Saturday, 31 May 2014

Kalah Tapi Permulaan Yang Baik Bagi Dyana


Sebagaimana yang sudah diketahui umum, BN berjaya merampas kembali kerusi Teluk Intan yang kali terakhir pernah dimenanginya pada 2004 dahulu. Dalam keputusan yang diumumkan tadi, calon BN, Mah Siew Keong berjaya menewaskan calon DAP, Dyana Sofya dengan majoriti 238 undi.

Dengan peratusan keluar mengundi begitu menurun iaitu hanya sebanyak 66.5 peratus, Mah memperolehi undi sebanyak 20,157 manakala Dyana Sofya meraih sebanyak 19,919 undi. Undi rosak pula sebanyak 550.

Walaupun tewas dan percubaan DAP meneroka aliran politik yang merentasi batas perkauman ditolak oleh pengundi Teluk Intan, tetapi haruslah juga diakui bahawa ini merupakan permulaan yang baik bagi Dyana untuk mengembangkan lagi potensinya sebagai ahli politik masa depan.

Kalah kali pertama tidak bererti akan kalah selamanya.

Beliau secara umumnya diterima sebagai ikon orang muda dan percubaan kali pertama dalam usia 27 tahun ini tentunya memberi banyak pengajaran dan pengalaman kepadanya. Namun sebagai orang luar Teluk Intan yang kali pertama bertanding dan lawannya pula merupakan presiden parti keempat terbesar dalam BN, kejayaan memberi cabaran sengit kepada BN masih boleh dikira membanggakan.

Selain berhadapan dengan Mah selaku Presiden Gerakan, Dyana turut berhadapan dengan kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri Perak di mana pemimpinnya silih berganti turun berkempen dan menawarkan habuan kepada pengundi. Dengan peratusan pengundi Cina 42 peratus, Melayu 38 peratus dan India 19 peratus, latar belakang dan komposisi pengundi sebegini memang diakui memberi cabaran yang hebat kepada mana-mana calon pembangkang.

Sekurang-kurangnya dua sebab utama menjadi punca kekalahan Dyana dan DAP dalam pilihanraya ini. Pertama, kekurangan sokongan pengundi Melayu yang mana kehadiran beliau sebagai calon telah berjaya dimanipulasi dan disensasikan oleh jentera BN melalui pelbagai isu berkaitan diri dan apa yang pernah diperkatakannya seperti mengenai hudud dan UiTM.

Walaupun Dyana merupakan seorang Melayu tetapi jentera BN gigih memainkan isu bahawa di belakangnya adalah Cina dan berbeza dengan Mah yang walaupun Cina tetapi di belakangnya adalah Melayu.

Dan sejak awal lagi BN memang memberi tumpuan yang lebih kepada pengundi Melayu kerana mereka merasakan tiada harapan untuk bergantung kepada pengundi Cina yang majoritinya memang menyokong DAP. Lagi pula pengundi Melayu yang banyak berlatarbelakangkan kampung agak mudah dipengaruhi.

Sebab kedua kekalahan Dyana ialah wujudnya kecenderungan sebahagian pengundi Cina yang tidak mengundinya kerana masalah dalaman DAP. Mereka ini lebih mahukan calon tempatan diketengahkan dan bila kemunculan Dyana yang turut dibimbangi akan menenggelamkan terus calon tempatan dalam pilihanraya akan datang, maka penolakan golongan ini jadi membesar.

Selain tidak mengundi DAP, pengundi Melayu dan Cina yang enggan menyokong Dyana ini juga sebahagiannya mengambil keputusan tidak turun mengundi atau merosakkan kertas undi. Hal ini sudah kedengaran di hari-hari terakhir sebelum pembuangan undi lagi.

Sebab itu, tidak memeranjatkan jika peratusan yang keluar mengundi hanya 66.5 peratus saja manakala undi rosak pula sebanyak 550 dan lebih tinggi daripada majoriti kemenangan sebanyak 238 undi.

Melalui kemenangan ini, sebagaimana yang dijanjikan oleh Perdana Menteri sendiri, Mah akan dilantik menjadi menteri atas kapasitinya sebagai Presiden Gerakan. Melalui beberapa janji yang terkandung dalam manifestonya pula, pembinaan sebuah universiti tentulah antara yang paling ditunggu-tunggu oleh penduduk Teluk Intan.

Melalui beberapa janji menteri yang lain lain pula seperti wifi yang lebih laju, pembangunan yang lebih banyak, pembinaan lebuhraya Banting-Taiping yang dijanji dipercepatkan, uniform untuk anggota RELA dan sebagainya, semuanya itu sedang dinanti oleh penduduk Teluk Intan walaupun Mah berkata, semua itu bukan janjinya dan beliau tidak terikat dengannya.

Namun jika semua janji itu tidak ternampak bayangnya atau sebatang tiang pun gagal dinaikkan menjelang pilihanraya 2018 nanti, tidak mustahil kerusi Teluk Intan ini kembali semula ke pangkuan DAP.

Meskipun ada kemungkinan sesetengah pemimpin UMNO bersikap agak sombong dan poyo dengan kejayaan merampas kerusi Teluk Intan ini daripada DAP, tetapi secara keseluruhannya pola pengundian masih menjanjikan persaingan yang sengit dalam pilihanraya umum akan datang. Najib, UMNO dan BN belum boleh bersenang-lenang lagi. (SH 31/05/2014).

10 comments:

  1. Hahahaha, selepas beria-ia bermain bahasa -dengan harapan (dan kesimpulan) bahawa BN akhirnya akan tumbang lagi di tlk intan - malam ini mau tak mau En Shahbuddin terpaksa mengakui jangkaannya meleset. Dyana ikon org muda tidak lebih daripada sekadar gimmick politik pembangkang. Yg melihatnya sebagai ikon hanyalah anak-anak muda yg cenderung kpd pembangkang BUKANNYA semua anak muda. Dan ikon tak ikon, dia tertungging. Bagilah apa alasan pun, perpecahan DAP...bla...bla...hakikatnya, Dyana kalah! Diulangi: DYANA KALAH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmang lah Umngok....klau tak menang...kalah.

      Delete
    2. Mmang lah Umngok kamu ni....klau tak menang...kalah

      Delete
  2. tahniah kepada kedua2 calon bertanding. cabaran buat dap untuk menarik lebih ramai kaum selain cina menyokong mereka. dap you have make 1 step further from other parties. good job. im wondering why umno not not contest in bukit gelugor after mca unwilling to put their candidate. After this let gerakan replace mca candidate. They might have more chances to win. :)

    ReplyDelete
  3. Menang atau kalah merupa kan adat pertandingan dan boleh di anggap adil sekiranya di laku kan di tasa padang yang sama rata. Dari banyak banyak insidence yang menjolok mata berlebihan kertas undi sebanyak 384 itu boleh di kira misteri juga sapertimana kehilangan MH 370. Akan di lakukan pembetulan kah keatas perbezaan tersebut? Sekira nya tidak di lakukan juga maka boleh kah keputusan yang SPR umum kan itu di kira sah?

    ReplyDelete
  4. Kekalahan yang baik untuk mencalarkan ego PR. Kemenangan demi kemenangan akan meningkatkan kesombongan dan keegoan di kalangan PR. Tanpa perpaduan, tidak akan wujud kemenangan. Prk ini adalah seperti ukuran pru14. Klu pr gagal selesai beberapa isu termasuk hudud, jgn bermimpi untuk berjsya dalsm pru 14.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang ego sebenarnya?PR hanya mempertahannya kerusinya, bukan yang cuba dirampas dari BN barulah di katakan ego. PR hanya ada satu tujuan nak menjatuhkan BN, sebab semua rakyat tahu yang kerajaan BN memang koruo sekorupnya macam PM 1M malaysianya yang ego dan bodoh tu,yang tunggu masa untuk disingkirkan oleh partinya sendiri.

      Delete
    2. anon 01:18 adalah contoh sebenar ego seperti yang dimaksudkan akulah69 ..tidak mahu terima hakikat.

      Rakyat jangan jadi bodoh memenangkan satu parti secara keterlaluan atau mengalahkan dan membenci satu parti lain secara keterlaluan--itu sangat merbahaya untuk rakyat.

      Biarlah mana2 parti tidak merasa terlalu kuat, biarlah mereka berlumba untuk berkhidmat kepada rakyat,
      Biarlah mereka menghargai keamanan dan perpaduan di kalngan rakyat adalah yang paling utama.

      apa guna menang kalau negara huruhara?

      Delete
  5. Keputusan pilihanraya kecil Teluk Intan sudah diketahui, Mah Siew Keong yang dipuji hebat, berpengalaman, dan pernah berjasa pada masyarakat Teluk Intan hanya mampu mengalahkan budak mentah Dyana Sofya dengan perbezaan 238 undi saja. Berbaloikah sebuah kerajaan yang gagah dengan samsengnya hanya memenangi undi sebanyak itu ?

    Ramai pengundi dan rakyat diseluruh Malaysia merasa terkilan dan bersedih diatas kekalahan Dyana namun adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah.

    Dari peristiwa itu kita juga dapat melihat penilaian dari masyarakat pelbagai kategori mengenai pilihanraya tersebut. Hak masing-masing untuk mengeluarkan pendapat.

    Pada pandangan saya, jika perbezaan undi hanya 238 saja bermakna strategi DAP meletakkan calon Melayu adalah betul walaupun ada orang dijadikan strategi itu sebagai senjata makan tuan. Sebahagian besar orang melayu di Teluk Intan menyokong calon melayu dari DAP. Dan kita tahu strategi itu amat menakutkan UMNO Baru kerana senjatanya sudah dirampas oleh DAP.

    Untuk mengatakan bahawa pengundi Cina memboikot calon Melayu dari DAP itu juga tidak benar kerana persaingan antara pengundi Cina bodoh dan pandai yang jadi penyokong Mah Siew Keong dan Dyana Sofya adalah seimbang.

    Saya lebih percaya bahawa bangsa India yang sering dianggap sebagai bangsa lalang dianggarkan 11,468 pengundi itu telah menentukan perbezaan jumlah undi. Mereka memberi sokongan padu pada calon BN kerana terpengaruh dengan janji borang permohonan tanah.

    Walau pun begitu Mah lelaki tua yang berpengalaman dan pernah berjasa membangunkan kawasan Parlimen Teluk Intan sebelum ini tidak mungkin menang jika pengundi luar dianggarkan 6,000 orang yang pernah memberi kemenangan pada DAP itu pulang semua keTeluk Intan.

    Apa yang dikatakan itu diakui sendiri oleh Mah Siew Keong yang pernah melahirkan kekuatirannya akan kalah jika DAP mampu menarik pengundi luar pulang mengundi.

    Oleh kerana itu bukan sesuatu yang pelik bila Mah Siew Keong mengingatkan penduduk tempatan Teluk Intan dalam kempennya agar tidak memanggil pulang pengundi luar kawasan menentukan masa depan mereka.

    Namun keputusan telah menentukan bahawa Mah Siew Keong telah memenangi pertandingan itu lagi pula sehingga kini kita belum mendengar pihak DAP membantah cara pengurusan pilihanraya itu oleh SPR maka kita perlu menghormati keputusan tersebut.

    Saya percaya masih ramai rakyat malaysia tidak mempercayai perkhidmatan SPR dalam menguruskan pilihanraya Malaysia kerana agensi itu telah dibuktikan berkali-kali sebagai dalang penipuan dalam pendaftaran pemilih, persempadanan semula, undi pos/awal, dakwat tidak kekal, pencabulan peti undi, kiraan kertas undi dan peraturan pilihanraya berat sebelah.

    Namun kerajaan Malaysia seperti sudah dibuta dan dipekakkan oleh Barisan Nasional menjadikan yang salah itu tiada siapa yang boleh mendakwanya.

    Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN akan menunaikan semua janji yang telah dibuat ketika dalam kempen pilihanraya itu. Kepada pengundi Teluk Intan, apakah masyarakat anda lebih bernasib baik dari daerah lain atau puak anda akan mendapat janji kosong seperti pengundi didaerah alami.

    Jika anda masih percaya pada janji Barisan Nasional Tunggu dan lihat hasilnya....

    ReplyDelete
  6. Ya, saya percaya janji BN, tak perlu tunggu..dah terbukti bagus dulu, sekarang dan selamanya...org buta pun nampak.

    Yang tak nampak tu buta hati, buta perut, kufur nikmat.

    ReplyDelete