Thursday, 14 August 2014

Dalam Baik Khalid Cuba Pindahkan Beban Pecat Anwar Kepada Pas


Dalam usaha mempertahankan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim semalam telah memecat enam Exco daripada PKR dan DAP daripada menganggotai pentadbiran kerajaan negeri pimpinannya. Bagaimanapun sehingga ini seorang Exco iaitu Rodziah Ismail daripada PKR, ditangguhkan buat sementara pemecatannya kerana berada di luar negara.

Tetapi dalam perkembangan terbaru tengah malam tadi, Rodziah yang baru kembali dari luar negara mengumumkan akan segera meletakkan jawatan ssbagai Exco atas alasan mahu terus bersama dengan Pakatan Rakyat.

Dengan kedudukan ini, Khalid kini hanya mempunyai empat orang Exco daripada Pas saja yang bersama dengannya. Tiada wakil daripada PKR dan DAP yang mahu bersamanya manakala Pas juga turut memberi kata dua akan segera menarik diri jika wakil daripada UMNO dilantik menganggotai kabinet negeri.

Bagaimanapun kedudukan empat Exco daripada Pas ini hanyalah sementara saja sehingga 17 Ogos nanti apabila Pas akan mengadakan mesyuaratnya bagi membuat pendirian rasmi sama ada terus menyokong kepimpinan Khalid atau berpendirian sama seperti PKR dan DAP yang telah menolak kepimpinannya.

Ekoran pemecatan Exco itu, Khalid juga telah ditanya mengenai kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor yang dilantik sejak 2009 lalu sama ada akan dipecat juga atau dikekalkan. Anwar sebelum ini dilantik ke jawatan itu atas keyakinan Khalid terhadap pengalaman dan pengetahuannya sebagai bekas Menteri Kewangan untuk membantu pembangunan ekonomi negeri tersebut.

Anwar dilantik ke jawatan itu hanya dengan gaji tetap sebanyak RM1 saja sebulan.

Ramai yang tertunggu-tunggu sama ada Khalid akan membalas dendam dengan memecat Anwar pula setelah mentornya itu terlebih dahulu memecatnya daripada PKR berikutan keengganan berundur daripada jawatan Menteri Besar sebagaimana yang diarahkan.

Khalid nampaknya tidak tergesa-gesa mahu memecat Anwar, sebaliknya menyatakan perkara itu akan dibincangkan bersama empat Exco Pas yang masih bersama dengannya. Adalah dijangka perbincangan untuk menentukan kedudukan Anwar itu akan dilakukan dalam waktu yang terdekat ini tetapi ramai yang menjangka inilah ketikanya Khalid akan melangsaikan dendam dan memalukan Ketua Umum PKR itu.

Tetapi agak menghairankan kerana Khalid masih boleh bersabar dan tidak tergesa-gesa mahu memecat Anwar.

Kenapakah Khalid enggan memecat Anwar dengan segera? Kenapa pula tunggu Exco membuat keputusan? Adakah beliau masih sayang dan simpati dengan Anwar? Jika Exco boleh dipecatnya, memecat Anwar tentulah bukan masalah besar baginya?

Dalam hal ini Khalid sebenarnya sedang bermain catur dengan Pas. Walaupun beliau boleh begitu saja memecat Anwar, tetapi beliau sengaja mahukan Exco membuat keputusan supaya dapat memindahkan beban pemecatan itu kepada Pas pula dan menjadikan dirinya sebagai "orang baik".

Oleh kerana Exco Kerajaan Negeri Selangor sekarang hanya terdiri daripada empat ADUN Pas, jika pemecatan itu dilakukan ia tentulah menggambarkan hakikat bahawa Paslah yang sebenarnya memecat Anwar. Khalid bukanlah ada perasaan sayang atau simpati kepada Anwar lagi tetapi hanya mahu melihat hubungan yang terus retak antara Pas dengan Anwar.

Dengan pemecatan Anwar yang hanya dianggotai oleh Exco daripada Pas, Khalid secara tidak langsung dapat menunjukkan kepada orangramai bahawa Pas memang menolak kepimpinan bekas Timbalan Perdana Menteri itu serta mengesahkan lagi pendedahan Rafizi Ramli sebelum ini bahawa Pas tidak menerima Anwar sebagai calon PM jika memenangi pilihanraya, sebaliknya mahukan Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan itu.

Kiranya mesyuarat Exco membuat keputusan mengekalkan pula Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Khalid dalam masa yang sama juga sudah boleh membaca pendirian Pas terhadap dirinya. Ketika itu, beliau mungkin sudah ada pelan B untuk menanganinya.

Dalam baik dan sedang menerima sokongan Pas, Khalid juga dalam masa yang sama mahu mengenakan Pas dan cuba "melagakannya" dengan Anwar. Sesekali licik juga permainan politiknya. (SH 14/08/2014)

13 comments:

  1. Tindakan Khalid untuk tidak memecat Anwar sekadar menghormati Anwar yang sudah mengaku Khalid adalah sahabat dan saudaranya.

    Khalid tidak berdendam dengan Anwar sebab yang memecatnya adalah Majlis Pimpinan Pusat Keadilan atas cadangan Lembaga Disiplin. Anwar sudah tentu tidak mempengaruhi kedua-dua badan tersebut kerana Anwar memang dikenali sebagai seorang yang sangat amanah dan telus.

    Apabila Anwar bersikap baik sudah tentu Khalid wajar membalasnya dengan baik danmkitavharus berprasangka baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu hanya persepsi kamu saja..... sejak bila Khalid Ibrahim jadi kawan baik kamu sehingga apa yang dilakukan seolah-olah dia perlu berbincang dengan kamu terlebih dulu ? Kamu ingat diri kamu siapa ?

      Delete
    2. Khalid tengah buat lawak bodoh untuk semua orang tengok.Dia dah rasa PAS takkan sokong MB cap ayam yang buat maharaja lawak.Khalid dah sasau dan adalah bersahabat baik dengan keluangman.Jenis dna umnongok.

      Delete
    3. Khalid tiada hak pecat sesiapa. Kalid cakap sekarang tiada lagi kerajaan Pakatan. Yang ada adalah Kerajaan 'Hantu'. Khalid yang bagitahu Sultan Sgor dia ada 'majority support;. Yang support dia mestilah hantu dan jin kerana DAP/PKR tak support dia dan Pas masih lagi main wayang. Jadi yang support Khalid ialah 12 Umno dan 16 'hantu dan jin' yang dia bawa sekali semasa brief Sultan.

      Kerajaan hantu hanya ada hak pecat hantu dan jin shj.

      Delete
    4. Anon 08:46

      Kerajaan Pakatan Rakyat sudah ditukar kepada kerajaan PAS, UMNO Baru, Khalid Ibrahim = 'Kerajaan PUKI'.

      Untuk mengikhtiraf kerajaan baru itu kita kena tunggu 17hb. Ogos 2014.

      Delete
  2. Meluat dengan permainan politik kotor ni..patutnye pemimpin sibuk memakmurkan negeri dan rakyat tetapi sebaliknya..siapakah yang memulakan semua ni?? apa motif pemimpin sebegini..bila kerajaan selangor dah ada 3 bilion, semua sibuk nak kuasa..puiiiii....

    ReplyDelete
  3. Depa berebut tulang atas titi ...nanti nampaklah bayang masing2....nanti dilepaskan semua tulang...bertaburan....ha...ha..ha..

    ReplyDelete
  4. Khalid Ibrahim asyik sibuk berpolitik bila nak selesai masaalah rakyat Selangor ?

    ReplyDelete
  5. Lihat lah perbezaan di antara Khalid Ibni Walid dengan segala gala apa yang di lakukan nya hanya kerana ALLAH dan RasulNya dengan Tan Seri Khalid Ibrahim yang mementing kan kedudukan tanpa mengambil kira maruah nya.

    Sebagai ketua perang Khalid Ibni Wali telah di pecat oleh Saidina Omar. Beliau menerima pemecatan tersebut dan terus berperang, beliau menyerah kan jawatan nya kepada orang lain setelah perang tamat tanpa banyak soal jawab. Di sini kita dapat lihat betapa mulia nya Khalid Ibni Walid, kalau di umpama kan dengan Tan Seri Khalid Ibrahim, perbezaan nya bak langgit dengan bumi. Sebagai seseorang yang mengaku "ISLAM" beliau sepatut nya akur dengan kehendak ketua. Malang nya beliau yang di lihat beragama "ISLAM" memungkiri arahan ketua dengan membiar kan suahsana yang melanda kerajaan Selangor kelihatan berkecamuk hingga ke sa'at ini. Aneh nya insan ini buat selamba dengan memberikan pelbagai alasan konon nya mendapat "PERKENAN" dari orang itu dan orang ini.

    Wahai Tan Seri Khalid Ibrahim, mengapa keras sungguh hati kamu seolah olah sebesar zarah pun NUR Keimanan tidak terdapat di dalam nya. Ingat lah bahawa lambat laun kita akan menemui ILLAHI. Tak kan di hadapan nya nya kita nak mempersembah kan kelakuan kita yang buruk buruk. Hidup di dunia hanya sementara tetapi di sana ..............

    ReplyDelete
  6. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman

    Alamak, senyum pun salah juga?

    Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’ ? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.

    Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.

    Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda?

    Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?

    Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.

    Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa?

    ReplyDelete
  7. org nak mengadap die die tolak lepastu sibuk pi luar negara.dasar pentingkan diri sendiri sungguh.same mcm tabiat presiden kehormat fam dan ank die presiden fam yg pelingkup hoki dan bola.

    ReplyDelete
  8. PAS Pusat telah mengelupur....... meminta PAS Selangor memberi laporan berhubung isu dua ADUN PAS Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) yang telah menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar Selangor.

    Rosak segala strategi nak memperbodohkan DAP dan PKR. Tarikh 17hb. Ogos yang sengaja dilewatkan untuk dipandang sebagai tarikh keramat sudah tidak memberi apa-apa makna.

    Walau apa pun keadaanya, PAS mesti bertanggongjawab diatas tindakan mereka menyokong Khalid Ibrahim sehingga ADUN Bebas itu jadi besar kepala dan telah melakukan banyak kerosakan dalam gabongan Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...bila ada konflik ni...air empangan pun ok...sgor pun xda problem ayor...

    ReplyDelete