Monday, 1 September 2014

KJ Ketua Yang Gagal, Kemelut Pemuda UMNO Pahang Makin Panas


Musim mesyuarat perwakilan peringkat bahagian yang sedang berlangsung sekarang menyaksikan masalah yang melanda Pemuda UMNO Negeri Pahang masih berpanjangan tanpa penyelesaian. Pemuda UMNO Malaysia yang sepatutnya memainkan peranan menyelesaikan isu ini masih berdiam diri dan berpeluk tubuh tanpa sebarang usaha yang meyakinkan mahu menyelesaikan isu tersebut.

Walaupun Pemuda UMNO Malaysia yang dipimpin oleh Khairy Jamaluddin menyedari bahawa kemelut ini mungkin menjejaskan nama baik Perdana Manteri, Najib Razak yang tapak politiknya adalah Pahang tetapi mereka masih berdiam diri untuk mendamaikan isu yang sudah lama berlarutan ini.

Jika dulu Kumpulan 11 yang dianggotai oleh 11 Ketua-ketua Pemuda Bahagian hanya memprotes perlantikan Ketua Pemuda UMNO negeri, Shahruddin Ahmad yang dilantik oleh KJ melalui sidang akhbar dan pertemuan sesama mereka saja, namun kini ianya sudah dibawa ke peringkat akar umbi pula.

Beberapa Pemuda UMNO bahagian yang sudah mengadakan mesyuarat perwakilannya sehingga semalam meluluskan usul sebulat suara hilang kepercayaan serta menolak perlantikan Shahrudin yang dibuat oleh KJ itu. Antara bahagian yang meluluskan usul itu ialah Temerloh, Paya Besar, Indera Mahkota, Kuantan, Raub manakala mesyuarat Pemuda Pekan yang tidak dihadiri oleh Shahrudin turut meluluskan usul yang sama.

Pemuda bahagian Bera dan Kuala Krau pula mempertikaikan Pemuda UMNO negeri kerana gagal mengadakan mesyuaratnya sejak hampir setahun yang lalu manakala Ketua Pemuda Cameron Highland mengambil pendirian tidak mahu menghadiri mesyuarat dan memboikotnya selagi kemelut ini tidak diselesaikan.

Selain mengemukakan usul menolak perlantikan dan hilang kepercayaan kepada Ketua Pemuda negeri serta menuntut Pemuda UMNO Malaysia turun padang menyelesailan isu ini, terdapat juga Pemuda UMNO bahagian yang meluluskan usul hilang kepercayaan kepada KJ sendiri sepertimana yang diluluskan oleh Pemuda Indera Mahkota.

Yang lebih menarik dan merupakan tamparan kepada KJ ialah mesyuarat Pemuda Pekan yang dipimpin oleh Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda Pahang yang dipertikaikan itu, turut juga meluluskan usul menolak kepimpinannya. Shahruddin bagaimanapun tidak hadir dalam mesyuarat yang meluluskan usul itu secara sebulat suara.

Dalam masa yang sama, semua Pemuda UMNO Bahagian di Pahang, kecuali Bentong dan Lipis, turut memuntut pembelaan dan mempersoalkan kesalahan teknikal dan penggantungan yang dikenakan terhadap Ketua Pemuda Indera Mahkota, Mohamad Faiz Hashim dan Ketua Pemuda Maran, Saiful Anuar Mokhtar tanpa sebab yang kukuh kecuali hanya disebabkan kelantangan mempertikaikan kepimpinan KJ.

Dengan senario yang berlaku dalam mesyuarat Pemuda UMNO Pahang ini, bukan saja kemelutnya berterusan tanpa ada usaha di peringkat pimpinan Pemuda Malaysia mencari jalan penyelesaian, bahkan juga memperlihatkan kegagalan KJ sebagai ketua menangani masalah yang timbul.

Sejak hampir setahun lalu, meskipun menyedari ada bantahan daripada kumpulan majoriti terhadap Ketua Pemuda Negeri yang dilantiknya dan Pemuda negeri Pahang sendiri gagal mengadakan mesyuarat serta menubuhkan jawatankuasanya, KJ hanya berdiam diri dan membiarkan saja masalah itu terus berlaku.

Malah sebagai usaha menakut-nakutkan dan memberi amaran, dua Ketua Pemuda bahagian telah digantung keahlian tanpa diberitahu apa kesalahan mereka, tanpa bela diri dan tanpa sebarang perbicaraan.

Kegagalan menangani masalah yang melanda Pemuda UMNO Pahang yang kini sudah menjadi topik yang semakin merata di peringkat akar umbi negeri itu, apa pun helah dan alasan daripada mencari penyelesaian mengenainya, adalah satu lagi bukti kegagalan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Bersama deretan isu lain yang sudah banyak diperkatakan sebelum ini, KJ adalah pemimpin yang gagal sebenarnya. (SH 01/09/2014)

8 comments:

  1. Kj naik pun melalui Noni, anak mantan PM. Kalau tak melalui Noni, jangan harap dapat jadi Pemimpin politik.

    Tapi ada hati nak cakap Wan Azizah tak layak jadi Mb Sgor. Berbanding dengan KJ, Wan Azizah jadi MP dan kin Adun atas meritnya sendiri. Dari segi 'academic qualification', Wan Azizah lebih hebat dari KJ.

    ReplyDelete
  2. Dapat masuk oxford kerana pengaruh bapak sebagai duta. Mamat ni kena sedar diri sikit. Tak hairan lah bila kena belasah teruk dengan rafizi di dalan perdebatan yang lepas.

    ReplyDelete
  3. Kj ni berlagak je lebih.Dengan orang umno boleh lah tunjuk pandai,Dengan rakyat biasa KJ ni tak ubah macam sampah-sarap tepi jalan.Tidak berusaha dengan kepandaian sendiri,harapkan pak mertua,semua orang lain boleh buat.Bikin malu pada oxport saja.

    ReplyDelete
  4. Sibuk dengan kedudukannya sebagai menteri dan hanya berharap ahli exco pemuda yang selesaikan masalah.

    ReplyDelete
  5. Apa gunanya ada exco ,kalau tak bole boleh kerja.....tak akan la KJ nak kena buat semua kerja...lu orang fikir la sendiri...

    ReplyDelete
  6. Greenmen..kau ingat senang2 je nak masuk oxford...bukan sebarang student bole masuk...anak sultan brunei pun x bole masuk walaupun bapanya sanggup bayar...

    ReplyDelete
  7. Akademik satu tajuk...politik satu tajuk...bengong satu tajuk..
    Semua tu boleh berlaku pada KJ..

    ReplyDelete
  8. Apa susah masuk Oxford kalau bapa Duta,,,belajar international scholl dari kecil sampai besar. Melainlah bengong sangat.

    Anak sultan Brunei tu tak cukup grade lahh.

    ReplyDelete