Saturday, 16 August 2014

Salahkah Perdana Menteri Bercuti Mewah?


Salahkah Perdana Menteri bercuti? Ini antara pertanyaan paling banyak dilontarkan di sebalik pendedahan laman berita Asia Sentinel mengenai percutian mewah Najib Razak ke beberapa bandar utama di Eropah sebaik saja beliau menamatkan lawatannya ke Amsterdam, Belanda pada Hari Raya ketiga lalu.

Mungkin di samping mood Hari Raya, di tambah dengan kedukaan yang berterusan mengenai tragedi pesawat MH17 serta kemelut mengenai Menteri Besar Selangor, tidak ramai yang sedar mengenai kehilangan Perdana Menteri sehinggalah ia didedahkan oleh Asia Sentinel.

Apatah lagi setelah mengumumkan pembatalan jamuan Hari Rayanya serta meminta semua rakyat sama-sama menunjukkan rasa simpati dengan menyambut lebaran ini dengan sesederhana mungkin, barangkali ramai juga beranggapan Najib hanya berehat di kediamannya saja.

Mengikut laporan Asia Sentinel itu, Najib dan isterinya telah pergi ke Paris, Sardinia di Itali, Cannes di Perancis, kemudian kembali ke Sardinia sebelum ke Rom dan London untuk bercuti. Beliau turut ditemani jutawan rambu-rambi dan playboy berasal dari Pulau Pinang, Taek Jho Low serta bekas Perdana Menteri Qatar. Di Sardinia pula, Najib dikatakan bersama dengan sekumpulan besar ahli perniagaan Cina dari Malaysia.

Kemudiannya, laman penjejak FlightRadar 24 pula mendedahkan jet kerajaan yang dinaiki oleh Najib Razak dan isterinya itu juga turut disahkan berada di beberapa bandar Eropah yang disebutkan itu.

Jika dikira daripada pemergiannya ke Amsterdam pada Hari Raya ketiga itu dan berada selama dua hari di bandar itu untuk bertemu Perdana Menteri Belanda untuk menyelesaikan beberapa isu berkaitan tragedi MH17 dan meletakkan jambangan bunga sebagai tanda bersedih kepada semua mangsa, kehilangan Perdana Menteri sudah menghampiri tempoh masa dua minggu sebenarnya.

Maklumat daripada rakan-rakan UMNO pula menyebut bahawa Najib dijangka kembali ke tanahair hujung minggu ini dan akan mula berada di pejabatnya pada hari Isnin.

Secara umumnya, tidaklah salah bagi Perdana Menteri untuk bercuti tetapi percutian kali ini nampak tidak kena dengan masa dan ketikanya. Ketika beliau mengumumkan pembatalan jamuan Hari Raya di Seri Perdana dan meminta rakyat turut bersimpati dengan keluarga mangsa MH17 serta diikuti dengan kesediaan mengadakan lawatan segera ke Amsterdam, Belanda pada Hari Raya ketiga, ramai yang memuji dan menyambut baik tindakan keprihatinan yang diambilnya.

Namun kini, semuanya terhakis. Tidak melengahkan percutiannya dan ditemani pula oleh seorang playboy Hollywood, menimbulkan persoalan sama ada perasaan simpati dan prihatin seorang Perdana Menteri kepada apa yang sedang berlaku dalam negara benar-benar ikhlas dan asli?

Meneruskan percutian mewah sambil ditemani Jho Low tidak lebih memperlihatkan bahawa Najib Razak tetap mempunyai jiwa kental seorang anak bangsawan iaitu cuti tetap cuti walau rakyat berduka, negara sengsara dan dunia mahu terbalik sekali pun.

Najib jelas berbeza dengan Mahathir Mohamad yang sanggup selama beberapa tahun tidak bercuti semata-mata untuk menyelesaikan beberapa isu mendesak dalam negara pada penghujung tahun 90an, sehinggalah kemudiannya mengambil cuti panjang selama dua bulan pada 1997. Ketika itu Mahathir telah melantik Anwar Ibrahim sebagai pemangku Perdana Menteri.

Percutian Najib juga mengikuti apa yang dilakukan oleh seorang lagi bekas Perdana Menteri, Abdullah Badawi yang turut pergi ke Melbourne bersama keluarganya beberapa hari sebelum Hari Raya untuk bercuti dan menyambut lebaran di sana.

Persoalnnya, tidak bolehkah ditangguhkan percutiannya? Atau bercuti saja di dalam negara seperti Pulau Langkawi atau Pulau Pangkor? Bukankah ianya lebih praktikal ketika negara diselubungi pelbagai bencana kalau pun mahu juga merehatkan badan dan minda?

Percutian Najib kali ini juga berlaku ketika politk Selangor gawat dengan isu pertukaran Menteri Besar. Walaupun isu ini sudah hampir ke penghujungnya, tetapi UMNO dilihat amat lembab dan tidak berperanan untuk mengambil peluang daripada krisis yang sedang berlaku ini. Selain hanya Noh Omar yang hanya ada bercakap sekali-sekala, Muhyiddin Yasin pula hanya sekali berperanan iaitu mengumumkan sokongan 12 Adun UMNO kepada Khalid Ibrahim.

Selebihnya tiada pemimpin UMNO yang melihat keadaan ini sebagai peluang keemasan dalam percaturan politik serta kelebihan untuk menambah sokongan.

Bahkan ketika UMNO dikaitkan dengan pergolakan yang berlaku ini dan seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Salehan Mukhyi mengatakan pendirian Pas untuk terus bersama Khalid ialah bagi memastikan dana Selangor berjumlah RM3.2 bilion tidak dibalun oleh UMNO, tiada pemimpin UMNO Pusat yang bangkit bersuara dan mempertahankan diri.

Semua mereka jelas tidak berani besuara kerana Najib sedang bercuti. Agaknya kalau dua bulan Najib bercuti, semua pemimpin UMNO turut bisu dan kaku.

Lebih memedihkan, percutian Najib bersama sekumpulan ahli perniagaa Cina juga tentunya menyinggung perasaan pejuang-pejuang UMNO peringkat bawahan yang berdegar-degar mahu melihat pembentukan kerajaan Melayu di Selangor melalui kerjasama UMNO dan Pas sambil mengutuk komuniti dan parti berasaskan kaum Cina yang dianggap tidak lagi relevan dan boleh diketepikan begitu saja.

Tetapi hakikatnya, di ketika yang sama Najib bukan saja sedang bercuti bersama sekumpulan ahli perniagaan Cina, bahkan mungkin sedang merancang hala tuju ekonomi dan politik negara bersama mereka. Penyatuan Melayu hanyalah impian di peringkat bawahan saja sebenarnya sedangkan pemimpin diatas sana tidak peduli pun mengenainya. (SH 16/08/2014)

14 comments:

  1. Jiwa bangsawannya terdidik sejak masih bayi hingga dewasa. Mana boleh terhapus dalam tempuh setahun dua menjadi PM

    ReplyDelete
  2. Semua PM bercuti mewah...
    Mantan PM pun bercuti mewah..
    PM akan datang YAB Dato' Sri Anwar Ibrahim juga akan bercuti lebih mewah..
    PM selepas Anwar juga akan bercuti mewah..

    Kalau itu tindakan salah, mereka telah lakukan kesalahan masa lalu, sekarang dan akan datang dan kita membenarkannya dengan memilih mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seekor kluang yang berotak khinzir dan keldai.

      Delete
    2. PM cuti mewah kau tetap jadi barua umnongok!

      Delete
  3. KO TAK PUAS HATI KE UMNO TAK AMBIL KESEMPATAN DI ATAS KRISIS SELANGOR,,,DASAR BLOGGER BATU API DARI KETURUNAN PARTI TAIK...TAK DAPAT TAIK HIDU PUN CUKUP ....KAN KAN KAN..!!

    ReplyDelete
  4. Umno tidak takut kpd PAS
    umno tidak takut kpd PRK
    umno tidak takut kpd DAP

    UMNO cukup cukup takut kpd PR

    maka itu umno akan cuba sedaya upaya utk hancurkan pakatan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketakutan hanya pada orang yang terdesak, gopoh gapah, serabai tak sempat cukur misai janggut sikat rambut.

      Orang takut akan ugut, mengemis dan merayu keputusan, sabotaj dan menculik. Orang takut takkan pergi bercuti...

      Delete
    2. Macam parti umnongok,bila terdesak sanggup rasuah merasuah agar kekal berkuasa!

      Delete
  5. Sebenarnya PM buat kerja sambil makan angin. Duit komisyen simpan kat pulau cayman, pakej pelancungan ditanggong oleh kerajaan Malaysia.

    Tak cukup boleh mintak dalam bajet tambahan di parlimen. Tahun depan rakyat bayar GST kumpul duit untuk kerajaan....boleh joli sepuasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padan muka melayu,percaya pada parti taik lembu.Harta negara buat macam bapak mereka yang punya.Memang jenis parti celaka!

      Delete
  6. Dakwanya, bermula dari tahun 2009, empat sekolah Cina persendirian di Selangor mendapat peruntukan automatik dari kerajaan negeri sebanyak RM2 juta setiap tahun.

    Namun bermula tahun ini, dakwanya, sekolah-sekolah itu diminta mengisi borang untuk mendapat peruntukan tersebut dan dikenakan pelbagai syarat.

    "Ada beberapa contoh sebelum ini, antaranya sekolah-sekolah Cina persendirian dijanjikan peruntukan (dari kerajaan negeri) tetapi beliau melengah-lengahkan pemberian peruntukan itu," kata Teng.

    Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan Halimah pagi ini yang mendakwa tidak tahu menahu tentang kenyataan Teng berkenaan pembubaran DUN.

    ReplyDelete
  7. Syabas kepada pakcik makcik di kampung serta pemuda pemudi harapan bangsa UMNO yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang, kerana mempunyai seorang pemimpin wasatiyyah.

    Saya tak salahkan Pak Jib. Beliau sangat bijak. Yang bodohnya pengundi UMNO.

    Kenapa Pak Jib tidak cuti di Sabahke, Sarawakke....atau Pual laangkawike....cuti-cuti Malaysia.

    Mana Kak Mah mau cuti tempat panas, yang dia suka tempat sejuk, ada salji ada autumn dll.

    Syabas kepada pengundi UMNO!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengundi umno semua jenis otaok taik lembu fidlot.Penyokongnya semua jenis melayu pariah!

      Delete
  8. Cerdik macam anwar !!!! Bodoh macam Najib !!!!
    Yang cerdik masuk penjara, yang bodoh pimpin negara.... Siapa pandai ?
    Yang pandai dan cerdik adalah pecacai anwar.

    ReplyDelete