Monday, 24 March 2014

Berita Sedih Buat Malaysia


Kira-kira 10 malam tadi, setelah 17 hari pencarian, baru disahkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak bahawa pesawat MH370 dikesan oleh satelit untuk kali terakhir di selatan Lautan Hindi, berhampiran Perth, Australia dan dipercayai terhempas serta semua penumpangnya tiada yang selamat.

Dalam pengumuman itu, Najib juga memberitahu waris dan ahli keluarga mangsa sudah pun diberitahu mengenainya. Dilaporkan juga bahawa waris-waris mangsa akan diterbangkan ke Perth dalam tempoh terdekat ini.

Mungkin secara kebetulan, sebaik berakhir pilihanraya kecil DUN Kajang, penantian MH370 juga menemui titik akhirnya.

Sebagaimana waris mangsa bersedih dan mungkin sukar menerima berita ini, rakyat Malaysia dan seluruh dunia juga pastinya berkongsi perasaan yang sama.

Sehingga pencarian diteruskan kepada pesawat dan mayat yang terkorban, yang penting juga selepas ini ialah mencari kotak hitam pesawat itu untuk merungkai apakah misteri sebenarnya MH370 yang sepatutnya menuju ke Beijing tersasar hingga ke selatan Lautan Hindi.

Sehingga kebenaran diketahui juga, semoga tiada lagi tuduhan yang bukan-bukan dilemparkan kepada juruterbangnya, Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid atas kejadian ini, apatah lagi mengaitkan insiden ini dengan masalah politik yang berlaku dalam negara.

Semoga Tuhan akan menunjukkan kebenaran, Al Fatihah dan takziah kepada keluarga mangsa. (SH 24/03/2014)

13 comments:

  1. Berakhirnya penantian yg memilukan dan sungguh menyebak dan menyayat hati ramai selain drpd kaum keluarga dan sdara-mara mangsa yg menanti dgn penuh harapan. Kecewa mereka setelah 17hari berlalu.
    Kami bersama kawan-kawan Kapt Z dan Fariq yakin 1005 mereka tidak menyebabkan musibah berat ini memandangkan ade pesawat MAS ke Inchedon, Korea Selatan, semalam yg generatornya tidak berfungsi dilencong ke Hong Kong, dengan selamat.
    Tunggu Black Box dan Voice Recorder merungkai kekusutan!
    Al_Fatihah to all the Muslims and My condolences to the rest of the non-MUslim Passengers who perished in MH370. Words cannot balm the hundreds of broken hearts today!
    What a tragic end.

    ReplyDelete
  2. Kepada semua waris penumpang MH 370, bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan roh mereka dan semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
    Hentikanlah sebarang spekulasi mengenai trajedi ini dan biarlah Kotak Hitam pesawat ini menceritakan segalanya.

    Alfatihah.

    Iskandar.

    ReplyDelete
  3. Masalahnya, memang yakin pasti ke penerbangan MH730 berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul. Kalau benar tenggelam di Lautan Hindi, bolehlah cari kotak hitam di area tu. Tapi macam mana kalau di tempat lain? Sedangkan mencari kotak hitam di Lautan Hindi, akan jumpa kah? Bagaimana kalau betul kata mak cik yang balik umrah pada hari pertama kejadian tu ... MH730 mendarat di Laut Adaman?

      Delete
    2. maaf ... MH370, bukan MH730. Terikut-ikut komen encik Anonymous di atas lah tu ...

      Delete
  4. Selagi tidak bertemu apa jua barang dari pesawat MH370 maka apa jua pandangan dan ketetapan adalah spekulasi. Cuma pewaris perlu bersabar dan bersedia menerima hakikat tentang kematian ahli keluarga mereka walaupun dalam masa yang sama mereka masih mengharapkan semua kru dan penumpang pesawat itu kekal hidup dan selamat.

    Musibah pesawat MH370 adalah ujian yang amat berat dituju khas kepada pemimpin negara yang tidak dapat dibantu oleh rakyat jelata. Seolah-olah Allah maha pencipta alam ingin memberi peringatan pada negara Malaysia bahawa setiap kezaliman yang dilakukan itu akan dibalas dengan kezaliman juga. Mencipta fitnah untuk mengaibkan orang maka fitnah dan aib juga yang dibalas keatas orang yang melakukannya.

    Ketika ini siapa dapat rasa penghinaan paling teruk didunia sehingga merayu pada semua pihak agar kehilangan pesawat MH370 itu jangan dipolitikkan ? Alhamdulilah.....

    Namun tiada siapa yang akan dapat memahami dan tiada siapa yang akan mengambil iktibar dari krisis itu. Selagi semua pemimpin UMNO Baru itu tidak diganti dengan yang lain, Malaysia akan kekal dengan sikap bodoh sombong yang menyebabkan anak semua bangsa negara ini terhina dimata dunia.

    ReplyDelete
  5. salam takziah untuk semua anak kapal dan penumpang..

    ReplyDelete
  6. ini semua agenda yahudi amerika. kumpulan yg sama membuat perancangan 911. perlu diingat mh370 membawa cargo rahsia yg menyebabkan dua org pakar security dari amerika terbunuh ketika cargo itu berada di kapal cargo alabama.
    apakah cargo rahsia yg sangat penting itu? inilah misteri yg perlu dirungkai. perlu diingat mana-mana kerajaan yg lemah boleh saja menjadi kambing hitam dan diugut oleh sebuah kerajaan kuasa besar seperti amerika. lihat saja bagaimana mereka merencanakan 911 tanpa sebarang gangguan walaupun lebih separuh penduduk amerika sedar 911 sebenarnya adalah 'false flag'.
    ini semua adalah agenda illuminati. google illuminati dan fahami siapa kumpulan ini

    http://www.whatdoesitmean.com/index1753.htm

    ReplyDelete
  7. kehilangan mh370 adalah contoh besar apa yg terjadi bila 2 pihak perisik dari 2 buah kuasa besar berperang dan melibatkan orang awam.
    apa yg kita sering tonton dalam filem james bond benar-benar berlaku didepan mata.
    lihatlah bagaimana mereka membuat magic seperti trajedi 911 dulu.
    persoalannya apakah nasib penumpang yg tiada kaitan dgn perang rahsia mereka? apakah merka diberikan penghidupan baru seperti 'witness protection program' fbi amerika? atau mereka dibunuh saja.
    nyawa manusia tiada makna bagi kumpulan ini seperti yg kita lihat keruntuhan wtc 911 dulu.

    ReplyDelete
  8. "very convenient" betul pesawat mh370 jatuh di kawasan remote jauh dari manusia, dilaut dalam, tempat yg belum dipetakan, susah di akses kerana laut yg sangat bergelora.
    taburka beberapa serpihan dari atas kapal, lepas tu umumkan jumpa sebahagian bangkai pesawat. inilah kerja mereka. very, very convenient.
    kalau boleh mereka ini nak cakap mh370 jatuh di bulan. kalau boleh

    ReplyDelete
  9. Mari Beri Pendapat : Tragedi MH370
    Bertama sekali takziah diucapkan kepada keluarga mangsa MH370 diatas berita terbaru mengenai MH370 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Sudah pasti, sejak daripada pada hari mula MH370 dilaporkan hilang semua pihak mengharapkan agar berita-berita yang bakal diterima adalah berita yang mengembirakan. Namun berita yang sebaliknya telah dilaporkan.

    Pada masa yang sama ada banyak persoalan-persoalan besar yang sentiasa berlegar-legar diminda apabila berfikir secara mendalam tentang tragedi ini. Oleh itu, untuk mendepani hari-hari mendatang, kita mesti sentiasa peka dengan apa yang berlaku disekeliling kita. Apatah lagi apabila melibatkan peristiwa-peristiwa yang besar seperti Tragedi MH370.

    Sebagai inisiatif untuk memahami tahap kesedaran serta pandangan rakyat Malaysia mengenai sebarang isu yang sedang berlaku di sekeliling samaada dalam dan luar negara. Maka, kajian soalselidik ringkas seperti ini saya jalankan. Insyaallah saya akan kongsikan pendapat atau pandangan saudara/i dalam bentuk penerbitan yang sesuai kepada semua khususnya rakyat Malaysia. Mudah-mudahan ianya akan dapat menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat kepada semua. Klik link blog saya. Terima kasih

    ReplyDelete
  10. aku baru jumpa teori paling logik dan lebih detail dari teori aku sebelum ni. bukalah mata tuan-tuan, jangan hanya terima bulat-bulat apa yg dihidangkan media perdana.
    kita sekarang berdepan dgn konspirasi negara besar dan berpengaruh.
    kalau setakat konspirasi kerajaan lokal mungkin cukuplah dgn sekadar isu liwat.
    tapi sekarang pihak yg mencipta konspirasi liwat juga tersepit di tengah-tengah dan dipaksa mengikut skrip mereka. untuk ini aku katakan padan muka, what goes around comes around.

    http://www.lusuka.com/2014/03/mh370-lapan-saintis-senjata-china.html

    ReplyDelete
  11. Kenapa Najib Razak mengumumkan perkara itu terlalu awal sedangkan bukti kukuh yang diperolehi dari pesawat mh370 itu belum ada...kenapa mayat penumpang belum ada didepan mata sudah diucapkan takziah, seakan-akan perbuatan ini tidak menghormati nyawa mereka. Jika pada akhirnya tiba2 ada berita yg mereka masih hidup...muka kita taruh dimana?

    ReplyDelete