Sunday, 7 September 2014

Pas Hantar Nama Hanya Suka-Suka Saja


Jika ada parti politik yang paling pelik dan memeningkan kepala orangramai ketika ini, jawapannya pastilah tidak lain selain Pas atau nama penuhnya Parti Islam Semalaysia. Hanya dengan satu isu iaitu pertukaran Menteri Besar Selangor, Pas terus jadi kalut, keliru, banyak buat U turn dan masuk beberapa simpang tetapi akhirnya berhenti di tengah-tengah jalan seolah-olah membiarkan kena langgar atau maki hamun dengan orang lain.

Bukan saja orang yang berada di dalam kenderaan Pas jadi pening kepala, bahkan mereka yang mengekor di belakang dan berada di sekeliling turut menepuk dahi dengan karenahnya.

Selain beberapa tindakan U turn dan tidak konsisten sebelum ini sudah dianggap cukup menghairankan bagi sebuah parti yang membawa label Islam, tindakan Pas melalui Presidennya Haji Hadi Awang mengemukakan tiga nama calon iaitu dua daripada PKR dan satu daripada Pas bagi jawatan Menteri Besar Selangor sekurang-kurangnya tentulah memperlihatkan Pas memasang angan-angan dan impian bagi jawatan tersebut.

Lebih-lebih lagi, sebelum itu melalui keputusan Haji Hadi juga yang mendakwa beliau mempunyai kuasa berbuat demikian, beliau telah bertindak menghantar tiga nama yang kesemuanya daripada Adun Pas untuk menggantikan Khalid Ibrahim.

Tambah terserlah keghairahan impian dan angan-angan Pas terhadap jawatan tertinggi di negeri Selangor itu apabila Haji Hadi juga secara terbuka memperlekeh Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai tidak berkelayakan dan kurang berkemampuan mengisi jawatan tersebut.

Ketidaklayakan Dr Wan Azizah itu kemudian disahkan pula oleh Dr Harun Din melalui hebahan secara meluas ti TV3 dan akhbar-akhbar arus perdana yang mewakili Majlis Syura yang merupakan badan kedua tertinggi dalam Pas selepas muktamarnya.

Secara logiknya, apabila seseorang itu mengatakan pihak lain tidak layak, maksud tersiratnya tentulah pihaknya saja yang layak. Dengan itu, sesiapa saja yang normal dan waras fikirannya tentulah beranggapan Pas dan Haji Hadi berasakan Adun-Adun daripada parti itu lebih layak untuk mengisi jawatan Menteri Besar Selangor.

Namun, dalam mesyuarat jawatankuasa Pas hari ini, parti itu membuat keputusan sekali lagi bahawa mereka tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar itu kerana ia adalah milik PKR. Kalau sudah tahu, sedar dan insaf kerusi itu milik PKR, buat apa pula dicalonkan Adun Pas untuknya?

Buat apa Haji Hadi bertegas beliau mempunyai hak untuk memilih calon Menteri Besar dengan mengambil contoh Kelantan dan Terengganu sebelum ini? Bikin apa pula kononnya pencalonan itu mendapat pengesahan daripada Majlis Syura?

Adakah tindakan Pas mengemukakan nama itu hanya untuk suka-suka dan bergurau senda dengan Sultan saja?

Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat hari ini pula, dua keputusan yang berbeza dikeluarkan. Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan Pas akan menolak jawatan itu jika ditawarkan oleh Sultan manakala Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali tidak mahu membuat andaian awal yang mendahului keputusan istana jika Adun daripada parti itu dipilih tetapi mengulangi penegasan kerusi Menteri Besar adalah milik PKR.

Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub juga turut menegaskan bahawa walaupun parti itu ingin menduduki kerusi Menteri Besar Selangor, tetapi waktunya bukanlah ketika ini. Pas, katanya, mahukan kerusi di ketika yang lain dan melalui cara yang betul dan turut mengatakan ia adalah milik PKR ketika ini.

Jelas bahawa, semua kenyataan pimpinan Pas ini seolah-olah ingin memberitahu Sultan bahawa mereka tidak mahukan jawatan Menteri Besar itu dan berharap bukan Adun Pas yang dipilih, meskipun Haji Hadi telah menghantar nama Adun Pas untuk dipertimbangkan.

Ia tidak lebih umpama seseorang yang memohon kerja tetapi kemudian menjaja cerita bahawa tidak berniat pun untuk menerimanya jika ditawarkan nanti. Jika tidak mahu bekerja, janganlah buang masa memohonnya. Sudah tentu orang seperti ini, kalau tidak dikata mereng dan tak berapa betul, pastilah ada satu atau dua wayar di kepalanya telah putus.

Begitulah gelagat Pas akhirnya, setelah membuat beberapa tindakan dan keputusan yang mengelirukan sehingga terpaksa melibatkan Majlis Syura untuk mengesahkan apa yang dilakukannya adalah betul dan sehingga TV3 juga memberi ruang di waktu perdana selama kira-kira 15 minit untuk mengadu-domba, rupa-rupanya apa yang dilakukan selama ini adalah gurau senda semata-mata.

Di sebalik turut mencalonkan nama dan mengatakan orang lain tidak berkelayakan, Pas juga sudah awal-awal lagi cuba memberitahu istana bahawa mereka juga tidak mahu jawatan Menteri Besar itu yang tentu maksudnya tiada Adun mereka yang layak sama untuk jawatan itu.

Aduhh, pening dan boleh sakit jantung dibuatnya.

Bukankah senang, kalau sudah tahu tidak mahu jawatan itu dan sedar tiada yang berkelayakan pula, janganlah sibuk-sibuk mahu memohon dan menghantar nama? Hantarlah ketiga-tiga nama itu daripada PKR saja, sekurang-kurangnya tidaklah Pas dianggap begitu pelik dalam tindakan dan keputusannya.(SH 07/09/2014)

39 comments:

  1. Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat membuat keputusan bahawa Presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara melibatkan kepentingan parti, merujuk kepada Fasal 26 (1) (a) Perlembagaan PAS yang menyatakan bahawa presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.

    Ini bermakna kuasa presiden parti PAS sama tarafnya dengan raja berperlembagaan dalam menentukan siapa yang layak jadi menteri besar dinegeri mereka.

    Presiden PAS sudah diberi kekebalan.....boleh buat apa dia suka... boleh buat mesyuarat tapi keputusan presiden tentukan walau pun tidak ada dalam bilik mesyuarat kerana duduk dalam tandas.

    Nampak gayanya semua Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan jadi robot islam... bagus tu kerana robot akan lebih walak dari manusia.......takbirrr.

    ReplyDelete
  2. Tuan, sebenarnya parti PAS ni melalui Presidennya Haji Hadi masih kabur atau bangang.Isu ini kena lihat mengapa PAS melalui Nizar tumbang di Perak?Sebabnya Nizar sudah hilang majoriti.Cakaplah berbuih mulut pun kalau majoriti sudah tiada,selamat tinggal lah semua. Begitu juga yang berlaku di Selangor, Bila Wan Azizah sudah dapat majoriti,walaupun PAS masih belum bermesyuarat,tengok apa sudah jadi pada Khalid?Dah tak garang lagi pecat sana-pecat sini.sekarang pun dia dah jadi MB cap ayam, yang tiada nilai dari segi perlembangaan.Cerita mudahnya bila tiada majoriti semua cakap MB hanyalah cakap kosong tiada nilai,sebab hilang majoriti. Bila berlaku di Perak semua orang memaki hamun pada sultan,Sebab orang tak faham tentang pentingnya kuasa majoriti.Takkanlah sultan nak lantik orang yang tiada majoriti.Marilah berapa banyak pun nama,yang penting majoriti kena ada.Adalah bangang sungguh Hadi kalau nak berkeras macam man pun.Yang pasti Wan Azizah akan dilantik Sultan sebagai MB baru.Keadaan sebaliknya TAK AKAN BERLAKU sebalik.Kerana implikasinya sangat besar terhadap institusi Sultan dan sultan juga memahami undang-undang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 22:57

      Pandangan dan pendapat kamu memang jelas dan kamu juga mungkin seorang yang membaca perlembagaan negara. Kebanyakkan dari generasi muda kini memberi pendapat berdasarkan kepada ikut-ikutan dari pandangan penulis (blog politik berbeza) tanpa melihat atau membaca sejarah silam berhubung sesuatu senario politik dan apakah implikasi sebaliknya atau apakah keputusan daripada senario tersebut. Tahniah kerana memberi pencerahan kepada golongan yang masih hilang dalam terang.

      Delete
  3. Bagi shj MB pd pas...senang...biar senang selangor kena rampas smula......mesti ada punasihat keliling yg cucuk sana sini suruh itu ini....dah menantu pun dpt kerja dlm gomen selangor.....kota damansara pun dia letak jugak calon....cepat2 lah pas out dr PR...tapi mungkin jugak ini strategi pas...pening2...

    ReplyDelete
  4. Apsal rafizi tk berapa berbunyi skrg ni....mngkn ada strategi baru...langkah mayat hahahaha

    ReplyDelete
  5. Nampaknya bukan sahaja di timur tengah ramai orang Islam yang sudah mereng membunuh sesama sendiri, nampaknya penyakit mereng sudah berjangkit keMalaysia.

    ReplyDelete
  6. Sdr Shahbudin,

    Tindakan serba tidak kena presiden PAS ini yang membawa kepada U Turn sana sini sebenarnya terhasil dari sikap takut keterlaluan presiden PAS setelah terpaksa bersemuka dengan al sultan Selangor. Antara perasaan untuk menghormati dan mentaati dengan janji janji dan ikrar yang telah dibuat dengan parti sahabat PKR, presiden PAS ini tidak tahu mana satu yang patut didahului selain ditokok oleh kurangnya ilmu si presiden ini mengenai Undang Undang dan Perlembagaan di Malaysia.

    Ramai yang berpendapat PKR dan DAP kurang ajar dan menderhaka terhadap Sultan dalam isu MB Selangor ini. Malah tuduhan ini turut terpancar dikalangan penyokong dan pengikut PAS sendiri. Tetapi penyokong PAS seakan lupa kes yang berlaku di Perak dulu yang membawa penyingkiran MB PAS iaitu Nizar Jamaluddin. Tidak ingat kah PAS siapa yang berguling dan tidur dijalan raya untuk menghalang kenderaan VIP memasuki istana ketika itu?. Tidak kah sebahagian dari mereka ini adalah penyokong2 tegar PAS sendiri?. Tidak derhaka kah PAS dalam kes Perak ini?. Adakah presiden dan majlis Syura PAS mengambil tindakan untuk menghalang pengikut dari berbuat demikian kalau memang itu satu tindakan yang dianggap derhaka atau pimpinan PAS tidak pedulikan soal derhaka itu kerana yang dipertahankan adalah MB dari PAS?.

    Dalam kes di Perak dulu, kita lihat DAP mau pun PKR sehati sejiwa mempertahankan MB PAS Nizar Jamaluddin. Tapi kenapa sikap PAS berubah bila berhadapan dengan isu MB di Selangor?. Kenapa PAS tega menikam sahabat2 sendiri malah menuduh sahabat menderhaka kepada Sultan?. Adakah kerana PAS mahu menangguk di air keruh?

    Dalam kes di Perak presiden PAS dan majlis syura tidak mahu ikut terlibat secara langsung. Hanya Nizar Jamaluddin yang kelihatan berani untuk berkata benar malah bersedia mengadap sultan. Saya melihat Nizar jauh lebih berkemampuan berbanding Hadi selaku presiden parti PAS dan ciri ciri kepimpinan yang ada pada Nizar lebih berkualiti berbanding Hadi yang pada saya lebih layak memimpin NGO atau persatuan yang condong kepada gerakan Islamik itu sendiri.

    Tindak tanduk Hadi yang kelam kabut dan serba tidak kena selepas bersemuka dengan Sultan Selangor menunjukkan Hadi bukanlah pimpinan yang berkualiti untuk memimpin sebuah parti siasah dalam dunia politik moden hari ini. Hadi tak ubah bagaikan perempuan tua yang melatah bila disergah ataui digeletek, apatah lagi kalau yang menyergah itu orang yang tertentu.

    Sampai ketikanya PAS perlu memikirkan pengganti Hadi. Hadi bukan seorang yang berkelayakan untuk memimpin parti siasah dalam era globalisasi ini ( beliau lebih layak untuk memimpin NGO atau gerakan dakwah ) kerana zaman moden serba mencabar ini memerlukan seseorang yang bijak, berani dan tangkas bertindak selain berpengetahuan luas dalam soal undang undang dan perlembagaan yang sering dijadikan senjata untuk memulas kedudukan musuh politik. Di sinilah kekurangann Hadi yang cukup ketara kerana ketidakmampuan beliau untuk berhujah bagi mempertahankan kesatuan bila memerlukan.

    Saya tidak nampak PKR atau DAP menderhaka kerana dua parti ini sebenarnya mempertahankan apa yang telah selama ini diamal di Malaysia. Hadi sepatutnya bertindak seiring dengan pasti sahabat, bukan melakukan hal sebaliknya.

    Pembohongan demi pembohongan, alasan demi alasan yang diberi Hadi dan PAS berkaitan isu MB Selangor ini serta kewujudan pelbagai versi dari mulut PAS sendiri menunjukkan parti PAS ini tidak konsisten dan lebih malang lagi siri pembohongan ini keluar dari mulut mereka mereka yang berstatus ustaz dan ulamak yang menerajui parti tersebut. Tersingkirnya nama Wan Azizah mahu pun Azmin dari senarai yang diserahkan kepada Sultan Selangor menunjukkan betapa Hadi dan PAS amat tidak konsisten disaat membuat satu keputusan cukup penting demi masa depan PR dan harapan majoriti rakyat Malaysia yang sudah tekad mahu keluar dari kepompong UMNO BN sekian lama.

    Bersambung....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tulis komen ini supaya blog saya nampak hebat - shahbudin husin

      Delete
    2. mmg hebat pun..

      Delete
    3. ko pergi blog aspan alias lg teruk. tulis meleret2 mcm org tua nyanyuk sakit jiwa. komen2 terpilih. yg mana sokong dan jilat pungkoq dia baru siarkan. kesian pun ada. bila DAP tk calon dia bertanding pru dia punya meroyan sakit hati tk abis2. mmg patut DAP tk pilih perangai dan muka petualang. hahahahah

      Delete
    4. sangat hebat......

      Delete
  7. Walau pun saya bukan penggemar totok Anwar Ibrahim, namun saya dapat melihat keihklasan Anwar berjuang untuk rakyat marhaen (kalau bukan kerana rakyat, tidak mungkin Anwar tersingkir dari UMNO BN). Saya tnidak mudah tergoda atau terbuai dengan kopiah putih atau serban besar kerana saya lebih mementingkan "result". Memang benar tuduhan Mahathir dan ramai yang lain bahawa Anwar tamakkan kuasa kerana hanya dengan kuasa ditangan, perubahan boleh dilakukan. Bukanlah suatu yang pelik kalau Anwar berhajat begitu kerana beliau tahu, tanpa kuasa kita cuma mampu bercakap dan melaung saja. Ini yang ramai tidak fahami atau mahu memahami.
    Saya yakin ada sebab kukuh kenapa Anwar berhajat mahu menjadi MB Selangor dan kenapa PKR dan DAP mahukan Wan Azizah ke jawatan MB Selangor setelah langkah Anwar dimatikan oleh manipulasi institusi daulah oleh musuh politiknya iaitu UMNO BN. Ini yang gagal digahami oleh ramai orang termasuk segelintir pimpinan PAS. Saya sama sekali tidak nampak Anwar mahu membolot kekayaan peribadi dalam isu di Selangor ini (Anwar boleh memilih untuk menjadi kaya dan berkuasa sejak lama dulu lagi jika beliau terus kekal bersekongkol dengan para lanun dan perompak elit UMNO tetapi prinsipo beliau demi untuk keadilan dan kesejahteraan rakyat tidak pernah berubah). Kita selaku rakyat marhaen perlu memahami dan sentiasa memahami bagaimana setiap langkah yang dicatur Anwar itu sentiasa cuba dihalang oleh UMNO BN dengan apa cara sekali pun. Kenapa??? Ini tidak lain dan tidak bukan kerana ketakutan pimpinan haprak yang rakus membolot kuasa dalam pemerintahan negara Malaysia hari ini. Bagi mereka Anwar umpama malaikatul maut yang boleh menghukum dan mencabut nyawa mereka bila mereka Anwar berkuasa. Kenapa perlu takutkan manusia bernama Anwar ini kalau diri sendiri tidak bersalah dan tidak berdosa?.
    PAS dan segelintir pimpinannya telah pun dibuai oleh dakyah UMNO kononnya Anwar ini moralnya rendah selain mengamalkan kroni. Kalaulah melantik saudara atau adik sendiri sekali pun untuik kebaikan rakyat marhaen, apakah ini boleh dianggap kroni?. Lainlah hal kalau memberi jawatan untuk saudara mara sendiri bertujuan untuk membolot kekayaan dan mengkhianati amanah rakyat. Ini yang rakyat perlu bezakan dan ini yang perlu PAS membantu perjelaskan kedudukan sebenar, bukannya melanjutkan lagi serangan dan tujahan senjata UMNO BN ke tubuh batang Anwar.
    Saya melihat UMNO BN semakin hampir untuk meruntuhkan kesatuan yang sudah ada dikalangan parti oposisi dalam PR. Samada sedar atau tidak, PAS dan pimpinannya sudah terjerat oleh UMNO BN melalui langkah halus menggunakan "perantaraan" yang menyebabkan presiden PAS melatah dan melakukan U Turn berulang kali seolah olah sang presiden ini baru bersemuka dengan "tuhan" yang tidak boleh disanggah kemahuannya. Kalaulah PAS teruskan kepimpinan yang berkualiti seperti ini, pi mai pi mai parti PAS dok tang tu juga sampai ke kiamat. Yakinlah...dunia hari ini memerlukan seorang pemimpin yang berani, tegas selain berilmu dalam bidang yang disertainya, bukannya sekadar mengharap serban besar sahaja di atas kepala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yayayayaya.....anwar buat suma betul...org umno malaikat maut.....anwar malaikat baik....korang pikir balik tnpa langkah bodoh kajang ,msti skrg suma hidup dgn aman damai tkdak krisis mcmni

      Delete
    2. Ya. semua aman. Malaysia pun aman. Dalam aman damai lanun UMNO BN dah kaut berbillion melalui cara tak betul. Semua berlaku dalam aman. Dalam aman damai la jarum UMNO masuk melalui Khalid yg bermasalah hutang bank. Asal ada UMNO kat belakang, hutang bank besar mana pun boleh settle dalam sekelip mata. Siap SPSRM cepat2 buat perngistiharan tak ada kes.

      Boleh anda minta Haji Hadi yg kuat pertahankan Khalid tu memujuk Khalid dedahkan cara HALAL beliau langsaikan hutang bank beliau puluhan juta RM itu?. Kalau tak ada UMNO BN dibelakang, tak mungkin selesai hutang sebanyak itu dlm masa begitu cepat.

      Kalau PAS betul perjuangkan rakyat, ayuh pujuk Khalid kongsi ilmu HALAL cara beliau selesaikan hutang beliau itu krn ramai rakyat yang berhutang bank dan tidaklah sebanyak hutang Khalid itu, dah tentu mudah dilangsaikan kalau cara Khalid itu dikongsi dan dapat dimenafaatkan ramai. Kenapa Hadi dan PAS tidak nampak hal penting begini untuk membantu rakyat???.

      Yang jelas hutang itu langsai kerana peranan UMNO BN. SPRM digunakan untuk membersihkan individu yg disyaki sepantas mungkin. OSA dan segala mak nenek akta dan undang undang lain digunakan untuk menutup kebobrokan sistem dan perjalanan pentadbiran hari ini. Tak nampak dan tak sedar ke lagi?. Kenapa lembab sangat untuk melihat percaturan kotor UMNO BN ini???.

      Tidak siapa mengatakan Anwar maksum. Tdk siapa pun yang mengatakan Hadi maksum. Yang benar tetap benar. Kesilapan Anwar tetap ada tetapi apakah kesilapan yang Anwar buat itu benar2 telah merugikan rakyat jelata? Adakah apa yang Anwar buat itu adalah penyelewengan yang merugikan rakyat dari sudut matlamat jangka panjang?.

      Tidak ada silapnya dengan langkah Kajang. Yang menggagalkannya adalah UMNO BN yang mematikan kelayakan Anwar untuk menjadi MB melalui penggunaan mahkamah dan undang undang yang di bawah kekuasaan mereka. Tidak nampak kah terlalu banyak kebetulan2 yang berlaku bersabit manusia bernama Anwar ini bila segala institusi daulah spt mahkamah bertindak secara cepat dan spontan saja?. Semua ini berlaku kerana percaturan UMNO BN untuk menghalang kemaraan Anwar kerana UMNO tahu, jika Anwar dibiar terus memimpin, mereka mereka yang selama ini menguasai parti UMNO dan mempergunakan kekuasaan secara salah ini sedar, nasib tdk mungkin menyebelahi mereka jika Anwar ditakdirkan berkuasa.

      Janganlah biar diri diperbodohkan. Buka minda baik baik. Langkah Kajang telah dimatikan oleh mainan kuasa UMNO BN dan PAS pula menjadi senjata tambahan buat UMNO BN untuk menamatkan langkah tersebut samada disedari atau pun tidak. Kalau tidak kerana mainan UMNO BN melalui kuasa mahkamah, peluang Anwar terbuka luas. Krn kegagalan inilah maka Wan Azizah menjadi pengganti krn perkhidmatan Khalid harus dihentikan kerana ada tanda tanda tidak sihat dan tidak kena. Maka tiudak peliklah bila UMNO BN dan menteri2nya mati mattian membela dan pertahan Khalid. Yang kita tidak faham kenapa PAS melakukan hal yang sama?. Patutnya PAS bantu PKR selesaikan konflik dan ketidakbetulan itu dan bukannya menambah masalah kepada parti tersebut.

      Delete
    3. Brapa kos pilihanraya semula dun kajang...fikir2 kan lah,asal anwar suma betol...hahahaha...Terlampau obses dgn anwar smpai anwar masuk jamban pun dikatakan langkah untuk menawan putrajaya hahahaha

      Delete
    4. Langkah kajang perlu sebab Anwar sudah nampak yang si khalid sudah menjadi barua umno yang perlu disingkirkan demi kepentingan rakyat.

      Delete
    5. Berbanding Anwar Ibrahim dengan Hj Hadi Awang...... Apa jasa dan peranan Hj Hadi Awang selama berpuluh tahun hidup di Malaya ini dalam membangunkan ekonomi dan modal insan? Hebat sangatkah perjuangan Hj Hadi Awang untuk rakyat Malaya ini? Kehebatan beliau hanya satu iaitu Mengkafirkan golongan yang tidak mahu mendengar hujah cetek dan pandangan dangkal beliau berhubung Islam Liberal. Mungkin bagi beliau orang yang pandai baca kitab sahaja layak utuk ke Syurga manakala Pakar Matematik, Petroleum, kejuteraan dan sebagainya bukan tergolong dalam istilah Ulama'? Sudahlah hanya golongan Rusila sahaja yang sanggup minum air tangan Ulama flip-flop ini yang lain boleh jalan dah......

      Delete
    6. Apa hujah untuk counter balik hujah hadi awang?

      Delete
    7. Ello Anonymous8 September 2014 14:57,

      Adakah kos pilihanraya di Kajang itu lbh mahal dari " mark up price " projek Langat II dan KIDEX yg ditandatangani Khalid itu?.

      Delete
    8. Siapa yg ckp mark up price? Cuba tgk apa dh jadi skrg...sultan pun dh masuk cmpur...perlu tahu sultan di malaysia lebih berdarah BN...jgn cuba mnjentik institusi raja...yg jd mangsa kredibiliti pr jgk...wpun wan azizah jd mb dlm penggal ni...ko pikir dgn nama busuk tk hormat raja, rasa bole bertahan next election....PR sepatut perlu lebih bersabar...apa yg melayu ada skrg hanya kuasa politik dan raja melayu...salah jentik padah....itu golongan muda mcm rafizi nazmi saifuddin nasution tl paham

      Delete
    9. Sultan yg patut tunduk pd rakyat. Duit makan, minum, pakai kaum kerabat dorang rakyat yg tolong bayarkan. Hidup Freeloader!!

      Delete
  8. artikel yang baik dari shahbudin,,,, apa yang boleh saya percayai.. PAS masih lagi dipertahankan oleh ahlinya, penyokongnya dan juga penyokong sebahagian pakatan rakyat atas dasar Islam dan Ulamanya yang wujud dalam parti itu.. andaikan jika parti lain (sekular misalnya) yang membuat U-turn, menjadi kalut atau keliru maka sudah tentu sebahagian pihak-pihak yang disebutkan di atas tadi akan membuat hentaman kepada parti itu. Islam dan ulama di dalam parti itu menyelamatkan mereka... Bagi mereka (penyokong) parti Islam harus disokong dengan cara apa sekalipun atas kapasiti membawa kononnya bentuk Islam yang sebenar...

    ReplyDelete
  9. Ciri-ciri ulamak munafik:

    AMANAT HADI


    SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN

    PERCAYALAH,

    KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO. KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL BUKAN KERANA DIA LAMA MEMERINTAH KERAJAAN. KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH, MENGEKALKAN UNDANG-UNDANG KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILLIYAH. OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA. OLEH KERANA ITULAH KITA MENGHADAPI MEREKA. OLEH ITULAH KITA CUBA BERLAWAN DENGAN MEREKA.

    PERCAYALAH SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN,

    PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD. BERGANTUNGLAH KITA KEPADA ALLAH DENGAN MENGHADAPI PUAK-PUAK INI KERANA KALAU KITA MATI MELAWAN PUAK-PUAK INI, MATI KITA ADALAH SYAHID. MATI KITA ADALAH ISLAM.

    KITA TIDAK PERLU MASUK BUDDHA, KITA TAK PERLU MASUK HINDU, KITA TAK PERLU MASUK KRISTIAN. TAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGAMALKAN `POLITIK SUKU, AGAMA SUKU'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk tatapan semua generasi baru yang telah ditipu oleh Hadi pil kuda.

      Delete
  10. LARANGAN BERBOHONG

    Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

    "Biasakan kamu berkata benar kerana kebenaran itu menuntun kepada kebaikan dan kebaikan itu menuntun ke syurga, dan seseorang itu selalu berkata benar sehingga dicatat disisi Allah s.w.t. sebagai sdiddiq dan awaslah kamu dari dusta kerana dusta itu menuntun kepada lacur (kejahatan) dan kejahatan itu menuntun kedalam neraka dan seseorang itu biasa berdusta sehingga dicatat disisi Allah s.w.t. sebagai pendusta."

    Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "kamu anggap orang itu munafiq dengan tiga tanda iaitu:

    ~Jika berkata ia berdusta
    ~Bila berjanji ia mungkiri
    ~Jika berjanji sumpah ia langgar

    Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Malik berkata: ketika Luqmanul-Hakim ditanya:

    "Apakah sebab sehingga kamu dapat mencapai kedudukanmu itu?" Jawab Luqman:

    "Dengan benar dalam berkata-kata dan menunaikan amanat dan meninggalkan apa yang bukan kepentinganku."

    Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shafwan bin Sulaim berkata Rasulullah s.a.w. ditanya:

    "Apakah orang mukmin yang dapat menjadi penakut?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ya."

    Ditanya pula: "Apakah mungkin seorang mukmin itu pendusta?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Tidak." Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ubadah bin Ashshamit r.a. berkata Rasulullah s.a.w. ditanya:

    "Jagalah enam macam untuk dirimu sendiri, saya dapat menjamin untukmu syurga. Enam perkara itu ialah:

    ~Benar-benarlah jika berkata-kata
    ~Tepatilah jika berjanji
    ~Tunaikan amanat
    ~Jagalah kemaluanmu
    ~Pejamkan matamu
    ~Jagalah tanganmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua tu kene pd anuwar...tp olhkrn dok taksub...nauzubillahi...

      Delete
    2. pemimpin2 umno mmg semua baik taraf wali dan malaikat. tak rasuah, tk rompak duit rakyat. umno umpama tuhan yg memberi rezeki pd org melayu. he he he

      Delete
    3. baca amanat hadi tu betul2. heee

      Delete
    4. Dah baca,apa yg salah brooooo?

      Delete
    5. salahnya kalau org mcm ko masih lg sokong umno mmg haprakk!!!ahahahha

      Delete
  11. Hadi bukan pemimpin. Apabila dicabar oleh kuasa besar dia lari terus. Tak leh caya! Bandingkan dengan Anwar, yang berhadapan cabaran demi cabaran. Hadi pengecut. Bukan hero!Ok lah, hero kampong!

    ReplyDelete
  12. Sultan murka kerana PKR dan DAP hanya hantar 1 calon yang mempunyai majority..dan telah arah 3 EXCO Pas berjumpa dia. PKR & DAP hanya mengikut Fasal 53(2)(a) Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
    Tak tahu atas Fasal berapa Sultan bertindak. Sultan cakap dia ada budibicara melantik MB dibawah Fasal 55(2)(b).

    Budibicara Sultan bermaksud dia tidak perlu mengikut nasihat sesiapa pun berbanding perkara2 lain dimana dia kena menerima nasihat dan perlu bertindaka atas nasihat sebagai Raja Perlemebagaan.

    Aku punya pendapat dlm isu perlantikan MB, Fasal 53(2)(a) dan 55(2)(a) mesti dibaca sekali. Kalau Sulltan ada kuasa utk melantik mana2 Adun buat apa ada Fasla 53(2)(a) yg menetapkkan perlantikan mestilah dari Adun yg mempunyai majority.

    Isu ini tidak akan selesai dimasa2 akan dating sekiranya PR memenangi PRN. Olih itu krisis MB ini perlu dibawa keMahkamah utk penentuan siapa yg layak jadi Mb dan apakah kuasa2 Sultan dlm perlantikan MB. Ikut suka2 dia ke atau rakyat yg menentukan melalui Adun mereka.

    Aku tengok..penyakit 'ikut suka aku' yg dijangkiti olih Hj Hadi kian merebak dlm perlantikan MB olih Sultan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah ini tidak berlaku jika PKR tak pecat TSKI. Jadi, angkara siapa kemelut tak berkesudahan ini.

      Dulu di Perak pun sama, dilaporkan budak PKR dapat sedekah daging mentah kena ngap dgn SPRM.

      Kan pelik bin ajaib, TSKI MB dari PKR yang mempertahankan PAS. Lepas tu TSKI dipecat... tak habis2 PKR ni buat onar di Malaysia dgn kerjasama DAP.

      Delete
    2. Anony17:49

      Betul ke... Masalah ini tidak berlaku jika PKR tak pecat TSKI ? Kalau tak pecat Khalid, dia boleh jadi baruah maka projek kroni UMNO Baru akan berjalan lancar ?


      Delete
  13. hahaha... kelakar sungguh kan.... dulu masa menjilati montot... semua kata PAS bagus. semua kata rakan yang baik. tapi bila PAS bersuara sedikit... semua kata PAS mengkhianati.. PAS ularmak lahh.. munafik lah... hmmm... dulu bila komen tentang amanat hj hadi, semua dalam pakatan kata baca dan faham maksud tersirat... sekarang... baca isi kandungan dan faham ayat shj.... kalakar sungguhhh... hahahaha.... dunia akhir zaman... oleh itu, sokong lah DAP. Malaysia for Malaysian... telus dan bertanggungjawab hidup DAP!!! jom masuk DAP jommmm.... anyway, PKR pun bagus juga. Tapi DAP lebih berwawasan kerana LKY adalah mentor yang bagus.... Hidup DAP!!!

    ReplyDelete
  14. Dulu sokong PAS .... tapi saya lihat apa saja kumpulan yang memperjuangkan atas nama "Islam" di seluruh dunia sekarang macam sudah lari dari mesej Quran.

    Nama apa saja ISIS ISLkah, Boko Haram, fahaman Taliban dll....semuanya tidak memberi nama baik Islam kepada orang bukan Islam

    Apa tidaknya, bunuh orang penggal kepala orang, culik budak perempuan...atas dasar Quran????

    Mereka-mereka ini cakap saja banyak kononnya semua produk Amerika buatan orang kafir.

    Kalau macam tu, kenapa rangkaian puak-puak ini boleh guna Facebook (produk Amerika), Twitter (produk Amerika), Boeing (produk Amerika).

    Hah .. nak harapkan puak syeikh negara Arab, buat basikal pun tidak ada.

    Quran suruh kita senantiasa buat kemajuan seperti sains teknologi dan matematik untuk memahami kekuasaan Allah...... yang puak "ulamak" sebahagian kecoh pasal mazhab itu mazhab ini.

    Apa jadi puak ini tembak puak yang itu......

    Dan PAS sekarang, satu masa cakap itu, masa lain cakap lain, buat orang semakin confuse. Apakah sikap ini di ajar Quran?

    Kalau dah tak suka perjuangan PKR dan DAP, terus teranglah dengan secara formal secara LIVE dalam TV arus perdana milik BN. Baru settle.

    ReplyDelete
  15. Pergolakan yang berlaku dalam negeri Selangor sekarang adalah peperangan merebut ekonomi negeri. PAS menjadi gila sekarang ini kerana segala perancangan curang nya telah digagalkan dengan langkah kajang.

    Pemecatan Khalid Ibrahim dari PKR menyebabkan PAS hilang punca untuk bermain kayu tiga dan bermukah dengan UMNO Baru secara gelap kerana Khalid Ibrahim bukan lagi dalam penguasaan mereka.

    Pada pandangan saya PAS adalah parti mengamalkan sikap oportunisme dan hipokrit kerana mereka memperalatkan agama islam yang orang lain tidak ada apa yang mereka miliki.

    Tapi parti itu tidak mempunyai kemampuan berpolitik berasaskan setia kawan dalam kumpulan kerana mereka sangka bahawa adalah lebih bagus dari orang lain berpolitik kerana mereka orang islam yang disayangi tuhan.

    Orang alim akan ditemani oleh syaitan. Perkataan mereka didengar amat lunak tapi jiwa mereka adalah panas baran. Bila bertindak mereka hilang pertimbangan. Hanya kerana nyamok seekor berdengung mereka sanggup bakar kelambu.

    Apa yang dapat kita lihat dalam parti PAS berpolitik, mereka bertanding dalam pilihanraya tidak memfokaskan untuk menang tapi untuk islam. Hadi Awang pernah mengeluarkan kenyataan biar parti kalah asalkan islam menang.

    Ini bermakna biarpun pada awalnya kita lihat PAS begitu ghairah untuk bersaing dengan UMNO Baru seperti di Pengkalan Kubur, tapi forkas biar PAS kalah UMNO Baru menang asalkan agama islam tidak pupus.

    Ini adalah kelemahan yang amat nyata dan parti itu mudah diadu-domba oleh UMNO Baru dalam mengawal penguasaan politik dikalangan orang melayu bangang.

    Walaupun PAS mudah dibuli oleh UMNO Baru tapi sebenarnya mereka memerlukan antara satu sama lain. Dihadapan ahli mereka bertelagah pasal politik bagi mengekalkan kuasa dan pengaruh, tapi dibelakang tabir mereka berbincang dan melobi soal ekonomi untuk diri, kroni dan anak bini.

    Krisis menteri besar Selangor telah memberi tanda-tanda bahawa PAS memang telah bersekongkol dengan UMNO Baru berkaitan dengan ekonomi negeri Selangor. Dan Sultan Selangor pula mengada-mengada meminta nama calon lebih dari dua orang menunjukkan mereka juga bersubahat dalam krisis itu.

    Bagi saya PKR, DAP adalah parti yang mengikut peraturan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor memberi satu calon yang mendapatkan sokongan majoriti.

    Tidak timbul soal biadap, derhaka pada sultan yang tertaklok dalam sistem raja berperlembagaan. Mereka menjalankan tugas nya merujuk pada undang-undang. Parti yang berdaftar juga mengikut undang-undang.

    Jika pengundi Selangor memahami keadaan yang terjadi dalam negeri maka kita tidak perlu takut menghadapi apa jua permainan UMNO Baru dan PAS.

    Biar putih tulang jangan putih mata....biarkan sultan tunjukkan kuasanya bubarkan DUN Selangor dan rakyat berpesta mengundi PKR dan DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu bodoh macam kau ni tak ramai pun. Jadi PKR jangan harap sangatlah nak dapat undi mereka. Selamat terus menjadi macai DAP.

      Delete
    2. Sekurang2nya dia dapat menyusun pemikirannya mengenai isu yang dibincang dengan baik dan tersusun. Menunjukkan dia memahami isu yang sedang berlaku. Ramai juga yang mencuba. Ia menunjukkan ada usaha untuk memahami isu dan memperluaskan minda.

      Melayu bodoh adalah kamu dan golongan seperti kamu semakin pupus. Itulah kitaran kemajuan. Yang menjadi macai DAP adalah orang seperti kamu tanpa disedari. Golongan seperti kamu yang semakin kecil di hala untuk berada dibawah satu payung beramai-ramai. Ibarat kita memandu lembu ternak supaya masuk hanya satu kandang. Dah masuk semua, tutup pintu besar. Senang nak sembelih. Itulah tamsilan terbaik buat melayu seperti kamu. Otak beku. Fikiran sudah jam. Yang keluar hanya maki hamun yang menunjukkan kebodohan sendiri.

      Aku tak marah. Aku sedih dengan nasib kaumku seperti nko. Sebab itu aku .e gambil inisiatif ini sedang orang lain mengambil sikap tak peduli.

      Delete