Wednesday, 15 January 2014

Najib Dikangkungkan Lagi, Kali Ini Adiknya Sendiri Mengingatkannya Tentang Jimat-Cermat


Selepas Najib Rasak melalui episod yang memalukan dan menjadi bahan persendaan sehingga ke peringkat antarabangsa berkaitan penurunan harga sayur kangkung, di waktu yang sama beliau juga menerima tamparan apabila adiknya, Nazir Razak yang merupakan CEO CIMB Bank, telah menulis satu rencana untuk memperingati pemergian ayahnya, Allahyarham Tun Razak tetapi turut mengandungi beberapa peringatan yang ditujukan kepada abangnya yang sedang memimpin negara ketika ini.

Dalam rencana yang ditulis sempena 38 tahun pemergian Tun Razak, selain beliau menceritakan tentang ayahnya yang banyak berjasa kepada bangsa dan negara, Nazir juga menceritakan tentang sikap jimat cermatnya dalam mengurus wang negara di mana akan memastikan beliau mengeluarkan wang daripada poketnya sendiri untuk ahli keluarga yang ikut serta ketika ke luar negara.

Tidak itu saja, diceritakan juga bagaimana ketika Tun Razak mendapat rawatan kali terakhirnya di London, beliau tidak membenarkan isterinya, Tun Rahah ikut sama berikutan kekurangan biaya serta kebimbangan tentang masalah kewangan yang mungkin timbul setelah pemergiannya nanti. Tun Rahah hanya dibenarkan ke London tidak lama selepas itu, itu pun selepas kabinet mempertimbangkan kewajarannya untuk bersama-sama dengan Tun Razak yang sedang menerima rawatan penyakit leukimia yang sedang dihadapinya.

Nazir juga turut bercerita tentang permintaannya bersama adik-beradiknya yang lain agar dibina kolam renang di kediaman rasmi Perdana Menteri ketika itu iaitu Seri Taman tetapi telah ditolak oleh ayahnya kerana tidak mahu wang rakyat dibelanjakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan keluarganya sendiri.

Walaupun tulisan Nazir ini adalah ditujukan untuk memperingati bapanya, tetapi apabila beliau menulis sama tentang sikap jimat-cermat dan penggunaan wang rakyat yang ketat untuk ahli keluarga, tidak dapat tidak, beliau sebenarnya sedang menujukan juga tulisannya itu kepada abangnya, Najib Razak, kakak iparnya, Rosmah Mansor serta anak-anak Perdana Menteri.

Ini berikutan Najib ketika ini sedang dipertikaikan daripada segenap sudut mengenai kemewahan, pemborosan, penggunaan wang rakyat sesuka hati dan mudah tunduk kepada kehendak ahli keluarganya dalam mengurus negara sehingga bukan saja menyebabkan bertambah suburnya kebencian rakyat, malah menyebabkan hutang negara terus menimbun.

Nazir yang tetap mempunyai hubungan mesra dengan Najib tetapi difahamkan tidak mempunyai hubungan baik dengan Rosmah Mansor, mungkin tidak mempunyai cara untuk memberi nasihat dan pandangan kepada abangnya supaya dalam menyanjung jasa Tun Razak, apa yang seharusnya diteladani ialah mengikuti juga segala sikap baik, berjimat cermat dan berhemah ayah mereka dalam mengurus wang rakyat.

Oleh itu, sempena 38 tahun pemergian bapanya, Nazir telah menggunakan peluang tersebut bukan saja untuk memperingatI pemergian bapanya, tetapi secara tidak langsung memberi pesanan kepada abangnya yang ketika ini sedang berhadapan dengan pelbagai kemelut dalam menguruskan negara.

Jika seorang abang menegur dan memberi nasihat kepada seorang adik mungkin boleh dianggap sebagai perkara biasa tetapi apabila seorang adik bongsu mengambil keputusan memberi nasihat kepada abang sulungnya, ini menandakan pada penilaian Nazir, kepimpinan abangnya sudah berada di tahap teruk dan kronik serta perlu diperingatkan.

Selain rakyat sudah banyak kali mempertikaikan tentang sikap boros dan mewah Najib sekeluarga walaupun sudah banyak kali didedahkan, malahan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad juga juga menasihatkan kerajaan agar menjimatkan kos dan bukannya menaikkan harga barang, namun semua itu tidak pernah diambil peduli oleh Najib.

Dalam hal ini, Nazir mungkin masih mempunyai simpati kepada abangnya, lalu mengambil peluang untuk turut memberi nasihat secara tidak langsung. Tentunya tidak ada maksud lain apabila Nazir memperkatakan tentang sikap jimat cermat dan belanjawan berhemah Tun Razak melainkan untuk memperingati abangnya kerana Najiblah yang sedang memimpin negara ketika ini.

Lagi pula, sebelum ini Nazir tidak pernah menulis apa-apa rencana tentang Tun Razak walaupun beliau juga berpeluang berbuat demikian pada tahun lalu atau tahun-tahun sebelumnya. Beliau memilih tahun ini untuk menulis tentulah ada kaitan dengan kepimpinan Najib yang boros dan sedang dipertikaikan oleh hampir semua lapisan rakyat.

Walaupun tindakan Nazir ini seperti mengangkungkan abangnya sendiri yang sudah cukup sarat dengan pelbagai kecaman, cacian, dijadikan bahan jenaka dan sebagainya, hakikatnya Nazir telah bersikap wajar dan turut bersikap pro rakyat dalam hal ehwal yang melibatkan penggunaan wang negara.

Atas keberanian dan kewarasannya, rakyat Malaysia harus memberi sekalung tahniah kepada Nazir Razak yang ternyaa lebih memahami prinsip perjungan Tun Razak berbanding abangnya, Najib. (SH 15/01/2014)

4 comments:

  1. yesssssss.....saya sudah hidup didalam zaman 4 prdna mntri.....rsanyaaa yg ne yg plig trok n tramat trok....tp bg budk yg bru nk knl dunia...ooonth leeeeeeer

    ReplyDelete
  2. Sesiapa yang membaca tulisan Nazir Razak mengenai legasi Abdul Razak Hussein selaku perdana menteri kedua di Malaysia, akan mempunyai pandangan masing-masing sama ada ianya bersifat pro atau pun kontra.

    Pada pandangan saya, Nazir Razak tidak tertumpu untuk mengutuk atau menghina kelemahan abangnya Najib Razak sebagai presiden parti ketuanan melayu itu atau sebagai perdana menteri Malaysia. Tetapi tulisan itu bersiffat pukul anak sindir menantu.

    Nazir Razak dilihat seolah-olah cuba memberi pengajaran pada Najib, seperti “......setiap ringgit yang dibelanjakan adalah milik rakyat. Oleh itu, tidak ada justifikasi untuk membelanjakan berjuta-juta semata-mata mengubah suai Sri Perdana setiap kali PM baru dilantik. Hadkan penglibatan keluarga dalam urusan pentadbiran negara.....”

    Tapi kalau kita bertanya pada ahli UMNO Baru sama ada yang tua atau separuh tua secara ilmiah, mereka akan bersetuju jika Najib ditemu duga seperti penjawat awam memohon sesuatu pekerjaan, sememangnya Najib Razak itu tidak ada kelayakan langsung untuk diangkat sebagai pemimpin.

    Sebagai bukti, Najib tidak pernah mengeluarkan idea kepemimpinannya secara jelas dan berwawasan agar dijadikan satu amalan oleh rakyat Malaysia.

    Slogan 1Malaysia yang didakwa sebagai ideanya tidak memberi apa-apa kelebihan malah beliau gagal merealisasikan seperti yang dilaungkan nya. Pasukan pelaksana yang beliau tubuh lebih kepada sokong membawa rebah, tidak konsisten dan merapu.

    Malah kalau kita nilai kewibawaan pemimpin selain Najib, mereka juga sama bodoh dan bangangnya. Inilah hasil kerja Tun Mahathir selama 22 tahun menjadi perdana menteri Malaysia, membunuh pelapis yang berwibawa demi mengekalkan kuasanya yang berselidung atas nama bangsa melayu.

    Oleh kerana itu dalam fahaman saya, tulisan Nazir itu lebih tertuju pada Rosmah, disamping penasihat yang Najib lantik dengan pembayaran yang amat mahal seperti pemandu agar menilai semula kualiti kerja mereka setimpal dengan upah yang mereka terima.

    Sekarang ini, Najib dilihat amat bersalah kerana gagal menyelesaikan masaalah berbangkit berkait dengan isu sensitif dan membaik pulih ekonomi yang sedang merundum. Tiada siapa yang berani mempertahankan kelemahannya kerana jika ada orang yang mahu mempertahankan nya maka orang itu akan dikritik sebagai orang bangang sama spesis Najib kangkung.

    Persoalannya apa yang patut dilakukan bagi membendung kerakusan kerajaan Najib dan isteri nya Rosmah berbelanja agar negara Malaysia tidak terus bangkrap dan rakyat tidak pula menyamun sesama sendiri demi mendapatkan sesuap nasi demi menghidupkan ahli keluarga mereka ?

    Jika kita berfikiran bahawa Najib perlu diperbetulkan , maka fikiran ahli UMNO Baru perlu diperbetulkan terlebih dahulu. Di wajah mereka lebih banyak hitam dari putihnya...kerana mereka adalah puak HARAMJADAH yang sentiasa mencipta situasi huru-hara dalam agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju dgn saudara

      Delete
    2. Cer fikir.. Knp najib takutkn bii? Hatta merelakan apa jua yg bininya lakukan.. Sekalipun terpaksa menjatuhkan maruah dan dirinya sdri. Prtama biasanya suami camni bachul... Tak berani disebabkan takut diatas kuasa bini atau ada ilmu digunakan. Satu lg, munhkin si bini ada menyimpan rahsia dan kebutikan suami. Ianya mmnjadi alat senjata oleh sibini.. Ia mngugut jika tidak dilayan.. X dipenuhi seleranya. Dalam sejarah najib bukanlah suami yg takutkan bini kerana mantan bini pertamanya dulu sanggup najib lepaskan semata2 penangan ppuan lain.

      Delete