Sunday, 24 August 2014

Di Selangor Belum Selesai, Perbalahan Pas Dan PKR Merebak Ke Pengkalan Kubur Pula


Menjelang Sultan Selangor bakal membuat keputusan untuk menyelesaikan kemelut pertukaran Menteri Besar dalam waktu yang terdekat ini, rupa-rupanya masih ada yang belum selesai mengenainya. Keputusan Majlis Pimpinan PR pada 17 Ogos lalu yang akhirnya menetapkan hanya Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal yang akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim, seperti tidak dipersetujui oleh Pas apabila 13 Adunnya enggan menandatangangi akuan bersumpah mengenainya.

Pas dilaporkan enggan menandatangani akuan bersumpah yang menyokong Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon Menteri Besar dan mahu memutuskannya dalam mesyuarat ahli jawatankuasanya pada esok, 25 Ogos.

Sebagaimana yang dilaporkan media dalam talian, Pas sebelum ini bersetuju Khalid digantikan dan telah menyetujuinya dua nama iaitu Dr Wan Azizah dan Azmin Ali. Oleh kerana Azmin menarik diri, PR akhirnya hanya mencalonkan Dr Wan Azizah saja.

Oleh itu Pas seolah-olah terpaksa akur dengan keputusan PR itu walau bukan dengan sepenuh hati. Keengganan Pas menandatangani akuan bersumpah pula kerana berpendapat, perkara itu tidak termasuk dalam persetujuannya sebelum ini.

Lantaran itu, mesyuarat lain perlu diadakan. Sanggup pula Pas mengadakan dua kali mesyuarat dalam tempoh hanya seminggu sedangkan jika bersetuju menandantangani akauan bersumpah itu, kemelut ini lebih mungkin diakhiri dengan baik dan aman.

Sekali lagi nampaknya, ketika perlumbaan hampir tamat dan sedang berada di selekoh akhir, Pas cuba mencari simpang lain pula.

Walaupun tanpa akaun bersumpah 13 Adun Pas ini, Dr Wan Azizah sudah mendapat majoriti sokongan iaitu 30 Adun tetapi ia juga boleh menjadi alasan kepada Sultan Selangor untuk membuat kesimpulan bahawa penggantian Khalid oleh Dr Wan Azizah masih tidak menjanjikan kestabilan politik berbanding jika 13 Adun Pas secara rasmi dan bertulis turut menyokongnya.

Tanpa bukti hitam putih sokongan Adun Pas itu, Sultan Selangor mungkin lebih mempertimbangkan diadakan pilihanraya negeri bagi mencari penyelesaian muktamad Menteri Besar Selangor.

Ditambah jika cadangan membubarkan DUN turut menjadi pertimbangan utama Khalid ketika mengadap Sultan, pilihanraya negeri mungkin menjadi penyelesaian paling logik untuk merungkai kekusutan yang sudah berlarutan sekian lama ini.

Perbalahan, tuduh-menuduh serta berbalas kenyataan berhubung isu Menteri Besar itu juga merebak ke dalam Kongres PKR yang diadakan semalam di Shah Alam. Beberapa perwakilan PKR mula mengungkit dan mendedahkan pelbagai perkara mengenai hubungan kedua-dua parti itu semasa pilihanraya umum lalu.

Cerita kecil hati, tak puas hati, sabotaj, tiada kerjasama dan sebagainya didedahkan satu persatu berdasarkan pengalaman yang dilalui.

Mengekori kekusutan isu Menteri Besar Selangor yang masih belum selesai dan saling berprasangka yang makin melebar itu pula ialah pilihanraya kecil DUN Pengkalan Kubur di Kelantan berikutan kematian Adunnya, Noor Zahidi Omar akibar kanser, baru-baru ini.

Walaupun dalam pilihanraya umum lalu, kerusi itu ditandingi oleh PKR dan calonnya tewas dengan kekurangan 1763 undi serta mengikut amalan biasa, ia akan kekal ditandingi oleh PKR tetapi Pas sudah pun meminta secara terbuka agar calon parti mereka pula diberi peluang.

Sayap Pemuda dan Wanita Pas Kelantan sudah pun bersuara agar calon Pas dibenarkan bertanding di kerusi tersebut berdasarkan keyakinan mempunyai lebih peluang untuk menang berbanding jika calon PKR yang bertanding.

Barangkali kerana marah disebabkan dua Adunnya di Selangor telah dicuri oleh PKR untuk menandatangani akaun bersumpah menyokong Dr Wan Azizah sebelum ini, maka Pas ingin membalas dendam dengan meminta kerusi Pengkalan Kubur ini.

Dengan merebaknya perbalahan yang masih belum selesai di Selangor ke Pengkalan Kubur pula, hubungan Pas dan PKR ini tiada ubahnya seperti suami isteri yang suka bergaduh sepanjang masa. Asal bercakap dan membuka mulut saja, pasti mengata antara satu sama lain, tidak kira di mana saja.

Walaupun ada juga pasangan suami isteri yang suka bergaduh ini memperolehi anak setiap tahun, tetapi yang selalunya ia akan berakhir dengan perpisahan. Pergaduhan secara umumnya tidak menambahkan kemesraan, sebaliknya akan menjarakkan lagi hubungan. (SH 24/08/2014)

14 comments:

  1. Aku dah cakap dah Parti Ajaran Sesat tak boleh dipercayai dgn sikap sombong..bongkak...tamak haloba...tak ikhlas...dan cuba nak jadi power broker....adalah lebih baik pas keluar dari pakatan tanpa dipaksa.

    ReplyDelete
  2. PGayR pun tak ukur baju di badan sendiri..pondan tp pakai serban..macam x kena..kalo jentera kuat boleh berdiri atas kaki sendiri ok la jugak..silap2 nak pasang bendera upah siam rantau panjang..ada hati nak jd abang besar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pondan dah tentu pakai serban sebab dia lelaki. Ni yang pakai serban tapi hati perut busuk macam bangkai apa cer???.

      Delete
  3. PKR parti paling pening..huduh perangai..berak busuk sendiri hidu la..tak yah calit kat orang..tempat kalau penuh gagak hitam mmg kotor la tempatnya..

    ReplyDelete
  4. PAS selalunya amat berbangga kerana katanya jentera parti mereka begitu ramai dan hebat di setiap PRK atau PRU. Kerana sifat riak dan besar kepala maka mereka hampir terlupa bahawa kemenangan PAS di setiap PRU mutakhir ini adalah hasil sumbangan undi dari Melayu atas pagar dan kaum lain seperti Cina dan India contohnya di Ijok Selangor. Tanpa kebijaksanaan ramai pemimpin DAP dan PKR yang menyokong dan mendekatkan rakyat kepada PAS maka PAS dengan begitu mudah diperdaya dan dilanyak habis-habisan oleh UMNO untuk 100 tahun akan datang sekalipun. Akhirnya PAS akan diperdaya dengan banyaknya bendera parti dan poster tetapi hanya dijulang oleh rakyat yang tak cukup umur untuk mengundi atau sekadar budak kampungan yang berbangga memakai beret meroon dan menjadi pengawal "nasi bungkus" kepada Tuang Presideng Adi Awe dan Stoffa Ali. PKR parti baru.... tetapi kejayaan mereka jauh lebih tinggi daripada PAS. Sekiranya PAS tidak bergabung lagi dengan PKR/DAP, mungkin PKR akan dapat menubuhkan 10 kali ganda pengawal "nasi bungkus" berbanding sekarang (sukarela menjadi "pengawal nasi bungkus" tetapi mengungkit setelah kurang kejayaan di PRU).

    ReplyDelete
  5. Mmg la pas menang atas bantuan pkr dan dap..sama la jugak pkr..org pas x pangkah leh menang ka..kawasan 60% melayu pkr bertanding leh menang ka kảlo geng nasi bungkus tak tolong...cabang saja ada ranting pun tarak...puihhh..sembang bab perang..askar pun berterabur

    ReplyDelete
  6. PKR..anwar berak..dpt busuk haji hadi..untung lah anwar..ramai tukang jilat punggung..org pas yg tumpang semangkuk pun ada.cam kata mat sabu..mesti masin rasanya..

    ReplyDelete
  7. Ramai yang tidak sabar bila melihat kemelut menteri besar Selangor masih bercelaru diantara sokongan PAS dalam Pakatan Rakyat dan ketetapan PKR meletakkan Wan Azizah sebagai menteri besar yang baru.

    Jika kita mahu berfikir, masaalah yang melanda negeri Selangor sebenarnya mudah untuk diselesaikan. Khalid Ibrahim telah diperintah oleh partinya supaya berundur atas alasan yang telah ditunjukkan dan PAS pula jika tidak bersubahat dan bersekongkol dengan Khalid, pemecatan Khalid dari jawatan menteri besar itu sudah lama diselesaikan.

    Tapi persoalannya, mengapa PAS bersikap lebih sudu dari kuah. Apa muslihat mereka disebalik sikap dolak-dalik dalam membuat kata sepakat mengenai jawatan menteri besar Selangor ?

    Disebabkan peranan PAS mempertahankan Khalid yang menderhaka pada pemimpin PKR maka berlaku pertarungan antara PKR, PAS, UMNO Baru dan DAP pula jadi pemerhati. Biarpun pemimpin UMNO Baru tidak mengeluarkan banyak kenyataan dimedia massa berkaitan isu menteri besar namun pencacai yang diupahnya sentiasa mengeluarkan komen yang bersifat provokasi.

    Pekara ini akan berterusan sehingga wujud menteri besar yang baru sama ada melalui pilihanraya atau pun secara lantikan oleh Sultan Selangor.

    Oleh itu kita tahu UMNO Baru walaupun jadi syaitan bisu namun mereka tidak boleh tidur lena kerana fikran sentiasa berlegar mencari peluang untuk memanaskan perasaan ahli PAS yang berjiwa UG menentang ahli PAS yang menghormati Anwar Ibrahim.

    Walau bagaiman pun, PKR masih bernasib baik tidak diganggu oleh gerombolan Najib secara terang-terangan kerana ketika mereka dipermainkan oleh pemimpin PAS dalam agenda mesyuarat dan mesyuarat, sokong dan tak sokong. Najib pula sibuk dengan malapetaka MH17 di Ukraine.

    Jika tiada malapetaka MH17 itu, ada kemungkinan PKR sekarang sudah lunyai dipijak-pijak oleh PAS-UG dan UMNO baru pimpinan Najib Razak.

    Apa yang kita ketahui, permainan UMNO Baru akan melibatkan samseng, polis, SPRM, Peguam Negara, hakim dan penjara.

    Dalam masa yang sama juga akan wujud berpuluh NGO mee segera tampil buat demo anti-PKR, NGO sokong Khalid Ibrahim, dan sebahagian dari mereka pula buat LP1M = lapuran polis 1 malaysia terhadap pemimpin PKR atas akta hasutan.

    Slogan I help U, U help Me berserta dengan duit berguni-guni yang akan ditabur dalam rumah ADUN tertentu akan menjadikan PKR dan DAP sebagai pembangkang dalam negeri Selangor.Harapan untuk menjawat jawatan menteri besar hilang melayang.

    Apakah semua pemimpin muda yang baru dilantik dan pemimpin tua PKR yang mengekalkan jawatan masing-masing tidak terfikir kah musibah seumpama ini atau masih sibuk dengan masaalah tidak selesai dengan Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat ?

    Sekarang masaalah pilihanraya kecil DUN Pengkalan Kubur pula muncul. Akan wujud kerenah baru. Mungkin akan ada kerjasama atau mungkin wujud sabotaj.

    Inilah masa yang paling sesuai untuk mengetahui kewibawaan pemimpin parti yang baru dilantik disamping belajar kenal diri, kenal kawan dan kenal lawan.....

    ReplyDelete
  8. Depa nak gaduh biaq pi lah...harga barang naik smua sapa nak tulong perbetui....HARGA BARANG BNYK DAH NAIK....TOLONGLAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halaga balang naik apa atak hat , itu UMNO atak tolong lea aa .

      Delete
  9. Kalau rasa boleh menang PKR boleh masuk bertanding, kalau massa ramai yakin PKR tewas, bagi peluang kat PAS lah..janji PR menang.

    ReplyDelete
  10. Pkr ni ego tinggi....nak ke beralah..

    P/s: s/u agung pkr next election tanding mana plak? Kawasan tetap pun tak ada..ingat zaman paleolitik ka pindah-pindah

    ReplyDelete
  11. Datuk Mustafa Ali tak perlu buang masa untuk berbincang dengan PKR tentang parti mana yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor atas faktor 'boleh menang'

    Parti PAS sudah diketahui hebat, cemerlang, terbilang dan gemilang di Kelantan.... letakkan saja calon PAS di Pengkalan Kubur bersaing dengan calon dari PKR dan BN. Biarkan pengundi menentukan siapa pilihan mereka.

    Kalau di Selangor PAS boleh permainkan PKR, apatah lagi di Kelantan.... tak gitu ?

    Saya sokong PAS letak calon di Pengkalan Kubur lawan calon PKR dan Barisan Nasional. Mulakan langkah pertama....







    ReplyDelete
  12. Harap DUN dibubarkan dan serahkan kepada rakyat buat keputusan

    ReplyDelete