Tuesday, 19 August 2014

Kalau Bukan Mahu Najib Letak Jawatan, Apakah Mahathir Nak BN Kalah Pilihanraya?


Tulisan Mahathir diblognya yang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak dan mengumumkan penarikan balik sokongan yang diberikannya selama ini, pasti akan mencetuskan krisis baru dalam UMNO. Setelah PR berjaya menyelesaikan kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor baru-baru ini, virus perpecahan nampaknya merebak kepada UMNO pula.

Susulan pendirian terbarunya itu, Mahathir malam tadi menjelaskan, apa yang dilakukannya kini bukanlah bertujuan mahu memaksa Najib meletakkan jawatan, sebaliknya hanya kerana tidak bersetuju dengan beberapa polisi kerajaan yang tidak menguntungkan negara yang dilakukan Perdana Menteri.

"Ini juga bukan isu peribadi. Apa yang dilakukan Najib tidak memanfatkan negara...ketegangan kaum dan agama meningkat dan orang tidak lagi hormat kepada Perlembagaan negara.

"Beliau terlalu lembut dengan semua orang, kadangkala tidak respon, senyap...ada masalah tapi tidak mengambil tindakan," demikian Mahathir menghuraikan pendiriannya.

Jika diperhalusi apa yang dilakukan Mahathir ini ialah beliau hanya mahukan Najib berubah. Beliau tidak mungkin ada maksud lain kerana tiada apa-apa lagi yang kurang dalam hidupnya. Walaupun semua musuh-musuh politiknya sebelum ini berakhir dengan penyingkiran atau perletakan jawatan, dalam usia mencecah 90 tahun ini beliau barangkali juga sudah letih dengan agenda menamatkan karier seseorang yang tidak sehaluan dengannya.

Agenda beliau kali ini hanyalah mahukan Najib berubah, keadaan negara menjadi lebih baik dan BN terus memerintah negara ini.

Soalnya, mahukah Najib berubah?

Dan bagaimana pula kalau Najib tidak mahu berubah?

Sejak dari awal mengambil alih tampuk kerajaan pada 2009, perkataan berubah adalah sering menjadi basahan mulut Najib. Beliau selalu memperingatkan agar semua peringkat UMNO segera berubah, jika tidak mahu rebah. Malangnya dalam banyak tindakan yang dilakukannya, perubahan yang diharapkan terlalu minima. Malah Najib juga banyak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh Abdullah Badawi.

Meskipun keputusan pilihanraya 2013 menyaksikan reputasi BN lebih teruk daripada 2008, Najib terlihat kukuh dalam persada UMNO berikutan beliau pandai menjaga Ketua-Ketua UMNO bahagian seramai 191 orang dengan tawaran jawatan, kedudukan dan projek. Sebab itu, tidak hairan Najib mempunyai kabinet paling besar, puluhan penasihat bertaraf menteri daripada kalangan pimpinan UMNO, manakala selebihnya diberikan kedudukan dalam agensi, GLC dan sebagainya.

Teguran kepada Najib pada umumnya boleh didengar di mana-mana selain daripada kelompok pemegang jawatan utama dalam UMNO bahagian-bahagian. Mahathir, Daim dan lain-lain bekas pimpinan juga turut banyak memberi teguran tetapi oleh kerana Najib beranggapan semua teguran itu tidak mampu menggugat kedudukannya yang sudah dibentengi oleh lebih 80 peratus daripada 191 Ketua-Ketua UMNO bahagian itu, semua teguran itu tidak pernah dipedulikannya.

Barangkali bagi Najib, tegur dan kritiklah sebanyak mana pun, selagi majoriti Ketua-Ketua UMNO bahagian tidak berpaling tadah, beliau akan terus kekal berpejabat di Perdana Putra serta tidur lena di Seri Perdana.

Lantaran itu, kebarangkalian untuk Najib berubah sangat tipis sebenarnya. Najib lebih mementingkan idea-idea daripada puluhan penasihat, pegawai dan konsultan yang mengelilinginya daripada mendengar suara akar umbi yang mengkritik dan menjerit mengenai perubahan ke telinganya.

Banyak kali juga, atas kepercayaan yang sama, teguran, pandangan serta krtikan daripada Mahathir yang menyayanginya selama ini turut tidak diendahkan. Beliau hanya senyap, tiada respon dan seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Sebenarnya, inilah masalah Najib.

Dengan keadaan ini dan Mahathir pula sudah mengumumkan akan terus menegur dan bersuara walaupun sehingga akhirnya beliau tinggal keseorangan, Najib akan berhadapan dengan dua musuh yang nyata ialah PR yang masih bernafsu tinggi untuk menumbangkan UMNO dan BN serta kumpulan Mahathir yang mungkin semakin membesar daripada masa ke semasa.

Jika hambatan PR terpaksa dihadapi secara politik dalam pilihanraya, cabaran Mahathir hanya boleh dilenturkan jika Najib sedia membuat pengakuan untuk berubah, tidak lagi lembut, cepat respon, pantas bertindak bila ada masalah dan yang tidak kurang pentingnya ialah lebih mendengar pandangan daripada bekas Perdana Menteri itu.

Kalau tidak, Najib terpaksa menahan hati dan telinga daripada mendengar teguran dan kritikan Mahathir dengan lebih kerap lagi. Meskipun Mahathir mengatakan tegurannya bukan untuk memaksa Najib meletakkan jawatan, tetapi kekerapan dan kelantangannya bersuara secara tidak langsung akan memberi kelebihan kepada Anwar dan PR dalam pilihanraya umum yang tidak sampai empat tahun daripada sekarang.

Andainya BN tewas dalam, tentulah yang lebih dipersalahkan ialah Najib kerana enggan untuk berubah walaupun sering diperingatkan untuk berbuat demikian.

Sebagaimana Mahathir tidak pernah tewas dalam menumbangkan musuh-musuh politiknya sebelum ini, kali ini pula beliau meletakkan beban yang lebih berat kepada Najib.

Najib tidak boleh diam lagi kali ini. (SH 19/08/2014)

5 comments:

  1. Dalam bahasa politik memang Mahathir berkata tidak memaksa Najib meletakkan jawatan, tapi dalam bahasa melayu rojak.... Hei Najib, sila letak jawatan perdana menteri kerana kamu tu bodoh, bangang tak tahu urus negara Malaysia.

    Kalau setakat mendengar teguran, ianya bukan apa-apa..... Tapi kalau menegur supaya letak jawatan, mana mungkin semudah itu Najib mahu meletakkan jawatan....sama seperti Khalid Ibrahim jika mereka mendapat sokongan padu dari pihak yang berpengaruh. Sudah pasti apa yang disarankan akan diperlecehkan saja.

    Tiada apa yang perlu Tun Mahathir nak mengajar Najib hal pentadbiran kerana dia ada Rosmah yang bersedia untuk menguruskan negara bagi pihaknya.

    Tambahan pula Tun Mahathir sudah berada diluar tanpa ada apa-apa hubungan kuasa terhadap agensi kerajaan seperti PDRM, SPRM kecuali kuasa duit untuk merasuah melalui orang ketiga.

    Pengaruh Tun Mahathir juga sudah berkurangan walaupun saki baki yang ada seolah-olah hebat untuk bertarung namun yang berada disekeliling Najib terus mempertahankan nya.

    Kita tidak boleh lupa cara Tun Mahathir memperalatkan orang yang terbabit dengan jenayah agar jadi pencacai yang setia padanya...... dan itu lah cara yang digunakan oleh Najib untuk mempertahankan dirinya dari diserang. Disamping rasuah I help U, U help Me....

    Untuk menjatuhkan Najib maka Tun Mahathir mesti bersekutu dengan Anwar Ibrahim.....kerana biarpun Anwar teruk dihina dan dimaki sejak berbelas tahun lamanya dia masih kekal sebagai ahli politi yang berpengaruh dan mempunyai penyokong yang ramai.

    Semuga Tun Mahathir tidak jadi anjing kurap menyalak bukit.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, never under estimate bangsat tua ni. Badut2 dan budak suruhan nya ramai didalam umno. I can bet you kalau jarum jatuh dalam meeting umno pusat pun dia akan tahu. Contoh terbaik ia lah sec gen umno yang kita maklum budak suruhan yang taat kapada al kutty. Jika dah control sec gen apa lagi yang dia tak boleh buat. Yang best nya al jibby masih tak tahu fia akan di telan hidup2 oleh al kutty ni sedikit masa lagi. Dengar khabar al jibby tak takut kerana sami2 dan bomoh2 india bic mama dah gerenti al kutty has been taken care off !!!

      Delete
  2. TS Zeti Aziz pegang jawatan Tim Gabenor pd 7th Sept 1998, pada 1 Mei 2000 di lantik jadi Gabenor Bank Negara,

    TS Zeti seorang wanita yang memegang tampuk Gabenor terlalu lama...

    Siapa dibelakang TS Zeti? Tun Mahathir ker?

    Kekalutan MB Selangor, Wanita tak boleh pegang jawatan tertinggi ....

    TS Zeti jadi Gabenor drp tahun 2000 sampai 2014, seronok ajer BACA TEKS...

    Bagi ler kat orang lain pulak????

    ReplyDelete
  3. Bila Nak kena pechat dari UMNO , kalau pekara yang sama belaku sudah pasti kena pechat.

    ReplyDelete
  4. aku nk tunggu si Dr Che Det ni umum keluar UMno lagi sekali.. mcm dulu tu ha.. lpas tu dia buat U-TURN balik.. dlm UMno memang ramai jugak kaki pakar U turn.. tu la si admin dpt ilham pusingan u pusingan u.. admin kn dulu UMno jugak..

    ReplyDelete