Sunday, 27 July 2014
Khalid Seharusnya Malu Dengan Sokongan Pas, Haji Hadi Menambah Lagi Kecelaruan
Kemelut jawatan Menteri Besar Selangor menjadi bertambah kacau dan caca marba. Jika sebelum ini hanya UMNO yang dilihat cuba menanggguk di air keruh dengan tiba-tiba memberi sokongan kepada Khalid Ibrahim agar terus kekal di jawatan itu, senario terbaru menjadi bertambah parah apabila Presiden Pas, Haji Hadi Awang juga turut mempertahankan supaya Khakid juga dikekalkan.
Walaupun pendirian Haji Hadi lebih bersifat peribadi dan bukan diputuskan dalam mesyuarat Pas tetapi beberapa pimpinan Pas seperti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan juga pemangku Ketua Dewan Ulama, Ahmad Yaakob serta Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Samad sudah pun mula menyokong pendirian Haji Hadi itu.
Tidak mustahil akhirnya pendirian Haji Hadi itu akan menjadi pendirian rasmi Pas walaupun ia nampak berbeza dengan pendirian wakil-wakil Pas yang hadir dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR sebelum ini yang bersetuju dengan hasrat PKR menukar Khalid dan akan mengesahkannya dalam mesyuarat rasmi selepas Hari Raya nanti.
Tetapi dengan Haji Hadi mendahului mengeluarkan kenyataan mahu Khalid terus dikekalkan, beliau bukan saja tidak menghormati pimpinan Pas yang lain, bahkan terlihat cuba memalukan Anwar Ibrahim dan rakan-rakan PR yang lain. haji Hadi jelas tidak matang dan ada agendanya sendiri. Tidak mustahil juga sikap Haji Hadi ini menyebabkan PR diambang perpecahan dan sesuatu yang menggembirakan Najib Razak dalam usahanya mempertahankan Putrajaya dalam pilihanraya akan datang.
Sudah tentu juga pendirian Haji Hadi ini segera dikaitkan sekali lagi dengan kedudukan menantunya, Zaharuddin Mohamad atau Din Ayam yang sejak beberapa tahun lalu bekerja dan diberi jawatan khas dalam sebuah GLC Selangor. Sebagaimana pengaruh Din Ayam dikatakan menjadi punca Haji Hadi merestui tindakan Pas meletakkan calon bertindih dengan PKR di beberapa kawasan dalam pilihanraya umum lalu seperti Kota Damansara, Semenyih dan Sungai Acheh sehingga menyebabkan BN memenangi kerusi itu, kini sekali lagi hal yang sama berlaku.
Rupa-rupanya bukan saja bekas Perdana Menteri, Pak Lah yang kalah dan membiarkan dirinya dipapancaturkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin semasa berkuasa dahulu, Haji Hadi juga dilihat mempunyai kecenderungan yang sama.
Begitu juga dalam pilihanraya lalu, tiba-tiba Haji Hadi mengaitkan ada calon PKR sebagai pengedar pil kuda dengan membuat dakwaan terbuka, ketidakmatangan beliau selaku Presiden Pas dalam bertindak dan memahami erti kesepakatan lebih banyak membawa kerugian kepada Pas dah PR.
Melalui sokongan terbuka Haji Hadi dan beberapa pimpinan Pas itu, Khalid Ibrahim lantas gembira dan seolah-olah mendapat nyawa semula. Sebenarnya bukan saja sokongan Pas itu memalukan parti Islam itu kerana menunjukkan ketidakmatangan dan ketidakfahaman erti permuafakatan, malah Khalid juga seharusnya malu menerima sokongan Pas itu.
Bukankah sudah dipersetujui sebelum ini kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik PKR? Setiausaha Agung Pas, mustafa Ali sendiri mengesahkan sebelum ini bahawa Pas tidak akan menuntut kerusi itu dan menyerahkan kepada PKR menentukan pengganti Khalid yang sesuai.
Kenapakah Pas yang sentiasa menjaga halal haram dalam pemakanan dan tingkah laku serta nama Allah jarang lekang dari bibir, menjadi tidak berprinsip, goyah pendirian dan mudah melupakan janji apabila melibatkan kuasa, pangkat, wang dah kedudukan?
Apakah berpegang pada janji dan menepati janji permuafakatan bukan sebahagian daripada kehendak Islam? Mungkinkah ini penyebabnya Pas yang ditubuhkan sejak 1951 tapi masih lagi tidak ke mana dalam politik arus perdana?
Berbeza dengan DAP yang tetap berpegang pada janjinya yang dibuat sebelum ini iaitu kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik PKR. Dulu mereka berjanji, sehingga sekarang pendirian itu tidak goyah walaupun tidak mengamalkan cara hidup Islam, memakan babi dan sesetengahnya mungkin ada yang mengambil minuman beralkohol.
Bagaimaha agaknya perasaan Pas jika dalam kes Menteri Besar Kedah sebelum ini yang beria-ia dipertahankan oleh Haji Hadi andainya PKR dan DAP turut membuat kacau daun? Tidakkah juga Pas belajar bahawa disebabkan sikap Haji Hadi yang enggan bertindak terhadap Azizan Razak dan menentang arus kehendak ahli dan pimpinan negeri yang lain dalam isu Menteri Besar Kedah sebekum ini telah menyebabkan UMNO berjaya menawan semula Kedah?
Tindakan Haji Hadi ini juga secara langsung memberi ruang kepada mana-mana parti untuk campurtangan dalam soal perlantikan Menteri Besar di negeri-negeri, meskipun sudah ada persetujuan dan kesepakatan.
Khalid pula seharusnya sedar diri bahawa PKRlah menjadikannya Menteri Besar. Oleh kerana PKR yang memilihnya dan Pas serta DAP yang merupakan rakan gabungan hanya pelengkap dalam memberi persetujuan, maka jadilah beliau ketua kerajaan negeri. Apabila PKR mahu menukarnya, beliau seharusnya akur kerana itulah lumlah jatuh bangun dalam politik. Menukar Menteri Besar tidak semestinya menunggu sehingga melakukan pecah amanah, rasuah, penyelewengan dan sebagainya.
Sudah berapa banyak Menteri Besar ditukar oleh UMNO sebelum ini bukanlah kerana adanya kes-kes jenayah atau rasuah, tetapi kadang-kadang pertukaran itu penting untuk memberi nafas baru dan meniupkan angin segar dalam politik dan pentadbiran kerajaan.
Mungkin benar Khalid tidak mengkhianati rakyat dalam menjalankan tugasnya tetapi sikapnya yang lebih pro UMNO dan Pusat sejak kebelakangan ini seperti dalam isu air dan Lebuhraya Kidex, adalah juga pengkhianatan kepada parti yang menaunginya selama ini. Apakah Pas tidak nampak perkara ini?
Tindakan Khalid berbangga dengan sokongan Pas tetapi tidak malu kerana tidak lagi dikehendaki oleh PKR menunjukkan beliau juga tidak faham politik. Sepatutnya sokongan daripada PKR itulah yang lebih penting manakala sokongan daripada Pas dan DAP pula hanyalah kepada PKR, bukannya kepada mana-mana individu.
Sementara kemelut ini menanti jalan penyelesaiannya dan diharapkan tidak mendatangkan sesuatu yang lebih buruk kepada kerajaan Selangor dan juga PR, ada baiknya mulai sekarang ini Khalid Ibrahim dan Haji Hadi Awang mencari "cermin besar" untuk mencermin diri dan melihat wajah politiknya selama ini.
Jika sebulan Ramadan ini ramai yang mencari hidayah dan keredaan, Haji Hadi dan Khalid Ibrahim sebenarnya lebih memerlukan hidayah dalam politiknya agar kedudukan mereka sebagai pemimpin lebih mendatangkan kebaikan berbanding menimbulkan kesusahan kepada orang lain. (SH 27/07/2014)
Khalid Ibrahim berasal dari parti PKR, tapi yang menyokong beliau supaya kekal menjawat jawatan menteri besar Selangor adalah dari orang PAS dan UMNO Baru... ahli parti PKR yang selama ini mengiring beliau kehulu kehilir tidak berbunyi sebagai tanda memberi sokongan moral pada beliau. Tidakkah itu sesuatu yang pelik ?
ReplyDeletePandangan saya, PKR dan DAP perlu bersedia dan berwaspada terhadap semua pemimpin PAS dalam kerajaan negeri Selangor. Hadi Awang dilihat selalu mencipta masaalah dan menggagalkan apa jua rancangan dalam Pakatan Rakyat sejak ia bersama memperjuangkan agenda dua parti di Malaysia.
Kali ini beliau menidakkan keputusan yang dicapai bersama dalam Majlis Pimpinan PR yang kita percaya beliau berniat untuk menggagalkan dan memalukan kesepakatan timbalannya dan juga pemimpin tertinggi PKR dan DAP mengenai isu menteri besar.
Kalau dulu perbezaan pendapat dan bantahan dianggap sebagai tolak ansur, tapi berkaitan dengan isu menteri besar Selangor PKR dan DAP semestinya mengambil perhatian yang serious.
Hadi Awang tidak boleh dirujuk sebagai pemimpin poltik yang cemerlang kerana bodohnya tidak boleh diajar dan kepandaian beliau hanya pada agama yang dianutinya saja.
Bangang dalam menyelesaikan isu berbangkit mengikut acuan politik berpasukan menyebabkan apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran.
Jangan biarkan sokongan Hadi terhadap Khalid jadi menyebab terjual nya Selangor kepada UMNO Baru seperti mana yang pernah beliau lakukan di Terengganu, Perak dan Kedah.
Kami diantara rakyat Selangor yang tidak teruja pada kepimpinan Khalid Ibrahim dikatakan orang kononnya hebat tapi mengapa tidak dapat sokongan dari parti sendiri. Terpaksa terhegeh-hegeh meminta simpati dari parti orang lain.
Pertukaran menteri besar adalah lumrah dalam negeri Selangor. Ahmad Razali Mohd. Ali, Muhamad Muhamad Taib, Abu Hassan Hj. Omar, Mohamed Khir Toyo adalah orang yang hebat lantikan dari Barisan Nasional. Tapi dipenghujung kerjaya semua mereka itu dipecat oleh parti yang melantiknya.
Tak perlu tanya apa salah mereka kerana kuasa memilih dan melantik terletak pada parti yang menang bertanding. Bila mana parti yang melantik maka parti itu juga boleh memecat. Sultan hanya merestui perlantikan itu saja.
Jika berlaku pembubaran DUN selepas ini kami akan tetap bersama dengan parti Pakatan Rakyat kerana kesalahan pemimpin Pakatan Rakyat mahu mengingkirkan Khalid bersifat mencegah lebih baik dari merawat dan ia bukannya dosa besar jika dibandingkan dengan kesalahan yang dilakukan oleh menteri besar lantikan Barisan Nasional tapi dibiarkan terus mentadbir.
Kita juga berharap agar parti PKR dan DAP bersedia dalam mempersiapkan calon yang berwibawa bagi mengiringi semua calon PAS yang bertanding dimana saja dalam negeri Selangor agar dilihat lebih meriah.
LAWAN TETAP LAWAN
Rakyat Selangor melihat kemelut politik yang berkehendakkan MB sedia ada diganti, hanyalah masalah peringkat pemimpin. Janganlah kerana pemimpin bercakaran, rakyat bawahan menjadi mangsanya.....
ReplyDeleteKalau benar TS Khalid bermasalah dengan partinya , pernahkah masalah itu cuba diselesaikan sebaik mungkin dengan cara hikmah dan persaudaraan ?. Sebenarnya, kerana masalah parti berlaku seperti sekarng, ramai beranggapan PKR sama saja dengan UMNO....
Bagi rakyat Selangor , umpama memperbaiki rumah yang rosak di mana-mana bahagian adalah lebih baik dan kurang risiko berbandaing membina baru sebuah rumah dengan merobohkan rumah sedia ada .
Harap-harap semua pihak dapat berlapang dada dan memikirkan : Mendengar guruh di langit, air di tempayan jangan dicurahkan , atau : Harapkan untung sekarung, tapi rugi seguni !
Saudara Shahbuddin,
ReplyDeleteSaudara sendiri sepatutnya mengambil CERMIN BESAR dan mencermin diri sendiri (walaupun yang layaknya, saudara kencing di dalam tempurung dan gunakan airnya sebagai cermin kerana itu sajalah standard saudara). Saudara menghina intelektualiti orang lain dengan tulisan yang terang-terang berat sebelah ini. Apa masalahnya Haji Hadi menyatakan sokongannya kepada TS Khalid? Dia melakukannya dalam ruang lingkup demokrasi. Dia menggunakan haknya untuk menyatakan pandangan. Takkanlah atas nama kesepakatan maka dia harus berkata 'ya' pada perkara yang dirasakannya 'tidak'. Jangan samakan TGHH dengan saudara. Manusia upahan seperti saudara memang akan menggigit siapa sahaja asalkan memperoleh kepentingan. TGHH dan PAS bukan begitu. Jika kedudukan yang dicari, telah lama TGHH dan PAS bermuafakat dengan UMNO. Dan saudara tahu jika itu berlaku, PKR akan menjadi mendiang sebagaimana Semangat 46. Isunya sekarang bukan setakat TS Khalid, tapi orang nampak ada agenda lain yang lebih dahsyat dan jahat di sebalik usaha menyingkirkan beliau.
Bila pula dalam negara demokrasi menyatakan pandangan dikira salah? Isunya di sini Kajang Move yang tak menjadi kemudian diheret sama PAS untuk bersetuju. Hellooo awal dulu Kajang Move dicipta bukan untuk tukar MB ada ingat? Masing-masing menafikan hinggakan PAS sendiri dibelakangkan. Sekarang melalak bila TGHH buat kenyataan.
DeleteAnàlisis saùdarà ada benarnya. Nampàknyà seperti adà persaingan personàliti di sini antarà Hàji Hadi dan Anwar dalàm PR.
ReplyDeleteDalàm konteks Màlaysia yàng multiraçial, nàmpàknyà ketokohàn Ànwar lebih sesuài dàn versatile.
Saya secarà peribadi krisis Mb Selàngor ini àkan menjadi turning point sama ada Pas kekàl bersàma PR atàu tidàk. Daripadà whatsApp grup Ajk Pas Pusàt yàng terboçor, telah ada usul untuk Pas petimbang untuk keluar daŕi PR, dan besar kèmungkinàn mesyuaràt 10 Ogos nànti akàn pànas dàn gènting.
Saya juga memintà saudarà mèmgulas potensi Pkr dàn Dàp tanpà Pas menghadàpi PRU14 nànti.Jugà apà masa depàn Pas bilà mereka bersenďiŕiàn memasuki PRU14 nànti..
Kepada mereka yang kurang mau mencari kebenaran tahu kah mengapa PKR yang picit telor oleh DAP mau menukar seorang insan mulia yang telah dengan kebijaksaan nya membawa balik GUTHRE setelah di ketahui ada tawkey lombong berbangsa cina terkaya di Ipoh telah berusaha untuk membeli tanah tanah ladang milik British yang masih ada pegangan sebanyak 65% walau pun sudah "MENGHADIAH" kan kemerdekaan kepa Malaya. Apa jadi kalau usaha nya berjaya?
ReplyDeleteApa motif sebenar DSAI melaku kan langkah-Kajang!!! Cari lah sebab musabab nya kalau benar benar nak tau. Setelah terhalang oleh kes mahkamah maka nama Dr. Wan Azizah di syor kan dan DAP menyetujui nya. Tak kan itu pun tak tau apa yang ada di sebalik persetujuan itu.
Mengapa pembenaan flat flat di Keramat tidak menjadi kenyataan. Tau kah siapa yang menghalang dan mengapa?
Di majlis perjumpaan president, adakah Mat Sabu yang abang adik dengan Lim Guan Eng berkata benar?
Pembinaan projek lebuh-raya "Kadex" itu projek kerajaan Negeri atau pun pusat. Mengapa pula Tan Seri Khalid Ibrahim di persalah kan?
Sebelum nak memfitnah TGNA dan TGHH jawab dulu persoalan yang saya tulis di atas. Sepatut nya Tan Seri Khalid tidak perlu malu dengan sokongan PAS. Bukan kah pendirian PAS untuk membendung rasa malu para pemilih di Selangor sebelum mereka benar benar di malu kan. Para ahli PAS pula perlu menari dengan irama yang di benar kan oleh agama Islam, bukan mengikut perasaan. Saya sendiri pada mula nya "MARAH JUGA DENGAN TGNA dan TGHH" tetapi setelah melakukan pencarian perasaan "MARAH" saya mula mengendur.
Pada 10 Ogos nanti PAS akan adakan "MEETING". Andai kata PAS terpaksa "BERCERAI" dengan PR elok lah kita sebagai orang Islam yang memperjuang kan Islam menyokong nya. Buat mereka yang masih "GOYANG" dengan keIslaman elok lah keluar dan cari wadah lain.
Ingat tak dengan unjuk rasa perhimpunan "BERSIH", siapa kah penaja nya. Bukan kah si perempuan India yang membela kes Lena Joy dengan tujuan untuk mempertikai kan artikal 121 Perlembagaan Malaysia. Perhatikah lah setiap kali unjuk rasa tersebut siapa dari kalangan para pemimpin PAS dan PKR yang paling terkehadapan. Mungkin ramai yang tak tahu bahawa dengan kelicikan wanita India ini ramai yang "TERTIPU" termasuk kedua dua parti. DAP usah di kira mereka hanya mencari kesempatan.
Saudara Shahbudin,
ReplyDeleteSaya percaya, parti PAS akan berpecah juga sebagaimana pecahnya perpaduan mereka dalam Pakatan Rakyat kerana parti itu hanya mempunyai nilai kuantiti tanpa kualiti.
Allah telah memberi peluang kepada mereka sebanyak tiga kali dalam mengurus tadbir kerajaan negeri diTerenggganu, Perak dan juga Kedah tapi peluang yang diberikan oleh Allah itu mereka persia-siakan tak ubah seperti bangsa arab zaman jahiliah memperlecehkan nikmat yang diberikan oleh Allah.
Perpecahan PAS dalam Pakatan Rakyat akan mencipta benteng pemisah antara penjual agama dan juga penjual cita-cita. Namun tidak mudah UMNO Baru BN untuk mengambil kesempatan diatas perpecahan itu kerana biarpun perubahan itu menggangu emosi rakyat tapi tidak akan membuatkan mereka jadi bodoh menyerahkan kerajaan negeri pada Barisan Nasional semula yang jelas parti itu akan membuat kezaliman yang lebih dahsyat lagi terhadap rakyat yang telah menolak mereka dizaman Khir Toyo sebagai membalas dendam.
Perpecahan tidak akan menghancurkan kewibawaan Pakatan Rakyat malah memberi ruang kepada parti PKR dan DAP membina semula struktur yang ditinggal oleh PAS.
Dalam kekalutan ini saya percaya pengundi di Selangor berfikiran matang untuk memberi kerjasama kepada PKR dan DAP merawat segala kerosakan yang dilakukan oleh PAS.
Kenapa saya sokong PAS keluar dari Pakatan Rakyat ?
Pertama, parti PAS adalah parti tua sama seperti parti UMNO Haramjadah bertukar kepada UMNO Baru.
Tua yang saya maksudkan pada parti PAS disini, adalah tua pada umur saja tapi kosong dalam pengalaman dan pengetahuan. Tua yang patut kita hormati adalah tua yang sentiasa memberi pandangan, cadangan, dan tunjuk ajar dalam membina generasi pelapis yang berbudaya dan bertamadun. PAS dan UMNO Baru gagal memperjangkan hal ini.
Oleh kerana itu parti PAS memang tidak layak duduk bersama dengan parti yang sentiasa memikirkan sesuatu bersifat kreatif bagi membentuk negara bertamadduni berasaskan perpaduan dari berbagai bangsa, budaya. dan agama.
Kedua, parti PAS terkongkong dengan idealogi agama yang mereka anuti. Terlalu banyak hukum sehingga menimbulkan kekeliruan diantara halal dan haram membuatkan penganut agama lain tidak selesa untuk berkerjasama dalam membina sebuah negara yang aman.
Ketiga, parti PAS ketandusan pemimpin yang berwibawa dalam menyelesaikan masaalah ekonomi negeri. Walaupun mereka memiliki ahli bertaraf profesional namun ahli bertaraf ulamak amat mencemburui kebolehan mereka sehingga kumpulan profesional ini mereka anggap sebagai musuh dalam selimut.
Dengan adanya kelemahan itu maka parti PAS memang tidak layak duduk bersama dengan PKR dan DAP kerana jika diberi peluang mentadbir mereka akan jual kerajaan negeri seperti yang telah berlaku di Terengganu, Perak, dan di Kedah.
Dan yang akhir, setiakawan yang diamalkan oleh parti PAS tidak boleh dipercayai. Hari ini cakap lain, esok cakap lain. Presiden cakap lain, timbalan cakap lain. Cakap tak serupa bikin. Perangai seumpama itu jika mereka berada dalam Barisan Nasional sudah pasti kena terajang buat kali kedua.
Saya percaya parti PAS mampu berdikari tanpa memerlukan sokongan dari PKR atau pun DAP berasaskan dari pandangan dan harapan penyokong mereka yang wala' diFB, blog, portal berita, whatsaap, tweeter, wechat.
Semuga Khalid Ibrahim akan segera menghadap Sultan Selangor dan mencadangkan pembubaran DUN apabila undi tidak percaya dikenakan padanya.
Apa yang tersirat sudah tersurat....
DeleteMuhyiddin Yassin secara terang-terangan melahirkan kebimbangan isu penukaran Menteri Besar Selangor akan menjejaskan rundingan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di negeri itu yang kini sudah di peringkat akhir.
Kata Muhyiddin.... "Soal yang boleh timbul, yang rakyat Selangor harus tanya, kalau berlaku perubahan Menteri Besar, (adakah) kontrak yang dipersetujui ini terbatal ataupun tidak diteruskan, langkah-langkah untuk mengambil alih konsesi yang telah dirunding oleh kerajaan Selangor yang sedia ada ini juga terbatal?"
Pertanyaan kita pada Khalid Ibrahim, apakah perjanjian penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air dengan kerajaan pusat telah mendapat persetujuan bersama dari kepimpinan parti PKR, DAP dan PAS atau segala rundingan itu dibuat secara bersendirian, sulit dan tergesa-gesa ?
Wahai orang islam PAS, apakah kamu semua buta, pekak dan bisu tanpa sedar bahawa Allah telah memberi petunjuk bahawa Khalid Ibrahim yang kamu sokong itu sebenarnya sudah bertukar menjadi orang jahat dalam Pakatan Rakyat ?
Dan macam mana dengan begitu banyak petunjuk tentang jahatnya jalang politik yang bernama Anwar Ibrahim? Hanya kerana cita-cita politik, sanggup menipu dan berbohong dari muda hingga ke tua. Layakkah manusia begini dijadikan pemimpin dan didengari cakapnya? Tak usahlah bandingkan dengan TS Khalid, bandingkan dengan Ibrahim Ali itu pun rasanya Anwar jauh lebih kotor lagi mengotorkan.
DeleteAnon 23.32
DeletePKR tu berkualiti sangatlah tu hinggakan pemilihan dalam parti pun tunggang-langgang. Benda macam tu pun tak reti urus. PAS terbukti mampu berdiri sendiri sejak penubuhannya lebih 60 tahun lalu, tapi PKR? Dengan hanya 36% ahlinya orang Melayu, tak usah beranganlah nak tawan Putrajaya. Kalau bukan kerana PAS, jangan harap PKR nak menang di kebanyakan kawasan Melayu/Islam.
Anon 22:41
DeleteTolong bagi bukti-bukti petunjuk kejahatan anwar supaya kita semua tahu. Elok dikongsi. Tak patut dan malah berdosa jika sdra sembunyikan maklumat ini.
Juga berdosa menuduh tanpa memberi bukti
Anon 22:45,
DeleteSaya tolong jawabkan.... PKR berkualiti atau tidak ia hanyalah sebuah parti politik. Pemilihan dalam parti tungggang langgang pekara biasa kerana parti UMNO Baru, MIC, MCA ada pengalaman dalam hal itu bertujuan menipu undi untuk kekal berkuasa.
Setiap parti mempunyai angan-angan....PAS berangan-angan untuk jadi juara hukum hudud. UMNO Baru berangan-angan untuk merampas kembali Selangor dari tangan Pakatan Rakyat. Dan PKR memang berangan-angan nak tawan putrajaya.
Walaupun saudara kata PKR hanya 36% ahli melayu, tapi saudara jangan bercakap seperti Hadi Awang...nama saja presiden tapi bangang dalam hal politik.
Parti PKR tidak akan menawan Putrajaya... Tapi yang tawan Putrajaya adalah rakyat 1Malaysia untuk PKR.
Saya percaya saudara tidak pernah baca sejarah politik Malaysia khasnya perkembangan politik PAS.
Berapa banyak kerusi PAS dalam Selangor sebelum ujudnya PKR dan bagaiman perkembangan PAS setelah ujud pula Pakatan Rakyat ? Biar bodoh asalkan kita mahu belajar jangan jadi bodoh sombong macam Hadi Awang,..
Saudara jangan bangga dengan bangsa melayu dan islam kerana bangsa itu sudah jatuh tarafnya sebagai bangsa haramjadah dibumi sendiri dan agamanya pula diperkotak-katikan oleh pemimpin saudara untuk terus berkuasa.
Dalam hal Selangor, Anwar Ibrahim adalah orang yang bertanggongjawab menjaga segala kepentingan parti Pakatan Rakyat. Tindakannya bersifat biar puteh tulang, jangan putih mata.
Telah saya katakan tadi, PKR dan DAP tiada daya dan upaya untuk menang dalam apa jua pilihanraya sehingga boleh menawan Putrajaya, tapi rakyat Selangor dan rakyat 1Malaysia yang akan menangkan mereka dalam semua pilihanraya dengan izin Allah.
Apa pandangan saudara Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS melalui kumpulan WhatsAPP PAS merancang untuk membelot terhadap PKR dan DAP?
Apakah pemimpin PAS boleh dipercayai lagi ?
Rakyat 1Malaysia yang mana bang yang nak tolong PKR dan DAP? Rakyat gila yang sanggup meludah bangsa dan agama sendiri kononnya atas nama negara bangsa? Saya boleh terima kalau PKR bermuafakat dengan parti-parti bukan Melayu lain, tapi kalau namanya DAP...sorry! Saya membesar bersama rakan-rakan berbangsa Cina, bersekolah rendah di sekolah Cina dan seperkara yang saya belajar hasil pergaulan yang luas dengan mereka ialah; jangan sekali-kali percaya pada DAP...
DeleteBagaimana dengan MCA? Te4lupakah sdra menteri-menteri MCA berpakat dengan MP Bintulu untuk kapor duit rakyat dalam skandal PKFZsebanyak RM 12 Billion.
DeleteHebat sungguh DAP kat sekolah cina yang sdra hadiri pun boleh main politik ye? Dalam BN, agak-agak parti cina mana yang t3ntang UMNO yang sokong PAS laksanakan hudud kat K3lantan ye? Saya diberitahu rakan s3kolah cina sdra MCA sokong UMNO dalam isu hudud kat Kelantan...DAP je yang t3ntang. Betul ke?.....tolong bagi pencerahan skit
Hormat???????
ReplyDeleteDSAI ada hormat pengundi n penduduk Kajang n Selangor dlm Kajang Move?
Umum nak tukar MB?
Umum cadang calon MB Selangor yang baru?
Janganlah jadi seperti bidalan melayu popular:
Jahat bak ameno,
Bodoh macam penyokong ameno.
Ada faham afmin blog!
Ler mb selangor belum ditukar lagi?
ReplyDeleteAnwar pun dah mcm paklah...lembek dlm tindakan
Pas dikata kan tak kemana mana politik nya sejak di tubuh kan,,,
ReplyDeleteKalau di malaysia ini, cuba lah pulak mana2 party yg bergerak secara solo hatta umno sekalipun, nak tengok setakat mana dia boleh pergi.
Bimbang kok lebih teruk dpd pas.