Saturday, 5 July 2014
Malangnya Muhyiddin Sudah Terlambat...
Sambil mengingatkan semua rakyat agar menjaga perpaduan antara kaum, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin cuba memberi amaran bahawa peristiwa 13 Mei tidak mustahil akan berulang jika perkara itu tidak lagi dipelihara.
Katanya lagi,"saya sendiri sebagai timbalan perdana menteri setiap malam sebelum tidur memikirkan macam mana hendak uruskan negara. Ada orang hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya, apa hendak jadi dengan Melayu, kenapa Islam dihina dan hal-hal yang sama.
"Mengapa hal-hal sebegini berlaku dan ini membimbangkan kita. Kita semua perlu balik ke pangkal jalan. Letakkan agama sebagai tonggak dan kekuatan kita sebagai orang Islam, begitu juga budaya dan adat resam kita," katanya.
Selain dilihat cuba menunjukkan dirinya lebih berjiwa Melayu dan Islam berbanding Najib yang liberal dan 1Malaysia, ingatan mengenai 13 Mei ini adalah sindiran halusnya terhadap tindakan Najib menghapuskan beberapa akta penting seperti ISA, Ordinan Darurat dan juga Akta Hasutan yang mana sebahagian kejadian yang berlaku kebelakangan ini adalah kerana tiadanya lagi akta-akta tersebut.
Oleh kerana tiada lagi akta-akta yang mencengkam itu, ramai yang berpendapat bahawa sebahagian rakyat tidak takut lagi untuk melakukan provokasi yang melibatkan agama dan kaum kerana semua pencegahan awal atau tangkapan mesti melalui proses perbicaraan, boleh dilawan di mahkamah dan menteri dalam negeri tidak lagi mempunyai "kuku" seperti dahulu.
Najib yang dilihat amat teruja dengan keterbukaan cuba membuang beberapa akta yang menjadi pertikaian selama ini sebagai sebahagian daripada pembaharuan yang mahu dibawanya. Malangnya janji keterbukaan itu tidak juga menghasilkan keputusan yang lebih baik dalam PRU 13 lalu di mana bukan saja jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi BN merosot berbanding 2008, malah ketinggalan dari segi undi popular.
Ini sekaligus memberi gambaran bahawa pakej pembaharuan yang cuba dibawa oleh Najib tidak diterima rakyat. Rakyat sebaliknya lebih mempunyai keghairahan menumbangkan BN dan menyingkirkan Najib daripada singgahsana Seri Perdana daripada menelan pembaharuan yang cuba dibawanya.
Sebab itu, selain pemansuhan ISA yang dikecam, penggantian Akta Hasutan dengan Rang Undang-undang Keharmonian turut menerima serangan yang berterusan. Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sudah beberapa kali membangkitkan mengenai perlunya Akta Hasutan ini terus dikekalkan demi keharmonian negara dan mengelakkan isu-isu sensitif seperti kedudukan Raja-Raja Melayu dipertikai secara terbuka dan tanpa had.
Selain banyak pihak menyokong pendirian Mahathir itu, bekas Ketua Polis Negara, Rahim Nor dan NGO Perkasa adalah yang yang paling lantang bersuara senada denga pendirian Mahathir itu. Sementara Rang Undang-Undang Keharmonian itu ditangguhkan dulu buat sementara waktu untuk kajian yang lebih mendalam, Perkasa juga mencadangkan kepada Najib agar mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh berpengalaman seperti Mahathir, bekas Ketua Hakim Negara dan bekas Ketua Polis sebelum memutuskan untuk meneruskan pembentangan akta baru itu.
Walaupun Najib masih membisu terhadap semua kritikan itu, jelas sekarang makin membesar kebimbangan terhadap keterbukaan itu dan mahukan beliau kembali kepada undang-undang serta akta sebelum ini yang mampu menjadikan kerajaan mempunyai kuku dan cengkaman yang lebih tajam.
Nada suara Muhyiddin yang cuba mengingatkan mengenai 13 Mei, pentingnya perpaduan, kebimbangan tentang nasib Melayu dan Islam serta menyeru kembali ke pangkal jalan, nyata merupakan suatu sindiran terharap Najib yang cuba mengamalkan keterbukaan sehingga satu demi satu kekalutan muncul di era pentadbirannya.
Muhyiddin seperti ingin mengingatkan Najib bahawa kerana keterbukaan dan kelonggaran dalam undang-undang yang diwujudkan sekaranglah yang boleh menjadi punca kepada ketegangan kaum dan agama di negara ini.
Malangnya, saranan dan sindiran Muhyiddin ini sudah terlambat sebenarnya. Beliau hanya boleh bersuara saja tetapi kedudukan Najib dalam UMNO sudah begitu kukuh untuk diganggu-gugat. Najib sudah menyediakan benteng dengan menjaga hampir semua 191 ketua UMNO bahagian dengan jawatan, projek dan imbuhan supaya mereka terus akur dengannya. Selantang mana pun suara Muhyiddin atau setajam mana pun sindirannya, Najib sudah tidak tergugat lagi dalam UMNO.
Suara kritikan Mahathir sendiri seperti sudah tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada kedudukan Najib kerana tidak ada mana-mana pemimpin dalam UMNO yang mahu menyambut semua kritikan itu. Ia jelas berbeza dengan ketika era Pak Lah dahulu.
Muhyiddin juga sudah terlambat untuk mengingatkan tentang 13 Mei kepada UMNO dan orang Melayu. Bagi sesetengah kalangan pemimpin dalam UMNO yang pernah menyuarakan agar Muhyiddin bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan UMNO tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri itu bukan lagi pemimpin yang berani sekarang ini.
Apakah kerana desas-desus kedudukannya tergugat baru-baru ini dan mahu digantikan dengan Hishammuddin Hussein, maka baru sekarang mula mahu menunjukkan penentangan atau menyindir mengenai dasar-dasar Najib?
Apa pun perkiraan Muhyiddin sekarang, eranya sudah boleh dianggap berakhir untuk muncul sebagai pemimpin masa depan. Beliau hanya menunggu masa untuk dibersarakan. Jika BN kalah membuatkan kariernya berakhir, kiranya BN menang lagi pun, jalan menuju keluar untuknya turut lebih terbentang luas kerana ketika itu pemimpin-pemimpin yang lebih muda semakin mengasak untuk merebut kerusinya itu.(SH 05/07/2014)
sedap bunyi balik pada agama ada kes terbaru nak buat kuliah kat juhor pun tak bole
ReplyDeleteini semua cakap tak bole pakai punya
Dia Patut Saja Pegi Pencen Lagi Baik. Duduk Panas Bontot Tak Buat apa buat rakyat muak dengan dia.
ReplyDeleteKita sudah lihat tindakan segelintir pemimpin UMNO Baru berkaitan kata-kata Sanisvara Nethaji Rayer s/o Rajaji Rayer ketika membahaskan suatu usul dalam sidang dewan yang menggunakan istilah "celaka" terhadap beberapa pemimpin Umno.
ReplyDeleteMuhyiddin Yassin adalah diantara yang mengeluarkan kenyataan menyifatkan tindakan Pemuda Umno menyerbu ibu pejabat DAP di Jalan Pudu, Kuala Lumpur itu sebagai "reaksi semulajadi” dalam mempertahankan imej parti apabila dicabar dan tercabar...
Secara rasionalnya apakah serangan dari sebaris kata-kata boleh mencetuskan "reaksi semulajadi” Pemuda UMNO Baru dalam mempertahankan imej parti apabila dicabar dan tercabar...atau mereka itu sudah dihasut dan diupah menjadi orang gila ?
Muhyiddin Yasin juga mengajar kita supaya melihat kembali apa yang dilakukan pejuang kemerdekaan. Kalau kita baca sejarah rekaan UMNO Baru, puak mereka saja yang dijulang sebagai pejuang kemerdekaan Malaysia tanpa mengeluarkan setitik darah ketika menghalau penjajah. Kehebatan mereka adalah berunding.
Tapi dalam masa yang sama kenapa beliau tidak menolak kemungkinan insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969 berulang jika hubungan antara kaum tidak dipelihara...dimana ahli fikir dan ahli runding UMNO Baru ?
Sepatutnya Muhyiddin tidak menyebut kembali peristiwa hitam 13 Mei 1969...ini disebabkan zaman sudah berubah. Dulu orang melayu ikut kata kerana mereka percaya pada pemimpin yang dilantik akan bela nasib mereka. Sekarang, melayu celup lebih ramai dari melayu tulen.
Melayu celup ketika ini ada berbagai kategori dan kasta. Mereka tidak tahu apa itu 13 Mei, tapi yang mereka risau tentang kesusahan hidup mereka dibawah pentadbiran Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO Baru dipenuhi dengan skandal, tipu, seleweng dan rasuah. Kreditibiliti Peguam Negara dan PDRM langsung tidak boleh dipercayai.
Untuk pengetahuan pemimpin UMNO Baru.... mencari kekayaan untuk diri, isiteri dan anak-anak bukan mejadi kesalahan malah ia adalah satu tanggongjawab dalam meraikan kehidupan yang selesa. Tapi carilah kekayaan itu dengan cara yang betul dan halal tanpa menyusahkan orang lain.
Setiap tahun kerajaan Barisan Nasional menambah hutang dalam bahasa mulianya bajet tambahan. Dalam lapuran ketua audit negara sentiasa menceritakan tentang penyelewengan, cuai dan rasuah yang dilakukan oleh kakitangan dan pemimpin kerajaan. Ini menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan UMNO Baru bersubahat, tidak cekap dan tidak jujur dalam menguruskan ekonomi negara.
Bila hasil kekayaan negara merosot, maka timbul idea menaikkan harga barang dan mengenakan cukai GST pada tahun hadapan. Bagaimana orang melayu mahu bersatu dibawah telunjuk UMNO Baru khasnya Muhyidin Yassin sedangkan beliau adalah diantara orang yang bersekongkol menindas orang melayu ?
Isu perkauman tidak akan mendatangkan kesan apa-apa pada orang melayu kerana mereka sudah nampak jelas bahawa pemimpin UMNO baru yang merompak harta orang melayu bukan bangsa Cina atau India.
Kalau kita rujuk secara teliti bahawa sejarah 13 Mei itu adalah satu konspirasi pemerintah menghuru-harakan keamanan negara bagi mengekalkan kuasa veto mereka.
PERGI MAMPUS SAMA 13 MEI......
I sokong penuh saudara punya cakap. Hidup Malaysia!!!!!
Deletemike golongan dajal umngok akan dapat faedah bertimbun2, rakyat marhaen akan merana seumur hidup kiranya 13 mei canangan partai umngok yang kuat menghasut dan memfitnah melalui media kertas dan elektroniknya menjadi kenyataan...yng ingin sgt 13 mei fasa ke-2 berlaku adalah para dajal umngok yang terlampau terdesak untuk mengekalkan kuasa dan kemewahan duniawi ini...nasihat saya: Rakyat jangan jadi keldai dan mudah sgt diperbahlolkan....jgn terperangkap ye
DeleteWahyu turun diBhg Johor jgn undi calon Naib Presiden Mukhris dari siapa?.. silap TSMayaudin
ReplyDelete