Monday, 4 November 2013
Kekalahan Yang Tidak Mengecewakan Najib
Setelah bertarung selama 12 hari dalam kempen pilihanraya yang sengit dan penuh dengan gula-gula politik, Pas akhirnya berjaya mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau melalui calonnya, Mohd Azam Samad yang menewaskan calon BN, Dr Ahmad Suhaimi dengan majoriti 1084 undi.
Kemenangan Pas, walaupun dengan jumlah undi yang merosot berbanding PRU 13 iaitu 2774 undi tetapi seperti yang selalu diucapkan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, walau dengan kelebihan satu pun tetap dikira menang juga.
Dengan longgokan projek dan janji pembangunan yang banyak ditaburkan oleh Muhyiddin Yassin sepanjang kempen, selain janji MB Kedah Mukhriz Mahathir untuk menjadikan Sungai Limau sebagai DUN angkatnya serta janji-janji lainnya, kemenangan Pas ini diira sudah memadai walaupun Mahfuz Omar menyalahkan kemerosotan majoriti itu disebabkan hari mengundi diadakan pada hari bekerja yang menyebabkan pengundi luar tidak balik untuk menunaikan tanggungjawab mereka.
Kemenangan Pas ini juga memberi isyarat bahawa Mahfuz bakal memberi cabaran yang sengit kepada Mukhriz dalam pilihanraya umum akan datang ini.
Di pihak UMNO pula, kekalahan dalam pilihanraya ini tidak mendatangkan banyak kesan kerana ia tidak menjejaskan kedudukan kerajaan negeri yang dikuasai BN, begitu juga dengan kerajaan Pusat. Oleh itu, tiada terlihat nada kecewa daripada para pemimpinnya. Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil menyifatkan BN menang dalam kalah kerana berjaya menurunkan majoriti Pas dengan drastiknya.
Menteri di JPM yang juga Ketua UMNO Jerai, Jamil Khir Baharom juga melihat ada sinar kepada BN di sebalik kekalahan BN dalam pilihanraya kecil ini kerana dengan kejayaan menurunkan majoriti Pas daripada 2774 kepada 1084 dalam tempoh 12 hari, sudah tentu ada harapan yang lebih baik dalam tempoh lima tahun akan datang.
Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan pula mengucapkan tahniah kepada Pas atas kemenangan melalui Twitternya dengan menulis, "Tahniah kepada Pas, ada apa salah lagi dengan SPR?"
Secara umumnya tiada pemimpin UMNO yang kecewa dengan kekalahan ini. Kalau ada pun yang kecewa hanyalah MB Kedah, Mukhriz Mahathir dan bapany Mahathir Mohamad.. Dengan kekalahan BN di Sungai Limau ini, ia merupakan kecundangnya beliau buat kali kedua dalam tempoh terdekat ini setelah kalah dalam percubaan menjadi Naib Presiden UMNO pada 19 Oktober lalu.
Mahathir yang turut kecewa dengan tewasnya Mukhriz dalam pemilihan UMNO, sekali lagi tentunya terpukul dengan kekalahan ini meskipun barangkali menyedari peluang untuk menang sangat tipis.
Dengan kalahnya BN di Sungai Limau, bukan saja menyebabkan tiada apa-apa yang berubah dalam kerajaan, bahkan juga menyaksikan tiada yang berubah dalam UMNO. Untuk seketika ini, kedudukan Najib terus selamat daripada sebarang usaha mahu menggugatnya.
Mahathir yang baru mula mengkritik kerajaan Najib sebagai lemah dan membangkitkan politik wang dalam UMNO, kini sudah kehilangan asas untuk meneruskan serangannya. Berbanding jika BN menang di Sungai Limau dan imej anaknya Mukhriz secara automatik akan melonjak kerana berjaya menawan kubu kuat Pas dan satu lagi bukti nyata bahawa penerimaan rakyat terhadap kepimpinannya, UMNO mungkin dikritik sekali lagi kerana memilih orang yang salah sebagai pemimpinnya dalam pemilihan yang lalu.
Jika BN menang juga, Mahathir akan berjaya membuktikan bahawa Mukhriz tetap disayangi dan diterima rakyat, walaupun disisihkan oleh Najib dalam pemilihan Naib Presiden UMNO yang lalu. Ini akan menimbulkan tekanan kepada Najib dan mungkin menggugat kedudukannya.
Tetapi sekarang ini, setelah berjaya mengekalkan status quo Naib Presiden UMNO, Najib juga berjaya mengekalkan status quo ketenangan dalam UMNO. Untuk seketika, tiada asas yang kukuh untuk Mahathir meneruskan kritikan terhadap kepimpinannya.
Walaupun tidak menunjukkan kegembiraan dengan kekalahan ini, Najib juga tiada sebab langsung untuk kecewa kerana kekalahan ini. Kekalahan di Sungai Limau hanyalah kekalahan Mahathir. (SH 04/11/2013)
Tidak kira parti mana yang menang bertanding di DUN Sungai Limau, rakyat tetap akan diterima keputusan itu namun kejujuran SPR negeri dan pusat yang ditaja oleh BN menguruskan pilihanraya memang tidak boleh dipercayai....
ReplyDeletesenang cakap SPR adalah barua BN....
Deletememang barua bn spr
ReplyDeleteTentangan Tun M terhadap Najib membuatkan Najib makin berdendam dgn Tun M dan Mukhriz bakal menjadi mangsa dendam Najib kpd Tun M. Strategi Tun mengutuk Najib utk menyelamatkan populariti Mukhriz tidak kena pada caranya. Mungkin Tun M sudah nyanyok atau silap strategi.
ReplyDeleteAkhirnya apa yg didedahkan oleh Tun M tentang kelemahan pimpinan Najib sekali gus mendedahkan keburukan umno sejak zaman berzaman. Rakyat perlu sedar dan bangkit utk tumbangkan BN dan kezalimannya dlm PRU14.
Hidup Pakatan Rakyat.