Friday, 4 April 2014

Semakan Mahathir Mengenai Dairinya Mungkin Tak Bermakna Lagi


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam akhirnya tampil dengan penjelasan panjang lebar mengenai peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985 dan kaitan dengan kemunculannya dalam sebuah program di Kelantan minggu lalu yang membuatkan beliau mengatakan bahawa Mahathir Mohamad berada di dalam negara ketika peristiwa itu berlaku.

Dalam kenyataannya dalam program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dan turut disertai oleh Naib Presiden Pas, Husam Musa itu, beliau bukan saja mengatakan Mahathir berada di dalam negara ketika peristiwa itu berlaku, bahkan juga dua tiga hari selepasnya.

Dakwaan Musa Hitam itu menimbulkan pelbagai persoalan baru tentang kesahihannya kerana maklumat sebelum ini mengatakan Mahathir berada di China pada tarikh tersebut. Mahathir sendiri ketika bercakap mengenaianya sehari selepas Musa membuat dakwaan itu turut tidak dapat mengesahkan secara tepat di mana bekiau berada ketika itu.

Menurut Mahathir, oleh kerana kejadian itu sudah lama iaitu kira-kira 30 tahun lalu, beliau sudah tidak ingat lagi mengenainya. "Pasal perkara itu sudah berlaku begitu lama, saya kena semak baliklah apa yang dia kata itu betul atau tidak," demikian Mahathir dilaporkan sebagai berkata mengenai dakwaan terbaru bekas timbalannya itu.

Bagaimanapun setelah seminggu berlalu, semakan Mahathir mengenai diairinya seolah-olah tidak menemui jawapan. Sehingga ini beliau masih tidak muncul untuk mengesahkan sama ada beliau berada di dalam negara atau di China ketika itu sedangkan untuk melakukan semakan itu, dalam dunia serba terbuka ini, bukanlah terlalu sukar.

Namun demikian, beberapa blog dan portal pro kerajaan dilihat tampil mempertahankan Mahathir dengan mengemukakan beberapa keratan akhbar yang mengatakan Mahathir memang berada di China atas urusan rasmi. Gambar Musa Hitam menghantarnya di Lapangan Terbang juga turut disertakan.

Tidak cukup dengan itu, bekas Ketua Pengarang Utusan, Zainuddin Maidin juga mengesahkan Mahathir berada di China di mana beliau turut serta dalam lawatan itu. Beliau juga merakamkan ingatannya bagaimana Mahathir terlihat sedih pada suatu ketika yang kemudiannya baru diketahui kerana menerima perkhabaran mengenai kejadian Memali itu.

Namun di penghujung tulisan di blognya, Zam juga terlihat ragu-ragu dengan awal-awal meminta maaf jika beliau tersilap mengenainya.

Blog dah portal tersebut juga banyak membelasah Musa Hitam berikutan dakwaannya itu dengan mengatakan beliau masih mempunyai dendam yang belum dilangsaikan terhadap Mahathir.

Di sebalik pendedahan blog dan portal itu, ada juga yang mengatakan bahawa lawatan Mahathir ke China itu sebenarnya hanya bermula pada 20 November manakala kejadian Memali direkodkan pada 19 November dan tidak mustahil juga serangan polis sudah pun bermula pada 18 November lagi.

Barangkali kerana menunggu terlalu lama untuk Mahathir menyemak diarinya dan mengesahkan di mana beliau sebenarnya berada ketika itu, maka hari ini Musa Hitam membuat keputusan tampil dengan kenyataan baru serta panjang lebar untuk mengukuhkan lagi dakwaan yang dibuatnya di Kota Bharu sebelum ini.

Dalam penjelasan Musa Hitam ini, secara kesimpulannya, beliau mengesahkan sekali lagi bahawa Mahathir memang berada di dalam negara ketika kejadian itu, bahkan beliau bersama pemangku Ketua Polis Negara ketika itu turut memberikan taklimat kejadian kepada Perdana Menteri.

Menurut Musa, beliau ada meminta Mahathir menangguhkan lawatannya berikutan peristiwa Memali atas beberapa faktor seperti ia melibatkan umat Islam dan kejadian pula berlaku di Kedah, namun lawatan itu akhirnya tetap diteruskan juga, sambil menafikan beliau memangku jawatan Perdana Menteri ketika itu.

Dengan keberanian Musa tampil untuk kali kedua mengesahkan apa yang dikatakannya, serta menyebut beliau menunggu detik untuk menceritakan kebenaran ini dengan begitu lama, tidak syak lagi bahawa Mahathir memang ada di dalam negara dan hanya berlepas ke China selepas kejadian Memali itu.

Fakta lain yang mengesahkan Mahathir berada di dalam negara ialah berdasarkan buku tulisan Tunku Muszaffar Shah, Ketua Polis Baling ketika itu yang bertajuk "The Policeman Remembers". Petikan helaian tulisannya itu sudah bertebaran di alam maya sejak minggu lalu lagi.

Ini, sekaligus bermakna, semakan Mahathir terhadap diairinya mungkin sudah tidak bermakna lagi. Penjelasan detail Musa ini memberi petunjuk bahawa Mahathir tidak perlu lagi menyemak dairinya kerana maklumat yang diberikan sudah cukup jelas. Cuma, yang ditunggu selepas ini ialah apakah Mahathir akan mengaku mengenainya atau beliau ada kilasan lain terhadap Musa Hitam? (SH 04/04/2014)

15 comments:

  1. Hellooo....Mahahtir tak pernah dan tidak akan semak diarinya sebab dia tahu dia ada diMsia ketika peristiwa Memali. Ingatan ini samalah dengan ingatan ditempat mana beliau berada ketika mengucapkan akad nikah untuk mengahwini Siti Hasmah.

    Mahathir...jenis manusia yang akan membiarkan pegawai2nya bertanggongjawab tentang satu2 kesalahan , dan dia cabut lari untuk dilihat bersih. Betul2 otak...orang kerala. Dalam hidupnya, kesalahan diletakkan dibahu orang lain walaupun dia adalah punca nya.

    ReplyDelete
  2. Itu lah hakikat madey, sapa lagi dia nak tipu?
    taubat la selagi masih ada peluang. Tak rugi, habuan dunia hanya sedikit.
    tiada alasan lagi kecuali memang sejak awal merasakan kemuliaan dirinya melebihi segalanya.

    ReplyDelete
  3. Mahathir mampu menjawab kebenaran - kalaupun dia ada di dalam negara - apakah itu mensucikan musa? Mensucikan PAS?

    Apapun jawapan mahathir - monyet2 tetap melompat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul , monyet biasanya tak pernah tak kenal pisang , hanya pisang tak kenal monyet .

      Delete
    2. sulaimen akhlaken5 April 2014 at 05:25

      Kluangman,
      Ko ni adalah contoh trbaeek tahap pemikiran pencacai umngok dan madey a/l kutty.otak pencacai ko ttp berkarat walaupun disuguhi dgn fakta dan kebenaran.sepertimana umngok dan madey a/l kutty msh 'hidup dan bernafas' dgn bantuan 'dubur2'..rasanya ko juga adalah spesis 'penjilat' dan 'penikmat' dubur2 tersebut!!umngok + madey a/l kutty = dubur.dulu,kini dan selama2nya....

      Delete
    3. Sulaiman,

      Kenapa asyik sebut dubur , dubur , dubur ,jangan terpengaruh .

      Delete
  4. Machiavelli and The Prince. Mahathir and The Tongue.

    ReplyDelete
  5. sulaimen akhlaken5 April 2014 at 05:37

    Waktu madey a/l kutty memerintah malaysia..blm ada media2 alternatif mcm skrg ni.so smua kekejaman dan kezalimannya tertutup rapat.madey a/l kutty bebas melakukan apa saja tanpa diketahui oleh rakyat.sejarah akan ditulis ulang.kebenaran tetap akan muncul...

    ReplyDelete
  6. Kehebatan Mahathir anak lelaki iskandar Kutty bukan pada pembangunan negara tapi pada tipu dan putarbelit auta jadi fakta menjadikan orang lain pula yang terpaksa bertanggongjawab bagi pehaknya.

    Orang yang taksub pada Mahathir selalu mengatakan Mahathir bapa pembangunan tapi mereka tidak tahu bahawa kesan dari projek pembangunan itu telah wujud agenda tipu, tiris, seleweng, kroni, komisyen, rasuah yang mengakibat harga sesebuah projek yang berpatutan telah jadi amat mahal.

    Ini membuatkan kerajaan yang dipimpin Mahathir ketika dulu penuh dengan amalan rasuah dan dijadikan amalan oleh pewaris parti UMNO Baru.

    Apa yang membanggakan penyokong Anwar Ibrahim adalah kerana Mahathir tidak boleh disabitkan kes rasuah terhadap beliau. Kecuali menggunakan kes liwat seperti yang dikata kan oleh Musa Hitam jika beliau tidak berundur bala itu akan dikanakan keatasnya seperti Anwar tanggong sekarang.

    Kalau dulu perbuatan liwat dianggap sebagai jijik dan hina, tapi sekarang ni ramai yang mengharapkan agar dubur mereka diliwat oleh orang amat istimewa iaitu Anwar Ibrahim.

    Ini disebabkan orang yang kena liwat akan menjadi lebih mulia disisi UMNO Baru dan orang yang kena liwat itu diberi kekayaan seperti yang diterima oleh Azizan dan Saiful.

    Sekarang tibalah masa untuk Mahathir berlakon jadi orang tua nyanyuk.....maka kita ramai-ramai akan kata jangan usik orang tua tu...kesian...

    ReplyDelete
  7. Mahathir d hntr yahudi untuk mngucarkacirkan mlysia.

    ReplyDelete
  8. Anonymous 11.36.
    To add to your comment on musa hitam. Musa pernah berkata jika beliau enggan undur pada ketika , al kutty mungkin akan mendakwa yang beliau ada lah kaki liwat dengan lembu atau babi......

    untuk kluangman, teruskan lah hidup awak dengan menjadi penjilat jubok al kutty sampai mampus. It is really pathetic !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeaaaa.....kluangman monyeT SARKIS......sebab monyet sarkis kena lompat ikut kata tuan dia.......monyet lain hidup bebas buat ape aje.......

      Delete
    2. Hahahaha monyet sarkis rupenye Kluangman.......cian......hina betul pakai rantai leher......org kata 'mahal rantai dari monyetnye' murah betul harga monyet sarkis...mahal harga rantai karat kedai hardware lagi.....hahahahaha

      Delete
  9. Salah satu ciri pemimpin yang baik dan dihormati ialah mereka yang yang berani mengakui kesilapan diri dan bersedia memohon maaf kepada rakyat yang terlibat. Dalam kes ini samada Tun Musa Hitam mahu pun Tun Mahathir, masing masing berkongsi dosa berhubung tragegedi Memali itu. Malangnya ucap kata maaf ikhlas tanda penyesalan akibat tindakan berkenaan tidak pun pernah keluar dari mulut kedua duanya. Pertelingkahan antara kedua mereka ini batangkali adalah kehendak Allah yang mahu perkara sebenar yang selama ini tersembunyi terbongkar jua akhirnya. Saling salah menyalahi antara kedua tokoh ini membuktikan tragedi berkenaan adalah satu kejadian yang sewajarnya tidak berlaku.

    ReplyDelete