Wednesday, 4 December 2013
Perwakilan Diminta Bersuara Mengenai Peranan Peguam UMNO
Dalam kehangatan perhimpunan agung UMNO yang baru bermula semalam dan semua pihak tertunggu-tunggu isu yang bakal menjadi sentuhan perwakilan kali ini, terdapat perwakilan yang berbual-bual di sekitar PWTC membangkitkan mengenai peranan sebenar peguam UMNO yang tidak begitu jelas fungsinya sekarang ini.
Peguam UMNO yang dikenali sebagai Hafarizam Harun itu didapati seperti tidak menjalankan fungsinya yang sebenar sebagai peguam serta jauh berbeza debgan peguam Pas, Hanifa Maidin serta peguam PKR Lateefa Koya yang didapati begitu aktif menjalankan peranan membela ahli dan pemimpin masing-masing yang didapati terlihat dengan tindakan saman atau pertikaian undang-undang.
Hafarizam sebaliknya didapati tidak pernah berperanan langsung jika ahli dan pemimpin UMNO terlibat dalam kes mahkamah dan tindakan undang-undang. Kali terakhir beliau didapati berperanan ialah ketika mewakili UMNO dalam petisyen pilihanraya yang dipertikaikan keputusannya, sama ada oleh Pas atau PKR, beberapa bulan lalu.
Namun selepas itu, kelibatnya langsung tidak kelihatan sedangkan dalam beberapa kes yang saman yang melihatkan pemimpin UMNO, beliau seharusnya turut memainkan peranannya. Misalnya dalam kes Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang disaman oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Hafarizam didapati tidak berperanan langsung sedangkan KJ adalah pemimpin kanan UMNO.
Perwakilan juga turut membangkitkan ketika Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil dipertikaikan peranan dan dicalarkan imejnya berkaitan skandal lembu NFC, Hafarizam juga langsung tidak muncul memberi nasihat guaman kepada Shahrizat tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mempertahankan dirinya.
Dalam kedua-dua kes tersebut, KJ dan Shahrizat dibiarkan melantik peguamnya sendiri dan ini menggambarkan seolah-olah UMNO tidak berperanan melindungi ahlinya sendiri daripada serangan pihak luar.
Dalam beberapa kes lain yang melibatkan pemimpin UMNO disaman atau terlibat dalam kes mahkamah juga, Hafarizam tidak peenah memunculkan dirinya sebagai pegumabela.
Menurut perwakilan yang berbual-bual itu lagi, sudah sampai masanya UMNO mengkaji semula peranan peguam yang dilantiknya agar ia benar-benar berperanan, bukan saja kepada UMNO dan pemimpinnya tetapi juga kepada ahlinya yang terlibat dalam kes mahkamah dan undang-undang.
Tambah perwakilan itu lagi, sekarang ini seolah-olah tiada jaminan terhadap ahli dan pemimpin UMNO yang dibawa ke mahkamah untuk mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada parti walaupun dalam kes yang melibatkan politik.
Menurut mereka, sebagai parti pemerintah yang sudah berkuasa melebihi 50 tahun, peguam yang mewakili UMNO dan sering menjaja namanya sebagai "peguam UMNO" seharusnya dapat berperanan dengan lebih baik berbanding Hanifa Maidin dan Lateefa Koya yang mewakili Pas dan PKR.
Dalam keadaan sekarang, kata mereka, ahli dan pemimpin UMNO yang terlibat dalam kes mahkamah atau disaman oleh pihak pembangkang, terpaksa mencari peguam sendiri dan peguam UMNO seolah-olah lepas tangan dengannya.
Walaupun menjadi peguam UMNO, Hafarizam juga dikenali sebagai ahli perniagaan dan baru-baru ini didedahkan bagaimana beliau dianugerahkan satu projek membina lebuhraya dan pembangkang telah mengaitkan perolehan projek bernilai berbilion ringgit itu dengan peranannya dalam kes kejatuhan kerajaan PR di Perak pada 2009 lalu.
Tetapi, apa peranan dalam membela ahli dan pemimpin UMNO yang lain, tambah mereka dengan serius.
Dalam perhimpunan kali ini, selain isu perpaduan Melayu, muzakarah UNNO dan Pas, PRU 14, undi Melayu bandar dan undi Cina yang dijangka akan menghangatkan perbahasan, peranan peguam UMNO ini juga sebenarnya perlu dibangkitkan untuk pengetahuan dan menyedarkan pucuk pimpinan yang mungkin terlepas pandang mengenainya.
Oleh itu, sama ada perwakilan Wanita, Pemuda dan dan Puteri yang mula bersidang pada hari ini atau perwakilan perhimpunan agung UMNO yang bermula esok, rintihan dan keluhan sebahagian perwakilan mengenai peranan peguam UMNO ini seharusnya turut dibangkitkan sama dalam perbahasan kali ini dan tidak dipandang sepi begitu saja.
Sudah sampai masanya, UMNO menyemak semula dan menambah baik peranan peguam yang dilantiknya supaya ia benar-benar berperanan kepada semua pemimpin dan seluruh ahli yang berjuang siang dan malam memartabatkan parti. Dan sekiranya peguam UMNO yang ada sekarang gagal berperanan atau tidak menepati fungi sebenar sebagai peguam, arahan penambah-baikan tugas atau diganti dengan peguam lain haruslah segera dilakukan.
Jika tidak, UMNO akan ketinggalan satu lagi elemen perjuangannya berbanding Pas dan PKR.
Tambahan lagi, ini adalah perjuangan untuk seluruh ahli-ahli UMNO sebenarnya kerana trend yang ada sekarang memperlihatkan mereka yang berjuang dalam politik sentiasa terdedah kepada tindakan saman, walau dalam kes yang kecil atau tersalah cakap sekali pun.
Dan di sebalik UMNO mendakwa ia merupakan wadah perjuangan untuk orang-orang Melayu, peranannya menaungi dan melindungi ahli serta pemimpinnya harus dibuktikan dalam waktu yang sama. (SH 04/12/2013)
dia dh kenyang buat apa nak sakit2 kepala...hahahaha..xkn tu pun x boleh nak fikir...
ReplyDelete