Sunday, 19 January 2014
Selepas Lebih 40 Tahun, Kenapa Masih Membanggakan 13 Mei?
Tindakan sekumpulan penyokong UMNO mengadakan demontrasi mempertahankan Najib yang telah dikangkungkan sejak lebih seminggu lalu, bukanlah sesuatu yang luar biasa. Adalah menjadi hak dan kebebasan mereka untuk berbuat demikian, lebih-lebih lagi ia merupakan tindak balas terhadap apa yang telah menimpa Najib sendiri.
Apa yang luar biasa ialah mengaitkan perhimpunan itu dengan unsur-unsur perkauman dan tragedi 13 Mei 1969. Walaupun kejadian bagaimana Najib dikangkungkan tiada langsung berunsur perkauman, sebaliknya ia adalah respon menyeluruh melibatkan semua bangsa yang rasa tidak tidak puas hati dengan peningkatan harga barang yang gagal dikawal oleh kerajaan sejak kebelakangan ini, tetapi membawa sepanduk dan kata-kata yang berkaitan dengan provokasi 13 Mei jelas merupakan sesuatu yang malang.
Nampaknya, mereka yang cuba mempertahan dan membela Najib telah gagal memahami isu yang sebenarnya. Isunya ialah berkaitan kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup dan tindakan menyuapkan replika Najib dengan kangkung juga sama-sekali tidak berunsur perkauman walaupun ia dilakukan oleh seorang wakil rakyat berbangsa Cina. Ia adalah reaksi menyeluruh yang mewakili seluruh rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup.
Kalau mahu dikatakan ia penghinaan pula, tentulah perbuatan melakukan aksi tarian punggung dan menghantar kek berbentuk najis kepada Lim Guan Eng, lebih jauh merupakan penghinaan dan tidak bertamaddunnya dalam melakukan serangan politik.
Oleh itu, dalam menyerang balas tindakan yang berunsur politik ini, lebih-lebih lagi sebagaimana yang selalu ditekankan oleh Khairy Jamaluddin bahawa hujah mestilah dilawan dengan hujah, membawa elemen perkauman dan mengungkit peristiwa berdarah 13 Mei adalah langkah ke belakang dan tidak bijak.
Bagaimana Najib dikangkungkan seharusnya dilawan dengan hujah yang lebih baik dan bernas. Kebangkitan hampir seluruh rakyat daripada segenap bangsa dalam isu kangkung ini menunjukkan rakyat mahukan jawapan dan penyelesaian dalam menangani kenaikan kos sara hidup. Jawapan yang ditunggu oleh rakyat ialah bagaimana kerajaan seharusnya menggunakan kuasanya sebagai kerajaan dalam perkara ini dan bukannya menyalahkan pihak lain seperti orang tengah dan sebagainya.
Dengan menyalahkan orang tengah semata-mata sebagaimana kata Tengku Adnan Tengku Mansor hanyalah menunjukkan betapa lemah dan tidak bermayanya kerajaan dalam mengurus sesuatu isu dan ini lebih membeti insprasi agar kerajaan yang ada ditukar kepada kerajaan yang lebih tahu menggunakan kuasanya.
Berhimpun dan berdemo tidak menjadi kesalahan dan ia mungkin salah satu cara meluahkan perasaan tetapi serangan yang dilakukan mestilah bijak. Mengancam dengan peritiwa 13 Mei dalam isu kangkung dan kenaikan harga barang ini langsung tidak mencerminkan kematangan dan persembahan hujah yang baik dalam politik. Setelah lebih 40 tahun berlalu, peristiwa 13 Mei sepatutnya semakin dilupakan dan bukan sering diingati serta dijadikan alat provokasi terhadap kaum lain.
Terus-menerus membangkitkan peristiwa 13 Mei bukan saja merenggangkan lagi hubungan antara kaum, bahkan meretakkan hubungan sesama komponen BN sendiri. Masyarakat bukan Melayu pula akan terus menjauhi UMNO, BN dan kerajaan selagi peristiwa 13 Mei ini sering diungkit dan dijadikan alat provokasi politik. Generasi muda pula tentulah lebih tidak senang dengan ancaman 13 Mei ini kerana ia adalah sketsa sedih yang tidak mahu dikenang lagi oleh mereka.
Orang Melayu pula tidak seharusnya berbangga dengan 13 Mei itu. Ini kerana 13 Mei bukanlah cerita kejayaan yang perlu dibangga-banggakan, sebaliknya ia juga menampakkan sisi kegagalan sebagai sebuah bangsa. Untuk terus berjaya, kita seharusnya sentiasa melihat ke hadapan dan bukannya sering menoleh-noleh ke belakang ketika sedang berlari.
Oleh kerana sentimen dan provokasi 13 Mei ini dibangkitkan di Pulau Pinang, adalah dijangkakan selagi irama peristiwa berdarah 13 Mei terus dibangkitkan, harapan BN untuk terus menawan negeri itu kekal dalam "pelukan mimpi". (SH 19/01/2014)
Rupanya kangkung boleh juga mengganas, Ingatlah besar mana pun nafsu kamu nak letuskan 13 mei kalau Tuhan Maha Kuasa kata Tidak jadi Kamu tidak akan boleh buat apa. Makan je kangkung tu bio buncit perut
ReplyDeleteumno sudah tidak mampu berhujah dengan fakta, secara.akademik mahupun menurut ugama.sentimen bangsa dan agama adalah jalan pintas mereka bagi membela pemimpin kangkung.dahlah diterajui mamak melayu celup, kalau melayu dan cina berperang barulah keturunan mamak ini berpuas hati....harkh...tuih...
ReplyDeleteSepatutnya pemikiran Umno dari pemimpin nya hingga ahli-ahlinya harus pandang kehadapan,tapi sebaliknya undur kebelakang.Menang sorak tapi kampung tergadai.Sepatutnya melihat apa dah terjadi kepada pulau batu putih?Apakah akan berulang lagi menang,menang seandainya terjadi perebutan pulau pisang nanti?Dah la Tanjung Pagar dah tergadai kalau tak Umno buat kerja ni.Bawa lah kemana makahmah mana sekali pun selagi mana RASUAH masih jadi daging Umno selama itu tak akan selasai.Selagi Umno masih jadi kangkong,selagi mana menteri Umno ada lidah bercabang selagi itulah pentadbiran negara ni jadi ROJAK.Khazanah negara jadi macam mak bapa mereka.Boleh guna sewenang-wenangnya.Ditambahkan lagi dengan LEMBU2 yang naik 'MINYAK'tak bertempat.Sepatutnya buat demo untuk membela pm kangkong dah lah!!!Tapi sebab apa nak dikaitkan dengan peristewa 13mei tu?Aku nak membela orang cina,apakah orang melayu dan mamak ni baik sangatkah?dah duduk lam muzium atau lam telaga buruk dah.Jadi kangkong dan lembu puak2 ni.Jadi PEMBELA pm tak bertempat bodoh nak mampoih.
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteDimana PDRM bila isu ini timbul? Mana IGP yang sangat cepat bertindak jika isu seperti ini timbul. Apakah bila UMNO yang bangkitkan, mata IGP jadi kabur tak nampak apa. Lidah tiba-tiba kena stroke.
Ini sah-sah kes melibatkan keselamatan negara. Sah-sah satu tindakan di bawah akta hasutan yang IGP gemar sangat guna untuk mengugut pembangkang.
Tak kita dengar PDRM nak panggil penganjur demo ini. Sunyi sepi je macam lepas kena serang garuda.
I denga sorang cina kena bantai.... ahli mca ke gerakan?
ReplyDeletepimpinan umno penang telah melakukan sesuatu yg menambah sakit najib...adakah terancang..??? adakah pimpinan umno penang sedang merancang melakukan pengkhianatan terhadap yg dipertuan agong...? adakah pimpinan umno penang sedang merancang menggulingkan yg dipertuan agong..? adakah pimpinan umno penang sedang merancang melagakan kaum melayu dan kaum cina...? mereka harus disiasat..selaku warganegara aku rasa terancam dgn tindakan provokasi 13 mei.. akta sosma boleh digunapakai...tidak perlu provokasi 13 mei untuk adakan kembali isa..
ReplyDelete