Wednesday, 19 March 2014
Ahli UMNO Jangan Marah, Ganjaran Kepada Ezam Akan Membuatkan Wan Azizah Kecundang Di Kajang
Ganjaran kali kedua sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan yang diterima oleh bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd Noor daripada Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO, Najib Razak, berkuatkuasa 15 Mac lalu, membuatkan ada sesetengah ahli dan pemimpin UMNO bersungut dan mencebikkan bibir kerananya.
Dengan sebelum ini beliau sudah diberikan jawatan Senator sejak 2010 tetapi khidmatnya yang tidak disambung untuk penggal kedua, diteruskan dengan perlantikan sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan dengan gred jawatan JUSA B membuatkan Ezam yang merupakan bekas orang kuat Anwar Ibrahim dan bercakap juga "stail sengau" seperti Anwar Ibrahim sehingga hari ini, dilihat mempunyai nilai istimewa di mata Najib.
Nasib dan rezekinya nyata lebih baik berbanding sekian ramai ahli dan pemimpin yang setia kepada UMNO, tidak pernah keluar UMNO dan tidak pernah mencerca UMNO.
Selain Ezam daripada kalangan bekas pimpinan PKR yang mendapat ganjaran kerana meninggalkan PKR dan sanggup memaki-hamun Anwar ialah bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, Zaharin Hashim yang dijadikan Duta Besar ke Indonesia, Zulkifli Nordin diberi peluang bertanding sebagai calon BN di Shah Alam dalam PRU 13 lalu manakala selebihnya ada yang berpeluang berkhidmat dengan beberapa kerajaan negeri dan juga GLC.
Tetapi perlantikan Ezam mendapat lebih perhatian di kalangan ahli dan pemimpin UMNO kerana sementara beliau diberikan satu demi satu ganjaran, hakikatnya kedudukan Anwar Ibrahim tidak juga goyah dan PKR bersama-sama dengan PAS dan DAP pula terus mendapat sambutan daripada rakyat.
Jadi apa hebatnya Ezam?
Najib Razak sebenarnya telah membuat perkiraan yang tepat dengan melantik Ezam hanya beberapa hari menjelang pembungan undi pilihanraya kecil DUN Kajang pada 23 Mac ini. Walaupun sekatan Anwar daripada bertanding adalah melalui hukuman mahkamah yang diterimanya, tetapi perlantikan Ezam ini akan terus membuatkan kepimpinan Najib dilihat dinamik, baik hati dah sentiasa ingin maju ke hadapan.
Pengundi Kajang akan sedar dan beralih secara perlahan-lahan kepada mengundi BN. Wan Azizah nampaknya tiada harapan lagi untuk menang di Kajang dan sekiranya Ezam turut berkempen bersama jawatan barunya itu, peralihan undi akan berlaku dengan lebih ketara lagi.
Perlantikan dan kehadiran Ezam akan membuatkan seluruh jentera PKR patah semangat kerana berkotak-kotak bukti mengenai rasuah dan salah laku pemimpin UMNO yang masih dalam simpannnya dan tidak didedahkan sehingga kini, turut membuatkan mereka membayangkan bahawa Ezam juga mempunyai lebih banyak kotak mengenai pemimpin PKR pula.
Akhirnya kempen untuk Wan Azizah menjadi lesu dan disertai dengan gambaran kepimpinan Najib yang terlihat dinamik itu akan membuatkan calon BN daripada MCA, Chew Mei Fun seperti sedang menunggu rahmat besar menjelang 23 Mac ini sambil sudah boleh membayangkan kedudukan sebagai ADUN Kajang akan menjadi miliknya.
Harus diingat bahawa kemenangan calon BN itu nanti bukan kerana kerja keras Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang setiap hari turun padang, bukan juga kerana kehebatan program penerangan dan pelbagai teori oleh Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan dan bukan pula kerana penerimaan pengundi terhadap kepimpinan Noh Omar selaku Pengerusi UMNO Selangor tetapi semuanya adalah kerana kebijaksanaan Najib dalam melantik Ezam itu.
Dengan kemenangan calon BN itu nanti, ia juga menolak teori bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dan bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin atau Zam yang sebelum ini mengatakan penggantian Wan Azizah daripada Anwar yang dijatuhkan hukuman penjara akan membuat undi simpati lebih melimpah kepada Presiden PKR itu.
Kebijaksanaan Najib berserta aura yang ada pada Ezam akan memintas pendapat dua bekas pemimpin itu, lalu menjadikan teori mereka sebagai "sampah" saja.
Perlantikan Ezam, sebagaimana yang diumumkan juga, akan merancakkan lagi program-program transformasi ekonomi dan kerajaan bagi menghadapi tahun-tahun mendatang yang dipercayai lebih mencabar dan kritikal. Ini sekaligus akan menjadikan ekonomi lebih berkembang dan dapat mengurangkan hutang negara yang sudah mencecah 54 peratus daripada KDNK ketika ini.
Beserta aura dan pengalamannya sebagai Setiausaha Politik Anwar di Kementerian Kewangan suatu ketika dahulu juga, Ezam akan dapat membantu Najib dan kerajaan menangani krisis kewangan yang mungkin melanda negara sebagaimana yang sudah diberi peringatan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad semalam.
Secara mudahnya, perlantikan Ezam ini memberikan pelbagai guna dan manfaat kepada UMNO dan negara dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Kualiti dan kelebihan beliau hanya dapat dibaca dan difahami oleh Najib sahaja.
Kepada ahli dan pemimpin UMNO yang setia, ko ado semua itu...(SH 19/03/2014)
A reverse psychology from SH.
ReplyDeleteAku sokong ayat pengabisan..
Delete."Kepada ahli dan pemimpin UMNO yang setia, ko ado semua itu.".
Macam ralat jee , macam ralat jee , macam ralat jee .
ReplyDeleteSempitnya dunia ini.
Kajang akan hilang selamanya...
ReplyDeleteAnonymous said...
ReplyDeleteOleh kerana perjuangan Wan Azizah yg paling utama di PRK Kajang ialah membela Anwar,jadi sebagai org Islam saya tidak akan mengundi beliau.
Ini adalah kerana saya sangat yakin Anwar memang melakukan liwat tersebut berdasarkan bukti-bukti mahkamah dan juga kegagalan Anwar dari segi moralnya utk melakukan perkara yg sama seperti apa yg Saiful lakukan.
Saiful dgn berani membuat lapuran polis,membuat pemereksaan doctor ,menyerahkan DNAnya secara sukarela utk di uji, berdiri di kandang saksi utk di soal balas oleh peguam bela dan paling utama keberanian beliau bersumpah laknat bagi membuktikan beliau benar.
Semua ini satu pun tidak di lakukan oleh Anwar. Saya takut jika saya mengundi Wan Azizah,saya pula yg di laknat Allah kerana membela seorang peliwat satu perbuatan keji yg dilaknat Allah dan Rasull Nya.
Jadi lebih baiklah saya menjauhkan diri dari menyokong beliau.Lagi pun saya dapati satu ketika dulu Wan Azizah pernah berbohong dalam kes jam Omega dulu...
Anonymous 07:54
DeleteSekeping kertas undi anda walaupun disumbat kedalam jubur Saiful tidak akan mengubah pendirian pengundi Kajang yang kekal menyokong ADUN kepercayaan mereka Datin Seri Wan Azizah.
Kesian...jadi kera sumbang di Selangor.
"sebagai orang Islam" saja tak cukup. kena jadi seorang Islam yg cerdik. kamu ni cerdik tak?
DeleteKesian dia ni.inilah slh satu contoh org melayu yg 'berjaya' dibodohkan oleh program pmbodohan BE END mlalui utusan meloya,berita hairan,tv3.25 dll.otaknya bsr tp hnya 0.1% jer yg digunakn..itupun dh dibodohkn.kesiannnnn....
Deletementeliti tahap kasut buruk , kononnya waraak sangat ingat islam kalau ada pertuduhan sebegini orang yang di tuduh ke tampil buat semuanya , kesian mak bapak kau lahirkan anak akhirnya bila besar menjadi ulat sampah
DeleteSebagai hamba Allah swt, kita tidak layak menghukum seseorang, kita hanya layak memaafkan je, kalu btl Anwar buat benda tu, itu urusan beliau dgn Allah..
DeleteEzam pada mata penyokong PR sama seperti PM1 Malaysia,kaki penipu dan nilainya setaraf besi buruk dan buta kayu.
Deletesedih bila wartawan TV3 suku buat gambar Datin Seri Wan Azizah macam ni..
Deletehttp://3.bp.blogspot.com/-H3x5ywSRABQ/UyvgqqpDulI/AAAAAAAAU30/IW_BUBLpmJU/s1600/mazudul.jpg
Anwar dan LIWAT berpisah tiada...
ReplyDeleteHanya PELIWAT saja yang akan Menyokong PELIWAT..
Hanya pencacai 50sen saja yang akan menyokong perasuah.
DeleteHanya cai saja mengenal cai.....
DeleteCai mali cai
Deleteyelaaaa peliwat.....kalau betul pon itu ditentukan oleh tuhan nanti. Kena tuduh pon ikut mahkamah 20 sen. Orang yang bodoh jer suka main2kan isu ni. Sebabnya orang bodoh jer yang termakan hasutan, menyokong membuta tuli (macam dia nampak perkara tu berlaku) dari pemerintah yang jelas memesongkan segala apa yang mereka suka untuk tujuan kesenangan duniawi mereka. BERHENTI MENJADI PENCACAI....sebab pencacai tu BODOH...KALAU ORG NOGORI CAKAP 'OSAH BANGANG EH KAW NI'......
DeleteMacai umno mcm khinzir, hari2 makan najis
ReplyDeleteCuma orang berakal dan waras yang menganalisa perjalanan kes mahkamah bermula hari pertama hikayat liwat I dan II secara teliti dapat melihat betapa pincangnya cara kedua kes ini dijalankan. Itulah antara sebabnya rakyat yg berakal dan waras telah menolak UMNO BN kerana keterlaluan, menghalalkan cara demi matlamat. Adakah wasatiyah Najib mengajar cara begini?
ReplyDeleteApa gunanya ganjaran, pangkat kalau maruah dh masuk ke lubang jamban.!!
ReplyDeleteSiapa pun calon yg d ktengahkan oleh umnobn d kjang aku tetap tak undi dan sokong.
ReplyDeleteSiapa pun calon yg d ktenghkan pr d kajang aku tetap sokong dan undi kerana aku sdh tdk suka sama itu bn kerana hidup mreka bergelumang Dgn rasuah dan rompk hrta rkyt...
KAHKAHKAH ezam kotak ni dah tak laku bodoh betul org umno yg setia kpd umno diperbodoh oleh najib dan sepupunya hissamuddin yg setia dah tahu akan terus setia yg tak brapa nk setia kena bg jawatan sekali LAGi aku nk gelak kat org umno yg setia ni diperbodoh,diperkuda,diperhamba oleh najib dan konco -konconya
ReplyDeletehahahaha najib dan kroni2 memperbodohkan ahli umno bawahan atau basuhan!!!!!! Padan muka!!!! korang ni tak nampak ke Najib pentingkan tempolok nya sahaja? buta ke korang ni. Macam takde orang lain yg layak utk jawatan tu. Puluhan ribu ahli Umno......Najib beri pada Ezam....hahahah lawak of the year!!! Wahai ahli umnos, percaya lah...Najib tak peduli sesapa...korang umpama tangga untuk dia naik lebih tinggi....bila dah usang buruk...gi buang ambik lain yang hendak jadi pak sanggup utk dipijak2kan.....hahahahaha.....Marilah kita rakyat Malaysia memilih yang lain yang sanggup memimpin dengan betul. Hala tuju di dalam tangan kita. Masa depan kita bermula hari ini bukan akan datang.
ReplyDelete