Wednesday, 7 May 2014
Kenapa MB Terengganu Seorang Saja Ada Perjanjian Tamat Tempoh Dengan Najib?
Dikhabarkan Terengganu akan mendapat Menteri Besar baru tidak lama lagi. Mengikut laporan The Star, penyandangnya sekarang, Ahmad Said akan ditamatkan tempoh perkhidmatannya dan dua nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya ialah Adun Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar.
Apa yang lebih mengejutkan ialah penggantian Menteri Besar ini dikatakan kerana Ahmad Said mempunyai perjanjian dengan Perdana Menteri, Najib Razak bahawa beliau telah bersetuju untuk memegang jawatan itu untuk tempoh setahun saja selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013 lalu.
Dengan itu, pengumuman siapa Menteri Besar Terengganu yang baru dijangka akan diumumkan antara 15 hingga 18 Mei ini sementara mendapat persetujuan daripada Istana Terengganu.
Memanglah tiada salahnya dan merupakan hak Najib untuk menukar mana-mana Menteri Besar atau pemimpin lain yang dikehendakinya. Beliau boleh menukarnya dengan apa saja alasan atau tanpa alasan sekali pun. Itulah kelebihan sebagai Perdana Menteri.
Tetapi yang ingin diketahui ialah benarkah Ahmad Said ada perjanjian tamat tempoh dengan Najib? Apakah pula alasan perjanjian itu dibuat, adakah kerana prestasi buruk UMNO Terengganu dalam pilihanraya umum lalu dan untuk menyuntik semangat baru menghadapi PRU 14, maka seorang pemimpin baru perlu dilantik atau ia bertujuan menamatkan krisis berterusan antara puak Ahmad Said dengan Idris Jusoh?
Jika benar Ahmad Said ada perjanjian tamat tempoh yang perlu dipatuhi, bagaimana pula dengan peminpin negeri yang lain? Tidakkah Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob dan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman yang lebih lama berkhidmat dan turut dilanda prlbagai masalah dalaman, juga sebenarnya perlu menandatangani perjanjian tamat tempoh yang sama?
Begitu juga, bagaimana pula dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan, Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir dan lain pemimpin-pemimpin negeri yang turut mempunyai masalah tersendiri?
Andainya hanya Ahmad Said yang diperlukan menandatangani perjanjian tamat tempoh dengan Najib, tentulah ia terlihat sesuatu yang tidak adil walaupun karektor dan kepimpinannya di negeri Terengganu menimbulkan banyak masalah di negeri itu. Ini kerana bukan Terengganu saja yang memerlukan suntikan semangat baru bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang, tetapi banyak negeri lain juga memerlukan perkara yang sama.
Jika begitu, selain menukar Menteri Besar Terengganu, Najib sebenarnya perlu memberi perhatian yang seimbang untuk menukar ketua kerajaan di negeri yang lain juga.
Serentak dengan itu, kelemahan UMNO dan BN juga sebahagiannya adalah berpunca daripada prestasi, sikap dan perangai menteri-menteri di peringkat pusat yang banyak menjadi pertikaian rakyat. Mereka bukan saja menunjukkan prestasi lemah, masih bersikap sombong dan angkuh, tidak memperdulikan rakyat sebaiknya serta gagal menunjukkan mereka itu sebagai seorang pemimpin dalam ertikata yang sebenarnya.
Kiranya Najib benar-benar ingin menyuntik semangat baru dan mahu memperlihatkan kerajaannya benar-benar berubah, beliau juga sebenarnya perlu melihat dengan serius prestasi menteri dan timbalan menteri di bawah pentadbirannya serta tidak teragak-agak untuk membuang "sampah-sarap" yang membebankannya itu.
Walaupun Ahmad Said menafikan khidmatnya sebagai Menteri Besar akan ditamatkan dengan berkata, setahunya beliau akan berkhidmat sehingga 2018 manakala Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Senator Abdul Rahman Bakar pula mengatakan Najib telah berjanji dalam mesyuarat MT UMNO dua minggu lalu bahawa Ahmad Said akan terus kekal mengetuai kerajaan Negeri Terengganu, hakikatnya tiada masalah jika pertukaran itu ingin dilakukan.
Cumanya, pertukaran itu mestilah disusuli dengan pertukaran di beberapa negeri lain serta rombakan yang serius di peringkat pusat. Itu pun, jika Najib benar-benar serius mahu menyuntik semangat baru dan masih mempunyai keinginan untuk memenangi pilihanraya umum akan datang yang masih berbaki tempohnya empat tahun lagi. (SH 07/05/2014)
Tukar ekor, tukar badan, tukar tingkap, tukar pintu, kepala tak tukar - sama je !
ReplyDeleteBoto...boto...boto...Paling mustahak,kepalo tu kono pancung dulu,lopeh tu nk tuka yg lain,tuka bona lah.....
DeleteMengikut cerita dari pencacai kelas F di Kemaman......, biar pun khabar angin jadi khabar benar bahawa Ahmad bin Said dipaksa lepas jawatan dan digantikan dengan orang lain sebagai menteri besar Terengganu bukan bererti Ahmad tidak pandai dalam urusan pentadbirannya selaku ketua negeri. Kalau bodoh dan cuai ia tidak boleh dipersalahkan dan didakwa kerana penyakit itu dilindungi oleh kerajaan BN.
ReplyDeleteTapi disebabkan sikap tamak dan mahu berkongsi hanya dengan kroni sendiri saja maka timbul perbalahan dalam gelap.
Sepatutnya Ahmad Said mengagihkan hasil rompakan yang dilakukan bersama itu mesti sama rata atau setidak-tidaknya semua ahli dapat makan walaupun sedikit . Malang nya ada yang tidak dapat langsung dan tidak dipedulikan.
Perbuatan masa makan menyorok, bila kenyang menunjuk telah disampaikan kepada Najib. Penasihat telah mengingatkan bahawa jika kemarahan para penyamun tidak dibendung diperingkat sekarang, ada kemungkinan mereka lompat parti yang menyebabkan peristiwa Perak Haramjadah akan berulang diTerengganu sebagai Terengganu Haramjadah pula.
Walaupun begitu ceritanya tiada siapa boleh dijadikan sebagai saksi yang akan bercakap benar. Mungkin ia hanya rekayasa saja. Tapi kita boleh memperolehi fakta dan bukti perbuatan itu dari laporan audit negara.
Jelas sekali ADUN dan MP dari Barisan Nasional tidak memperjuangkan nasib rakyat secara ikhlas kerana setiap projek yang mereka cipta pasti harganya amat mahal yang didalamnya sudah ada komisyen untuk mereka.
Maka tidak hairanlah jika mereka bergaduh sesama sendiri kerana mempertikaikan hak dan bahagian masing-masing.
Buah fikiran penulis cukup baik padangan dari pengundi tetapi da duduk atas siapa na turun...da duduk dlm lubok emas... mana ada pemimpim melayu sedia lepas jawatan nanti dia org ta ada kerja dan beban kewangan akan beetmbah...
ReplyDeleteSekiranya UMNO mahu mengukuhkan kedudukan di Trg maka Razif adalah pilihan terbaik sbb beliau kuat agama, suka menolong rakyat tdk kira smada dari UMNO atau PAS, rekod masih bersih, bijak memimpin, dan tdk sombong.
ReplyDeleteSementara Hakim pula masih tdk dikenali ramai, namun rakyat Trg amat megenali bapanya Wan Mokhtar (bekas MB Trg) dan dendam kesumat rakyat trg masih belum padam lagi. Jadi sekiranya Hakim dipilih maka UMNO mestilah bekerja lebih keras lagi utk membuang sentiment buruk "Wan Mokhtar and the geng" yg tersemat pada seluruh jiwa rakya Trg. Tersilap langkah akan tumpas lagi UMNO di Trg.