Friday, 27 June 2014

Wan Azizah Semakin Hampir Ganti Khalid Ibrahim


Kekalahan Khalid Ibrahim dalam pemilihan Ketua Cabang Kuala Selangor dua hari lalu seperti turut menunjukkan tempoh hayatnya sebagai Menteri Besar Selangor juga bakal berakhir. Setelah dikritik oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat Selangor mengenai isu air, rampasan Bible dan lebuhraya Kidex kerana mengamalkan cara pentadbiran solo, Khalid kini menerima nasib yang lebih malang apabila ditolak oleh ahli di cabangnya sendiri.

Dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR pula, beliau masih lagi ketinggalan di belakang Azmin Ali. Bagaimanapun kekalahan di peringkat cabang ini lebih memalu dan menjatuhkan saham politiknya kerana ia menunjukkan beliau sudah tiada lagi asas sokongan daripada akar umbi.

Meskipun kekalahan itu turut dikaitkan insiden lampa terpadam yang turut dispekulasikan dengan kemungkinan adanya unsur-unsur sabotaj dan silap mata, Jawatankuasa Pemilihan Parti atau JPP yang diketahui oleh Johari Abdul sebaliknya menolak kemungkinan sabotaj dan hampir pasti memuktamadkan keputusan pemilihan tersebut.

Jika seorang Menteri Besar boleh kalah dalam pemilihan Ketua Cabangnya sendiri, ia seperti memperlihatkan ada sesuatu yang tidak kena dengan kepimpinan Khalid selama ini. Stail kepimpinannya yang tidak mesra dengan ahli dan lebih mirip memimpin sebuah entiti perniagaan yang selama ini menjadi bualan, lebih mudah dipercayai dan lebih mungkin ada kebenarannya.

Ketika dalam UMNO dulu pun, walaupun Khalid adalah nama besar dalam dunia korporat tetapi beliau tidak pernah menang sebarang percubaan dalam pertandingan di Bahagian Kuala Selangor.

Jika dulu ramai yang hairan bagaimana beliau boleh ditolak dalam semua pemilihan UMNO di Kuala Selangor, kini setelah menjadi Menteri Besar Selangor dah kalah pula dalam pemilihan PKR, ramai yang sudah mendapat jawapan atas perkara itu.

Khalid sebenarnya lebih merupakan pemimpin korporat dan bukannya pemimpin politik.

Susulan kekalahan Khalid di Kuala Selangor, di samping kritikan yang berterusan mengenai kepimpinannya daripada Pas, DAP dan PKR sendiri, isu pertukaran Menteri Besar Selangor lantas bergema kembali. Lebih ramai yang mahukan beliau meletakkan jawatan atau diundurkan daripada jawatannya berbanding mahukannya terus kekal di jawatan itu.

Jika beberapa hari lalu, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar secara terbuka menyatakan pertukaran jawatan Menteri Beaar Selangor sudah dipersetujui oleh pimpinan PR dan hanya menunggu ketika yang sesuai untuk dilaksanakan, semalam pula Rafizi Ramli memperkukuhkan lagi hakikat itu dengan menjelaskan pula bahawa Langkah Kajang yang dirancang beberapa bulan lalu, masih lagi berjalan.

Hari ini, seorang lagi ADUN Selangor, Suhaimi Shafie pula menyatakan Khalid Ibrahim seharusnya segera meletakkan jawatan berikutan parti yang dianggotainya sendiri tidak lagi gembira dengan kepimpinannya.

Pertukaran Khalid juga turut dikaitkan dengan usaha untuk memastikan PR Selangor terus memenangi pilihanraya umum akan datang kerana beliau bukan saja tidak lagi dinamik, terapi juga lantaran semakin kurang mendapat sokongan berikutan kegagalannya menangani beberapa isu kebelakangan ini.

Walaupun gagal menempatkan Anwar sebagai Menteri Besar melalui Langkah Kajang, tetapi Khalid tetap mahu disingkirkan, tetapi siapakah yang layak menggantikan Khalid?

Sebagaimana pelan asal Langkah Kajang dirangka untuk menggantikan Khalid Ibrahim dengan Anwar Ibrahim, tetapi halangan yang dihadapi Anwar membuatkan Wan Azizah ditonjolkan sebagai gantinya, kali ini sekali lagi tuah nampaknya akan menyebelahi Presiden PKR itu.

Beliau dilihat satu-satunya pemimpin PKR yang boleh diterima oleh semua pihak bagi menggantikan Khalid Ibrahim, bukan saja oleh PKR tetapi juga parti-parti lain dalam PR. Dengan Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor, banyak isu berbangkit di negeri itu dapat diselesaikan sehingga tibanya pilihanraya umum akan datang.

Selepas pilihahraya umum nanti, jika PKR menguasai lebih kerusi, besar kemungkinan barulah jawatan Menteri Beaar Selangor akan diambil alih oleh Azmin Ali pula. Namun jika Pas memperolehi lebih kerusi, tidak mustahil ia berpindah tangan kepada parti itu pula.

Apa pun, perkembangan akhir-akhir ini di Selangor sudah boleh membuatkan Khalid Ibrahim mula mengemas secara perlahan-lahan barang-barang peribadinya di pejabat Menteri Besar Selangor kerana semakin tiada alasan lagi untuk mengekalkannya di jawatan itu. (SH 27/06/2014)

8 comments:

  1. Melayu...samada di PAS, UMNO dan PKR memang tidak sunyi dalam perangai dan kerja2 yang "memalukan".

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... setuju. hanya melayu saja yg menjatuhkan melayu. sbb tu melayu tak boleh maju... falsafah melayu: kalau aku tak dapat, sapa2 pun tak boleh dapat.

      Delete
    2. Bukti sahih menunjukkan kebodohan sesebuah bangsa.

      Delete
  2. Kajang move...
    Langkah ke Putrajaya....

    Percayalah tak akan berhasil sekiranya menggunakan strategi sebegini.

    Berjujurlah kepada hati dan fikiran.
    Kesan kepada peristiwa di Selangor nanti akan ditolak oleh pengundi fi negeri lain.

    Wan Azizah disukai ramai tapi tidak bermaksud rakyat negeri lain percaya dan yakin beliau boleh jadi pemimpin.

    Anwar pula sepatutnya tidak diletak sebagai menteri besar, akibatnya rakyat biasa akan menilai anwar oada tsgap biasa-biasa sahaja. Sokongan masa hadapan pasti merosot.

    Mungkin PKR boleh pisahkan pimpinan politik dan pemprofesionalan pemerintahan kerajaan.
    Perkara ini belum ada dirantau ini. Rakyat akan menerimanya dengan lebih baik.
    Rasionalny adalah ramai rakyat sudah meluat dengan politik disebabkan BN, Semangat 46, Sharir Samad dsn kini PKR.

    Majoriti rakyat tidak mendaftar dengab mana-mana parti politik.

    ReplyDelete
  3. Wan Azizah tidak layak diangkat sebagai MB Selangor. Sempena bulan Ramadan ini, lebih baik dia fokus hidup dia kepada membawa dirinya dan laki dia bertaubat.

    Misfortune of a wife whose husband is committing sodomy:-

    http://islamqa.info/en/26197

    ReplyDelete
  4. Dah ada leader yang baik ada pulak campurtangan luar..memang la puak PKR ni kemaruk kerusi. Cukup cukup la buat rakyat muak, meluat dan menyampah dengan segala macam mainan politik murahan macam ni. Kepada PAS tolonglah buat sesuatu, mantapkan lagi sokongan akar umbi. Jangan terheret sama dengan situasi ini. Tiada tempat lagi untuk bergantung harap bagi survival PR kecuali PAS bertegas dengan prinsip yang selama ini menjadi medan perjuangan.

    ReplyDelete
  5. Dalam isu Khalid Ibrahim, ramai yang keliru dan tertanya-tanya kenapa Menteri Besar Selangor itu harus dipaksa mengundurkan diri dari terus memengang jawatan tersebut ?

    Semua orang tahu bahawa Khalid adalah dari kalangan ahli koperat yang hebat menceburi bidang politik pula. Oleh kerana itu beliau memang pandai mencari dan mengumpul duit untuk kerajaan negeri.

    Kebolehan Khalid itu memang diakui oleh semua pemimpin UMNO Baru di Selangor dan di kerajaan pusat tapi dalam masa yang sama mereka juga dapat melihat kelemahan yang ada pada diri Khalid yang boleh digunakan sebagai ugutan dan tekanan bagi menjaga semua kepentingan mereka yang ada dalam negeri Selangor.

    Kita boleh lihat gelagat segelintir pemimpin UMNO Baru begitu gelisah sekali apabila ada ura-ura Khalid Ibrahim akan disingkirkan dari jawatan Menteri Besar. Dalam kenyataan mereka tersurat kononnya tiada orang lain hanya Khalid Ibrahim saja yang paling layak jadi Menteri Besar Selangor... dulu, kini dan selamanya.

    Kita juga boleh menuduh Azmin Ali sebagai gila kuasa dan juga pengamal rasuah seperti pemimpin UMNO Baru namun dalam tindakan extrem mereka mengejar cita-cita maka terbarai pula cerita Khalid Ibrahim berkomplot dalam projek yang diusahakan oleh kerajaan pusat.

    Khalid Ibrahim yang sedang berusaha mempertahankan kedudukan sebagai menteri besar sebenarnya bakal dijadikan sebagai proksi oleh pihak (?) menjaga harta kekayaan orang yang pro UMNO Baru dalam negeri Selangor. Maknanya semua projek yang dicadang akan diluluskan dan dilaksanakan tanpa sebarang halangan.

    Itu sebabnya ramai dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat menyerang beliau dari pelbagai sudut.....

    ReplyDelete
  6. Khalid adalah lone ranger, gerakan menjatuhkannya sudah lama bergerak.org2 Pakatan khususnya juak2 azmin harus sedar ttg kapasiti azmin sendiri. Jawatan MB bukan sekadar jawatan politik ttp lebih dr itu dan ia menuntut keupayaan politik dan pentadbiran. Khalid sudah faham dan tahu benar selok belok pentadbiran awam kerana di situlah tulang belakang kerajaan yg memerintah. org politik boleh buat apa sahaja ttp polisi mereka dilaksana oleh penjawat awam, jika mereka buat olah nescaya pentadbiran politik akan kucar kacir. lihat bagaimana nasib khir toyo dgan penyapunya?

    Jangan ambil jalan mudah dengan meletakkan UMNO sbg alasan, ia alasan paling bodoh PKR yg sedia maklum sama juga perangainya dgan UMNO. hatta menyalahkan khalid sbg trojan umno? siapa yg hendak khalid turun? org2 PR dan bagaimana pula rakyat selangor? itu belum lg restu Istana.

    ReplyDelete