Thursday, 3 July 2014
Free Malaysia Today Kini Pro Kerajaan?
Bagi mereka yang biasa mengikuti berita melalui portal atas talian, Free Malaysia Today atau FMT tentu dapat merasai kelainan laporannya sejak kebelakangan ini. Jika dulu, ia dianggap sebagai portal berita yang bebas dan mementingkan sensasi serta dalam masa yang sama lebih banyak memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin parti pembangkang, keadaannya kini sudah berubah sedikit demi sedikit.
Walaupun FMT tidaklah segagah Malaysiakini atau Malaysian Insider, namun portal itu tetap menjadi pilihan kepada mereka yang dahagakan berita-berita alternatif dan mahukan sesuatu yang berbeza daripada berita yang biasa diperolehi melalui akhbar atau portal berita arus perdana.
Tetapi sejak kebelakangan ini, FMT tidak lagi mirip seperti Malaysiakini atau Malaysian Insider. Ia lebih banyak menyiarkan beria-berita pro kerajaan atau berita yang menghentam pembangkang. Perpecahan sesama pembangkang juga lebih menjadi pilihan mereka. Terdapat juga berita yang memaparkan pergaduan sesama individu dalam UMNO dan dianggap boleh memberi kesan tidak baik kepada UMNO, akhirnya ditarik balik selepas beberapa jam disiarkan.
Dengan perubahan itu, sangat jelas bahawa FMT seperti sudah kehilangan taringnya yang dulunya dianggap sebagai portal berita terbaik selepas Malaysiakini dan Malaysian Insider.
Perubahannya ini dipercayai kerana kemasukan pelabur baru yang sekaligus mengubah hala tujunya itu.
Kemasukan pelabur baru itu juga menjadi sebab ketua editornya sebelum ini A Kabilan meletakkkan dan baru-baru ini editor bagi seksyen bahasa Melayunya, Zabidi Saidi pula diminta meletakkan jawatan. Dalam tempoh terdekat ini, sudah seramai 17 orang kakitangan editorialnya meninggalkan portal berita yang berpejabat di Damansara Intan itu.
Perletakan jawatan ini dipercayai kerana pelabur baru itu mahu membawa kumpulan kakitangan editorialnya yang baru atau yang sesuai dengan kehendak mereka untuk diselaraskan dengan hala tuju yang baru itu.
Tempat A Kabilan itu bagaimanapun sudah diambil alih oleh seorang kakitangan lain yang pernah berhenti kerja dengan FMT sebelum ini iaitu Menon, manakala kakitangan editorial lain sedang diambil secara berperingkat-peringkat.
Tempat Zabidi pula digantikan dengan seorang yang bernama Shahrum daripada Pekan, Pahang.
Perubahan kandungan berita FMT sejak kebelalangan ini jelas memperlihatkan kecondongannya kepada kerajaan dan juga UMNO. Sudah tidak terdapat berita-berita sensasi dan menggemparkan, malah kebanyakan beritanya sekarang adalah berita-berita biasa yang sudah pun tersiar di portal lain.
Lebih dari itu, FMT juga mulai menyiarkan berita yang mirip portal kerajaan seperti pengumumam pembinaan empangan di Sarawak.
Apakah pelabur baru ini ada kaitan dengan Najib, UMNO dan BN bagi menghadapi perang maya yang mungkin lebih sengit lagi menjelang PRU 14 nanti? Walaupun sudah mempunyai media arus perdana seperti akhbar dan televisyen serta mewujudkan portal berita khas yang dibawah kawalan orang-orang yang ada kaitan dengan Perdana Menteri seperti Mynews Hub dan Malaysia Gazette, Najib kerapkali melahirkan kebimbangan dan peri pentingnya maklumat melalui internet ini dilawan dengan sewajarnya.
Mungkinkah penguasaan keatas FMT adalah permulaan ke arah itu? (SH 03/07/2014)
Tuan Shah,
ReplyDeleteKita tidak perlu risau tentang perubahan khiblat FreeMalaysiaToday yangbberlaku secara memdadak itu. Rakyat Malaysia hari mak8n celik dan tahu membezakan antara i tan dan kaca. Kalau media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Star dan byk lagi boleh merosot teruk kerana kurangnya keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti maklumat yang ada di media media berkenaan, nasib FreeMalaysiaToday akan mengikuti jejak media media arus perdana berkenaan jua.
Cuba semak rating BeritaHarian versi online misalnya, kedudukan portal berjenaan kini terjerumus teruk ke kedudukan bawah berpunca dari lsporan berat sebelah selain maklumat yang meragukan.
FreeMalaysiaToday boleh berbangga today kerana suntikan dana yg diterima tetapi liputan berita mereka yang terkongkong dan bias akan menjurumuskan portal online itu ke posisi yang lebih teruk dan akan berkurang wibawanya.
Suara rakyat suara keramat. FreeMalaysiaToday menempah kiamat. Usianya hampir ke garis penamat.