Friday, 13 December 2013
Soalan Untuk Zahid Hamidi, Bolehkah Mat Sabu Ditahan Dengan 10 Bukti Itu?
Ketika berucap di penggulungan Perhimpunan Agung UMNO, 7 Disember lalu, Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, "Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam Pas.
"Pas, ketepikan perbezaan politik. Ini soal akidah dan keselamatan negara. Kita hairan bagaimana Pas memilih pemimpin Syiah itu untuk menjadi orang nombor dua dalam Pas. Jangan berselindung. Jangan berselindung.
"Datuk Jamil Khir, KDN bagi kuasa, ambil tindakan kepada pemimpin Pas itu," tegasnya seakan memberi arahan kepada menteri yang bertanggungjawab kepada hal ehwal agama.
Mendengar ucapan beliau itu, sudah pastilah sesiapa pun beranggapan bahawa Zahid dan KDN sudah mempunyai cukup bukti untuk menahan orang nombor dua dalam Pas iaitu Mohamad Sabu yang kini memegang jawatan Timbalan Presiden Pas.. Seolah-olah bukti yang ada hanya menunggu masa yang sesuai saja lagi untuk menahannya.
Jamil Khir pula dalam reaksinya kepada arahan Zahid itu berkata, pembuktian kukuh diperlukan kerana Syiah melibatkan iktikad seseorang dan bukan berdasarkan sentimen kepartian semata-mata.
Apabila diasak oleh media kemudiannya, Zahid berkata suatu sidang akhbar khas yang akan dilakukan Ketua Setiausaha KDN, Abdul Rahim Mohamad Radzi akan diadakan untuk mendedahkan bukti-bukti tersebut. Sebagaimana yang dijanjikan, petang 12 Disember, sidang akhbar itu diadakan dan 10 bukti yang dijanjikan adalah seperti berikut:
1. Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan Imam Khomeini melalui tulisannya bertajuk "Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeini" dalam ruangan Fikrah, akhbar Harakah.
2. Mat Sabu pernah menyatakan kekaguman dan kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau semasa berucap pada 13 Jun 2011.
3. Pada 2008, ketika mengulas perutusan sempena Hari Krismas bagi penganut Kristian di Malaysia, Mat Sabu telah menggunakan pendekatan ulama Syiah (Imam Khomeini) sebagai terma rujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan.
4. Semasa sesi temuramah bersama Timbalan Presiden Jati, Datuk Aidit Ghazali menjelaskan Mat Sabu merupakan ikon Syiah dan beliau gagal menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah.
5. Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu dengan pemimpin Syiah itu lebih empat hingga lima kali.
6. Beliau telah beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada tahun 2011 yang dikendalikan oleh dua ustaz berfahaman Syiah.
7. Mat Sabu didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, Selatan Thailand pada 2011 untuk mengunjungi pemimpin Syiah dan menghadiri ramah mesra di sana.
8. Pegawai KDN, Ustaz Zamihan Mat Zin memberitahu, sahabat Mat Sabu selama 20 tahun iaitu C.N Afghani telah menjelaskan Mat Sabu kerap melawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar Malaysia ke Qom, Iran.
9. Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan oleh penganut Syiah pada satu ceramah di Madrasah Diniah, Arau Perlis pada 2005.
10. Tuan Guru Haji Abdul Rahim dari Sungai Jagung, Pendang Kedah menjelaskan Mat Sabu dilihat menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujud yang merupakan ajaran sinonim dengan fahaman Syiah.
Itulah bukti-bukti yang dimiliki oleh KDN. Persoalan paling utama berdasarkan 10 bukti ini, bolehkah Mat Sabu ditahan sebagaimana ghairahnya Zahid Hamidi memberi arahan kepada Jamil Khir dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu?
Oleh kerana beliau terlihat ghairah mahu menahan Mat Sabu dan bukti-bukti yang didedahkan seharusnyalah ke arah itu dan bukannya bertujuan lain. Jika tidak, bak kata orang Bagan Datoh, "buang karan aje" segala pendedahan ini.
Daripada 10 bukti yang didedahkan, kebanyakannya agak kabur terutama berkaitan kekaguman terhadap Imam Khomeini. Tidak semestinya mengkagumi Khomeini bererti menerima Syiah kerana ramai yang kagum semata-mata kerana perjuangannya menumbangkan regim Shah Iran yang terkenal dengan zalim, boros dan bermewah-mewah.
Di awal kejatuhan regim Shah Iran, ramai yang mengkagumi Khomeini. Seluruh dunia menyanjung dan memujinya. Di negara kita,, di antara pengagum awal Imam Khomeini ialah Ibrahim Ali, Presiden Perkasa dan gambar semasa mudanya bersama Khomeini kini sudah bertaburan di media-media sosial.
Begitu juga kekaguman kepada pemimpin yang lain atau kunjungan ke Iran atau tempat-tempat lain yang dikaitkan dengan Syiah, tidak semestinya boleh dikaitkan dengan penerimaan fahaman Syiah itu. Boleh jadi kunjungan itu atas dasar persahabatan, persaudaraan dan sebagainya. Ia sama seperti tidak boleh mengaitkan Najib dengan Kristian hanya semata-mata beliau berkunjung ke Vatican City dan bertemu Pope.
Bukti-bukti lain pula perlu disahkan dengan keterangan yang lebih jelas, saksi dan mungkin gambar atau video (jika ada), barulah ia boleh diterima sebagai bukti yang sahih. Dalam masa yang sama, kredibiliti saksi juga harus diambil kira dan cakap-cakap atau cakap- dengar belum dikira bukti yang kukuh.
Memang kita tidak menerima Syiah tetapi kita juga tidak mahu Syiah dijadikan agenda politik semata-mata atau menjadikan KDN alat politik. Kalau ada bukti yang kukuh, tangkap dan ambillah tindakan. Janganlah jadi seperti ayam yang hanya tahu berkokok tapi tidak peduli siang harinya selepas itu sama ada cerah atau gelap.
Bukti-bukti yang dikemukakan oleh KDN ini juga mengundang respon negatif daripada Saifuddin Abdullah, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang menulis di Twitternya dengan pertanyaan, "Saya kagum Mandela, Che Guivera, Ghandi, Mother Teresa. Adakah bermakna saya Kristian, komunis, Hindu? Saya juga kagum Khomeini. Adakah saya Syiah?"
Rasanya ramai yang sependapat dengan Saifuddin bahawa kekaguman terhadap seseorang tokoh tidak boleh dijadikan sandaran kukuh untuk menuduh seseorang itu sudah menerima fahaman yang dibawa tokoh itu. Banyak sebab yang dibolehkan untuk mengkagumi seseorang tokoh tanpa melibatkan pegangan akidah sebenarnya.
Sementara Mat Sabu menafikan semua dakwaan KDN terhadapnya dan menganggapnya sebagai fitnah semata-mata serta bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang, Zahid dalam masa yang sama haruslah juga membuktikan bahawa bukti-bukti yang ada mampu menahan Mat Sabu dan beliau benar-benar seorang yang mementingkan akidah umat Islam dan keselamatan negara.
Inilah tanggungjawab Zahid dan hutang yang mesti dilunaskannya kepada rakyat Malaysia dalam isu Syiah ini.
Rakyat mahukan kata-katanya dibuktikan, bukan sekadar mendedahkan maklumat yang longgar dan bersifat serangan politik semata-mata. Jika hanya itu niat Zahid, bermakna beliau sedang cuba mengalih perhatian umum daripada pelbagai isu yang sedang berlaku dalam negara dan dalam masa yang sama juga seakan memberi rezeki "durian runtuh" kepada Mat Sabu melalui saman mahkamah yang bakal dikemukakannya nanti. (SH 12/12/2013).
Rakyat sibuk mencari idea memerangi jenayah, rasuah dan pelarian cukai bernilai berbilion ringgit wang haram daripada Malaysia keluar negara , dan disenarai kan sebagai negara teratas dalam pelarian modal haram tapi UMNO Baru khasnya Ahmad Zahid Hamidi sibuk memesongkannya dengan menentang fahaman islam syiah.
ReplyDeleteDengan pendedahan 10 bukti yang longgar dan kabur, Ahmad Zahid Hamidi juga cuba untuk menutup cerita yang lebih mengecewakan rakyat Malaysia dimana tahun 2014 akan menjadi tahun menaikkan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan.
Apa yang Ahmad Zahid faham dalam Islam tiada fahaman lain selain sunni.. sedangkan sebelum ini pemimpin UMNO Baru cuba mengembangkan fahaman islam hadhari ?
Saya kesian dan juga sedih menonton di tv gara gara ksu kdn membuat sidang akhbar mengenai bukti yg boleh mengaitkan Mohamad Sabu dengan ajaran syiah, di harap ksu kdn tidak mengigau dalam tidur nya
ReplyDeleteDuit rkyat yg disonglap lari kluar negeri lebih SATU trillion..
ReplyDeleteDuit rkyat utk drama LIWAT anwar pon habis bermilion2,,,
Duit rkyat habis lagi dgn tribunal2 AUTA utk tujuan menipu semata2 sprt kes Beng Hock Atantuya Sarbaini PKFZ dll yg tlh menelan LEBIH ratusan juta lagi!
Habis masa tenaga akal & harta rkyat dinegara ini diguna semata2 utk kerja2 tipuAUTA..tipuAUTA..tipuAUTA..tipuAUTA-sampai bila?
Inilah gamaknya sbnr2 "AKIDAH" umno yg bnar2 tlh diredhai oleh Allah yg wajib dipertahankan menjjaga AMANAH ummah???
tuduhan kepada anwar sebagai dalang pengganas di sibu pun belum selesai..tuduh mat sabu pulak..menteri2 takde kerja lain ke..
ReplyDeleteAku rasa kalau si zahid ni masuk maharaja lawak lg bagus la.....
ReplyDelete'menteri tunjuk' memang tak habis-habis dgn tuduhan-tuduhan bodoh terhadap pemimpin pr. nampak sangat iq die ni rendah. kalau di negara barat org macam ni jadi ketua kampung jer layaknye. tak hairanlah malaysia semakin ketinggalan oleh negara2 asia lain
ReplyDelete"Malaysia the Bolehland". Begitulah kata seorang pengarang dari Jepun.Amat sesuai pada orang seperti Zahid. Cakap bedegar2 tapi tahi penuh di bontot!
ReplyDeleteMat sabu tetap akan 'd dapati' bersalah biarpun hnya satu bukti kerana sejarahnya umno akan tetap ' mncari ' kesalahan jika mreka tdk suka dgn kehebatan sesorang yg akan merosakkan atau meruntuh kuasa mreka.
ReplyDeleteAnwar..altantuya dan ada lagi contoh yg kita telah nampk.
Mreka akan gunakan kuasa semaksimumnya termsuk agensi atau jbtan yg d bwh kuasa mreka.
Jgn terkejut klu mreka gunakan seluruh jentera kerajaan untuk mnsabitkan mat sabu.
Zahid Komedi ... raja lawak.. master of kebodohan
ReplyDelete