Sunday, 27 October 2013

Woww, Najib Mahu Lelaki Malaysia Kuat Seks Rupanya...


Perdana Menteri, Najib Razak hari ini sudah berada di luar negara iaitu ke Manchester dan London untuk lawatan singkat dan menghadiri Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) bersama 15 ketua negara-negara Islam yang lain. Ini bermakna, sekali lagi Najib tidak akan berada di Parlimen pada Isnin ini ketika Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berucap membahaskan Bajet 2014 yang dibentangkannya pada Jumaat lalu.

Tahun lepas juga Najib tidak berada di Parlimen ketika Anwar membahaskan Bajet 2013. Anwar pada tahun lepas pernah menegaskan bahawa ketika beliau menjadi Menteri Kewangan, beliau tidak pernah terlepas hadir dan mendengar ucapan Ketua Pembangkang membahaskan belanjawan kerana beliau ingin mendengar sendiri pandangan dan cadangan yang dilontarkan demi kebaikan negara.

Walaupun ketidakhadiran ini subjektif sifatnya, tambahan pula Najib ada menteri kewangan kedua dan timbalan menteri kewangan yang boleh hadir di Parlimen ketika ketiadaannya tetapi ia sekurang-kurangnya memberi nilai dari segi pertanggungjawaban dan keprihatinan seseorang pemimpin itu.

Tambahan pula, jika jadual WIEF yang menjadi halangan, bukankah jadual pembentangan bajet diubah-ubah tarikhnya mengikut kesesuaian masa serta jadual Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri.

Bagaimanapun selepas pembentangan Bajet 2014 dan sebelum berlepas ke luar negara, di sebalik bajet kali ini yang dianggap tidak menarik, banyak janji dimungkiri, isu GST yang bakal berterusan dan penghapusan subsidi gula, Najib telah membuat kenyataan yang "tak boleh belah" semalam apabila menyatakan kenaikan harga gula adalah baik untuk kehidupan seks rakyat Malaysia.

Saya juga sudah mula minum teh tanpa gula sejak semalam, kata Najib. Maknanya, keupayaan seks Najib pun tak berada baik sebelum ini..kuang, kuang, kuang.

Kenyataan Najib bahawa penghapusan subsidi gula baik untuk kesihatan dan mampu meningkatkan keupayaan seks bukanlah tidak benar, tetapi tidak sesuai diucapkan oleh seorang Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Kalau Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby yang bercakap mengenainya, barulah sesuai!

Sebagai Perdana Menteri, beliau sepatutnya bercakap mengensi subsidi dalam konteks yang lebih ilmiah dan berkaitan kepentingan rakyat dan negara, bukannya hal-hal dalam kain.

Jika sebelum ini, setiap kali isu subsidi duperkatakan, kerajaan selalu menyatakan bahawa langkah mengurang dan menghapuskan subsidi adalah langkah jangka panjang untuk kebaikan rakyat dan negara serta supaya lebih banyak program bantuan kepada kumpulan sasaran dapat dilaksanakan.

Dalam erti kata lain, melalui wang subsidi yang dapat dijimatkan, kantung kewangan negara akan menjadi lebih tebal dan wang tersebut boleh disalurkan terus kepada program yang khas melibatkan rakyat miskin, berbanding pemberian subsidi barangan yang turut dinikmati oleh golongan kaya dan miskin.

Tetapi kenapa dalam penghapusan subsidi gula ini, kerajaan malu mahu mengaku ianya dilakukan kerana wang, sebaliknya faktor kesihatan yang lebih digembar-gemburkan. Menambahkan lagi maharaja lawaknya ialah bila Najib mengaitkannya dengan keupayaan seks pula.

Betul-betul " tak boleh belahlah" Najib ni!

Jika benar faktor kesihatan dan keupayaan seks mahu dijadilan alasan dalam menghapuskan subsidi gula, bagaimana pula dengan banyak janji-janji dimungkiri dan pengumuman cukai GST yang diumumkan dalam bajet kali ini?

Bukankah ia juga boleh menyebabkan ada yang "mati pucuk" dan terkena serangan sakit jantung dibuatnya? (SH 27/10/2013)

3 comments:

  1. Tuan Shah,

    Itulah namanya "alasan hampeh" dari PM Malaysia. Tak payahlah Najib nak kuatkan seks lagi dengan tidak memakan gula...Si Ros dia tu dah hilang keinginan untuk tu, dia cuma bernafsu dengan berkin ratusan ribu RM dan cincin permata puluhan juta RM. Mana tempat Najib nak lampias kalau seks dia makin hebat?. Kah kah kah. Tahun ni artis katogeri pelawak dah pasti jatuh ke tangan Najib. Ehh..semalam dia minum teh tanpa gula...tup tup hari ni kat luar negara. Ada apa apa ker?.

    Tentang ketidakhadiran Najib dalam pembahasan pembangkang terhadap budget negara baru baru ini...MEMANG PM MALAYSIA NI JENIS PALING TAK BERGUNA. MANUSIA MACAM NI TAK PATUT DILANTIK JADI PM. Tapi apa nak buat tuan...golongan yang memperbodohkan diri sendiri telah meletak beliau di tempat sekarang.

    ReplyDelete
  2. Apa kata UFB?
    Kesian pula pada tukang urut, penjual produk tongkat ali dan viagra....

    ReplyDelete