Wednesday, 16 July 2014

Dulu Takut Anwar Jadi MB, Rupanya Dengan Isterinya Pun UMNO Takut Juga


UMNO nampaknya bukan saja takut Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor, tetapi turut takut jika isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail menduduki jawatan nombor satu kerajaan negeri itu. Jika Anwar sebelum ini dihalang melalui proses mempercepatkan kesnya di Mahkamah Rayuan, bahkan bersidang juga sehingga jam 7 malam, Dr Wan Azizah juga cuba dihalang dengan mereka-reka pelbagai bentuk persepsi mengenai ketidaklayakannya menduduki jawatan itu.

Kalau sebelum ini, beliau dikatakan tidak sesuai menduduki jawatan itu kerana bukan anak jati Selangor, sebaliknya dilahirkan di Singapura, terbaru ini fitrah semulajadinya sebagai wanita pula dijadikan alasan.

Peguam UMNO, Hafarizam Harun menjadikan alasan Dr Wan Azizah sebagai wanita yang mengalami uzur syarie atau datang bulan sebagai alasan untuk mengatakan Presiden PKR itu tidak sesuai menjadi Menteri Besar Selangor kerana dianggap menjadi halangan untuknya menghadiri majlis-majlis keagamaan ketika mengiringi Sultan Selangor.

Walaupun merupakan peguam UMNO dan peguam kepada Perdana Menteri dalam kes saman terhadap Malaysiakini serta dianugerahkan projek lebuhraya Kidex bernilai lebih RM2 biliion, hakikatnya Hafarizam paling sengkek mindanya apabila menggunakan alasan uzur syarie itu sebagai sandarannya untuk mengatakan Dr Wan Azizah tidak layak memimpin Selangor.

Apa yang beliau takutkan dengan Dr Azizah? Benarkah seperti kata Rafizi Ramli bahawa ketakutan Hafarizam ialah kerana bimbangkan projek lebuhraya Kidexnya tidak menjadi kenyataan jika Dr Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor?

Amat malang Hafarizam hanya melihat kelayakan menjadi Menteri Besar hanya dari sudut mengiringi Sultan Selangor ke majlis keagamaan semata-mata. Adakah Sultan mempunyai program dengan masjid setiap hari? Atau seminggu sekali? Atau barangkali hanya sebulan sekali? Atau mungkin hanya beberapa kali dalam setahun?

Diakui dan disedari oleh sesiapa pun bahawa mengiringi Sultan Selangor ke majlis keagamaan hanyalah segmen kecil dalam tugas seorang Menteri Besar. Ia malah boleh diwakilkan kepada Exco agama atau boleh juga dilantik seorang Timbalan Menteri Besar untuk tujuan itu.

Kedudukan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar mungkin menimbulkan masalah jika Sultan Selangor mempunyai jadual sembahyang lima waktu setiap hari di masjid-masjid secara berjemaah.

Dalam hal ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut tidak bersetuju dengan pandangan peguam UMNO itu, sambil mengatakan peranan mengiringi Sultan Selangor hanyalah sebahagian kecil daripada sekian banyak tugas lain yang jauh lebih besar fungsinya.

Namun, meskipun KJ mengatakan wanita layak bukan saja menjadi Menteri Besar, malah Perdana Menteri sekalipun tetapi tetap menolak Dr Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

"Secara peribadi wanita amat layak menjadi Menteri Besar atau Perdana Menteri, tetapi bukan wanita itu (Dr Wan Azizah)," katanya.

Kenapa KJ juga menolak Dr Wan Azizah jadi Menteri Besar Selangor? Apakah yang ditakuti dan dibimbanginya? Adakah kebimbangannya merupakan manifestasi kebimbangan UMNO secara keseluruhannya?

Apakah bila Dr Wan Azizah menjadi Menteri Besar, harapan UMNO untuk menawan kembali Selangor menjadi lebih sukar? Atau UMNO nanti menjadi malu besar kerana walaupun dipimpin oleh seorang wanita tetapi tetap gagal menewaskannya? Mungkin inikah yang menjadi kerisauan Najib Razak dan Noh Omar?

Dalam masa yang sama, mungkinkah UMNO juga takut kerana jika Dr Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor, ia tambah menyukarkan mereka mempertahankan kuasa di peringkat Pusat?

Tidak mustahilkah jika Dr Wan Azizah berjaya dijadikan Menteri Besar Selangor, rancangan untuk memenjarakan Anwar juga bakal tergendala?

Ingatkan UMNO hanya takutkan Anwar saja menjadi Menteri Besar Selangor, rupa-rupanya ketakutan terhadap Dr Wan Azizah pun tidak jauh bezanya. (SH 16/07/2014)

5 comments:

  1. Andaian admin, umno takut pada wan azizah sebagai mb selangor adalah pandangan yg sama sengkeknya dengan pandangan peguam umno. Tidak penting umno takut atau tidak dan tidak penting siapa yg akan jadi mb.

    Yang kita takut ialah mb baru ini akan terus jadi bola dan sejauh mana ia bergolek mengikut kehendak calon sebenar mb selangor yg kempunan tak dapat, anwar brahi.

    Kalau mb jadi lembu cucuk hidung, mana ada masa nak jenguk rakyat.
    MB baru akan jadi bahan mainan partinya sendiri. Tak perlu risau, umno tak mampu buat apa-apapun.

    Kalau Presiden UMNO jadi PM, Najib yg berpengalaman pun diperlekeh dan dipertikai, apa nak hairan sangat kalau pelakon opera spt wan azizah diperkecilkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedarlah sikit keluangman,seluruh malaysia tahu yang president umno pun takut bini sendiri,apatah lagi bini orang lain yang punyai pengaruh.Penulis merungkai senario malaysia kini yang semua pemimpin umno takut bini.

      Delete
  2. kot DSWA aka Kak Wan jadi MB.... tunggu je la video keramat dari ameno muncul....kot dulu bidio suami kak wan... pas ni ada yg keluaq bidio kak wan plak laaaa

    ReplyDelete
  3. UMNO...dulu,kini dan selama lamanya mempunyai pemimpin dan pengikut yang BANGANG BANGANG belaka...

    ReplyDelete
  4. Jwp la kluangman. Ngapa tekezut beruk...

    ReplyDelete