Friday, 8 August 2014
Pas Seharusnya Percepatkan Mesyuarat, Bukan Melewatkannya
Kemelut politik di Selangor sekarang pada asasnya berpunca daripada dua sebab iaitu pertama, kedegilan Khalid Ibrahim tidak mahu berundur apabila diarahkan oleh parti dan kedua, disebabkan sokongan terbuka Pas yang mahu beliau terus dikekalkan.
Jika hanya Khalid yang berdegil tetapi tidak mendapat sokongan Pas, sudah lama ianya selesai. Begitu juga jika sekadar Pas yang menyokong tetapi Khalid akur dengan kehendak partinya, ia tidak akan menjadi kalut sehingga sekarang ini.
Disebabkan adanya kedua-dua sebab itulah dan ianya pula seolah-olah saling bahu-membahu serta senada dan seirama, walaupun berlainan parti, kekalutan ini terus berlarutan.
Ketika Presiden Pas, Haji Hadi Awang membuat kenyataan memberi sokongan kepada Khalid, parti itu sebenarnya sudah menetapkan tarikh mesyuaratnya pada 10 Ogos untuk membuat pendirian rasmi mengenainya. Sebab itu, kenyataan Haji Hadi yang mendahului mesyuarat dan bersifat peribadi itu adalah punca segala-galanya.
Kiranya Haji Hadi lebih berhemah dan tidak mengeluarkan kenyataan tanpa bermesyuarat atau sanggup bersabar sehingga 10 Ogos dengan menghormati konsep bermuafakat dalam membuat keputusan, kemelutnya tidaklah berlarutan seperti ini.
Lantaran itu, dalam usaha membendung ianya daripada terus menjadi polemik, dua pemimpin Pas iaitu Ketua Pemudanya, Suhaizan Kayat dan AJK Pas, Dr Zulkifli Ahmad telah menyarankan agar Pas mempercepatkah tarikh mesyuarat daripada 10 Ogos yang telah diputuskan sebelum itu.
Hasrat mereka ialah agar segala kurap, kudis dan nanah dapat dibendung lebih awal lagi. Niat kedua pemimpin Pas yang tidak berserban ini adalah baik dan suci.
Namun demikian, Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali tegas menolak saranan yang baik itu dengan alasan jika diubah ia akan mengganggu jadual lain yang telah ditetapkan.
Akhirnya semua orang menunggu-nunggu tarikh 10 Ogos itu, walaupun hari demi hari makin banyak kekalutan dan kekeliruan yang terus berlaku.
Bermula dengan sokongan Tuan Guru Nik Aziz terhadap pendirian Haji Hadi, tersebarnya tulisan di whatsapp oleh seorang AJK Pas Pusat, Dr Zuhdi Marzuki yang bersifat rasis dan mahu bekerjasama dengan UMNO, keputusan Majlis Syura yang juga menyokong pengekalan Khalid, tindakan Pas Selangor dan Dewan Pemuda mengadakan majlis sembahyang hajat di kediaman Menteri Besar dan bermacam-macam rentetan lagi, semuanya menjurus kepada keadaan yang lebih huru-hara.
Pas jadi berpecah, PKR juga retak dan PR yang diharapkan mampu memberi cabaran kepada BN turut sudah hilang rentaknya di mata umum. UMNO dan BN hanya senyum memerhati wayang percuma ini.
Walaupun Khalid turut dipersalahkan dalam kemelut ini sehingga ramai tidak faham kenapa beliau bersungguh-sungguh mahu bertahan, tetapi nyata sekali Pas paling banyak dipersalahkan kerana dilihat tidak lagi menghormati persetujuan yang memberi hak kerusi Menteri Besar Selangor kepada PKR.
Lebih menghairankan apabila Majlis Syura membuat keputusan mempertahankan Khalid, ada yang bertanya sejak bila majlis itu mempunyai hak membuat keputusan yang melibatkan parti lain selain Pas. Majlis itu juga diingatkan bahawa penukaran pemimpin tidak memerlukan hukuman bersalah oleh SPRM atau mahkamah semata-mata kerana sejarah Islam sendiri memperlihatkan bahawa Khalid Al Walid juga pernah ditukar tanpa ada kesalahan apa-apa yang telah dibuktikan.
Ada juga bermulut jahat mengingatkan Pas bahawa parti itu juga pernah memecat Dr Hassan Ali, Pesuruhjaya Pas Selangor dan Exco Agama, juga berdasarkan pertimbangan politik walaupun tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana perkhianatan kepada amanah rakyat atau didapati bersalah di mahkamah serta SPRM.
Ramai akhirnya yang mengharapkan tarikh 10 Ogos ini adalah penentu segala-galanya. Apabila Pas bermesyuarat dan diikuti dengan mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada sebelah malamnya, diharapkan isu ini tidak berlarutan lagi. Ia mungkin diakhiri dengan pemecatan Khalid, pendirian rasmi Pas dan PR mengenainya atau suatu pilihanraya negeri bakal diadakan.
Apa saja kemungkinan, semua pihak sudah sedia menghadapinya.
Malangnya, dalam situasi yang semakin kalut ini, Pas melalui Mustaffa Ali yang sebelum ini menolak untuk mengubah tarikh mesyuarat, tiba-tiba mengeluarkan kenyataan tarikh baru mesyuarat ditunda daripada 10 Ogos kepada 13 Ogos.
Kemudian, belum pun sehari tarikh itu disebarluaskan, hari ini beliau menangguh lagi kepada 17 Ogos pula.
Apa sudah jadi dengan Pas ini? Kenapa asyik tangguh-tangguh dan tidak berani membuat keputusan segera?
Jika sudah berani membuat kenyataan terbuka, menulis di whatsapp serta mengadu kepada Tuhan melalui sembahyang hajat, kenapa pula takut untuk membuat keputusan rasmi?
Tindakan Pas melewatkan tarikh mesyuarat, tidak lain akan menjadikan isu ini makin kalut dan caca-marba. Makin banyak mulut yang bersuara, makin banyak jari yang gatal menulis di whatsapp atau apa saja medium serta mungkin makin banyak majlis sembahyang hajat lagi selepas ini.
Tidak diketahui apa pendirian Pas, apakah penangguhan ini untuk memberi ruang mereka berfikir dan mengkaji semula sokongan kepada Khalid dan akur dengan muafakat bersama dalam PR atau untuk menambah lagi tekanan kepada PKR dan Anwar?
Banyak kekalutan dapat diselesaikan jika tarikh mesyuarat Pas diawalkan atau setidak-tidaknya dikekalkan pada 10 Ogos. Menangguhkan lagi hanya memberi ruang kekalutan makin berpanjangan.
Setelah Pas mensabotaj Anwar dengan menolaknya sebagai calon Perdana Menteri menjelang detik-detik akhir PRU 13 lalu, mungkinkah penangguhan ini suatu lagi sabotaj Pas terhadap PKR dan Anwar? (SH 08/08/2014)
17 Ogos pun mungkin ditunda. Sebabnya memberi masa pada SPRM untuk 'menyiasat' berasaskan permintaan Khalid dan mengumumkan tidak ada gejala rasuah?
ReplyDeletePemimpin PAS nak tunggu Anwar Ibrahim masuk penjara dulu baru boleh buat mesyuarat...
DeletePAS sanggup menjahanamkan Pakatan Rakyat yang memberikan dia banyak kemenangan dalam pilihanraya yang lalu hanya kerana seorang pemimpin yang diragui integeritinya yang bukan pula dari parti nya sendiri...
Dalam parti sendiri disuruhnya ahli wala' pada ketua tapi dalam parti PKR dia sokong Khalid menderhaka pada ketua....
Akhirnya jadilah ulamak politik dahi lebam yang tidak boleh dipercayai, dan tiada apa yang boleh diharapkan lagi kerana dia sudah tunjukkan wajah sebenarnya....hipokrit.
PAS = party "arrogant and stupid"
Betul pendapat anda. Sebenarnya sokongan kuat golongan muda terhadap PAS adalah kerana ada nama-nama aula seperti TGNA, Mat Sabu, Husam Musa, Salahuddin Ayob, Khalid Samad dan sepertinya. Pemimpin lain mereka masih berdengki dan busuk hati kerana "lost Identity" di sebabkan Anwar. Butakah mata mereka apabila di tahun 1998 golongan reform bangun menyokong Anwar dan tak semena-mena mereka yang lebih mendapat kredit dari Anwar? Berpecahlah....Dan kita lihat parti mana yang lebih berpengaruh. Sebenarnya golongan muda sudah cukup menyampah dengan karenah Hadi Awang dan Mustafa Ali di dalam PAS, tapi golongan berkepala busuk ini langsung tidak tahu malu dan tanpa segan silu .........Nasib baiklah salah seorang yang flip-flop (kononnya Ulama) telah dipanggil Illahi terlebih dahulu kalau tidak tentu lebih teruk lagi PAS di buatnya.
DeleteKemelut politik di Selangor sekarang pada asasnya berpunca daripada dua sebab iaitu pertama, kedegilan Anwar Ibrahim tidak mahu berundur apabila tetap mahu mencalonkan isteri sebagai MB dan kedua, disebabkan sokongan terbuka & tertutup penyokong PKR yang mahu beliau terus dengan program langkau sate kijang yg nampaknya ibarat hidup trsipu malu mampus x mahu.
DeleteJika hanya Anwar yang tetap dngan keputusannya tetapi tidak mendapat sokongan majoriti pengikut PKR, sudah lama ianya selesai. Begitu juga jika sekadar PKR yang menyokong tetapi Anwar mendapat hidayah lalu akur jawatan MB itu merupakan hasil perkongsian & permuafakatan bukannya milik ekslusif PKR sahaja, ia tidak akan menjadi kalut sehingga sekarang ini.
Disebabkan adanya kedua-dua sebab itulah ditambah pula penambah perisa MSG kekerasan hati pihak PKR yg mengutuk, menyalahkan serta menuduh pihak lain semata mata dengan brmacam prkara x baik menambahkn darah tinggi stroke Pakatan Rakyat. Lebih mmburukkan keadaan keceluparan sestengah makhluk itu mengatakan sanggup kehilangan Selangor hanya untuk menyingkirkn Khalid adalah rempah ratus yg menambah aroma kekalutan ini yg akan terus berlarutan.
Sebelum menyalahkan kenyataan awal hadi sebelum mesyuarat tertinggi pas 10hb...elok periksa dulu mulut busuk anwar...anwar yang mengumumkan pas bersetuju penggantian khalid sedangkan hakikatnya pas hanya bersetuju membawa cadangan penggantian khalid oleh pkr itu pada mesyuarat tertinggi pas 10hb.... SIAPA YANG MENDAHULUI SIAPA?
ReplyDeleteAdmin tidak perlu cuba buat2 lupa fakta atau menyongsangkan fikiranmorg lain denganmcuba menyalahkan PAS....yang merekacipta penyakit ialah anwar...kenapa lupa menciptareka ubatnya sekali! !!
PAS tidak perlu ikut rentak gelojoh dan tergesa-gesa anwar...bila datang berita dari orang fasik..elok PAS perhalusi sebelum membuat keputusan..mesyuarat tersebut elok ditangguhkan berdasarkan kesesuaian kerana PAS perlu lihat kekecohan apalagi yang mahu PKR dramakan...
Samada PAS sokong PKR atau tidak, Khalid mempunyai banyak piilihan untuk mempertahankan jawatan MB...biarlah masalah PKR diselesaikan sesama mereka tanpa menuding kpd pihak lain.
kluangman,
Deletetolong periksa dulu sape wakil pas yg hadir utk meeting PR dan apa kenyataan wakil2 PAS ini semua. sila periksa.
Khalid takde pilihan dan tindakan die akhirnya mejatuhkan maruahnya sendiri. dia dilantik atas kapasiti wakil PKR. die dilantik CEO oleh board of director (dalam hal ini PKR). apanya susah sangat kecuali sifat fuedalnya tebal sesangat. tak perlu ade kes atau ape-ape pun, pertukaran boleh dibuat oleh PKR (atas pemuafakatan antara PR utk pilihan MB selangor dari kalangan wakil PKR). kalau tak setuju wan azizah, azmin sbg penganti, takpelah - hak PAS tapi gaduhla dlm meeting PR. Ini tak, terus kata takleh kena kekal khalid. Ape punya perangai. benda2 camni jadi kes bertindih calon masa PRU (sila jawap Tuan Hadi dgn Tuan Mus). Pastu pi kata pill kuda, marxist lea.. ape punya akhlak... org kapir dok tengok ni.. camni ke cara die.. Tak puas hati, orang boleh terima sifat manusia tapi cara salurkan ketidakpuasan tu langsung mencemarkan watak seorang Muslim secara amnya.
dari satu segi, kite boleh paham nape khalid tak nak walaupun jangka masa panjang akan makan diri die tapi bile kite tengok gelagat pimpinan PAS tertentu... Bang, jangan cite pasal Islamic atau Hudud semata-mata saje, buktikan dgn tingkah laku... benda sama kite persoalkan wakil MP temerloh tu.. dah lah tak buat homework masa balun LGE tapi seblm nie... haram senyap kat parlimen (die MP tau bukan adun - medan bersilat parlimen, tgk ansard apa die cite, ade ke?)
Saya syorkan dengarlah teguran yg disampaikan golongan professional di dalam PAS sebelum terlambat.
Keluangman.....Penyokong bodoh UMNO dah mula masuk jarum tu!
DeleteKeluangman ni sebenarnya mulut busuk macam taik lembut.Komennya pula macam taik kucing.hanya layak komen di blog penyokong umno sahaja.
DeleteBoleh tak sesiapa kat sini tolong explain kan saya apa dia kajang move ni.
DeleteMasa PRK kajang (yg tk sepatut nya ada prk pun) kenapa makcik Azizah buat statement tidak ada plan nak ganti khalid sebab pkr tidak nampak "cacat dan cela" Khalid buat kerja. (Pi google, youtube pun ada).
Dah jadi kecoh, baru2 ni laki bini mengatakan Kajang move mmg nak ganti MB dan "Khalid knew all along".
Jadi apa ke benda ni?
Mmg Anwar dah silap langkah. Betul apa pas x sokong. Sat gini, sat gitu, camna nak sokong.
Jgn marah ya, jgn taksub ya. saya permerhati bebas, saya tak berparti. heheh
Kluangman adalah setan yg dikenali manakala pas pulak adalah malaikat yg tak dikenali..surat ada surat..kah kah kah
DeleteAnon 16:31, Pesuruhjaya PAS Selangor hadir dalam mesyuarat untuk mendengar cadangan PKR dan bersetuju untuk membawa cadangan itu ke mesyuarat tertinggi PAS yang dijadualkan 10hb pada masa itu.
DeleteWakil PAS yang hadir tidak ada kuasa untuk bersetuju dengan apa-apa cadangan PKR.
Lepas meeting - Anwar Brahi buat pengumuman "PAS setuju Khalid digantikan"????????????????
Anon 17:30 dan 19:00 Kluangman dan Keluangman adalah berbeza...jangan pakai kepala lutut kalau membaca dan menulis.
Ada akai, pakai !
Cantikkkk 21:36..sebab tu aku tak berapa layan sangat budak bawahan dan pecacai pkr ni terutama yg guna nama anon...jenis mengaji tak habis.
DeleteApa kah Rakyat secara seluruh atau am nya ingin Pemimpin Lemah /Benggap menjadi Pemimpin Negara ? Kalau nak cari Pemimpin MELAYU , Pemimpin PAS semua nya Gagal dan tiada Kualiti yang ada hanya PKR dari Anwar hingga ke Rafizi.
ReplyDeleteKalau nak yang makan Rasuah cepat kaya Melayu ada banyak... Apa kah Melayu bangsa yang kaya kaya ???
pemimpin pas dari kalangan professional boleh di harap dan ada kualiti tapi bukan dari kalangan ular dalam semak
DeleteSedih sungguh melihatkan keadaan ini, PAS minta ahli WALA kpd pemimpinnya tetapi bila Khalid menetang partinya sendiri , pemimpin PAS dok pertahankannya pula. Kenapa PAS nak sibuk dg isu dalaman PKR, siapa pun yg dilantik itu urusan PKR kerana PKR diberikan mandat utk memilih MB selangor. Apa yg lagi malang adanya segelintir pemimpin PAS yg mahu bersekongkol dgn umno dan menfitnah pemimpin PKR & DAP.
ReplyDeleteKami ahli dibawah yg buat kerja dlm pilihanraya menyokong pemimpin tetapi pemimpin mendengar nasihat yg salah dari org sekeliling mereka dan geng UG. Kepada geng UG keluarlah dari PAS letak jawatan Adun/ AP dan masuklah umno sepenuhnya, tunggulah PRU14 jika umno mahukan kamu. Tengoklah apa yg jadi kpd Hassan Ali apakah umno calonkannya setelah bermatian menyokong umno sehingga dipecat oleh PAS. Kpd geng UG jgn gunakan kedudukan Adun/AP PR utk bersekongkol dgn umno.
Apakah PAS akan pecah/hancur kerana pertahankan Khalid dari PKR atau PR akan berpecah kerana karenah Khalid yg besar kepala? Kita akan saksikan nanti.............kpd mustafa ali baik kau letak jawatan sebab kau memang tak layak dlm PAS sebab skandal yg membusukkan jemaah Islam.
Secara keseluruhannya, beliau melihat episod pertelingkahan PKR sehingga mengganggu pentadbiran negeri ini sebagai satu pengajaran buat rakyat Selangor.
ReplyDelete"Umno melihat ini sebagai satu iktibar, satu pengajaran, kita kena pilih kerajaan yang betul-betul kuat," katanya.
...runner dari mereka mereka yg berkepentingan dalam Pas menunggu isyarat dari DUMNO berapa orang PKR & DAP udah dapat di beli. berhati hati. Mereka mereka ini yg sekarang berada di sekeliling President.
ReplyDeleteSegala-galanya PAS yang sabotaj. Kenapa tak bincang pasal DSAI sabotaj PAS, termasuk memasang juak-juak beliau dalam JK PAS Pusat. Itu namanya pengkhianat rakan pakatan
ReplyDeletePAS memang parti lemah,sebab punyai President yang lemah.Sekarang dari kemelut ini banyak yang lihat PAS hanyalah dipergunakn oleh umno untuk musnahkan PR.Rakyat dah tak percaya pada PAS lagi sebab tiada pendirian dan helah mereka hanya hendak hapuskan PKR.Baru dapat undi sikit dah besar kepala.Selepas ini PAS akan melukut ditepi gantang,Seperti yang mereka alami ketika waktu dahulu.Kerana PAS bodoh PR akan hancur.Disaat rakan mengalami kesulitan,PAS berbagai helah menyusahkan rakannya.PAS masih tak serik ditipu umno sesekian lamanya kerana PAS bukan berjuang atas dasar islam,bantu membantu,tetapi kerana hasad dengki.PAS tak sedar telah dipatuk ular yang sama dan akan dipatuk oleh ular yang sama lagidari lubang yang sama.Saya harap PAS sedar sebab tindak-tanduk PAS merugikan rakyat dan PAS tidak mencerminkan sikap sebuah parti islam.Orang melihat PAS sekarang tiada beza dari umno,sebab tingahlaku PAS tiada roh islam hanya dengki.Lebih baik PAS di bubarkan kerana PAS melihat melayu lebih penting dari islam.
ReplyDeleteSudahlah tuuuuu... asyik PAS, PKR.PAS, PKR ber xxxx..yang untung DAP dan UMNO.
ReplyDeleteCuba PKR duduk diam-diam bertafakur sambil muhasabah diri ..tanya diri sendiri "APAKAH SUMBANGAN PKR KEPADA KEMELUT MB SELANGOR, tanpa menyalahkan PAS". Begitu juga PAS tanya diri sendiri " APAKAH SUMBANGAN PAS KEPADA KEMELUT MB SELANGOR" tanpa menyalahkan PKR. Sebabnya kita ini manusia yang tak maksom boleh buat silap atau terlepas pandang atau terlepas cakap. Kalau kita menyalahkan orang lain secara membuta tuli, adakah diri kita ini tak pernah buat silap, tak pernah auta,....
Ingat tak sejarah Perjanjian Hudaibiyah, Nabi Muhammad S.A.W juga di kritik oleh para sahabatnya kerana menerima perjanjian dengan kafir Mekah secara tidak adil. Mana tidaknya. Jika kafir Mekah ditangkap di Madinah, orang Islam Mdinah kena hantar balik ke Mekah. Sebaliknya jika orang Islam Madinah ditangkap di Mekah, tidak akan di hantar balik ke Madinah. Ternyata akhirnya perjanjian tesebut MENGUNTUNGKAN orang Islam Madinah. Saya khuatir mulut-mulut celupar yang memperlekeh Majlis Syura PAS, sebenarnya keputusan itulah yang direstui oleh Allah Yang Maha Esa. Siapa tahu benda-benda di alam ghaib ini.
Siapa boleh jamin, jika TSKI digugurkan keadaan PKR dan PR akan aman dan tenteram selepas ini... berani jamin???????
Perjuangan mestilah berlunaskan amanah, dan Lillahitaala bukan hi menuso....
lu plak leh jamin ke..TSKI tak belot..
DeletePuki mak lu suruh orang tutup mulut tapi lu tulis panjang berjela.... Lu siapa mau tahan orang punya pendapat? Duduk diam-diam dan jangan baca blog sesiapa kalau tak mahu dengar kutuk-mengutuk.....Puki mak lu sekali lagi. Itu kluangman dah kena ketuk maka pandai pula menyamar jadi Anon.....Ini Kluangman pun mulut puki mak juga.
Delete1Crony...nama cantik macam najib cipta 1Malaysia...
DeleteKesian mak bapak yg lahir dan besarkan kau..mungkin silapnya tak hantar awal ke hospital...sebab tu otak kau dah senget..
Sokong UMNO syaitan yang paling nyata adalah lebih baik dari sokong syaitan yang berselindung di balik jubah dan serban
ReplyDeleteApabila ada yg mengejar dunia bertopengkan Islam, inilah jadinya.
ReplyDeletenik aziz yang pandai berpolitik pun...di sisa-sisa usia perjuangan nya...akhirnya turut tertipu dan menjadi penyumbang nafas baru buat umno...dalam meruntuhkan pr..kalau benar bagai di laporkan....apekah celaka yg melanda kini....wtf.....
ReplyDeleteakibat kegelojohan dalam misi Kajang move orang lain dipersalahkan...alahai pkr...
ReplyDeleteBeliau yang turut mengecam kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim memberi gelaran tersebut setelah menganggap Faekah sebagai penyokong tegar Khalid yang terlalu beremosi apabila beberapa pihak mengkritik bosnya itu.
ReplyDelete"Bila cakap pasal tak kahwin semua tahu kan? Faekah tak kahwin lagi. "Inilah masalahnya. Orang yang bernama Faekah ini adalah penyokong tegar Khalid.
"Kalau petang semalam tak bersetuju untuk bertemu dan berbincang, malam esok Faekah kata Jangan.. Jangan.. Jangan.. Jangan.
"Ini saya bagi satu analisis apabila 'orang itu' kurang seks," katanya dengan nada sinis. Hishamuddin berkata demikian dengan memberi contoh menyamakan Faekah dengan watak seorang jururawat dalam filem Milos Forman berjudul "One Flew Over the Cuckoo's Nest".
Ianya turut dirakamkan menerusi laman Youtube 'KiniTV' bertajuk 'Forum 'Krisis Selangor hangat pula dengan isu hina wanita'.
Kenyataan beliau itu dilaporkan telah menimbulkan ketidakpuasan hati beberapa peserta yang hadir pada forum berkenaan.
Kita ekor saja kehendak anuwar anugerah Tuhan dia pandai politik...buat apa kecoh kecoh.
ReplyDeleteSemua makhlok adalah anugerah tuhan bukan Anwar saja... Saudara beragama apa?
DeleteSaudara hidup dimuka bumi ini atas anugerah Ulamak Pas ke atau pemimpin UMNO Baru ?
Saudara tunjuk bodoh tak bertempat kesian....
Pada pandangan saya, PKR adalah pencetus masaalah berkaitan dengan ahli partinya yang berjawatan menteri besar Selangor atas isu integeriti
ReplyDeletePKR tidak mahu ahlinya menyalah guna kuasa kerajaan negeri dalam menyelesaikan hutang peribadi yang bernilai berpuluh juta ringgit.
Khalid Ibrahim pula yang tiada apa-apa jawatan dalam parti PKR telah menentang arahan partinya dari berundur. Malah dia keluarkan berbagai kenyataan yang bersifat memperlecehkan apa saja desakan parti terhadapnya. Beranggapan walaupun dia tiada jawatan dalam parti dan tiada sokongan dari parti PKR dia tetap jadi menteri besar Selangor.
Pemimpin PAS, secara terbuka menyokong dan bersedia mempertahankan tindakan Khalid Ibrahim menderhaka pada arahan pemimpin tertinggi parti sendiri atas alasan mereka tidak boleh menerima Wan Azizah menjadi menteri besar.
Jika kita lihat dalam PAS, mereka menyarankan agar ahli Pas dari pelbagai peringkat untuk memberi thiqah (kepercayaan) dan wala’ (ketaatan) kepada kepimpinan yang dipilih. Sesungguhnya, pimpinan tertinggi inilah mewakili suara ahli Pas keseluruhannya, bukan hanya mewakili pandangan peribadi pimpinan. Betapa munafiknya pemimpin PAS dalam politik.
Apa yang dapat kita lihat sepanjang isu menteri besar Selangor diperbahaskan, orang yang paling banyak keluarkan kenyataan adalah dari yang pro UMNO Baru, pro Khalid Ibrahim dan juga pemimpin PAS.
Siapa sebenarnya yang sedang bergolak.... ?
Kedua-dua kumpulan ini yang membuat suasana jadi panas bagi menutup tujuan khusus mereka menentang pemecatan dan menghalang perlantikan baru agar keadaan kerajaan negeri Selangor bergelumang dengan masaalah salah guna kuasa, seleweng dan rasuah sama seperti dalam pemerintahan Barisan Nasional.
Jika berlaku pilihanraya DUN Selangor, saya sebagai pengundi akan tetap memberi undi pada PKR dan DAP kerana apa mahu ditunjukkan oleh pemimpin PKR adalah baik kerana mahu membentuk ahli partinya bebas dari gejala salah guna kuasa, seleweng dan rasuah. Rakyat Selangor wajib menyokong apa yang mahu dilakukan oleh PKR.
Dalam krisis menteri besar Selangor isu nepotisme adalah fakta lemah untuk dipertahankan kerana dalam PAS juga terlibat sikap melebihkan saudara-mara serta rakan-rakan yang ada hubungan dan bukannya penilaian objektif bagi keupayaan, meritokrasi atau kekesuaian terhadap sesuatu jawatan.
Tindakan pas umpama mengalak anak jiran derhaka kepada ibubapa...
ReplyDeleteAjaran seban tinggi..
Hukum syarak mana yg membolehkan engkar kehendak partinya.
ReplyDeleteMempermain hukum Allah ikut suka hati. Tunggu lah balasan Allah kepada pencinta dunia bertopeng agama...
Hukum syarak mana pula yang membolehkan seseorang itu hidup dalam pembohongan berterusan macam Anwar Ibrahim?
DeleteKalau dua2 salah ape barang ular dlm semak tu guna
DeleteOrang yang mencipta masaalah adalah Khalid Ibrahim
ReplyDeleteParti yang mahu menyelesaikan masaalah adalah PKR
Sekutu Pakatan Rakyat yang mempertahankan dan menambahkan masaalah adalah PAS.
Janji nak selesaikan masaalah pada 10hb. Ogos ditukarkan pada 13hb. Ogos kemudian ditukarkan lagi pada 17hb. Ogos ?
Siapa yang bermasaalah..?
Orang yg mencipta mereka reka masalah adalah Anwar Ibrahim beserta konco kuncunya Rafizi & Saifuddin
Deleteparti yg melaksanakn masalah itu adalah PKR
ahli keluarga Pakatan Rakyat yg mmpertahankn & menambahkn masalah adalah org yg taksub dengan Anwar Ibrahim
dulu kenapa tiada tuduhan salah laku sebegini trhadap Khalid..? dulu kata mahu menggantikn MB yg pandai bermain selok belok politik serta tidak lurus bendul,,
janji sekejap tiada pertukaran MB sekejap pulak mahu tukar MB..
siapa mahu hilang Selangor sila reply.. keh keh keh..
Otak x sekolah
DeleteTuan Shahbudin,
ReplyDeleteSuatu perkara yang saya paling tertarik tentang Khalid Ibrahim ialah kebijaksanaan, kemampuan dan skil beliau yang berupaya melangsaikan hutang beliau puluhan juta RM dengan Bank Islam dalam masa yang cukup cepat. Saya percaya kaedah yang digunakan beliau dalam melangsaikan hutang beliau itu sah dan halal disisi agama. Jika tidak masa kan Majlis Syura Ulama PAS, Presiden, Tuan Guru Nik Aziz, barisan para ulamak parti mau pun sebahagian besar pengikut PAS berdiri teguh di belakang Khalid Ibrahim.
Untuk itu saya kira skil melangsai hutang cara pantas yang ada pada Khalid Ibrahim ini perlu dikongsi dengan orang ramai khususnya dengan anak anak muda bumiputra yang dikatakan ramai bakal diistihar muflis gara gara hutang bank yang tidak seberapa. Disebabkan sokongan Majlis Ulama PAS yang tidak berbelah bahagi kepada Khalid Ibrahim itu, saya cukup yakin teknik selesai hutang cara Khalid itu hakak dan boleh dimenafaatkan oleh ramai rakyat Malaysia yang dikejar hutang bank. Mereka boleh mempraktikkan teknik Khalid Ibrahim untuk kehidupan yang lebih sejahtera selain dapat tingkatkan taraf hidup masing2 bila tidak lagi dibebani hutang. Saya menjadi yakin dan percaya kaedah langsai hutang Khalid Ibrahim dengan bank lebih baik dan berkesan berbanding cara Deepak selesaikan isu hutang beliau dengan Bank Rakyat selain banyak kes kes lain lagi yang melibatkan menteri menteri tertentu. Membandingkan cara Deepak atasi masalah hutang beliau dengan cara Khalid, pasti rakyat lebih yakin kaedah yang diguna Khalid itu halal dari segi agama berbanding cara Deepak (kerana PAS meragui kes Deepak dan Bank rakyat malah pimpinan PAS tidak segan silu mempertikai isu ini) tetapi sebaliknya ulama PAS kuat menyokong Khalid selain tidak langsung pertikai isu berkenaan dalam syura sesama mereka. Keputusan syura PAS membuktikan tidak ada sedikit keraguan pun berkenaan perkara settle hutang bank MB Selangor itu.
Dengan ini menjadi tanggung jawab ulama PAS dan pimpinan parti berkenaan mendapatkan persetujuan Khalid Ibrahim agar dapat dedahkan teknik langsai hutang beliau itu dan kongsikan dengan ramai diluar sana yang memerlukan. Bukan kah menurunkan ilmu yang baik dan bermenafaat itu serta berkongsi dengan mereka yang sangat memerlukan merupakan amalan yang mulia malah menjadi tuntutan agama?.
Saya percaya dengan kerjasama ulama dan pimpinan tertinggi PAS, Khalid Ibrahim tidak akan segan silu kongsikan teknik dan kaedah lupus hutang cara pantas, sah dan halal ini (???) Beliau itu dengan seluruh masyarakat Malaysia yang terikat dan dibebani dengan hutang bank. Cara dan teknik Khalid ini pada saya cukup ampuh, berkesan dan luar biasa kerana berupaya lunas hutang puluhan juta RM dlm masa yang cukup singkat. Jika rakyat dapat implementasi teknik Khalid ini, sudah pasti hutang ratusan ribu warga Malaysia lain yang tidak seberapa dengan bank lebih cepat dapat diselesaikan.
Muga muga barisan ulama PAS, Presiden Parti, Ketua Dewan Ulama PAS serta para pimpinan parti yang sentiasa perjuangkan kebenaran dan Islam dapat usahakan perkara ini menjadi satu realiti yang memberi faedah tidak sedikit kepada rakyat umum. PAS mungkin boleh sarankan Khalid Ibrahim paten kan teknik selesai hutang ini kalau pun beliau takut ianya diciplak pihak lain.
sebenarnya kemelut ini dtg dari stopa spender.....pembalasan dendam...ala2 g-string stopa
ReplyDelete