Wednesday, 23 July 2014
Jika Wan Azizah Hanya Boneka, Bukankah UMNO Patutnya Gembira?
Sejak nama Dr Wan Azizah Wan Ismail disebut-sebut sebagai bakal pengganti Khalid Ibrahim mengisi jawatan Menteri Besar Selangor, bermacam-macam ulasan yang cuba menafikan kelayakannya menyandang jawatan tersebut mula kedengaran daripada kumpulan pro UMNO dan BN.
Antaranya, beliau dikatakan tidak layak sebab wanita, tiada pengalaman mentadbir, hanya boneka kepada Anwar Ibrahim, beza bagaikan bumi dan langit dengan Khalid Ibrahim, bakal mengundang penolakan rakyat dan bermacam-macam lagi.
Hampir semua ulasan itu kelihatan memperlekeh kemampuan Dr Wan Azizah, manakala yang lain pula melihat ianya hanyalah keputusan peribadi Anwar yang semata-mata berdasarkan kepentingan diri dan keluarganya sahaja.
Memang diakui sebelum ini Khalid adalah pemimpin yang baik dan jika dibandingkan dengan semua Menteri Besar Selangor daripada BN sebelumnya, beliaulah yang paling berhemah, berjimat, tidak boros serta dapat memenuhkan rizab kewangan negeri sehingga mencecah RM3 billion.
Masalah yang timbul ialah kerana jajaran kepimpinan Khalid sejak kebelakangan ini tidak lagi seperti dulu terutama dalam isu air, Bible dan lebuhraya Kidex sehingga beliau semakin kehilangan sokongan daripada rakan-rakan pimpinan PR sendiri.
Khalid ditakrif bukan saja mengamalkan kepimpinan ala korporat dan tidak lagi mementingkan muafakat sesama rakan-rakan gabungannya dalam PR, malah seperti berwajah pro UMNO, BN dan kerajaan Pusat dalam beberapa keputusannya.
Sepertimana yang disebut oleh Anwar, penggantian Khalid dengan Dr Wan Azizah ialah untuk memastikan kestabilan dan membolehkan PR melangkah dengan lebih baik menghadapi cabaran akan datang.
Tetapi jika UMNO dan BN melihat Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar yang lemah, tidak berwibawa, tiada keupayaan, boneka Anwar dan bakal mengundang penolakan rakyat Selangor, kenapakah mereka membantahnya?
Bukankah sepatutnya mereka gembira kerana dengan adanya Menteri Besar yang lemah dan tidak berwibawa itu akan membolehkan UMNO dan BN merampas kembali negeri Selangor dalam pilihanraya akan datang?
Jika Dr Wan Azizah tidak lebih baik daripada Khalid, tidakkah ia berita baik bagi UMNO dan BN?
Jika kedudukan Dr Wan Azizah sebagai wanita yang tidak dapat mengiringi dan duduk bersebelahan dengan Sultan Selangor ketika melawat masjid dan surau bakal menjadi masalah, bukankah lama-kelamaan orang Melayu dan Islam akan menolak PR dan ini memberi kelebihan kepada UMNO dan BN?
Jika Dr Wan Azizah adalah boneka Anwar dan calon nepotisme, bukankah ia menguntungkan dan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN kerana dalam pilihanraya akan datang pastilah pengundi Selangor akan membakul-sampahkan Menteri Besar itu?
Tetapi anehnya mengapakah para pemimpin UMNO dan BN bersunggguh-sungguh menolak Dr Wan Azizah yang lemah, tidak berwibawa dan hanya boneka itu? Bukankah sepatutnya mereka menerima berita pertukaran itu sebagai khabar gembira kerana membuka peluang untuk manawan semula negeri itu?
Atau adakah UMNO dan BN menolak tuah dan tidak mahu menang dalam pilihanraya akan datang?
Macai-macai UMNO yang bijak-pandai tolonglah jawab...(SH 23/07/2014)
Macai UMNGOk tak payah jawab sebab dalam UMNGOK cuma tinggal orang bodoh dan bangang saja....(Mamam Kutty Che Det yang kata) karang dia orang tak dapat jawab dicarutnya pula.......
ReplyDeleteBegini sajalah...jika puak UMNGOK membangkang sesuatu perkara atau keputusan yang kita buat, maknenya keputusan tersebut adalah baik dan akan membawa kerosakan kepada UMNGOK. Jadi teruskanlah...
Sebaliknya, jika puak UMNGOK memuji atau menjaja ke hulu ke hilir akan seseorang, kita pasti akan melihat spesis kera beruk seperti Braheng Ali, Hasan Ali, Zul Nordin, Zahrin Gigi Jarang yang sering menyeru ke arah kerosakan serta cuba mencetus ketegangan kaum dengan menjual nama MELAYU sebagai landasan perjuangan.
Hello PR bosses, please go ahead and DON'T GIVE A F*** what UMNGOK said...let them cry and piss in their pants.....
Kerisauan bukan sahaja kpd umno tetapi juga kepada ahli pkr dan melayu di atas pagar. kalau azizah mahu dibonekakan, pada siapa tali dipegang...kalau anwar berjodoh ke sg buluh, tali itu siapa pegang, dap atau azmin.
ReplyDeleteKalau azminmyg akan pegang..kenapa tidak lantik shj si azmin jadi mb sekarang dan selamanya.
Kalau tali itu dipegang dap, 2x bodoh lah si anwar ni..
Tak perlulah nak salahkan umno kalau anwar terkencing dalam seluar..lebih baik diam, tak ada orang tahu.
Tuan, bukan Khalid seorang saja yang bijak.Dalam PR/PKR banyak orang pandai.Mentali umno hanyalah sorang saja pandai,yang lain tak layak dan bodoh.Contohnya tengok pada zaman Mahathir.Dia menanamkan ideologi yang dia sorang saja yang pandai yang lain bodoh dan bengap.Contohnya si keluangman adalah hasil kerja mahathir.Hujahnya sungguh menampakkan kebodohan dirinya sendiri.Sebab itulah setiap hujah mereka hanya layak dipekak badakkan.
ReplyDeleteKluangman tak perlu buang masa sia-sia untuk memberi pandangan pada satu kaum yg sudah ditutup pintu hidayah ke atas mereka.
DeleteBukan kepada satu kaum sahaja, kepada blogger ini juga. Tak payahlah buang masa bagi pandangan kepadanya. Saya kenal dia sejak dari zaman dia mula masuk surat khabar....sampai jadi pencacai UMNO, kemudian kalah dan terisngkir....ini jenis orang yang retorik saja lebih. Kalau dengar cakap, baca pendapat, macam la hebat sangat. Hakikatnya, alahai...tak apalah...dia pun nak hidup, anak bini nak kena bagi makan...
DeleteTuan,
ReplyDeleteApabila membaca tulisan macai-macai UMNO, termasuk TV3/4, Utusan, kita patut ikut nasihat Tuan Tukar Tiub, iaitu, apa yang TAK BAIK maksudnya BAIK dan apa yang BAIK tak BAIKlah tu........
DAP dan PAS hormati PKR calunkan Kak Wan sebagai MB. Dalam keputusan bersama belum pasti lagi. Rakyat Selangor bukan semua ahli PR ... jika sibuk berbalah ... ada kemungkinan Selangor melayang dari PR ..
ReplyDeleteSelangor tidak akan melayang, tapi yang akan melayang adalah projek yang diusahakan oleh kerajaan pusat dan kroni UMNO Baru dalam negeri Selangor.
DeleteItu sebabnya peguam UMNO Baru naik angin sawan babi bila mendengar TS Khalid akan disingkirkan dari jawatan MB Selangor.
Saya juga sudah tidak sabar melihat tindakan rakyat Selangor, jika mereka menyerahkan kerajaan negeri Selangor pada UMNO Baru bermakna mereka menyokong amalan rasuah.
Jika mereka menyokong penyingkiran TS Khalid bermakna mereka memberi isyarat bahawa mereka anti rasuah.
Apakah rakyat Selangor semuanya bodoh seperti ahli UMNO Baru dan wakil rakyat mereka..... pemimpin yang telah disahkan terbabit dengan rasuah tapi tetap sokong dan diangkat jadi pemimpin. ?
Macamlah PR suci daripada rasuah....Kalau nak jadi pencacai pun, berfikirlah dengan otak. Jangan teruskan amalan berfikir dengan lutut. Tapi yalah, sejak bila puak PR ada otak. Manusia yang telah ditarik rahmatnya oleh Allah, tak habis-habis dengan masalah macam mereka sampai kiamat pun akan terus meracau. Berangan sajalah nak tawan Putrajaya
DeleteRakyat selangor menyingkir si tolol, bawa maduk bahalol, si bengong yg teringin nak jadi MB jadi sasau
ReplyDeleteRakyat Terengganu juga menyingkir si tolol Idris Jusuh, bawa masuk bahalol Ahmad Said si bengong yg teringin nak jadi MB jadi sasau... akhirnya kedua-duanya duduk dalam tong taik.
Delete