Saturday, 24 May 2014

Bersalam Dengan Dyana Pun Suatu Kesalahan Rupanya...


Sementara penduduk dan pengundi di Teluk Intan berbangga dan meraikan kehadiran Dyana Sofya sebagai calon dalam pilihanraya kecil Teluk Intan yang bakal berlangsung pada 31 Mei ini, keadaan yang sama tidak berlaku kepada sebahagian kakitangan kerajaan yang bertugas di bandar ini.

Kehadiran beliau sebagai calon muda yang menarik dan telah menjadi fenomena, rupa-rupanya ada petaka di sebaliknya.

Ini berikutan kehadirannya yang sekaligus mendatangkan resah dan gelisah kepada UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya kecil ini telah membuatkan ada ketua jabatan yang hilang pertimbangan dan tidak rasional dalam menjalankan tugas mereka.

Berikutan hari penamaan calon pilihanraya kecil Teluk Intan pada 19 Mei lalu diadakan di Dewan Sekolah Menengah Seri Perak dan ramai guru-guru yang sedang bertugas ketika itu, maka ramailah di kalangan mereka yang tidak mahu melepaskan peluang mahu melihat calon DAP itu dari dekat serta bersalam dengannya.

Terlanjur nama Dyana sudah menjadi fenomena dan wajah serta penampilannya pula menarik, sama seperti penduduk Teluk Intan yang lain, bahkan di kalangan ahli Puteri UMNO sekali pun, sebenarnya bukanlah luar biasa jika ada keinginan untuk menatap wajahnya dari dekat, bergambar atau bersalam dengannya.

Namun demikian, tanpa disedari guru-guru yang didapati bersalam dengan Dyana itu rupa-rupanya sentiasa diperhatikan dan dicatat namanya. Dengan hasrat untuk memgampu, membodek serta ingin menyumbang kepada kemenangan calon BN, Mah Siew Keong kononnya 100 peratus atau pun majoriti guru-guru di Teluk Intan mengundi BN, guru-guru terbabit kini dalam proses di panggil mengadap ketua jabatan untuk dikenakan tindakan.

Kesalahannya hanya kerana didapati bersalam dengan Dyana dan dicop ssbagai pro pembangkang.

Mungkin mereka akan dipanggil untuk mengetahui sama ada undi mereka diberikan kepada BN atau DAP atau barangkali juga akan disusuli dengan tindakan pertukaran sekolah jika didapati mempunyai kecenderungan yang kuat terhadap pembangkang.

Sekurang-kurangnya hampir 10 guru-guru yang didapati bersalam dengan Dyana ketika hari penamaan calon 19 Mei lalu akan dipanggil mengadap ketua jabatan dalam masa terdekat ini. Guru-guru yang dipercayai ada kecondongan terhadap PR sama ada melalui perbualan seharian dan sebagainya juga turut akan dipanggil sama.

Sehingga ini ramai guru-guru meluahkan rasa tidak puas hati atas perkara ini dan mempersoalkan sejak bila bersalam dengan calon parti pembangkang merupakan suatu kesalahan? Mereka juga mempersoalkan, jika tidak mahu guru-guru berdepan kemungkinan bertemu dan bersalam dengan calon DAP, Dyana Sofya itu, seharusnya buatlah penamaan calon di tempat lain dan bukannya di dewan sekolah.

Tindakan ugutan yang dilakukan terhadap guru-guru ini tidak lebih menyerlahkan jiwa resah dan gelisah UMNO dan BN menghadapi pilihanraya kecil Teluk Intan ini. Arus penolakan rakyat yang semakin kuat terhadap BN, ditambah dengan kehadiran calon muda yang ditonjolkan oleh DAP, membuatkan ada ketua jabatan yang menjadi pembodek BN atau memang ianya merupakan arahan daripada pihak atasan telah menjadi hilang pertimbangan serta tidak rasional.

Ugutan terhadap guru-guru yang hanya didapati bersalam dengan Dyana ini menambahkan lagi sejumlah salah laku dan kesombomgan BN serta para pemimpinnya dalam pilihanraya kecil ini. Di ketika undi adalah rahsia dan menjadi kebebasan mutlak setiap rakyat berdasarkan pertimbangan dan penilaian mereka sendiri, taktik jahat dan kotor nampaknya terus berleluasa.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek melontarkan ugutan kepada pengundi muda Teluk Intan dengan mengatakan akses internet yang lebih pantas akan didatangkan ke bandar Teluk Intan ini sekiranya pengundi muda memberikan sokongan dan memastikan kemenangan calon BN, Mah Siew Keong.

Kemudian disusuli pula dengan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan pembangunan hanya akan diberikan kepada penduduk Teluk Intan sekiranya BN memenangi pilihanraya kecil ini.

Jika ugutan mahu memberi akses internet dan mendatangkan pembangunan mungkin sudah agak biasa didengar sebelum ini tetapi ugutan hanya kerana bersalam dengan calon bukan daripada parti kerajaan, mungkin agak pelik dan hanya berlaku di negara ini saja.

Agaknya inilah lambang kejayaan kempen "Malaysia Boleh" dan seruan agar "berfikir di luar kotak" yang sering dilaung-laungkan pemimpin UMNO dan BN sebelum ini? (SH 24/05/2014)

22 comments:

  1. tindakan tegas mmg bagus .

    ReplyDelete
  2. Daripada memberi undi kepada otak lembu betina..bagus lagi mengundi calon muda,cantik dan pintar.Jangan ikut cara celaka umngok....parti yang dianggotai bukan islam sabah tapi jual nama melayu bila kena batang hidung...

    ReplyDelete
  3. Bukan islam dan bukan berbangsa melayu sabah tu ahli umngok apa cerita?bangsa bajau dan illanun dan pakistan tu melayukah?
    memang celakalah puak umngok tu...kemajuan rakyat harap peruntukkan dari kerajaan persekutuan tapi kekayaan kebas dari kekayaan setempat...bodohnya penipu rakyat...

    ReplyDelete
  4. Pembohongan yg nyata - ramai pejawat awam atau guru yg menyokong pembagkang tidak dikenakan apa2 tindakan jabatan, malah ada ketua jabatan yg umumnya pro pembangkang.

    Segelintir nyg kena tindakan kerana bangang mereka sendiri - berpolitik siang malam, asyik utuk kerajaan, makan gaji buta, pemalas dan m emcampur aduk antara tugas vdan politik.

    Penulis jangan ingat kerajaan umno tidak rasional, zalim dan gentleman dan penulis janga n fitnah sembarangan dan berlebihan, agak2 le sikit. Masih menulis gebas spt ini pun rahmat kerajaan umno malaysia yg diberkali Allah.

    ReplyDelete
  5. anon 1145...Berapa kerat ketua jabatan yang jujur memberitahu kakitangan bahawa undi itu bebas dan dijamin perlembagaan malaysia...ini tidak...yang ada cuma suruh undi gomen of d day.....demokratikkah tu..

    ReplyDelete
  6. Kakitangan kerajaan yg di ambil bekerja paling bangsat pun minima SPM sekarang ni! terpelanjar dan ada otak utk tahu undi adalah rahsia.

    Mereka bukan bangang mcm pengikut aljuburi.

    ReplyDelete
  7. saya masih berpegang kepada konsep 1malaysia haramjadah pok jib....budaya demotransi bukan budaya orang malaysia.... itu cakap umngok....tapi bila terbiasa mengharamjadakan orang felda..pariahkan orang india, kominiskan orang cina dan kafirkan bumiputera bukan islam menyebabkan saya mahu mrnghukum racist umngok...

    ReplyDelete
  8. anon 1201...jangan jadi bodoh...belum pernah umngok tak guna fastiliti milik kerajaan dari wang rakyat untuk pemilihan ketua pemuda umngok...oleh itu janganlah bodoh sangat...

    ReplyDelete
  9. Hendak selamatkan parti umno atau nak selamatkan bangsa melayu?..jadi janganlah jual bangsa melayu demi selamatkan parti umno yang juga dianggotaai orang kafir bukan islam dan bukan melayu beragama islam.

    ReplyDelete
  10. kalau kita hayati sejarah umno...ada juga penjajah british yang menjadi ahli umno yang terawal....apa cerita umno kena celaka walaupun memang celaka menjual bangsa melayu.....malulah kepada nabi muhamad yang menolak amalan perkauman.

    ReplyDelete
  11. kalau undang2 sivil gagal menghukum pembunuh altantuya...tak payahlah nak undang2 hudud....inilah maksud parti DAP...selagi rakyat belum berkuasa takan biar pemimpin buat sesuka hati seperti polis dan jabatan kerajaan lain bertindak seperti polis/jabatan kerajaan umngok..

    ReplyDelete
  12. kita tidak perlu undang2 islam selagi undang2 boleh dikawal oleh pemimpin bsrbarik..

    ReplyDelete
  13. Ben,

    Sebelum nak menyalahkan orang lain cuba pakai akal sekali sekala. Sejak merdeka, 6 PM kita adalah orang melayu berugama Islam dari UMNO yang ditubukan untuk memperjuangkan hak orang melayu dan menjaga kesucian Islam. Menteri-menteri kabinet sejak dari merdeka terdiri dari melayu yang berugama Islam, juga melayu Islam UMNO. Sejak merdeka, UMNO menjadi tonggak kerajaan berterus-terusan.

    Tak cukup dengan itu, pelbagai agensi ditubuhkan dengan dianggotai oleh bijak pandai untuk mengurus dan memastikan martabat Islam sebagai ugama pers3kutuan terpelihara. Setiap tahun beratus juta diperuntukkan oleh kerajaan.

    Kedudukan Islam sebagai ugama rasmi persekutuan tidak pernah tergugat sejak dari merdeka sehinggalah sebelum PRU 13 dimana UMNO Baru apabila merasakan sokongan orang melayu kepada UMNO mula tergugat mula menggunakan UGAMA ISLAM V3RSI UMNO Baru untuk menyerang ugama lain dengan tujuan menimbulkan kemarahan orang melayu kepada ugama lain dan kembali menyokong UMNO BARU.

    Apa dia ISLAM VERSI UMNO BARU ? RASUAH HALAL, MENGKHIANATI AMANAH HALAL, MENINDAS SESAMA ISLAM DAN KAUM LAIN HALAL, MEROMPAK HARTA NEGARA HALAL, MEMBELAKANGKAN AJARAN ISLAM SEPERTI MEMFITNAH SESAMA S3NDIRI HALAL JIKA MENGUNTUNGKAN UMNO, BERSIKAP SAMSENG, B3RSIKAP BABARIAN SEDANGKAN ISLAM YANG DIBAWA OL3H RASULULLAH ADALAH AGAMA KEDAMAIAN,DLL.

    Islam versi ini bukan Islam yang menjadi ugama pers3kutuan. Buktinya ini bukan Islam yang diamalkan dizaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussien Onn. Malah ini bukan versi Islam zaman Mahathir maupun Paklah. INI VERSI ISLAM ZAMAN NAJIB APABILA UMNO BARU MENDAPATI DIRINYA S3MAKIN TERHAKIS PENGARUHNYA DIKALANGAN ORANG MELAYU!

    Ben....tak payah le nak menipu orang melayu. Islam versi UMNO BARU ni hanya anutan puak-puak UMNO Baru yang be4jumlah 3.5 juta orang tu je. Ingat jumpah kes3luruhan jumlah orang melayu adalah hampir 19 juta orang.

    ReplyDelete
  14. Sdr Shahbudin,
    Masa masih bertugas semua guru " wajib sokong"(biasalah kan, Akujanji, Tindakan Tatatertib dll....) UMNO/BN, tapi bila sudah pencen, banyak pulak yang sokong pembangkang. Tanya Ali Rustam, mengapa demikian....

    ReplyDelete
  15. Pada pandangan saya, pilihanraya kecil Telok Intan itu telah mencipta satu perubahan besar dalam memperkenalkan calon, mentaliti pengundi, kualiti pemimpin, kewibawaan parti, kegelisahan SPR untuk melaksanakan ketelusan pilihanraya.

    Dan kita boleh juga melihat ketakutan yang terserlah diwajah pemimpin UMNO Baru yang tak mampu bersaing apabila DAP telah membuka ruang yang luas pada pelapisnya berusia 27 tahun bertanding untuk jawatan ahli parlimen. Sehingga mereka terpaksa berkelakuan seperti orang sakit jiwa mengalih pandangan.

    Boleh dikatakan ramai yang cemburu dan iri hati terhadap calon DAP bernama Dyana Sofya Mohd Daud yang cantik melawan Mah Siew Keong yang sudah tua dan berpengalaman. Macam-macam penghinaan yang dilemparkan pada Dyana.

    Kelucuan itu boleh dilihat melalui kenyataan Abdul Rahman Dahlan selakui Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata, hanya orang bodoh sahaja mengundi berdasarkan kecantikan. Disebabkan mereka gagal bersaing dalam hal kecantikan itu maka mereka cari pasal untuk merusuh seperti orang gila talak.

    Sama seperti kenyataan Khairy Jamaluddin mengingatkan penyokong BN supaya tidak terlalu obses terhadap kecantikan Dyana kerana pilihan raya kecil itu bukan pertandingan ratu cantik. Menyebabkan bersalam dengan Dyana pun dianggap salah.

    Saya bersetuju dengan pandangan itu namun dari sudut yang lain, kecantikan adalah satu keperluan bagi menarik perhatian pengundi sebagai modal pertama sebelum memperkenalkan idea seperti meningkatkan penglibatan belia dalam masyarakat, menyelesaikan isu dan menaikan martabat kewanitaan dalam perpaduan kaum jika menang.

    Berbeza dengan Mah Siew Keong berusia 53 tahun, walaupun pernah menyandang kerusi Telok Intan pada Pilihan Raya Umum 1999 dan 2004 yang dianggap orang tua yang berpengalaman dalam perihal politik. Namun isi pengalaman itu tidak diterangkan secara jelas.

    Apakah pengalaman yang dimiliki Mah itu pengalaman yang membantu atau pengalaman mencuri hak rakyat ? Persoalan itu ditimbulkan kerana beliau telah tewas dengan calon DAP Seah Leong Peng dalam pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 7,313 undi.

    Kita semua memang bersetuju bahawa Dyana anak gadis yang cantik mempunyai lulusan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara masih mentah. Beliau tidak punya pengalaman sebagai ahli politik seperti yang dibanggakan oleh ahli politik veteran BN dalam kerja-kerja menipu, salah guna kuasa, menyeleweng, dan rasuah.

    Ketrampilan Dyana dalam pilihanraya kecil MP Telok Intan telah mencipta satu ranjau penuh duri kepada parti UMNO Baru dalam memberi ruang pada seorang jadi calon berasaskan kepada usia muda, cantik/kacak, berilmu. Mereka tidak mampu bersaing kerana perangai ahli UMNO Baru pegang jawatan sampai mati.

    Walau apa pun kenyataan yang bakal dikeluarkan lagi oleh pemimpin atau penyokong BN, segala-galanya tidak akan lari dari cemburu terhadap kecantikan Dyana.

    Bagi saya jika dikaitkan kecantikan Dyana itu dalam hal peribadi, sudah pasti tidak akan ada kesesuaiannya untuk dijadikan isteri kerana citarasa dia dengan citarasa saya jauh berbeza. Menikah hari ini ada kemungkinan esok bercerai.

    Tapi jika dikaitkan dalam hal politik, saya percaya citarasa saya dengan Dyana sama dan sehala dalam meningkatkan taraf hidup rakyat dan menumbangkan UMNO Baru dari kerusi kekuasaannya.

    Kepada Dyana Sofya Mohd Daud, anda adalah gadis yang saya puja.......
    http://www.youtube.com/watch?v=Wa5HJEOCeBk

    ReplyDelete
  16. Tuan dan Pembahas,

    Dibawah saya pastekan komen dari seorang generasi muda yang memberi buah fikirannya di blog " THE SCRIBE - DATO A. KADIR JASIN". Tulisan ini memberi gambaran pemikiran generasi muda hari ini yang bermaklumat,bebas berfikir yang nyata b3rt3ntangan dengan gen3rasi muda yang ada di dalam UMNO.
    .....................................................................

    Link : http://kadirjasin.blogspot.com/2014/05/dyana-new-political-phenomena.html?m=1#comment-form


    Orked6:06 PM

    Salam Datuk dan pembaca.

    Dyana ini contoh anak Melayu yg merdeka jiwa dan minda. Generasi muda yg berpelajaran serta berpendirian spt ini mampu berfikir dan yakin mereka adalah agen perubahan. Bukan setakat tunggu dan lihat, berpeluk tubuh di dlm `comfort zone' masing2.

    UmnoBN perlu sensitif dgn tahap kematangan dan kebijaksanaan rakyat skrg. Rakyat tidak lg bodoh dan pak turut spt dulu. Kami membaca, ramai yg sudah ke luar negara dan melihat sendiri kemajuan dan kemakmuran yang dinikmati rakyat di negara lain.

    Kami boleh menerima berita dua hala menerusi internet dan mencerna fakta. Dunia hari ini tidak sama lagi spt dulu.

    Bertandinglah dgn menawarkan idea2 yg bernas dan dasar2 parti yg bagus utk rakyat fikir dan pilih. Hapuskan kempen politik kuno ala samseng,menyerang peribadi dan memfitnah pihak lawan. 

    Sejak bermulanya kempen di Teluk Intan, yg paling teruk menyerang Dyana adalah Melayu Umno, bukannya dr Gerakan atau MCA. Pelik sungguh org kita nih..

    Berhentilah menyajikan cerita seram Umno turun temurun~ hantu cina, hak Melayu, raja Melayu. Mengapi-apikan sentimen perkauman/agama supaya Melayu kekal bodoh dan takut dgn bayang2 sendiri. Supaya Melayu tak mampu berdikari dan bergantung sepenuhnya dgn bantuan kerajaan. 

    DEB sbg dasar untuk membasmi kemiskinan dan menstruktur semula masyarakat Melayu juga gagal di bawah Umno bkn kerana bangsa lain.

    UITM itu dibina hasil dari duit cukai rakyat bukannya duit pemimpin2 Umno. Gaji pemimpin dan pak menteri pun dibayar oleh rakyat. Mrk bekerja utk kita bkn sebaliknya. Org2 Melayu di kampung sewajarnya diberi penjelasan yg betul.

    Sudah tiba masanya kekayaan dan khazanah negara diurus dengan adil dan bijaksana. 

    Pilihlah kerajaan yg amanah, telus dan berdaya saing dlm mentadbir negeri @ good governance.

    Akhir sekali, pemimpin2 UmnoBN wajib sedar, negara ini adalah kurniaan Allah dan milik rakyat jelata, bukan hak milik mak bapak mereka.

    Terima kasih

    ........... END .........

    ReplyDelete
  17. Parti pembangkang urus tadbir pilihanraya parti masing2 pun tunggang langgang ada hati nak cerita good governance.

    Lu jadi PM, isteri jadi TPM, anak lelaki menteri kewangan, anak perempuan menteri pertahanan, menantu jadi menteri dalam negeri, sepupu jadi menteri luar..good governance!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hutang negara Malaysia banyak mana sekarang ? GST itu beriya-iya nak laksana tahun depan tu, kenapa ? Kerajaan BN banyak duit rakyat hidup senang ka ?

      Dasar pencacai memang pertahankan maruah tuannya sehingga sanggup biarkan anak bini hidup sengsara dengan harga barang yang mahal dan ditambahkan dengan cukai.

      Bila keadaan bertambah terdesak nanti anak perempuan jadi pelacur anak lelaki kalau tak jual dadah jadi perompak.

      Itu adalah pekerjaan khas untuk ahli keluarga bangsa melayu tahun 2020..


      Delete
    2. Kluangman,

      Parti pembangkang yang menghadapi masaalah dalam pemilihan parti hanyalah PKR. Ia sepatutnya menjadi berita gembira k3pada UMNO.

      Bagi akal yang waras, kekalutan pemilihan didalam PKR bukan menjadi alasan untuk UMNO BARU untuk bertindak samseng dan membuat apa sahaja sesuka hati dan membelakangkan melanggar undang-undang.

      Hancur negara. Mengapa tak guna alasan Israel yang menindas dan membunuh rakyat Palastine untuk menjustifikasi tindakan ganas Pemuda-Pemuda UMNO Pulau Pinang. Lagi le hebat alasannya!

      Lagipun, apa beza tujuan antara keduanya. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kuasa puak masing-masing. Gunalah alasan Israel lagi canggih, gerenti bol3h memukau orang-orang melayu diluar bandar kerana alasan ini alasan antarabangsa!

      Delete