Thursday, 28 August 2014

Kalau Hantar 1 Nama Dianggap Biadap, Tidakkah Beri 3 Nama Seperti Perli Sultan Pula?


Kemelut Menteri Besar Selangor terus membuatkan Pas jadi kalut dan caca-marba. Bukan saja perbalahan antara golongan ulama dan profesional makin ketara, bahkan Pas juga terus berpusing-pusing pendiriannya mengenai calon yang harus dinamakan untuk menggantikan Khalid Ibrahim.

PKR yang sepatutnya berpecah dengan isu ini tetapi berjaya membendungnya sehingga akhirnya Khalid Ibrahim tinggal keseorangan dan akur untuk berundur, sebaliknya Pas pula yang semakin melebar rekahan perpecahannya.

Jika sebelum ini Pas mahu Khalid dikekalkan, kemudian setuju pula Khalid digantikan dengan dua nama iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali, selepas itu mahu menyerahkan kepada Sultan pula berdasarkan kebijaksanaan istana membuat pilihan, yang terbaru ini Pas mahu menghantar tiga nama pula.

Selepas pulang daripada luar negara baru-baru ini, Sultan Selangor pada dasarnya sudah bersetuju dengan penggantian Menteri Besar apabila menerima perletakan jawatan Khalid, tetapi menangguhkannya sehingga pemegang jawatan baru itu dilantik.

Sehubungan itu, baginda telah menitahkan agar setiap parti dalam PR iaitu PKR, Pas dan DAP menghantar dua nama bagi memudahkan baginda membuat pilihan.

PKR dan DAP bagaimanapun bertegas hanya mencalonkan satu nama saja iaitu Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal, bukan saja berdasarkan amalan yang dilakukan di Selangor pada tahun 2013 tetapi juga kerana menjadi kebiasaan dilakukan di mana-mana negeri sebelum ini.

Tindakan PKR dan DAP itu bagaimanapun diselar dan dikecam oleh banyak pihak sebagai perbuatan biadap dan derhaka kepada titah Sultan. Ada pula yang berkata, apa agenda kedua-dua parti itu berkeras mahukan hanya Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor?

Yang lain pula bertanya, kenapa susah sangat PKR dan DAP memberi lebih daripada dua nama sebagaimana yang dikehendaki oleh Sultan?

Sebagaimana yang disebut dalam blog ini semalam, mencalonkan hanya satu nama tidak seharusnya dianggap perbuatan biadap atau derhaka kerana berdasarkan konvensi serta tafsiran undang-undang yang bersandarkan amalan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan, pihak yang mendapat majoriti hanya perlu mencalonkan satu nama saja.

Pas yang masih belum membuat pendirian mengenai siapa yang mahu dicalonkan, bagaimanapun sekali lagi membuat parti itu menjadi bahan perbualan ramai apabila Setiausaha Agungnya, Mustaffa Ali memberitahu malam tadi bahawa parti itu akan mencalonkan tiga nama yang akan dihantar kepada istana sebelum 3 September ini.

Namun demikian, katanya, ketiga-tiga nama itu adalah daripada PKR dan bukannya daripada Pas kerana masih berpegang kepada persetujuan sebelum ini bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah milik PKR.

Daripada Sultan Selangor hanya meminta dua nama, Pas sebaliknya begitu pemurah sehingga mahu mencalonkan tiga nama pula.

Jika PKR dan DAP yang tidak mahu memberi dua nama serta bertegas dengan satu nama saja dianggap oleh banyak pihak sebagai biadap dan derhaka kepada Sultan, tidakkah memberi tiga nama ini semacam Pas sedang menyindir baginda pula?

Kalau Sultan dan minta dua nama, beri sajalah dua. Bukankah itu tanda taat dan patuh kepada titah baginda?

Mengapa perlu sampai tiga nama?

Susah sangatkah mencalonkan dua nama saja sebagaimana yang diminta? (SH 28/08/2014)

25 comments:

  1. 1. Setiap parti diminta menghantar beberapa nama, sekurang-kurangnya dua. Sultan tidak kata dua sahaja, boleh faham Bahasa Melayu kot..

    2. Dalam amalan Demokrasi Berpalimen dan Raja Berperlembagaan...peraturan "silent" samada satu nama atau lebih perlu dikemukakan...tetapi tentulah bermaksud hanya satu MB sahaja yang akan dilantik...

    3. Kuasa Perlantikan/Perkenan pada seseorang yang dicalonkan adalah kuasa mutlak Sultan.

    4. Tidak salah dan tidak biadap PKR dan DAP hanya hantar satu nama sahaja, tidak juga boleh di anggap PAS menyindir Sultan (rujuk 1 dan 2) tetapi risikonya pada PKR/DAP calonnya tidak diperkenan kerana Sultan mempunyai pilihan dengan nama-nama lain yang juga telah dicalonkan.

    5. Di mana kebijaksanaan PKR dan DAP?


    ReplyDelete
    Replies
    1. Bingai... selain nama najib nama sape diserah ypa

      Delete
    2. Ini sah tak reti Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menyatakan, dengan jelas, bahawa, dalam perlantikan MB, " Sultan hendaklah melantik seorang Adun yang harus pada fikiran Baginda bolih mendapat kepercayaan sebahagain besar daripada ahli2 Dewan itu'.

      Apa yang dibuat olih Pas itu tolol dan bengong. Buat apa pergi beri nama Adun yang tidak mendapat apa2 sokongan langsung atau sokongan Adun Pas yang berjumlah 13 shj.. Satu dunia sudah tahu Wan Azizah mendapat sokongan daripada 30 Adun.

      Kalau Pas beri nama seorang Adun PKR yang mendapat sokongan Pas 13 + 12 Umno + Khalid masuk akal lah juga. Tapi bagi nama lagi 2 org yang sokongannya entah datang dari mana menunjukkan kebodohan.

      Dalam Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, Sultan bertindak atas undang2 shj, Tak ada pun kuasa mutlak apatah lagi dalam bab melantik MB. Kalau ada sila quote Fasal berapa dalam Perlembagaan itu...

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Anon 13:22 dh baca habis ke undg2 Tubuh tu? Bagaimana klu calon tunggal tu tak lepas syarat lantikan MB. Nk salahkan istana? Sila buka minda, kaji semula sebelum nk tunjuk pandai

      Delete
  2. Sultan belaga pipi dengan pompom benggali tak apa-tak biadap.Biadap dengan Tuhan dan biadap dengan raayat.Ini lah Melayu banyak mengalami inferiorty complex.PKR,DAP maseh pilih 1 orang mengikut Demokrasi Berpalimen dan Raja Berperlembagaan.

    ReplyDelete
  3. Kalau Sultan dan minta dua nama, beri sajalah dua. Bukankah itu tanda taat dan patuh kepada titah baginda?

    Mengapa perlu sampai tiga nama?

    Susah sangatkah mencalonkan dua nama saja sebagaimana yang diminta?

    Susahlah kalau penulis pun bangang bahasa Melayu...

    rujuk laporan Malaysiakini...

    "Munir berkata, sultan Selangor juga menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon layak menggantikan Khalid"

    LEBIH DARIPADA DUA NAMA...

    ReplyDelete
  4. Asas prlantikan MB adalah sokongan majority. Setakat ini DSWA saja dlm PKR yg ada majority trsebut. Keadaan agak sukar sebenarnya utk Tuanku.

    ReplyDelete
  5. Sultan nak lebih dari dua nama, bukan dua nama sahaja. Admin site ni tak faham bahasa melayu ker??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sultan yang hendak. Dalam Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, hanya satu nama shj perlu dikemukakan yang mendapat sokongan majority Adun.

      Kau nak ikut Sultan ke atau nak ikut Undang2. Dengan Undang2 Tubuh Kerajaan N.Selangor itu baru lah ada Sultan. Kalau tak dae Undang2 Tubuh Kerajaan itu, Sultan hanya seperti yang diperlakukan olih Inggeris sebelum 1957 iaitu, jaga adat istiadat resam melayu dan agama shj.

      Before 1957, British will tell and direct Sultan whom to appoint as MB lahhh!!!!.

      Delete
    2. Buat apa nama banyak-banyak?buat pening kepala semua orang.Walaupun meminta lebih, adalah lebih baik setakat dua orang saja.Itu pun tidak mematuhi undang2 tubuh kerajaan negeri.Pokoknya yang mendapat sokongan majoriti layak jadi MB.Dalam kes rampas kuasa di Perak,adake almarhum sultan meminta lebih nama.Begitu juga dengan jawatan PM Malaysia,adakah agong minta lebih dari dua nama.kalu lebih dari dua nama sah najib tak boleh jadi PM sekarang,sebabnya ia bukannya demokrasi dan tak perlu pilihanraya lagi.Ini semua kerja lawak!

      Delete
    3. Calon tunggal tu neutralised citizen. Tak layak. Nafsu Ketum tak dapat mengatasi Undang2 tubuh. Agong dan Sultan semua tahu undang2

      Delete
  6. Apa la pas..keje kome kumpul ahli..pastu pacak bendera n raih undi..ikut ja cakap abg KETUM..abg KETUM tak kira..sblm 50 Ogos nama bini abg KETUM ja hantar kat sultan..ok semua..ingat..sblm 50 Ogos yer..

    ReplyDelete
  7. PAS boleh hantar 3 atau 4 calun PKR. Mereka akan MENOLAK pencalonan meninggalkan DSWA seorang sahaja. Sultan tak boleh pilih orang yang sudah tolak pencalonan.

    ReplyDelete
  8. Minta PAS hantar seramai 10 orang calon dari parti PKR (untuk menghuru harakan PKR), selepas itu berbincanglah ke semua (10 calon) itu untuk menolak pencalonan dari Sultan dan yang tinggal hanya DSWA sahaja. Dengan PAS ini tak usah bising-bising kerana mereka ini bukannya cerdik sangat maka dah 50 tahun berparti masih ditipu dan dibelasah UMNO lagi. PKR kalau mahu terus relevan maka tak perlu sangat bertekak dengan PAS ini kerana kalau lebih-lebih nanti tok lebai-tok lebai malang mereka akan "on-line" dengan Tuhan pula untuk rekomen kamu masuk lubang neraka. Maklumlah alim UlarMamak lah katakan........

    ReplyDelete
  9. komen dalam ni semua bangang bangang belaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kau tak komen, orang tak tahu kau bangang. Ni nampak sangat bangang dan tak tahu apa nak dikomen. Baik duduk diam2 atau pi baca Fasal 53 Undang2 Tuboh Kerajaan Negeri Selangor. Lepas tu bolih ajar anak bini akan kuasa dan tindakan Sultan dalam perletakan dan perlantikan jawatan MB. Dapat jugak bini dan anak2 ilmu pengetahuan.

      Kan lebeh baik dan berfaedah dari bagi komen yang bangang ni ni.

      Delete
  10. PKR, DAP dan 2 badut dari PAS kesemuanya 30 nak kan Jijah shj.jadi MB tetiba Sultan mintak calonkan lebih dari 2 nama...maka keadaan belum selesai....so apa hal pulak PAS dipersalahkan...bengong..bengong sungguh gang ketum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika Sultan tolak Jijah pasti PAS akan dipersalahkan...begitulah cara puak ANUwar BerahiM membuli..........

      Delete
  11. Ahli UMNO Baru yang berada dalam DUN Lembah Jaya ketawa besar bila mendengar kenyataan Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali bahawa parti itu akan mencalonkan sekurang-kurangnya 3 Ahli Dewan Undangan Negeri daripada PKR tanpa menamakan anggotanya sebagai calon menteri besar baharu Selangor.

    Mereka memetik kenyataan setiausaha agong PAS itu sebagai orang yang hilang akal kerana tidak memahami tipu muslihat yang dimainkan oleh pihak istana meminta lebih dari dua nama untuk calon menteri besar.

    Kata mereka, "Walau pun Sultan Selangor mempunyai kuasa budi bicara memilih namun baginda terpaksa berkenan melantik Abdul Khalid sebagai Menteri Besar atas alasan ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan PKR telah mengemukakan hanya satu nama iaitu Abdul Khalid sebagai calon Menteri Besar yang baru.

    Oleh kerana itu mengapa PAS perlu tunjuk bodoh sombong memberi sehingga 3 nama calon sedangkan PAS patut bersama PKR dan DAP yang mencadangkan satu nama iaitu Wan Azizah yang mendapat sokongan majoriti.

    Maka dengan sendirinya cerita dongeng dari Khalid Ibrahim kononnya...ada lebih satu nama yang dicadangkan kepada istana ketika dia dicalonkan sebagai menteri besar adalah terbatal kerana berbohong.

    Bila ditanya pada ahli UMNO Baru itu mengapa pemimpin dianggap sebagai hilang akal dalam krisis menteri besar.... jawapan mereka adalah kerana DAP tidak mahu menyokong PAS melantik calon menteri besar dari ADUN PAS biarpun mereka mempunyai 15 kerusi dan PKR hanya mempunyai 14 kerusi DUN.

    Sikap DAP tidak mahu bersekongkol dengan PAS itu membuatkan puak ulamak dalam PAS bertukar perangai jadi ulamak P*kimak.....maka berkatalah Mohd Amar Nik Abdullah bahawa " Jemaah mari dulu bukan Pakatan Rakyat mari dulu....PAS dalam Pakatan Rakyat seperti tiada parti PAS disitu..."

    Akhirnya PAS Selangor terpaksa berpura-pura dengan keputusannya untuk tidak menamakan anggotanya sebagai calon menteri besar baharu Selangor.

    PAS marahkan DAP, yang menjadi mangsa adalah PKR mengakibatkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat menjadi huru-hara.

    PAS marahkan nyamok....habis kelambu dibakarnya.

    Bila kita telah mengetahui bahawa para ulamak yang berpolitik itu sebenarnya tidak mempunyai keimanan yang kuat terhadap ajaran yang mereka dakwahkan pada penganut islam, apakah wala' itu masih menjadi satu kewajiban untuk dipatuhi ?



    ReplyDelete
  12. Walaupun komentar di atas ini (Anon 21:32) begitu tepat dan amat bernas segala butirannya, tetapi macai-macai PAS terutama yang dah termakan air "black water" puak-puak UG tetap mempertahankan pemimpin mereka yang sudah tidak "berkain dan berseluar" itu. Baru nak berkuasa maka hasad dengki dan perangai munafik telah menguasai diri......Malulah sikit kat Anwar tu yang sanggup merendahkan maruah beliau sebagai bekas Tim Perdana Menteri semata-mata ingin melihat perpaduan di luar UMNO, tetapi beliau tersilap langkah kerana berkerjasama dengan "manusia yang bertopengkan Iblis".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana merendahkan maruahlah dia dipelantingkan che Det.

      Delete
  13. x kisah la 2 ke 3 nama.. yg penting PR yg memerintah..sultan nk pilih sapa pn lantakla..
    itu pn nak gaduh ke..nmpk sgt ada agenda..

    ReplyDelete
  14. Tak perlu nak mempersoalkan hak sultan. Telah jelas tertulis didalam undang undang pertubuhan negeri selangor. Sultan mempunyai hak mutlak untuk memilih mana mana calon dari PARTI YG MEMENANGI PILIHANRAYA. Saya ulang mana mana calon dan oleh kerana itu ianya tidak melanggar undang undang yg telah tertulis. Sejak bila Selangor perlu mengikut konvensi PR?

    Susah sangat ke nak beri senarai nama calon?. Tiada satu ke calon lain yg berkelayakan dalam parti? Kenapa harus tetap berdegil memberi satu nama? Permintaan tuanku hanya satu iaity beri sekurang kurangnya 2 nama oleh setiap parti komponen PR bukan nya mintak BN semua bagi nama pun. Pikirlah sendiri. Admin jangan cuba menghasut suatu agenda menentang sultan dan bagi yg menghina sultan kalau berani tunjuk kan nama. Orang kata nak puji tak pa dalam diam tapi kalau hina dan anak jantan tunjuk kan nama. Takat nama tak tulis duduk kutuk je lah telur letak kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adika......Nama macam pahlawan Hindu dahulu kala, patutlah pemikiran hamba sahaya. Kalau di India kamu ini pastinya kasta P**** kot? Penat manusia yang prihatin menulis menggunakan segala fakta yang logik berhubung "Raja Berpelembagaan" yang disusun oleh Lord Reid (berbangsa Yahudi). Tetapi bodoh kamu itu terlalu melekat kat kepala tak boleh dihilangkan dengan sabun "sunlight". Kalau dah terlalu banggang tu tak payahlah nak menyebok di blog orang lain buat blog sendiri (kalau ada otak dan rajin membaca) baru boleh nak mencabar orang lain. Akhir kata" Kenapa kamu ini dilahirkan sebagai manusia, bukankah lebih baik kamu dilahirkan sebagai Katak Puru di bawah tempurung?".

      Delete