Monday, 29 September 2014
Apa Kesudahannya Kritikan Bertali-Arus Mahathir Terhadap Najib?
Sejak akhir-akhir ini kemunculan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad di pelbagai program lebih kerap berbanding biasa. Hampir setiap hari atau sekurang-kurangnya selang dua atau tiga hari, ada saja program yang dihadirinya yang tentunya turut menjadi tumpuan media.
Berbanding beberapa bulan sebelum ini di mana beliau kerap dimasukkan ke IJN untuk mendapatkan rawata, penampilan Mahathir kebelakangan ini juga menunjukkan beliau semakin sihat dan segar. Ramai yang mendoakan beliau terus diberikan kesihatan yang baik di ketika suasana politik negara semakin tidak baik dan kedudukan UMNO pula tidak sihat-sihat berbanding dulu.
Sejak mengumumkan penarikan balik sokongannya terhadap kepimpinan Najib Razak lebih sebulan yang lalu, pantang ada kesempatan, sasaran kritikan Mahathir tidak lain ialah Perdana Menteri.
Selain dasar dan polisi Najib dalam mengurus kerajaan yang berkaitan hubungan kaum, ekonomi dan kewangan yang dipertikaikannya, perkara lain yang kerap disentuh oleh Mahathir ialah mengenai 1MDB yang diragui pelaburannya serta sikap ahli UMNO yang kini tidak lagi berani menegur pemimpin.
Dalam teguran terbarunya hari ini, beliau berkata, ahli UMNO perlu melakukan pembaharuan dengan lebih berani mengkritik pemimpin mereka.
Beliau kesal kerana budaya dalam UMNO sekarang ialah hanya menyokong pemimpin secara membuta-tuli tanpa menyoal sebarang perkara sedangkan seseorang pemimpin perlu diberitahu mengenai pandangan lain juga dan tidak semestinya boleh melakukan apa saja yang disukainya.
Walaupun menafikan teguran dan penarikan balik sokongannya bertujuan memaksa Perdana Menteri meletakkan jawatan, tetapi dengan kekerapannya menegur dan meluahkan perasaan tidak puas hati, jelas menunjukkan ada sesuatu yang terbuku dalam hati bekas Perdana Menteri itu.
Tetapi seperti mana kata A. Kadir Jasin dalam blognya, dilema Mahathir ialah meskipun UMNO lemah di mata rakyat tetapi Najib mempunyai kedudukan yang kukuh sebagai peneraju parti itu.
Ini bermakna jika Mahathir bermaksud mahu menjatuhkan Najib, ia bukanlah semudah seperti yang pernah dilakukannya terhadap Abdullah Badawu dahulu.
Tambahan pula, tiada pemimpin UMNO yang kelihatan berani ke depan menyanggah Najib ketika ini. Muhyiddin yang diharapkan berbuat demikian juga sudah hilang keberaniannya ketika ini.
Sejak Mahathir mengumumkan sikapnya tidak lagi menyokong Najib, dalam masa yang sama telah wujud beberapa kumpulan dalam UMNO yang bertujuan mahu membawa sikap dan pendirian bekas Perdana Menteri itu ke arah yang lebih jauh lagi iaitu mahukannya berundur sebagai Perdana Menteri. Hujahnya ialah selagi Najib memimpin parti dan kerajaan, peluang UMNO dan BN ditumbangkan dalam pilihanraya lebih mudah lagi kerana beliau dianggap terlalu lemah dan banyak isu peribadi yang boleh dimanipulasi oleh pembangkang.
Mahathir sendiri dalam pertemuan dengan sekumpulan NGO baru-baru ini turut membangkitkan kebimbangan mengenai kehilangan kuasa itu jika Najib terus berkuasa lagi.
Ini secara umumnya memberi gambaran bahawa teguran dan kritikan itu adalah bertujuan memastikan UMNO dan BN terus berkuasa melalui sama ada Najib dipaksa berubah atau diubah kedudukannya.
Beberapa perjumpaan dan mesyuarat difahamkan telah pun diadakan, namun sehingga ini tiada kata putus mengenai kaedah bagaimana untuk memaksa Najib berundur. Najib bukan saja dilihat kebal kerana sokongan pemimpin UMNO masih kukuh terhadapnya, banyak juga kesimpulan yang mengatakan sebahagian kekuatan Najib adalah terletak pada Rosmah Mansor.
Sejauh mana peranan dan bagaimana Rosmah memainkan peranannya di sisi Najib tidak pula begitu dijelaskan tetapi daripada suara-suara yang kedengaran adalah jelas beliau begitu berpengaruh dalam memastikan Najib terus kekal dan tidak mengalah dengan sebarang asakan, termasuk daripada Mahathir.
Kumpulan tertentu yang menemui Muhyiddin pula mendapati Timbalan Perdana Menteri itu langsung tidak menunjukkan keberanianya sepertimana yang pernah dilakukannya kepada Abdullah Badawi dahulu, walaupun pengharapan sebahagian ahli UMNO terhadap beliau tidak boleh dinafikan.
Apakah Muhyiddin akan terus tidak berani sehingga ke penghujung kariernya atau beliau boleh dijadikan berani melalui sokongan yang beransur-ansur ditonjolkan terhadapnya?
Semua ini akan menjadi kebarangkalian selagi Mahathir terus bersuara dan mengkritik Najib dan tidak mustahil sesuatu yang di luar jangkaan dan tak terduga turut berlaku. (SH 29/09/2014)
Lagi banyak skandal lagi kuatlah kuasa mempertahankan kedudukan pemimpin puak umngok....takan kutty mudah lupa.
ReplyDeleteUmno dah menang besar di pengkalan...najib semakin kuat dan kukuh....pas semakin bergolak....itulah petanda tahun2 terakhir pas perintah kelantan...dgn izinNya...umno kembali menerajui kelantan..selangor...ramalan miad...
ReplyDeletePasal Kelantan jatuh kepada UMNO dalam PRU 14 aku sokong dan setuju. UMNO Kelantan akan mengalahkan PAS bukan kerana UMNO Kelantan dah kuat. Tetapi rakyat dah menolak kerajaan PAS Kelantan sekarang yang diketuai oleh Nik Amar dan Ahmad Yaakob.
DeletePersepsi rakyat kelantan kepada UMNO Kelantan masih tak berubah. Mereka masih mencurigai dan tidak mempercayai UMNO. Yang kita nampak UMNO naik sebab sokongan kepada PAS Kelantan terutama Nik Amar telah jatuh dengan terok.
Nik Amar dan Ahmad Yaakob adalah dari puak UG PAS. Langkah pertama Nik Amar adalah mencantas tonggak2 dibelakang tabir yang menyokong kerajaan TGNA selama 23 tahun termasuk puak profesional. Yang diangkat oleh Nik Amar golongan ugama yang tak mahir dalam urusan pentadbiran negeri.
Kerajaan Nik Amar dan Ahmad Yaakob dilihat terok dan berhadapan dengan pelbagai masaalah pentadbiran yang tidak patut timbul jika mereka itu tahu nak memerintah. Sedangkan masaalah yg dihadapi masih sama dengan masaalah yg dihadapi oleh TGNA selama 23 tahun.
Bak kata sorang ketua bahagian di Kelantan, dalam PRU 14 nanti UMNO akan menang sebab semua batang tubuh yang menghalang UMNO selama ini sudah dicantas oleh Nik Amar ( Ahmad Yaakob hanya menjadi pak turut Nik Amar je).
"...Kerajaan Nik Amar dan Ahmad Yaakob dilihat terok dan berhadapan dengan pelbagai masaalah pentadbiran..."
DeleteEhh Ehhhh...betul ke? Tapi mengapa pula lebai Nik Amar dan lebai Ahmad Yaakob menyibuk dlm krisis MB Sgor?. Dan mengapa pula mereka mengatakan Wan Azizah yang mempunyai kelayakan akademik 'world class' dari mereka, tidak layak menjadi MB.
Kalau betul...Nampak sangat dua2 lebai ni perasan akan kehebatan mereka.
Aku masih marah niiii..lebai2 Pas ni menyibut dlm isu MB Sgor sedangkan dua2 mereka patut sibuk dlm menguruskan pentadbiran negeri Kelantan..
Perlu diingat bahawa Najib adalah melayu terakhir dalam UMNO Baru kerana melayu lain yang ada dalam parti itu hanyalah sampah hanyut.
ReplyDeleteJika Tun Mahathir masih konsisten untuk menjatuhkan Najib, beliau terpaksa menggunakan platform Pakatan Rakyat bagi merealisasikan cita-citanya namun tindakan itu amat merbahaya kerana Najib sudah mencipta banyak kesilapan dan kesalahan dalam pentadbirannya.
Diantaranya cukai GST yang bakal dilaksanakan tahun hadapan jika mendatangkan masaalah pada kehidupan rakyat maka ahli UMNO Baru yang pandai akan memberi sokongan undi pada Pakatan Rakyat khasnya pada PKR, dan DAP. dalam pilihanraya ke 14.
GST akan membebankan semua orang kecuali orang kaya yang kutip tol jalan hari-hari dari orang ramai.
ReplyDeleteNajib akan terus kekal..itu lah kenyataannya.che det???dia akan tersungkur tak lama lagi.dia memekak sampai tergolek golek pun najib peduli apa...kesian che det kutty kita...hahaha
ReplyDeleteNajib dah bagi keliling makan, lainlah mcm Pak Lah byk yg kebulur.
ReplyDeleteMampus diorang akan sokong sampai Malaysia bangkrup
Kutty nak menyalak (gunung) pok jib ker? Dia salak lembut lembu je....knapa tidak salak pasai altantuya
ReplyDelete