Thursday, 21 November 2013
Siapa Lebih Lawak?
Dalam program Maharaja Lawak Mega 2013, kumpulan Jambu adalah adalah antara peserta yang sering mencuit hati penonton. Lawaknya bersahaja dan santai. Kumpulan ini dianggotai oleh Tauke dan Yus (pemuda berasal dari Perlis). Berikut adalah salah satu dialog dalam persembahan mereka.
Tauke: Apa kata kalau kita cuti bersama?
Yus: Pergi ke mana?
Tauke: Indonesia.
Yus: Hisss, Indonesia tak bestlah...
Tauke: Habis tu, kita nak pergi ke mana?
Yus: Surabaya.
Tauke: Surabaya tu kat mana?
Yus: Surabaya tu kat Indonesialah!!
Kah kah kah kah...lawak, lawak...
Di Parlimen sekarang ini, menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen ialah Shahidan Kassim. Sama seperti Yus, Shahidan juga berasal dari Perlis. Berikut adalah sedutan beberapa kenyataannya dalam sehari dua ini.
Shahidan 1 - "Hasil lawatan Rosmah ke luar negara sangat positif. Kita mesti berbangga dan berterima kasih atas usaha dan kerja keras isteri Perdana Menteri ini."
Shahidan 2 - "Saya sedih kerana ramai yang melahirkan kebencian terhadap dirinya. Berapa banyak pelabur yang kamu boleh bawa ke Malaysia?", tanya beliau kepada wartawan.
Shahidan 3 - "Maafkan saya, awak tidak berlaku adil kepadanya. Jika kamu seorang yang baik, kamu akan bawa pelabur ke sini. Kamu telah mencipta banyak kebencian terhadap dirinya. Pelabur akan takut datang ke sini."
Kah kah kah kah kah kah kah...lagi lawak...
Siapa patut menang Maharaja Lawak Mega 2013 tahun ini? (SH 21/11/2013)
Mamat ni bukan saja lagi lawak dari mr. bean, tapi contoh melayu didikan umno,menghasilkan melayu cap ayam!
ReplyDeleteDan BIG Bumper bawak balik nilai pelaburan dari Pak Sheikh sebanyak 30 billion yang gagal dilakukan oleh Mukhriz semasa jadi timbalan menteri MITI dulu.Pasai tu che Det marah sangat terkejut sampai tersadai di IJN,mungkin dok kalut tulis wasiat dan faraid sebab katanya hartanye bertimbun-timbun.
ReplyDelete