Monday, 10 March 2014
Marah Benar Zahid Hamidi Dengan Imigresen....
Insiden kehilangan pesawat MH370 yang masih menjadi misteri sehingga kini, akhirnya turut mendedahkan beberapa kelemahan lain dalam kerajaan. Dari proses mencari dan menyelamat yang dianggap perlahan sehingga kerajaan China yang mana seramai 138 rakyatnya turut berada dalam pesawat itu telah menghantar satu pasukan daripada pelbagai kementerian ke negara ini untuk menggesa misi menyelamat dipercepatkan, sistem keselamatan udara, kotak hitam yang ketinggalan zaman sehinggalah kelemahan kawalan imigresen yang paling ketara.
Daripada seramai 239 penumpang pesawat MH370 itu, dua daripadanya adalah pemegang pasport palsu yang dilaporkan hilang di Thailand oleh dua pemiliknya iaitu warganegara Itali dan Austria sejak 2013 lagi. Oleh itu, amatlah memalukan bagaimana pemegang pasport palsu itu gagal dikesan dan begitu mudah melepasi pintu Imigresen.
Dalam hal ini tidaklah menghairankan bagaimana Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi kelihatan begitu marah dengan kejadian yang memalukan ini. Sambil menegaskan siasatan terperinci akan dijalankan mengenainya, beliau juga menyelar pegawai-pegawai Imigresen yang bertugas di KLIA dengan berkata, "saya masih hairan takkan pegawai di KLIA tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam Asia".
Sementara kita semua bersimpati, sedih dan berdoa mengharapkan keajaiban di sebalik misteri kehilangan pesawat ini yang sudah berlalu beberapa hari tanpa sebarang jawapan, kita juga sebenarnya sedih dengan pelbagai kelemahan dalam jentera pentadbiran kerajaan, terutamanya berkaitan Imigresen ini.
Dan selalunya begitulah, hanya apabila ada tragedi barulah pelbagai kelemahan terbongkar. Jika tidak, semuanya dianggap biasa-biasa saja.
Selain kelemahan yang melibatkan dua pemegang pasport curi ini, sejak bertahun-tahun pula Jabatan Imigresen sudah terdedah dan didedahkan dengan pelbagai kelemahan yang melibatkan kemasukan pendatang asing daripada pelbagai negara sehingga menimbulkan macam-macam gelaja sosial yang tidak diingini.
Menteri sudah kerap bertukar tangan, Ketua Pengarah Imigresen juga sudah bersilih ganti tetapi masalah kemasukan pendatang asing ini masih juga gagal diatasi dengan sebaiknya. Sekarang dengan tumpuan dunia mengenai lolosnya dua pemegang pasport curi yang dikesan berikutan dengan tragedi hilangnya pesawat itu, ia sekali lagi mendedahkan negara kita kepada kecaman dan pertikaian antarabangsa.
Kiranya Zahid Hamidi ingin meluahkan kemarahan dan memperbetulkan kelemahan di Jabatan Imigresen ini, ada baiknya beliau melakukannya secara menyeluruh supaya di masa-masa akan datang, andai ditakdirkan lagi berlaku sesuatu tragedi, mudah-mudahan ia tidak lagi terkait dengan jabatan itu.
Jika kita masih ingat, ketika tragedi pembunuhan Altantuya Sharibu yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, rakan baik Najib Razak beberapa tahun lalu, isu yang melibatkan Jabatan Imigresen turut dikaitkan sama. Model dari Mongolia itu sah-sah berada di negara ini, pergi ke rumah Razak Baginda untuk menuntut upah terjemahan yang dijanjikan kepadanya, menginap beberapa hari di hotel dah kemudian didapati dibunuh dengan cara diletupkan badannya dengan bom C4 tetapi akhirnya rekod kemasukannya di Jabatan Imigresen didapati dipadamkan.
Beliau seolah-olah tidak pernah memasuki negara kita. Sehingga ini bagaimana rekod kemasukannya boleh terpadam, siapa yang bertanggungjawab dan siapa yang mengarahkannya masih lagi menjadi misteri kepada dunia.
Kini dengan berlakunya tragedi MH370, seiring dengan kehilangan pesawat itu yang masih menjadi misteri, bagaimana dua pemegang pasport curi yang berwajah Asia tetapi menggunakan identiti bangsa Eropah boleh melepasi halangan Imigresen, sekali lagi menjadikan Jabatan Imigresen diselubungi misteri.
Lalu, kemarahan Zahid Hamidi sebagai menteri memang ada kewajarannya.
Sambil mencari kelemahan mengenai bagaimana pemegang pasport curi boleh terlepas begitu saja, beberapa kelemahan lain seperti melibatkan kemasukan pendatang asing dan bagaimana rekod Altantuya yang dibunuh boleh terpadam, haruslah juga didedah dan diperbetulkan demi imej dan nama baik negara.
Jika semua ini dapat dilakukan oleh Zahid Hamidi, ia merupakan pahalanya paling besar kepada maruah negara. (SH 10/03/2014)
Tolong perjelaskan bersama rujukan "dua pemegang pasport curi yang berwajah Asia tetapi menggunakan identiti bangsa Eropah boleh melepasi halangan Imigresen". Dah keluar ke rakaman CCTV? Atau sekadar spekulasi? Adakah WAJIB semua passport disemak/rujuk kepada Interpol? Interpol tahu perkara ni pon SELEPAS kejadian kehilangan MH370. Kalau tak ada apa-apa insiden, tak ada siapa pon tahu.
ReplyDeleteApa pula tindakbalas kita bila orang complain prosedur pemeriksaan di kauter Immigresen mengambil masa terlalu lama kerana terlampau banyak buat cross reference dengan pelbagai agensi dalam dunia. Kalau muka orang tu rupa cina tapi nama eropah, patutke kita tangkap serta merta? Kalau begitu, Malaysia kena balas jasa baik US tolong cari MH370 dengan membantu menangkap semua muka cina tapi nama tak cina dekat Chinatown San Francisco. Kat Perancis pon ramai macam tu. Kulit hitam legam tapi mengaku rakyat situ. Marilah kita tolong sama pergi tangkap manusia-manusia tu.
rekod tentang altantuya hilang takda pula menteri bising2.
ReplyDeleteBetoi sgt tu.rekod msk malaysia altantuya hilang gitu ajer tp takdak sekoq menteri BE END yg brsuara.knapa takdak buat siasatan mnyeluruh?altantuya mati dn dibom di malaysia tp takdak rekod dia msk malaysia.lucu,aneh dn ajaib...
ReplyDeleteIapa yang tuan Shahbudin ulas ini adalah antara sebab kuat kenapa kerajaan hari ini yang berteraskan UMNO WAJIB ditolak. Disini saya ingin kongsikan satu kisah sebenar berkenaan beberapa pekerja kilang Indonesia di Sg Petani, Kedah. Ini akuan mereka sendiri yang memberitahu bahawa setiap kali permit kerja mereka di Malaysia tamat, mereka balik kembali ke Indonesia. Tidak sampai sebulan dinegara sendiri mereka datang kembali ke Malaysia atas mengguna passport atas nama lain. Hal ini berlaku secara berleluasa dan bila ditanya mereka tidak takutkah penipuan ini dikesan. Mereka nyatakan tidak takut kerana ada pihak di Malaysia mengatur hal ini untuk atas keperluan tenaga kerja disektor perkilangan malah majikan mereka maklum perkara ini. Dari apa yang dijelaskan ini saya yakin peranan orang dalam di Jabatan Imigresen tidak dapat ditolak khususnya bagi melindungi usahawan dan pengusaha tertentu yang diyakini mempunyai peryalian kuat dengan pihak berkuasa.
ReplyDeleteMalah satu kes lagi yang melibatkan kakak ipar sahabat saya,seorang warha Indonesia yang datang ke Malaysia menggunakan passport adiknya. Apa yang pelik walau pun gambar dipassport jelas tidak sama tetapi wanita Indonesia yang masuk ke negara ini mengguna passport orang lain masih boleh bolos. Ini berlaku dilaluan masuk menerusi jalan laut (feri) di Pulau Pinang beberapa tahun dulu. Ini adalah antara bukti cukup kuat betapa lemahnya pengurusan Jabatan Imigresen Malaysia. Jadi bukanlah satu perkara yang pelik jika pemegang passport palsu milik orang lain boleh bolos pemeriksaan imigresen di airport yang melibatkan pesawat MH370 yang hilang 3 hari lepas.
Dalam banyak kes yang berlaku tentulah ia melibatkan orang dalam yang berkepentingan. Jika tidak perkara ini tentulah tidak berleluasa. Kedudukan Malaysia sangat terdedah kepada bahaya kerana sempadan negara amat mudah dibolosi. Kejadian bunuh pegawai bank oleh seorang pengawal berasal Sulawesi yang memiliki MyKad palsu mengesahkan lagi betapa Malaysia sangat terdedah kepada ancaman asing.
pengundi hantu dan penumpang hantu sama ke kategorinya. dulu nama
ReplyDeletecik tuya dipadamkan. sekarang yg ni pulak. the worst has yet to come.
Jgn jadi bodoh la..bukan altantuya je la..ramai lagi pelancong cina yg dtg dgn voa hilang gitu aje..tetiba dlm pru13 berduyun2 undi dap..meragukan bukan?
ReplyDeletememang pn ramai pelancong cina lesap mcm tu ja. xkn nk tngk kapal karam dulu baru nk bertindak
DeleteHei zahid,padan muka hang!!!
ReplyDeleteaku meluat org mcm hang.. org mcm hang jenis dengki sesama sndri..
DeleteTernyata dua pemegang pasport itu tidak berwajah asia....apalah Zahid jawa ni...terlalu tergesa2 dan suka sangat memberi amaran...sabar lah wak...wak asal dari jawa mana? Biasanya kalau dari jawa timur orang nya lemah lembut percakapan nya... macam saya.....
ReplyDeletebenci benar penulis terhadap imigresen...
ReplyDeletePenulis ni bcakap xberfakta..
DeleteBlagak suci tau semuany
dah tgk hari ni kan wajah sebenar suspect pasport curi tu? ada muka org Asia ke cam DS Zahid dakwa... jelas muka seakan2 sama(imposter)..org Iran. muka org Iran ni ada ala2 org Asia ke? Asia mix mungkin ye. nama pun pasport curi. dh tentu2 pasport tu dipinda foto @ detail identiti oleh sindiket yg uruskan pasport curi tu. jgn mudah melatah menunding jari kpd Jab.Imigresen. mereka hanya mengikut arahan semasa oleh pihak atasan dlm menjalankan tugas. MDN xsepatutnya menempelak Jab.Imigresen yg terang2 dibawah portfolio beliau...betapa beliau gagal menjjalankan tugas memastikan kecekapan para pegawai Imigresen di pintu2 masuk negara setanding dgn Award pemenang tempat pertama 2thn berturut2 THE BEST IMMIGRATION AIRPORT SERVICE yg pernah diberi oleh Skytrax. satu pengiktirafan dunia buat Jab.Imigresen. jgn disebabkan kesilapan dan kekhilafan hari ni, negara dah lupakan kejayaan Jab.Imigresen. macam xkenang budi.
Deletetulis tu pikir dulu guna otak penulis yang ada dalam kepala bukan pakai lutut...kan dah nampak kebodohan...tu pon jangan nak tulis blog...
ReplyDeletebila berfikir menggunakan kepala lutut bukan otak dalam kepala inilah hasiLnya. membantu tidak, hanya tahu mengutuk, komplen mcm diri sendiri tu perfect. choiiii!!!!
Deleteamarah hanya dapat luluh dengan kelembutan
ReplyDeleteObat Alami Asam Urat
Obat Darah Tinggi
Obat Segala Jenis Kanker
Obat Herbal Tasikmalaya