Wednesday, 17 September 2014

Mahathir, Pak Lah Bertembung Semula?


Ketika menyerahkan tampuk kuasanya kepada Najib Razak pada 2009, apabila ditanya perancangannya selepas bersara, Abdullah Badawi atau Pak Lah sambil ketawa ada menyebut, "yang pasti saya tidak akan membuka blog." Jawapannya pada waktu itu jelas menyindir Mahathir Mohamad yang aktif menulis di blog untuk memberi pandangan mengkritik mengenai politik negara dan isu semasa sebaik bersara.

Pak Lah pada waktu itu berpendapat apabila beliau telah bersara dan menyerahkan kuasa kepada penggantinya, beliau tidak mahu lagi mencampuri urusan pentadbiran parti dan juga kerajaan.

Namun janji Pak Lah untuk tidak membuka blog nyata tidak bertahan lama apabila mula 16 September 2014, sempena sambutan Hari Malaysia, bekas Perdana Menteri itu mengumumkan beliau kini sudah mempunyai blog sendiri "Pak Lah" dengan artikel pertamnya bertajuk "Erti Kemerdekaan dan Perpaduan".

Janjinya untuk tidak membuka blog hanya bertahan tidak sampai enam tahun.

Apa yang menariknya ialah kemunculan blog Pak Lah ini hanya tidak sampai sebulan selepas Mahathir mengumumkan beliau kini menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri, Najib Razak serta diikuti dengan tindakan menegur apa-apa yang dirasakannya tidak betul mengenai pengurusan negara.

Mahathir berpendapat, tindakannya menegur bukanlah kerana tidak sayangkan pemimpin tetapi kerana lebih sayangkan bangsa dan negara serta merasakan pemimpin tidak akan menyedari kesalahan yang dilakukannya melainkan ada teguran dilakukan.

Artikel pertama dalam tulisan Pak Lah itu, walaupun berkenaan kemerdekaan dan perpaduan tetapi beliau seperti cuba membakar api persengketaan semula dengan Mahathir apabila turut membetulkan budaya menegur terhadap pemimpin. Bagi Pak Lah, mana-mana pemimpin yang melakukan kesalahan wajar ditegur secara berhemah dan bukannya sehingga menjejaskan keseluruhan pentadbirannya.

"Kalau ada kesilapan, berilah teguran dan nasihat jika perlu, tetapi amalan membakar kampung kerana marah kepada penghulu bukanlah satu perbuatan yang membawa menfaat. Kalau pun ada rasa kurang puas hati, luahkanlah secara aman dan berhemah mengikut amalan demokrasi dan adat resam orang timur," kata Pak Lah lagi dalam tulisannya itu.

Adalah jelas bahawa intipati tulisan Pak Lah mengenai budaya menegur ditujukan secara langsung tulisan blog Chedet yang bertajuk "Menegur" yang ditulis pada 18 Ogos lalu yang menjadikan Najib pula mangsanya serangannya melalui pelbagai teguran yang mula bertali arus sejak kebelakangan ini.

Sebagai pemimpin yang pernah dimangsakan oleh Mahathir sehingga BN gagal mendapat majoriti dua pertiga dalam pilihanraya 2008 dan kemudian terpaksa berundur pada 2009, Pak Lah sekarang ini secara tidak langsung menunjukkan kecenderungan untuk menjadi penyokong dan pendokong kepimpinnan Najib dan tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil Mahathir.

Jika ketika mengatakan tidak mahu membuka blog dulu, Pak Lah cuba menyindir Mahathir tetapi setelah mempunya blog sendiri, tulisan pertamanya juga sekali lagi menyindir bekas Perdana Menteri selama 22 tahun ini.

Mungkinkah ini petanda awal penarikan balik sokongan Mahathir kepada Najib akan melibatkan juga tercetusnya persengketaan semula beliau dengan Pak Lah?

Apakah tindakan Pak Lah berubah pendirian dengan mempunyai blog sendiri ini bukan sekadar untuk menunjukkan sokongannya kepada Najib tetapi juga untuk mengambil alih tempat Mahathir yang sebelum ini merupakan penyokong paling kuat Perdana Menteri?

Sebaik Najib menjadi Perdana Menteri, Mahathir telah memunculkan dirinya sebagai penyokong paling utama. Di hari pertama Najib bergelar Perdana Menteri, Mahathir telah berkunjung ke kediaman Najib untuk menyerahkan borang kemasukannya semula ke dalam UMNO setelah meninggalkannya kira-kira setahun sebelum itu untuk memberi lebih tekanan kepada kepimpinan Pak Lah.

Malah dalam pilihanraya umum 2013 lalu, Mahathir juga kuat berkempen untuk Najib dan BN. Meskipun BN masih menang dengan kelebihan 23 kerusi Parlimen berbanding PR, pendapat umum juga menyatakan jika tanpa sokongan dan kerja kuat Mahathir dan beberapa bekas menteri seperti Daim Zainuddin dan sebagainya, BN mungkin akan menerima keputusan lebih buruk atau mungkin sudah kehilangan kuasanya.

Selepas berdiam diri selama hampir enam tahun, kemunculan Pak Lah dengan blognya sendiri setelah tidak berapa lama Mahathir tidak lagi menyokong Najib dan serentak dengannya juga menyelitkan unsur-unsur sindiran kepada Mahathir, adalah jelas bekas Perdana Menteri daripada tahun 2003 hingga 2009 itu ingin menempatkan dirinya sebagai pendamping Najib paling rapat kepada Najib jika serangan dan teguran daripada Mahathir terus bertambah hebat selepas ini.

Dalam masa yang sama, pastinya juga tindakan terbaru Pak Lah ini bertujuan mengukuhkan lagi kedudukan menantunya, Khairy Jamaluddin disisi Najib. - SH 17/09/2014)

7 comments:

  1. Tuan,

    Teguran kasar Mahathir pada Najib adalah sangat bersesuaian dengan sikap Najib yang bebal.Walaupun saya sangat menyampah pada Mahathir tetapi Najib lagilah saya menyampah seribu kali ganda. Najib manusia yang bodoh dan menghancurkan kehidupan rutin rakyat terbanyak.Banyak tindakannya merugikan orang melayu dan berleluasa lagi amalan rasuah,kronisma,penyalahgunaan kuasa, melanggar undang-undang negara. Tindakan Mahathir adalah betul dan sepatutnya Najib jangan jadi muka tebal kulit babi.Isyarat dah di berikan untuk dia berundur atau dia akan akan mendapat malu besar akibat kebodohannya.

    ReplyDelete
  2. Dua2 ekor ni pemimpin yang bangang dan merugikan rakyat Malaysia.

    Sebab apa? Dua2 ekor ni tika melatih dan menyediakan pemimpin yang bertaraf dunia utk mengambil aleh pucuk pimpinan Negara.

    Lihat shj pemimpin2 Umno yg ada sekarang? No leadership and managerial quality. Semua layak jadi Pengerusi JKKK shj

    Sebab kebangan orang melayu, org2 Umno yang low class jadi PM dan Menteri. Mission utama mereka adalah untuk kekal kuasa dan menkayakan diri, kaum keluarga dan krooni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pkr..parti paling bagus dr segi kepimpinan..semua ikhlas berjuang..mana ada gaduh2..pemilihan lancar..jawatankuasa disiplin parti boleh dibubarkan kerana tiada aduan salah laku..pemimpin pelapis bersusun susun di setiap ranting yang tumbuh bagai cendawan di pelusuk negara

      Delete
    2. Anon 11:38

      Betut betut betut , lu cekap pemimpin Melayu semua manyak mangang maa aa .
      Wa atak ingat itu pasat itu LKS atatak cekap mau kasi "ubah" maa aa , mau pilih pandi punya loo oo .

      Delete
  3. oraitt skit dari pembanganngg lg buta perutt tgk selangor dah leerrr.

    ReplyDelete
  4. Kemunculan Pak Lah melalui blognya ketika ini tidak memberi apa-apa kelebihan atau kekurangan mana-mana pihak yang berterlagah. Ketika Pak lah menduduki kerusi perdana menteri hanya sepenggal itu tidak memberi kesempatan beliau menebar benih sokongan seperti yang telah dilakukan oleh Mahathir yang telah berjaya menguasai Malaysia selama lima penggal berturut-turut.

    Kekurangan itu ditambah pula dengan sikap salah guna kuasa penasihat yang ada disekeliling beliau membuatkan beliau datang dan pergi tiada kerisauan atau pun kegembiraan dikalangan ahli UMNO Baru.

    Oleh kerana itu kemunculan Pak Lah boleh dianggap sebagai nasi tambah saja. Apa yang beliau boleh lakukan hanyalah memberi pandangan yang belum tentu diterima pakai oleh orang yang ditujukan.

    Mungkin juga pandangan beliau dipakai untuk dijadikan sebagai batu api bagi menghidupkan persengketaan yang sudah terbentuk.

    Pada mata kasar, kita akan mengatakan PKR suka menimbulkan masaalah dan PAS pula bermasaalah dalam keinginan mereka untuk menjawat menteri besar yang tidak disokong oleh DAP. Akibatnya mereka cakap selalu berdolak-dalik.....seperti khayal pil kuda.

    Tapi parti yang amat bermasaalah adalah parti UMNO Baru yang menyediakan pemimpin dikalangan orang yang lemah dalam pendirian, takut pada kebenaran, bacul dalam menghadapi perdebatan isu. Boros dan salahguna kuasa.

    Dalaman parti pula ada diantara pemimpin tua saling curiga mencurigai terhadap pemimpin muda dalam pengagihan jawatan, kuasa dan juga ekonomi yang mereka rembat dari projek yang dihalalkan oleh kerajaan.
    Masing-masing mengutamakan diri, kroni, dan penyokong tegar mereka bagi mengukuhkan kedudukan dalam jawatan.

    Apa yang Pak Lah boleh lakukan......?

    ReplyDelete
  5. Setiausaha Sulit Sultan Selangor sahkan majlis angkat sumpah MB baru Selasa 23 Sept di Istana Alam Shah,Klang.MB Selangor baru Nik Nazmi.GO GO MU

    ReplyDelete