugak...tetapi semua tahap barua..mungkin inilah golongan yg dimaksudkan hadi..astarghfirullah
ReplyDelete#bila dicap barua-jangan salahkan umno pulak..
Anon 11:15
DeleteBarangkali monyet jantan ini lah yang dok "boo" Hanifa Maiden dalam dewan muktamar di Johor 2 hari lepas. Sekarang ini dah balik dan mula memberi komen. Shooohhh! Monyet .....Pergi makan pisang dulu.....lepas tu baru datang semula.
"saya dgn ini melantik dswa sebgai mb menggantikan Tan...."
ReplyDelete"setuju boss!! kita semua setuju..tiada yg setuju melainkan setuju2 belaka"
DSIA dah tau kalo Wan azizah akan di tolak sultan,dari awal memang azmin nak dijadikan MB,sebenarnya naiknya nama Wan azizah hanya untuk redakan amarah TSKI dan perbaduan yang dah dirancang oleh TSKI bersama BN dan pas.pas tersekat dengan Pasma,BN dan TSKI dan diditek awal pasal nak jual Syarikat air kat pusat.Ini punca TSKI dipecat dr PKR.TSKI paham Coporate tapi tak paham sebagai pejabat publik sebagai MB dari satu parti.
DeletePas harusnya dah dikeluarkan dari PR,kerja sama dengan Pas cuma efektif di Selangor,kerena terbukti pas tak konsisten memegang kesepakatan dalam PR,Pas banyak agenda sendiri dan tak paham pasal politik,HJ Hadi mentabir parti hanya guna ilmu politik sempit dan standart ganda kerena ada agenda pribadi,yang lebih kasihan ahli pas dibawah yang tak paham hala tuju pemimpinya macam Hj hadi.Dari segi PR Pas bawah haj Hadi perlu dikaji balik masih diperlukan atau tidak,kerena orang macam Hj Haji sangat berbahaya kerena tidak konsisten dalam kerjasama Politik untuk membentuk satu Pakatan.Hj Hadi dah nyakyuk dan perlu ditukar dari golongan profesional yang dasar agamanya kuat,masih ramai orang dalam Pas yang sangat berpotensi dan paham bidang politik,Solehuddin Ayub,Tuan Man dan mad sabu sangat diperlukan kepakaranya untuk mentabir Pas.Selepas Nik Aziz pensiun Hj hadi nampak kebodohanya dan ketidaktelusanya dalam berpolitik.
ReplyDelete