Friday, 2 May 2014

Mana Lebih Baik Untuk Malaysia, Ketiadaan Anwar Atau Ibrahim Ali?


Dalam usaha membodek dan mahu menunjukkan dirinya penting kepada perjuangan UMNO serta Najib Razak, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali meneruskan lagi serangannya terhadap Anwar Ibrahim. Mungkin barangkali kerana ampu dan bodek yang banyak dilakukannya sebelum ini masih belum mendapat perhatian yang sewajarnya daripada Najib Razak serta Rosmah Mansor, maka kali ini bodekannya boleh dianggap paling "gila" dan mungkin hanya dua tiga orang saja dalam dunia ini yang sanggup melakukannya.

Apa tidaknya, kali ini beliau mendoakan agar Anwar, rakan lamanya yang sama-sama pernah merengkok di penjara Kamunting selama dua tahun, segera dimasukkan ke dalam penjara berkaitan kesalahan liwat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan dan hanya menunggu rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.

Tambah Ibrahim lagi, dengan Anwar merengkok di penjara ia adalah baik untuk negara ini kerana selama ini bekas Timbalan Perdana Menteri itu banyak menyusahkan pihak keselamatan negara.

"Saya bersyukur dan gembira jika Anwar dipenjarakan, lagi cepat di masuk lagi baik. Ia baik untuk rakyat dan negara, juga baik untuk pihak keselamatan yang pening dengan karenah Anwar selama ini," katanya.

Selain itu, Ibrahim juga berkata, beliau turut akan mengadakan kenduri kesyukuran jika Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara keatas Anwar iaitu lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

Dengan mendoakan Anwar segera ke penjara serta akan mengadakan kenduri kesyukuran mengenainya, tidak syak lagi tahap bodek dan ampunya kali ini boleh dianggap paling "gila" kerana orang yang didoakannya itu pernah menjadi kawan baiknya sebelum ini. Lebih-lebih lagi, Anwar pula bukanlah bermusuh secara langsung dengan beliau.

Musuh Anwar yang sebenar ialah Najib Razak dan Mahathir Mohamad. Jika Mahathir pernah memenjarakan Anwar adalah mungkin kerana faktor perebutan kuasa, Najib juga jika melakukannya adalah kerana hal yang sama. Ia tentulah boleh difahami tetapi apa hal pula Ibrahim sampai tergamak mendoakan Anwar segera ke penjara serta akan mengadakan kenduri kesyukuran pula kalau bukan untuk membodek dan mengampu Najib?

Apa untungnya kepada beliau jika Anwar dipenjarakan? Adakah beliau pasti jika Anwar ke penjara, doanya itu akan dihargai oleh Najib?

Benarkah jika Anwar ke penjara dan Malaysia tanpa Anwar Ibrahim, keadaan negara menjadi lebih baik? Atau mungkinkah tanpa pembangkang yang kuat yang diasaskan oleh Anwar selama ini, Najib dan barisan kepimpinan negara lebih bermaharajalela lagi merompak dan melanun kekayaan negara ini?

Dalam konteks yang lain pula, yang mana satu lebih baik untuk negara ini, tanpa Anwar atau tanpa Ibrahim Ali?

Apabila Ibrahim bersuara lagi untuk kali entah ke berapa menyerang Anwar sejak Najib menjadi Perdana Menteri, terutama mendoakan Anwar segera ke penjara, sebenarnya begitu banyak tanda soal bermain-main di kepala rakyat Malaysia, terutama yang mengenali bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Apa lagi yang dimahukannya daripada Najib dan apa lagi yang masih tidak cukup dalan hidupnya ketika usia emas sekarang ini?

Kepada yang tidak mengenali dan sekadar mengikuti pelbagai kenyataannya di media sebelum ini, ramai juga yang geleng kepala dengan perlakuannya itu serta tidak menganggapnya tidak wajar dilakukan oleh seseorang dalam berpolitik.

Sejak 1998, Anwar telah mengasaskan kebangkitan dan kesedaran kepada rakyat mengenai politik dan peri pentingnya sama-sama menyayangi negara ini. Melalui parti yang ditubuhkannya iaitu PKR serta berjaya menubuhkan gabungan yanf kuat bersama Pas dan DAP, keduduhan pembangkang menjadi paling kuat dalam sejarah negara.

Melalui kewujudan pembangkang yang kuat, amalan "check anda balance" terhadap kerajaan menjadi lebih berkesan. Banyak salah laku, penyelewengan, amalan rasuah dan seumpamanya telah didedahkan kepada umum dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada keadaan yang lebih baik dari segi pengurusan dan perbelanjaan wang negara.

Beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu pula telah mengalami pertukaran kerajaan negeri sejak Anwar mengasaskan reformasi rakyat dan ini juga memberi pengalaman kepada rakyat untuk menilai kerajaan manakah yang lebih baik dan akhirnya mana-mana kerajaan yang dipilih akan berusaha sebaik mungkin untuk mengutamakan kepentingan rakyat.

Sama ada karenah politik Anwar memening atau menyusahkan kerajaan, ia sebenarnya adalah ujian kepada ketegasan serta kebijaksanaan pemimpin yang sedang memegang kuasa. Bukankah negara kita cukup dengan segala undang-undang, akta dan peraturannya?

Jika beliau didapati bersalah dan melanggar mana-mana undang-undang, peraturan atau akta, gunakanlah peruntukan yang sudah tersedia itu. Tetapi jika pemimpin yang berkuasa takut untuk menggunakan kuasa terhadap Anwar, tidaklah wajar Ketua Pembangkang itu dipersalahkan dan dianggap banyak menyusahkan kerajaan. Ia adalah kelemahan pemimpin yang diberikan kuasa itu dan pemimpin seperti ini sudah sewajarnya ditumbangkan.

Ibrahim Ali pula, sejak mengenal perjuangan politik yang bermula melalui gerakan pelajar, telah terlibat dalam banyak wadah perjuangan. Bermula dengan Berjasa, kemudian menyertai UMNO, keluar UMNO masuk Semangat 46, kemudian masuk UMNO semula, meminjam tiket Pas pada pilihanraya 2008 dan kemudian mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas tapi mesra BN.

Sejak menjadi Ahli Parlimen Bebas, beliau menubuhkan NGO Perkasa yang meletakkan agenda perjuangan Melayu sebagai landasannya bersuara. Namun dalam banyak hal, perjuangan Perkasa lebih banyak membela Perdana Menteri serta mempertahankan kekuasaan UMNO. Dalam pilihanraya 2013 lalu, beliau bertanding sebagai calon Bebas di Pasir Mas tetapi disokong oleh UMNO dan BN tetapi tewas.

Selain menjadi pemimpin yang paling banyak melompat dan mudah tidak puas dengan satu-satu wadah perjuangan, Ibrahim Ali juga kerap mengeluarkan kenyataan sensasi untuk menonjolkan dirinya. Daripada mahu mencium punggung Mahathir, membakar kitab Injil berbahasa Melayu, mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, melakukan pelbagai serangan keterlaluan kepada Anwar dan lain-lain pemimpin pembangkang dan macam-macam lagi, beliau juga bolehlah dianggap pemimpin yang paling banyak bersuara dan mengeluarkan kenyataan.

Hampir setiap hari ada ada kenyataan, komen atau reaksinya yang boleh dibaca oleh rakyat negara ini.

Akhbar Utusan misalnya, umpama hilang seri jika diterbitkan tanpa ada berita mengenai Ibrahim Ali atau Perkasa.

Tetapi melalui banyak kenyataan yang dikeluarkannya atau parti yang disertainya, apakah jasa dan sumbangan Ibrahim Ali kepada negara ini? Bolehkah ada sesiapa yang boleh menyebut satu sumbangan besar Ibrahim Ali kepada negara? Antara Anwar dan Ibrahim Ali pula, siapakah yang paling berguna dan siapakah pula yang jika ketiadaannya lebik baik untuk negara ini?

Barangkali elok juga jika Merdeka Center atau Umcedel dapat membuat kaji selidik mengenainya dan mudah-mudahnya hasil dapatannya nanti akan membuatkan ada yang segera sedar diri. (SH 02/05/2014)

25 comments:

  1. Kalau nak jual dan lakukan blog ini pun janganlah sampai pemiliknya hilang pertimbangan hilang kewarasan dalam cubaan melagakan dengan tulisan yang terlalu murah tidak selaras dengan kedudukan sebelum ini sebagai bekas wartaawan dan bla bla la...

    Kalau ini perangai wartawan sebenar, patutlah negara huru hara dengan tulisan yang rendah mutu dan tidak beretika...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak sangat menjadi pencacai pun, biarlah jangan jadi pencacai kepada Brahim Ali. Jadilah pencacai Najib atau Rosmah, dah tentu dapat juga saki baki harta dan wang rompakan terhormat dari rakyat. Kalau kat si Brahim Ali ini dia pun dok minta sedekah kat Najib dan Rosmah. Yang kamu pula nak minta sedekah kat Brahim Ali?

      Delete
    2. Minta maaflah saya tidak pernah dan tidak biasa jadi pecacai atau minta sedekah seperti awak - see the leg.

      Delete
  2. Penulis memberi pandangan timbang rata. Jika x ada pembangkang siapa yg na membetulkan. Si Ibrahim usia da tuadia pun na kumpul harta...kawan nya Tg Li x da ta na bicara halnya lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibrahim ali dan anwar hampir sama usia, anwar berjuta kali ganda kaya kerana dia 'bersih' dan ibrahim ali miskin sebab dia banyak 'rasuah'. Boleh faham kot !!!

      Delete
  3. Kita perlukan Anuar Ibrahim untuk jadi pembangkang yang kuat. Kita juga perlukan Ibrahim Ali untuk jadi raja lawak dalam dunia politik tanah air.

    ReplyDelete
  4. Kita perlukan anwar untuk mengetuai lgbt, kita perlukan anwar untuk dilembukan lim kit siang, kita perlukan anwar untuk halang hudud, kita perlukan anwar untuk memburukan negara, kita perlukan anwar untuk dipenjarakan.

    Kita tidak perlukan ibrahim ali selepas anwar dipenjarakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian, tuan ni sakit agaknya!

      Delete
    2. angka 47%
      angka 52%
      angka tidak menipu
      angka tidak keliru
      kcuali ego umno
      ego umporno

      Delete
    3. Angka 52 tu menyebabkan ramai manusia histeria, sakit hati dan kecewa amat sangat kerana angka itu menipu diri mereka sendiri dan memusnahkan pakatan haram bangang - negara terselamat dari tangan pemimpin2 yg rakus dan kotor.

      Angka 47 itu memberi amaran supaya najib yg lembek jangan mengkhianati Melayu dan Islam dan jika itu diteruskan seketurunannya mendapat musibah sumpah bumi jawi.

      Delete
  5. Kedua-duanya sama penting untuk mewarnai politik malaysia dengan kelebihan dan kekurangan masing2.

    ReplyDelete
  6. tebing tinggi2 May 2014 at 23:01

    Saudara Sahbudin,

    Lu fikirlah sendiri , dua- dua mempunyi warna yang tersendiri ,tetapi warna Anuar lebih menjelikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. T3bing Tinggi,

      Saya amat berminat untuk mendapat ulasan dan kupasan yang l3bih lanjut kenyataan tuan diatas : "Lu fikirlah sendiri , dua- dua mempunyi warna yang tersendiri ,tetapi warna Anuar lebih menjelikan."

      Mengapa Anwar l3bih menjelikkan? Sdra seorang yang terpelajar dan bol3h membuat komen di dalam bahasa inggeris disalah satu blog yang agak 3kslusif, tentunya sdra dapat memberi ulasan yang lebih lanjut, bukan secara " one liner" yang menjadi trademark penyokong tegar satu parti politik di malaysia.

      Didahului dengan Terima kasih. Looking forward for ur enlightenment ....

      Delete
    2. Sesekali sepotong ayat sudah mencukupi dan mencakupi. Benang yang basah tidak mampu ditegakkan walau seribu ayat digunakan.
      Warna anwar lebih jelik sebab dia pemimpin besar dan tersohor yg melakukan banyak contengan, silap dan mungkar. Ibrahim ali pemimpin kampong, kerdil.

      Delete
    3. Anon 07:29 dan sdra T3bing Tinggi

      One liner atau sepotong ayat ini biasanya digunakan untuk menjawab soalan teka-teki atau menjawab soalan yang jawapannya adalah tepat dan tak menimbulkan andaian lain kepada jawapan yang diberi : contoh: awak hendak ke mana? - saya hendak ke kuala lumpur. Awak sarapan apa? roti canai telor dsb.

      Dalam banyak perkara kita menggunakan banyak ayat untuk menjelaskan sesuatu supaya ia tidak disalah tafsir atau supaya orang yang mendengarnya memahami apa yang didengar sebagaimana yang kita maksudkan. Begitu juga berfikir. Kita tidak berfikir dalam bentuk satu ayat atau s3patah dua perkataan kemudian itulah keputusannya.

      Bayangan bagaimana perasaan kita berkomunikasi dengan seseorang yang hanya menjawab dalam sepatah dua perkataan atau sebaris ayat pendek terutama jika perkara itu bukan perkara remeh atau pasti.

      Apa reaksi kita dengan orang begini? Jelas kita merasa pelik dan beranggapan individu tersebut tak betul saraf atau sombong atau sams3ng taik minyak dsbnya.

      B3gitu juga komen-komen di blog-blog kerana ia adalah satu bentuk komunikasi. Komunikasi yang baik melambangkan kejernihan berfikir atau clarity of thought dan keupayaan melihat isu dengan jelas dari perspektifnya.

      Apatah lagi kita makhluk yang Allah anugerahkan dengan kemampuan berfikir melalui akal. Manusia buat sesuatu atau mempunyai pandangan begini dan begitu sentiasa dengan sebab kerana itulah ciri perlakuan manusia yang dianugerahkan Allah akal.

      Tak ada orang buat sesuatu tanpa sebab kecuali manusia didalam golongan istimewa dimana akalnya sudah tidak berfungsi.

      Begitu juga sikap dalam isu politik. Kecenderungan politik adalah pilihan masing-masing yang dibuat atas sebab-sebab tert3ntu. Mengapa kita sokong UMNO,mesti ada sebabnya. Jika kita kata PAS,s3buah parti pem3cah belah umat,kita mesti ada alasan. Orang yang termasuk didalam golongan istimewa yang saya s3butkan diatas je yang buat atau punya pendapat tanpa bersebab!

      Tujuan saya panjang lebar dalam isu one liner ini adalah untuk mengalak kita orang melayu berfikir dan tidak malu untuk mempunyai pendapat didalam sesuatu pe4kara. Soal ianya salah atau betul itu soal lain. Malu kita orang melayu apabila dituduh otak beku....

      Delete
    4. Banyak cakap banyak silap...

      Delete
    5. Banyak cakap merapu m3mang la banyak silap....dan yang paling teserlah akan nampak bodoh dan bangang.

      Delete
    6. tebing tinggi3 May 2014 at 18:17

      Saudara bat8,

      Saudara sahbudin telah melontarkan satu soalan yang berbentok pilihan ,yang pada saya tiada siapa akan bolih memberi jawapan yang tepat ,kerana masing-masing akan mempunyi pandangan-pandangan yang berbeda daengan alasan yang berbeda juga.
      Tidak mungkin juga satu-satu pandangan itu jelas ,kalau didorong olih keperchayaan yang memehak ,dan kecendrongan yang mendorong kapada sesuatu ketetapan atau pilihan.
      Mengatakan warna Anuar lebih jelik ,adalah dipengarohi olih tatalaku peribadi bukan politik ,walaupon apa alasan warna itu, tetap menyerlah apabila dilakar bukan sekali.

      Delete
  7. Sesiapa saja yang memahami situasi Anwar berhadapan dengan musuh politiknya khasnya pemimpin tua UMNO Baru memang terasa sakt hati terhadap kenyataan Ibrahim Ali.

    Namun dalam dunia politik semuanya bersifat sementara. Kawan mudah bertukar jadi musuh, musuh boleh bertukar jadi kawan adalah pekara biasa. Itu sebabnya kewibawaan ahli politik dalam sifat jujur dan amanahnya kita perlu dipantau dan dinilai setiap masa kerana mereka mudah berubah meninggalkan perjuangan asal berasaskan suasana persekitaran dan sokongan. Dalam pandangan saya, kenyataan Ibrahim itu perlu dinilai dari sudut negatif dan positif.

    Jika mahkamah kekalkan hukuman Anwar Ibrahim dimasukkan kedalam penjara, kita percaya ianya memang baik bagi pemimpin UMNO Baru yang lemah dan bacul. Tanpa Anwar mereka tidak perlu bersusah payah bersaing merebut pengaruh rakyat dan mereka akan kekal berkuasa.

    Tapi dipihak penyokong Anwar pula, jika beliau dipenjarakan ianya tidak baik kerana Anwar sudah difitnah dan dizalimi sejak sekian lama tanpa henti. Rasa simpati penyokong akan menimbulkan perasaan marah yang akhirnya mencipta pemberontakan tersembunyi seperti api dalam sekam.

    Keadaannya tidak akan segera meletup. Tapi apabila kehidupan rakyat bertambah susah ketika kerajaan menikmati hidup mewah melalui cukai GST nanti, ia akan menjadi alasan untuk rakyat menghimpunkan segala kemarahan dan melepaskannya melalui berdemostrtasi dijalanraya.

    Andainya Anwar tidak dipenjarakan, ia tidak baik kepada pemimpin UMNO Baru kerana mereka bukan saja terpaksa menanggong malu setiap hari berhadapan dengan hujah yang tidak mampu ditepis malah akan berhadapan juga dengan kebencian dari rakyat yang sedar diri bahawa mereka telah diperlembukan oleh kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh Najib dan Mahathir.

    Kenyataan Ibrahim Ali itu dilihat mengundang persepsi yang bertindih. Sesiapa saja boleh setuju dan membantah malah mengutuk kenyataan itu kerana Ibrahim sedang memasang lukah dicelah kangkang pemimpin senior UMNO Baru.

    Mereka yang berpengaruh dikalangan pemimpin tua UMNO Baru dan penjawat awam yang pro UMNO Baru perlu ada plan untuk jangka pendek dan jangksa masa panjang cara penyelesaian sebelum mencipta masaalah kerana kuasa yang dimiliki oleh kerajaan BN sekarang ini dipenuhi dengan cara tipu dan fitnah. Sokongan pula bertambah kurang.

    Ungkapan seperti "Anwar ingat Malaysia ini negara mak bapa dia yang dia boleh buat suka hati dan seolah-olah kebal daripada undang-undang. Semua orang tak betul, dia sahaja yang betul," telah menjadi ‘cluster bomb’ yang boleh tertuju kepasa sesiapa saja. Siapa yang kunyah cili dia yang terasa pedasnya.

    Walau pun begitu, Ibrahim Ali hanyalah seorang ahli politik pinggiran. Di sudut lain, kita lihat beliau gemar berkelakuan seperti musang berbulu ayam dan yang menyokongnya hanyalah melayu 50sen a.k.a samseng tahik kuching.

    Tipu, bodek dan rasis dilakukan bukan untuk kepentingan agama, bangsa melayu dan raja melayu tapi demi sesuap nasi.

    ReplyDelete
  8. Ibrahim Ali tak diperlukan rakyat Malaysia sebab dia dah kalah dalam PRU lalu, maknanya dia memang tak berguna.Anwar Ibrahim sangat-sangat diperlukan sebab dia telah menang dalam semua PRU dan tak pernah kalah.

    Ibrahim Ali ni jenis manusia gila sama seperti kawannya Zul Nordin,Dua-dua paling tak berguna,kalau boleh harus dihalau keluar dari Malaysia.

    ReplyDelete
  9. Aku cadangkan Ibrahim Ali cerminkan muka dulu sebelum nak mengeji orang lain hodoh dan cela. Bunyi cakap Ibrahim mengalahkan tong drum yang diketok, cuma bingit tapi tak mampu cederakan sesiapa.

    Manusia gedebe Ibrahim Ali megah kononnya dia lah pejuang melayu lagi PERKASA. Dia lah kononnya mempertahankan Islam dan Raja Raja Melayu. Bagi Ibrahim dan UMNO BN, Anwar Ibrahim adalah sekeji dan sehina manusia dan wajib diaib sana sini ole media massa. Tidak cukup dengan itu, mahjamah dipergunakan srmahunya oleh penguasa utk menjustfikasikan bahswa Anwar ini tidak layak diangkat sebagai pemimpin.

    Anihnya manusia Ibrahim Ali yang kononnya pejuang melayu telah ditolak oleh kaum kerabat melayunya di tempat kelahiran sendiri. Bagaimana mungkin pejuang melayu yang kononnya hebat ini dipinggirkan melayu di kampung lamannya sendiri. Betapa hinanya pejuang melayu seorang ini.

    Anwar yang dicaci nista puluhan tahun sebaliknya terus diterima dimana jua hatta di Permatang Pauh. Di mana silapnya? Adakah melayu yang menolak seorang oejuang melayu bernama Ibrahim di Pasir Mas itu bodoh atau memang Ibrahim yang telah diperbodohkan? Atau adakah melayu yang memenangkan
    Anwar di Permatang Pauh itu yang bodoh atau Ibrahim sebenarnya yang memang seorang gedebe bodoh lagi sombong?

    Di mahkamah bawah kekuasaan UMNO BN, Anwar dicaturkan sebagai manusia bersalah tetapi di mahkamah rakyat Anwarsentiasa menang malah bertambah kuat. Adakah rakyat ramai yang bodoh atau sebenarnya mahkamah yang telah diperbodoh oleh sekelompok penguasa UMNO BN?. Pengurangan undi popular terhadap parti pujaan Ibrahim merudum teruk sebaliknya undi popular diraih parti pimpinan Anwar menjulang naik. Anwar yang bodoh atau Ibrahim dan suku sakatnya dalam UMNO BN yang bodih dan bengong kalau inilah situasinya?

    Ibrahim Ali tak ubah bagaikan sijalak yang gah berkokok di atas tunggul reput dengan harapan kokokannya digilai dan diangau jantan betina. Tetapi sijalak lupa bahawa bontot dan ekurnya penuh diselaputi najis dan tahi. Melayu mana yang idamkan dan agungkan tahi atau najis kalau bukan melayu dari parti yang sarat najis dari kepala sampai ke usus ( sekadar pinjam testimonial dan statement dari Tun Mahathir sendiri).

    Bagi aku Ibrahim ini tak lebih seorang manusia yang hasad, dengki dan iri hati. Orang yang dibencinya tidak lain dan tidak bukan ialah Anwar kerana sekian lama Ibrahim dan Anwar membina karir politik, Ibrahim sentiasa ketinggalan di belakang. Anwar yang lebih popular dan diterima umum. Kerana kebencian dan irihati yang keterlaluan inilah yang telah merosakkan Ibrahim sehingga sanggup menjual maruah diri menjadi barua si tua peranakan Kerala, musuh politik utama Anwar.

    Nasihat aku kepada manusia bernama Ibrahim Ali. Elok balik dan mandi lumpur di kubang kerbau selana tujuh hari tujuh malam. Buang sial dan noda yang bersarang dalam hati awak tu. Selagi sial dan busuk hati tak dibuang, sepanjang hayat awak yang bergelar pejuang nelayu tulin lagi PERKASA akan terus di PERKASAMKAN oleh orang melayu di tempat awak sendiri. Jangan lupa wahai Ibrahim...beli cermin besar dan tilik tilik lah wajah sendiri, apa kah nampak segak atau kelihatan semak? Mulut jangan lancang kalau tak mahu selamanya kecundang!

    ReplyDelete
  10. Ibrahim ali pemimpin yg sangat terpencil jika dibandingkan dng anwar yg disebut-sebut sebagai PM Jalanan Pertama Malaysia.

    Sewajarnya apa pendapat ibrahim ali tidak penting dan tidak menjadi kudis tetapi entah di mana silapnya, mungkin tuahnya kerana kecamannya terhadap anwar menjadikan penyokong anwar melenting hilang akal.

    Mungkin terjahan ibrahim ali sangat tepat menusuk hingga terpaksa mereka tangkis berjela-jela.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 18:09

      Tiada siapa yang hilang akal membela maruah Anwar Ibrahim tapi tulisan yang berjela itu sebenarnya mengutuk Ibrahim Ali. Bukan menjadi kesalahan kalau hati suka jadi pencacai, cuma kalau tak faham ulang baca sekali lagi.

      Delete
    2. Tebing Tinggi

      Terima kasih atas respon sdra yang baik dan jelas. Saya amat menghargai susah payah sdra.

      Politik orang melayu perlu berubah dari amalan " zero sum atau either u die or l die, yang diamalkan sejak lepas merdeka hingga hari ini kerana kita semua akan hancur didalam dunia hari ini.

      Orang lain sudah berada dihadapan dalam persaingan untuk maju sedangkan kita saling "berbunuhan" kerana perkara2 remeh temeh dan bodoh. Kita s3mua yang mer3mpat din3gara kita s3ndiri tak kiralah orang UMNO ke, orang PAS ke atau atas pagar ke.

      Ayuh kita mulakan politik baru ia itu politik inklusif. Politik adalah meraikan k3p3lbagaian idea dqn cara bagaimana untuk mencapai matlamat yang satu - dalam kont3ks kita orang m3layu, mencapai dan m3mbawa kemajuan kepada orang melayu agar setanding dengan bangsa-bangsa lain didunia ini.



      Delete