Thursday, 4 September 2014

PKR Perlu Calonkan Azmin Secara Rasmi


PKR dilaporkan sudah menerima jawapan daripada Istana Selangor malam tadi berhubung pencalonan jawatan Menteri Besar bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Dalam jawapan yang diberikan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution malam tadi juga tetapi kemudiannya ditarik balik atas alasan ada beberapa maklumat lain perlu dimasukkan, sesuatu yang jelas ialah Sultan Selangor tetap mahukan PKR menamakan lebih daripada seorang calon untuk baginda membuat pilihan.

PKR dan DAP sebelum ini hanya mengemukakan satu nama iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail manakala Pas pula sebagaimana yang dinyatakan oleh Setiausaha Agungnya, Mustaffa Ali akan mengemukakan dua nama iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat pada 17 Ogos lalu.

Jawapan daripada Istana yang dilapor mahukan PKR mengemukan dua nama memberi pelbagai maksud. Pertama, ia mungkin bererti baginda menolak Dr Wan Azizah dan mahukan calon lain. Kedua, mungkin Sultan belum menolak nama Dr Wan Azizah tetapi sekadar mahukan PKR mematuhi titah baginda sebelum ini yang mahukan setiap parti mengemukakan dua nama.

Hanya setelah titah baginda itu dipatuhi dan tidak seolah-olah memaksa dengan hanya mengemukakan satu nama, barulah pilihan akan dibuat dalam tempoh yang terdekat ini.

Siapa yang bakal terpilih terpulang kepada kebijaksanaan baginda. Ia mungkin Dr Wan Azizah dan mungkin juga Azmin.

Ini akhirnya terpulang kepada PKR sama ada mahu mematuhi titah baginda itu ataupun tetap berkeras juga dengan pencalonan nama Dr Wan Azizah. Tetapi risiko untuk PKR terus berkeras adalah tinggi kerana ia akan menyebabkan nama Dr Wan Azizah terus tidak diperkenankan untuk selama-lamanya.

Dengan PKR terus mencalonkan nama Dr Wan Azizah saja, ia mungkin pula membuatkan Sultan membubarkan DUN bagi diadakan pilihanraya negeri. Tetapi jika ditakdirkan PR terus menang dan kerusi Menteri Besar masih dikekalkan untuk PKR, masalah sama akan berulang kerana Sultan akan tetap menolak jika Dr Wan Azizah dicalonkan lagi.

Itu kalau menang, kalau PR kalah pula, semuanya melepas.

Oleh kerana dalam kenyataan Saifuddin yang ditarik balik itu dikatakan tidak menyatakan penolakan Sultan terhadap nama Dr Wan Azizah, adalah lebih baik PKR menamakan semula Presiden PKR itu sebagai pilihan pertama dan diikuti dengan Azmin Ali ssbagai pilihan kedua.


Yang penting, titah Sultan dipatuhi.

Walaupun Pas juga dilaporkan mencalonkan Dr Wan Azizah dan Azmin Ali yang secara teorinya sudah membolehkan Sultan membuat pilihan kerana ada lebih dua nama dikemukakan, tetapi jelas di sini bahawa Sultan Selangor ingin melihat pencalonan yang sama datangnya daripada PKR kerana menyedari parti-parti gabungan dalam PR telah menyerahkan kerusi Menteri Besar ini kepada parti itu.

Mungkin bagi Sultan Selangor, nama Azmin yang dicalonkan oleh Pas itu tidak memadai, melainkan jika PKR juga mencalonkan sama namanya, sesuai dengan jawatan Menteri Besar itu milik PKR. Oleh itu, adalah perlu PKR mengemukakan dua nama itu secara rasmi bagi membolehkan baginda membuat pilihan.

Sebab itulah surat daripada Istana Selangor malam tadi hanya dihantar ke pejabat PKR, tidak ke pejabat Pas dan DAP. Pencalonan dua nama oleh Pas barangkali sudah mencukupi manakala pendirian DAP yang hanya mencalonkan nama Dr Wan Azizah saja dianggap tidak menjejaskan apa-apa.

Sultan Selangor nampaknya masih menghormati PKR dalam soal perlantikan Menteri Besar ini dan kini terpulang kepada PKR menghormati baginda pula. (SH 04/09/2014)

16 comments:

  1. Pada masa akan datang tak perlulah kerajaan di negara ini membazirkan puluhan juta wang rakyat dengan mengadakan Pilihanraya Umum dan Pilihanraya kecil Negeri kerana kuasa mutlak adalah kepada Raja Berpelembagaan. Lebih baik suruh sahaja Raja Berpelembagaan yang tak memahami maksud Raja Berpelembagaan itu untuk terus memilih mana-mana calon yang baginda suka sebagai Perdana Menteri atau sebagai Menteri Besar bagi sesebuah negeri, paling mudah dan menjimatkan dan tak perlu melalui prosedur yang membosankan dan memualkan rakyat dengan karenah mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 14:09

      Lu atak faham kah , atak betut-betut faham maa aa ?.
      Faham punya olang tatak cakap selupa Lu , loo oo .

      Delete
  2. Elok PKR memberi dua lagi nama dan disertakan dengan kenyataan berikut:

    1. Wan Azizah- disokong olih 30 Adun.
    2. Nik nazmi- tiada sokongan dari Adun.
    3. Adun ijok- tiada sokongan dari Adun

    DAP juga hanya mencalonkan Wan Azizah tetapi tidak ada surat istana.

    ReplyDelete
  3. Raja dah bg peluang, so jgn la berdegil... Hantar je la 2 calon. Bukannya raja sruh hantar calon pas atau dap saja. Dia dah bg peluang... Pkr2, bagai melukut di tepi gangtang

    ReplyDelete
  4. Saya agak blogmaster sudah ketinggalan keretapi. Kini semua orang sudah tahu Hadi hantar surat keIstana mencalonkan 3 Exco Pas untuk jadi MB. Star online sudah melaporkan dan tidak dinafikan olih pegawai sulit Hadi.

    Sah Hadi sudah khianat. Blog Tulang Besi pagi2 lagi sudah laport dan bagitu juga Malaysianwaves.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi memang pengkianat rakyat.Cuma sultan hanya menunggu PKR memasukkan nama azmin ali yang mungkin dipilih baginda.Pas sebagai parti islam jangan lupa janji tuhan yang pembelot membawa mereka ke neraka.Sultan memang orang bijak yang akhirnya akan menamakan Azmin ali sebagai MB,kerana tradisinya kerusi MB disandang oleh PKR.Syaratnya nama Azmin tersenarai,walaupun ada nama lain juga dimasukkan sebagai menunjukkan yang baginda tidak berat sebelah.

      Delete
  5. Anon 14:53, sekarang ini, banyak pihak cuba salahkan PAS. Tunggu dulu berita rasmi. Bagi saya yang PASti timbulkan kegawatan ini di Selangor ialah PKR dan di Perak sebelum ini PKR + DAP. Begitu juga di Kedah. Lompat ni jangan cakaplah mengalahkan katak.

    Ha lani....ambik kau..

    ReplyDelete
  6. PAS belajar belot dan khianat dari Anwar dan DAP..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ialahhh...bukan tak bolih tapi kena buang title ulamak dan ustaz,,,Jadi orang tak berapa keliru. macam Umno? apa orang heran mereka guna taktik keji dan kotor untk hancorkan lawan.

      Ini mengaku ulamak atau ustaz...tapi nak main belot dan khianat. Orang bukan islam pun hilang respect lahhhh...bukan sja kepad ular2....mak oiiiiii tetapi juga kepada agama islam.

      Delete
    2. PAS tak perlu pegang pada janji atau konsensus yang dibuat dengan syaitan, iblis dan jin.

      Delete
    3. Ello Kluangman.

      Jebat dianggap derhaka hanya kerana menyanggah Sultan yang berlaku tidak adil. Tuah yang jadi pak angguk membabi buta kepada pemerintah yang zalim tdk pula dipersalahkan. Adakah Islam menganjur kesetiaan membabi buta seperti Tuah itu? Harap Kluangman tak membabibutakan diri sendiri, menyondol sana sini tanpa pertimbangan skal waras dan tuntutan agama.

      Delete
  7. Berjanji perlu dikota. Itu lah ajaran dalam Islam. PAS telah berjanji tidak akan calonkan ADUN PAS utk kerusi MB Kedah. Berulang kali PAS dah tegaskan kerusi MB Selangor milik PKR. Tapi nampaknya geng serban besar ni berbohong dan auta besar. Nama ADUN PAS turut dipersembahkan kepada Sultan Selangor.Mereka lebih takutkan makhluk Allah yang sorang tu daripada takut kepada suruhan Allah hinggakan janji dan ikrar mereka telah diabaikan sama sekali.

    Dah berulang kali aku kata, geng serban besar ni berceramah agama bukan main sakan. Suruh umat Islam takutkan Allah. Tapi cakap geng serban besar tak serupa bikin. Kerana takutkan makhluk Allah seorang itu, sanggup abaikan tuntutan agama.

    Puak puak serban besar banyak yang " pelakon wayang ". Kumpulan ini yang konon bercakap soal halal haram riba dan bunga, tapi ramai kalangan mereka ini adalah penggemar program program pelaburan haram internet yang terang terang melibatkan riba. Bukan sikit puak ini yang terbabit dalam riba walau pun ceramah mereka bercakap sebaliknya. Apa yang berlaku dalam kes MB Selangor ini menelanjangkan lagi sikap sebenar mereka.

    ReplyDelete
  8. Tanpa Langkah Kajang, kita tidak tahu Khalid Ibrahim boleh bayar hutang diluar mahkamah, tanpa Langkah Kajang kita tidak tahu sesungguhnya PAS amat menyayangi Khalid Ibrahim walaupun mereka sedar Khalid telah khianat pada partinya sendiri.

    Tanpa Langkah Kajang, kita tidak tahu PAS bersifat talam dua muka, ketika bersama Pakatan Rakyat dia kata kita adalah sekutu, bila berhadapan dengan UMNO Baru dia kata kita rakan kongsi yang bakal mentadbir kerajaan negeri Selangor.

    Tanpa Langkah Kajang, kita tidak akan tahu PAS sebenarnya berdendam dengan DAP pasal tak sokong ADUN mereka jadi menteri besar.

    Kerana Langkah Kajang, sekarang baru kita sedar lidah pemimpin PAS bercabang. Lidah kiri kata, jawatan MB Selangor adalah milik PKR dan PAS tidak akan menghantar calon dari parti mereka .

    Lidah kanan pula kata PAS ada menghantar dua nama Adun PKR dan satu daripada parti itu sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

    Pekong yang tersembunyi disebalik serban dan jubah sudah terdedah... Patutkah kita kata PAS adalah musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, duri dalam daging, islam munafik ?

    Kita serahkan saja kepada pengundi yang berada dalam negeri Selangor buat penilian diatas apa yang sudah ditunjukkan oleh pemimpin PAS peringkat pusat dan pemimpin peringkat negeri diatas krisis menteri besar Selangor yang sedang hangat dan mungkin akan terbakar bila raja berperlembagaan juga ambil kesempatan untuk berpolitik.

    UMNO Baru nak memikat hati pengundi mereka berikan berbagai jenis rasuah, bagaimana pulak PAS nak memikat hati pengundi..apakah mereka akan menawarkan hukum hudud dilaksanakan di Malaysia atau memberi petunjuk cara berjalan menuju ke syurga ?

    Sama-sama kita tunggu raja berperlembagaan buat keputusan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat Melayu Tokong ...serban, hudud, syurga sudah dipersendakan...tercapai sudah kehendak sekular liberal.

      Delete
    2. Yang persendakan hudud,syurga dan sebagainya adalah Pas sendiri.Kalau lidah dah bercabang baru tahu PASlah parti sekular liberal macam umno.Telan benda halal haram apa aku kisah.Jual agama sana-sini dengan satu tujuan,untuk terus menipu orang melayu yang bodoh macam kau.Bangsa makan tahi lembu.

      Delete
  9. Sebelum nasi menjadi bubur pihak berkenaan patut membaca pandangan Raja Nazrin sewaktu disoal wartawan di Singapore kunjungi blog www.sakmongkol.blogspot.com

    ReplyDelete