Monday, 10 February 2014

Kes Rasuah Bekas Setpol Shahrizat, Mana Suara Najib?


Walaupun Peguam Negara, Gani Patail menafikan adanya campurtangan politik dalam kelewatan pertuduhan terhadap bekas Setiausaha Politik Shahrizat Jalil yang sebelum ini sudah dinyatakan akan didakwa di mahkamah oleh SPRM tetapi tiba-tiba dibatalkan bila tiba waktunya, namun ia sama-sekali tidak berupaya menghentikan orangramai daripada terus bercakap mengenainya.

Sebelum ini SPRM telah membuat kenyataan bahawa bekas Setpol bergelar Datuk itu akan didakwa di mahkamah selepas dibebaskan dengan ikat jamim RM50 ribu. Bekas Setpol terbabit didakwa terbabit dengan rasuah berjumlah RM1.1 juta melalui penyalahgunaan dana 1Azam yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bagaimanapun apa yang ditunggu itu tidak menjadi kenyataan sehingga ia menimbulkan pelbagai tanggapan di kalangan orangramai.

Hanya pada lewat petang hari yang sepatutnya Setpol itu didakwa, barulah SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa pendakwaan itu ditangguhkan ke tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian tetapi tidak memberi sebarang alasan mengenainya.

Berikutan tiadanya pendakwaan seperti yang disebut pada awalnya oleh SPRM itu, Pengerusi Panel Penasihat Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Johan Jaafar telah meluahkan rasa bimbangnya dengan perkembangan ini kerana menimbulkan tanggapan adanya campurtangan luar mengenainya.

Johan kemudian telah mengadakan pertemuan dengan Gani Patail dan diberi jaminan bahawa tiada campurtangN politik atau pendakwaan terpilih dalam kes ini, sebaliknya penangguhan dibuat hanyalah berujuan memberi lebih masa kepada SPRM mengumpul lebih bukti bagi menyokong kes itu.

Wujudnya persepsi umum adanya campurtangan politik dalam kes itu memang tidak dapat dielakkan memandangkan ketika SPRM memaklumkan akan membawa sesuatu kes ke mahkamah dengan menyebut tarikh, masa dan mahkamahnya, biasanya kes itu telah pun mempunyai cukup bukti dan dan juga sudah mendapat persetujuan daripada pejabat Peguam Negara untuk didakwa.

Pembatalan pada saat-saat akhir tentunya menimbulkan tanggapan adanya campurtangan politik mengenainya. Dalam hal ini siapa lagi yang boleh mengarah SPRM dan Peguam Negara selain daripada Perdana Menteri?

Selain hanya Najib Razak yang dilihat mempunyai kuasa untuk masuk campur, hubungan Shahrizat yang rapat dengan keluarga Perdana Menteri juga ditimbulkan sebagai asas kemungkinan berlakunya campurtangan itu. Wujud tanggapan bahawa Shahrizat telah merayu kepada Perdana Menteri agar menggugurkan kes tersebut bagi menjaga namanya sebagai Ketua Wanita UMNO.

Di sebalik penafian Gani Patail bahawa ada campurtangan politik dalam penangguhan kes ini, hanya Tuhan yang mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Tetapi orangramai tetap mengharapkan kes ini akan dibawa juga ke mahkamah akhirnya supaya kes yang merosakkan nama kerajaan ini dapat diadili, lebih-lebih lagi ia melibatkan dana yang diwujudkan untuk membantu golongan miskin.

Dalam hal ini, penafian Gani sahaja tidak memadai sebenarnya. Najib perlu bersuara dan menyatakan pendiriannya serta kerajaan mengenai kes itu memandangkan di sebalik penangguhan tersebut, nama beliau dipalitkan secara langsung dalam banyak sessi perbualan, dari kedai kopi di hujung kampung hinggalah ke coffee house di hotel-hotel mewah.

Dalam semua perbualan itu, nama Najib selaku Perdana Menteri dan hubungan keluarganya yang rapat dengan Shahrizat telah dikaitkan sehingga kes itu dibatalkan untuk dibawa ke mahkamah pada saat-saat akhir.

Hanya dengan Najib bersuara bahawa tiada campurtangan politik dan beliau menyerahkan sepenuhnya kes itu kepada SPRM dan Peguam Negara menjalankan kerjanya secara bebas berdasarkan bukti dan undang-undang yang ada, barulah sekurang-kurangnya ia dapat memulihkan keyakinan umum.

Selagi beliau berdiam diri dan membisu, selagi itulah beliau akan terus dikaitkan.

Daripada segi yang lain, setelah isu lembu NFC yang juga melibatkan keluarga Shahrizat yang begitu lambat diambil tindakan oleh Najib sehingga timbul andaian mengenai percubaan melindunginya, membawa kes rasuah ini segera ke mahkamah adalah langkah terbaik untuk membuktikan kerajaan bukan saja berusaha bersungguh-sungguh menangani rasuah, malah menolak hubungan rapat dengan Shahrizat telah mempengaruhinya untuk mengenepikan undang-undang.

Dan sebelum kes Setpol Shahrizat ini benar-benar dibawa ke mahkamah untuk didakwa, Najib seharusnya bersuara dahulu menyatakan pendirian tiadanya campurtangan beliau serta ketegasannya agar kes ini diteruskan untuk diadili dan dijatuhkan hukuman.

Hanya dengan bersuara sekurang-kurangnya membantu memulihkan imejnya tetapi dengan Najib sehingga in memilih untuk terus menyimpan suaranya, persepsi buruk lebih membebankannya. (SH 10/02/2014)

5 comments:

  1. Itulah antara sebab kenapa Shahrizat tetap kekal sebagai Ketua Wanita UMNO walau pun 1 Malaysia dan dunia luar sudah tahu suami beliau terbabit dengan kes "duit lembu". Mulanya ada desakan dari kalangan ahli UMNO sendiri agar Shahrizat diketepikan tetapi setelah Shahrizat bersuara keras "mengugit dan menggertak" akan dedahkan banyak perkara lain dalam UMNO, Najib jadi tersentak dan terpaksa berfikir semula untuk pertahankan Najib sekali pun beliau sedar Shahrizat ketika itu menjadi "liabitiy" kepads UMNO. Saya yakin "duit lembu" turut dibalun sama oleh Najib.

    Dan bila sekali lagi kes penyelewengan melibatkan setpol Shahrizat, Najib tidak ada pilihan lain melainkan harus lakukan sesuatu bagi menutup semua ini kerana atas kepentingan bersama sesama mereka. Dipercayai penangguhan perbicaraan adalah untuk memberi laluan agar skrip yang lebih kemas dapat disiapkan demi menutup segala kurap dan panau.

    Sejak awal dulu lagi saya telah mendapat tahu bagaimana kes "pembunuhan Altantuya" akan berakhir. Maklumat ini saya perolehi dari sumber dalaman yang boleh dipercayai. Dan seperti yang diberitahu, kes berjalan dan berakhir sebagaimana "skrip" yang telah disediakan.

    Rakyat Malaysia tak perlulah mengharap yang molek molek dan telus jika sebarang kes mahkamah yang membabitkan orang orang politik yang sedang dipuncak kuasa. Sekali pun Sirul telah mengakui membunuh Altantuya tapi dia tetap dibebaskan. Nyawa warga asing hilang sia sia kerana hobi suka suka membunuh tanpa alasan.

    Dan terkini pula Zahid Hamidi mengesahkan lagi bahwa tawaran ganjaran menampar Teresa bukan satu jenayah. Zahid betul dan telah membuktikannya dimana kes beliau memukul sahabat anaknya sehingga parah hanya disepikan begitu saja. Kalau memukul dan mencederakan orang lain pun boleh terlepas..apalah sangat dengan tawaran ganjaran menampar Teresa itu.

    Maka jangan persalahkan rakyat jika mempunyai kefahaman bahawa pelaksanaan undang undang negara ini adalah "double standard" atau "dakwaan terpilih". Banyak kejadian dan kes kes mahkamah yang lepas membuktikan perkara ini. Pada saya...undang undang negara ini telah jadi "gila babi" disebabkan pemerintah yang tamak haloba dan berkepentingan diri. Jika ini terus dibiarkan...negara boleh hancur dan musnah.

    Apa kata kita ramai ramai menampar muka Zahid bila ada ruang terbuka untuk itu?. Jangan bimbang...ini tak salah sebab bukan membunuh. Zahid telah istiharkannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..byk betul kebetulannya...! Saya bersangka baik terhadap wanita 'lumbu' ini dan Piem kesayangan "kangkung" dan 'petola' ini...diharap ini bukan yang terakhir..Malah, ada lagi skrip yg akan datang plak...! Cuma Saya Terfikir...Jika 1Malaya nie ditonggang terbalik dan jadi padang jarak padang terkukur...simalaun-malaun nie dah lari dah..yg nazak rakyat la...kot? hancus...

      Delete
  2. Sdr shah, it is very obbious that this bitch sharizat is " holding najib by the balls" !!! . Very painful.

    ReplyDelete
  3. Percayalah org zalim akan jatuh dlm keadaan paling hina...masa pasti tiba untuk mereka

    ReplyDelete
  4. Apa kata kita ramai-ramai bagi PENAMPAR kat Mak Cik Lembu Shahrizat dan Pak Kangkung Najib...x de sapa pun nak marahkan..??? Zahid Bangang tu pun x boleh nak marah.....ni bkn ugutan jenayah.....

    ReplyDelete