Friday, 6 June 2014
Najib Perlu Tangkap Segera Pemimpin ISMA...
Walaupun pernah dikritik oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad agar berdiam diri dan menyimpan saja segala pandangannya, para pemimpin Ikatan Muslimin Malaysia atau Isma terus juga mengeluarkan suaranya yang ekstrem, melampau dan kadangkala tidak masuk akal mengenai isu-isu politik negara ini.
Tetapi tidak seperti Perkasa yang jelas hala tujunya untuk memperjuangkan kepentingan Melayu dan hak Bumiputera dan pemimpinnya juga dikenali ramai, sebaliknya Isma ini bukan saja tidak begitu dikenali latar belakang pemimpinnya, malah apa inti perjuangannya pun tidak jelas.
Jika mengikut namanya, ia seperti memperjuangkan hal-hal berkaitan Islam dan umat Islam tetapi serangannya yang keterlaluan kepada bangsa dan kaum lain secara semberono kadangkala bertentangan dengan nilai-nilai Islam itu sendiri. Islam tentunya tidak pernah mengajar seperti apa yang dilakukan oleh Isma ini.
Dalam mereka mengkritik bangsa lain dan pemimpin pembangkang, kadangkala juga diragui jika Isma ini ditaja oleh UMNO atau Perdana Menteri kerana dalam banyak kenyataan yang dikeluarkannya jelas sekali tidak menguntungkan UMNO dan menjarakkan lagi sokongan bukan Melayu terhadap kerajaan dan juga Najib Razak.
Dan kalau pula kenyataan demi kenyataan yang kontroversi itu dikeluarkan semata-mata untuk menarik perhatian Putrajaya, memperolehi nama, beroleh imbuhan atau jawatan, namun sehingga ini tidak pula kelihatan ada pemimpin UMNO dan kerajaan yang memberi layanan karpet merah kepada Isma dan para pemimpinnya.
Jadi, apa tujuan pemimpin Isma ini melalak tidak henti-henti mengenai Cina dan bukan Melayu serta menyerang secara melampau pemimpin-pemimpin parti bukan Melayu?
Di antara kenyataan Isma yang agak kontroversi sebelum ini ialah apabila membangkitkan soal kedatangan kaum Cina ke negara ini sebagai penceroboh sehingga membangkitkan kemarahan banyak pihak, malah beberapa laporan polis atas dakwaan menghasut juga turut dibuat.
Isma juga pernah menyarankan agar hukum hudud, jika mahu dilaksanakan, haruslah juga merangkumi orang Islam dan juga bukan Islam.
Selain bekas Perdana Menteri, Mahathir yang meminta Isma agar diam dan berhenti daripada membuat bising, seorang pemimpin MIC, Vell Pari pula menyifatkan Isma sebagai NGO yang menghidap penyakit kelamin dan badut yang langsung tidak menghiburkan.
Semalam pula, Isma sekali lagi mengeluarkan kenyataan kontroversi dengan menuduh Lim Kit Siang mahu menghapuskan bangsa Melayu, bahasa Melayu serta kebudayaan Melayu melalui perjuangan politiknya.
Memang kenyataan itu amat kontroversi dan boleh menaikkan semangat. Jika Perdana Menteri seorang yang tidak cukup matang dan mudah terbuai, barangkali mahu saja menganugerahkan jawatan Senator kepada penuturnya dengan segera.
Tetapi, sesiapa pun yang normal lebih cenderung untuk tergelak kecil dengan salakan terbaru ini, berbanding terperanjat atau membenci Lim Kit Siang. Dalam masa yang sama, mungkin ramai pula yang bertanya, apa sebenarnya dimahukan oleh pemimpin Isma ini daripada kerajaan?
Kedudukan Melayu dan hal-hal berkaitan dengannya bukan saja dilindungi oleh perlembagaan dan dibentengi Raja-Raja Melayu, malah parti politik yang berteraskan Melayu pun masih wujud dan gagah dalam mempertahankan perkara itu. Apakah Isma fikir UMNO sudah tidak memperjuangkah Melayu lagi? Malah Pas yang memperjuangkan Islam pun tentunya juga akan bangkit dan menyingsing lengan kiranya bangsa Melayu atau bahasa Melayu mahu dihapuskan oleh Lim Kit Siang atau mana-mana pihak yang lain.
Kenyataan Isma ini bukan saja tidak masuk akal dan melampau, malah oleh kerana ia dilihat seperti mahu mempertahankan Najib dan kerajaan, serangan seumpama itu itu sebenarnya langsung tidak membantu Najib dan kerajaan untuk memupuk perpaduan dan memenangi pilihanraya akan datang. Malah ia mencemar nama Perdana Menteri, UMNO dan kerajaan.
Lagi kerap Isma bercakap mengarut dan tidak logik seperti ini, lagi payah Najib dan kerajaan mahu mengharapkan sokongan komuniti bukan Melayu. Isma dengan karektor dan perangainya sekarang adalah pembawa masalah besar kepada UMNO, BN, kerajaan serta juga Najib dalam konteks untuk mendapat keputusan yang lebih baik dalam pilihanraya akan datang kerana setiap kali bercakap, ianya sentiasa menjarakkan lagi hubungan kerajaan dengan bukan Melayu.
Sebagai sebuah negara merdeka yang memang sudah termaktub kewujudan Melayu, Cina dan India sebagai tiga kaum utamanya, mewujudkan persamaan dan saling memahami adalah lebih berfaedah daripada menimbulkan syak wasangka dan kebencian yang berterusan. Terimalah hakikat bahawa kewujudan tiga kaum utama ini tidak mungkin dipisahkan jika inginkan keharmonian.
Dalam hal ini, satu-satunya cara untuk membuat Isma diam dan tidak lagi mengarut ialah dengan kerajaan segera menangkap para pemimpinnya yang selama ini silih berganti mengeluarkan kenyataan kontroversi dan tidak berfaedah kepada negara. Kenyataan demi kenyataan mereka jelas boleh disabitkan dengan kesalahan menghasut dan menjejaskan keharmonian.
Dengan menahan dan menyumbat pemimpin Isma ini ke penjara, bukan saja mulut mereka dapat ditutup, malahan dapat membuktikan bahawa Najib, UMNO dan kerajaan tiada kaitan langsung dengan NGO itu. Dengan itu, keharmonian akan dapat dicari jalannnya dan peluang untuk mendapat keputusan lebih baik dalam pilihanraya akan datang juga turut menjadi lebih terbuka.
Berbanding dengan membiarkan Isma terus bercakap, selain merugikan UMNO dan juga kerajaan, malahan suara mereka juga lebih banyak memberi keuntungan secara tidak langsung kepada pembangkang yang diserangnya itu.
Oleh itu, Najib tidak harus berlengah lagi dalam bertindak terhadap Isma ini. Melayu pun lebih ramai benci berbanding suka dengan cara dan pendekatan NGO itu. (SH 06/06/14)
Siapa yg lahirkan isma?
ReplyDelete1. Kerana sikap melampau cina dan india yg mahu meroboh perlembagaan. Campurtangan dlm soal Islam, malah menghina bangsa yg menganuti Islam.
2. Kerana kegagalan PAS dan UMNO memelihara dan mempertahankan bangsa dan ugama.
Apa sahaja yg tertulis dalam Perlembagaan dan Kedaulatan Undang2 serta benteng atas nama Sultan dan Raja2 Melayu tidak boleh berdiri dengan sendiri dan kekal sampai bila2, semua itu boleh diubah sedikit demi sedikit dng tipu daya mereka atas nama demokrasi dan kesamarataan hak asasi.
Isma akan mati dengan sendiri tanpa perlu tangkap pemimpinnya jika pemimpin umno dan pas amanah dalam tanggungjawab mereka.
Kemaskini: MPPN dan JPM telah menghandar 3 deraf perundangan untuk membuang hak keistimewaan orang2 melayu dan meminggirkan peranan Raja2 dan Sultan Melayu yg kedapatan dlm perlembagaan ¿¿¿¿
ReplyDeleteSiapa yg akan lantang bersuara membantah? Biro Pondan NGO Ketua Pemuda UMNO?
Kenapa kaum Melayu kian tercungap cungap selepas lebih 50 tahun Melayu UMNO memegang puncak kuasa?. Terang lagi bersuluh bukan PAS, DAP dan parti oposisi yang memegang kunci kuasa selama ini tetapi melayu spesis UMNO. Peliknya kenapa PERKASA dan ISMA yang kononnya pro melayu dan Islam masih sanggup jadi khadam dan pengampu kuat UMNO walau pun telah terbukti situasi kronik melayu hari (kononnya laa) adalah berpunca dari dasar dan polisi UMNO sendiri dalam BN.
ReplyDeleteAnih kan???. Banyak NGO NGO yang ngok ini tanpa segan silu terus memuja dan menjadi pengampu kuat aka perisai parti melayu yang terbukti gagal meletak bangsa sendiri di tempat sewajarnya. Hakikatnya NGO NGO yang telah dikembirikan oleh tuannya ini tak ubah umpama pelakon opera cina yang bersalut make up tebal dan eksessori bagi mengabui dan menghibur para audien.
Selagi UMNO, PERKASA, ISMA dan banyak lagi NGO NGO ngok sama spesis ini terus diberi kepercayaan, nasib kaum melayu akan terus melayu selagi pimpiban melayu dalam pertubuhan berkenaan berdarah jenis UMNO dan bernawaitu kan kepentingan perut dan nafsu sendiri. PERHATIKAN BAIK BAIK...mereka mereka ini gagal mempamirkan ciri ciri KEPIMPINAN MELALUI TELADAN..cuma pandai menyeru rakyat berjimat dan berhemah tapi cara hidup mereja ini mempamirkan sebaliknya. Manusia HIPOKRIT begini sama sekali tidak layak diangkat jafi pimpinan.
Melayu UMNO yang menguasai jalanan dan melayu ini juga yang berak ditengah jalan, jadah apa pula nak menyalahjan PAS dan parti oposisi. Hukum logik apa yang Kluangman pakai???. Akal sengal agaknya???
Selagi umno baru bercakap bohong selagi tulah umno takkan stabil. Mereka berbaik dengan kroni mereka yang berbangsa cina dan india sampai jadi semuanya jadi billionair dan kaya yang bukan-bukan.Tetapi bila rakyat bawahan berbaik dengan cina dan india mereka melarangnya dan menuduh mereka semua pembelot negara.Bukalah minda, umno baru dengan pertolongan balaci-balaci mereka tolong jangan tipu melayu lagi kerana PRU 13 dah menunjukkan yang melayu tak mahu ditipu lagi.Melayu suka melihat supaya umno baru tak wujud lagi di Malaysia,kerana mereka sebenarnya bukan berjuang untuk rakyat tapi untuk temolok mereka sendiri.
ReplyDeleteSiapa memusuhi siapa ? Siapa yang merobek ?
ReplyDeleteBiar benar apa tuan tuliskan dan sangsikan ! Melayu itu tidak melalut jika di kacau tidur nya....
Mereka-mereka yang menyalak adalah orang2 yang dapat tiket menjadi balachi UMNO untok membuat kerja saperti yang kita lihat macam anjing gila. Berapa UMNO upan orang2 dia jadi calun dibeberapa tempat untuk memenangkan HINDU MIC. Oleh itu perjuangan apa yang mereka salakkan. Sudahlah semua orang sudah tahu. Siapa beri kebenaran mereka guna BERJASA untuk jadi calun di Tapah, Cameron Highland dan beberapa tempat lagi ?. Saudara Sahabudin tanya mereka berapa upah mereka dapat jadi calun dalam PRU 13 yang baru lalu.
ReplyDelete