Saturday, 12 October 2013

Hishammuddin Sudah Terbayang Kekalahannya...


Menjelang pemilihan sayap dalam UMNO yang akan diadaka dalam tempoh beberapa jam dan seminggu lagi sebelum pemilihan peringkat MT UMNO, Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein yang dikatakan lembik dan paling mungkin kecundang dalam mempertahankan jawatannya, dilihat cuba menagih simpati agar penyingkirannya itu tidak menjadi kenyataan.

Dengan cuba menggambarkan dirinya seorang yang tidak mementingkan kedudukan dan pemimpin yang teguh kesetiaannya, Menteri Pertahanan itu berkata, sama ada kalah atau menang pada 19 Oktober nanti, beliau akan terus kekal bersama UMNO.

Walaupun seperti sudah dapat membayangkan akan kekalahannya, dalam tempoh kempen yang semakin suntuk dan arus penolakan kepadanya tidak banyak berubah, Hishammuddin ternyata masih mengharapkan ada rasa simpati daripada para perwakilan.

Katanya, apa yang dimahukannya dalam pemilihan kali ini ialah perwakilan akar umbi UMNO memberikan Presiden UMNO saf kepimpinan Naib Presiden yang paling baik untuk memastikan negara terus melangkah mahu ke hadapan.

"Sekarang sudah suntuk, tak ada banyak masa untuk berkempen. Saya akan terus berjuang walau apa pun yang terjadi," tambahnya lagi.

Lenggok kenyataan Hishammudin dalam sebuah wawancara itu tidaklah memeranjatkan kerana melalui kunjungannya berkempen ke beberapa negeri, beliau pastinya dapat merasakan bintangnya mungkin tidak secerah selalu walaupun dalam sejarah penglibatannya dalam UMNO, beliau belum pernah tewas setakat ini.

Lantaran itu, sambil berserah kepada takdir, usahanya mengait simpati daripada perwakilan tetap cuba dilakukan.

Sejak Najib menjadi Perdana Menteri dan beliau dijadikan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin mula tidak disenangi oleh ahli UMNO berikutan sikapnya yang dianggap lembik dan tidak berani bertindak dalam beberapa usaha isu, terutamanya yang melibatkan beberapa siri perhimpunan yang dianjurkan oleh pihak pembangkang menjelang hari-hari terakhir PRU 13 diadakan.

Dalm banyak reaksinya, beliau hanya melontarkan amran demi amaran tetapi tiada yang disusuli dengan tindakan.

Dengan perpindahannya ke Kementerian Pertahanan dan tempatnya di KDN diambil alih oleh Zahid Hamidi yang jelas menunjukkan ketegasan berbeza, sepupu Najib itu makin dipinggirkan di hati ahli-ahli UMNO.

Meskipun beliau mempunyai pertalian darah dengan Najib tetapi sehingga ini nampaknya penolakan ahli-ahli UMNO terhadapnya tidak banyak berubah. Ramai yang mahukan beliau kalah dalam pemilihan Naib Presiden ini sebagai suatu bukti bahawa ahli-ahli UMNO sedang nenyahut transformasi yang kerap dilaung-laungkan oleh pucuk pimpinan.

Bagi kebanyakan perwakilan, stail dan ciri-ciri kepimpinan Hishammuddin yang relatif lembik dan mudah kompromi bukan lagi perwatakan yang sesuai untuk berdepan dengan cabaran yang parti dan negara yang lebih hebat di masa akan datang, terutamanya kerana kepimpinan kali inilah yang dipercayai akan menentukan hidup mati UMNO dalam pilihanraya ke 14 nanti.

Walau tidak dinafikan kemungkinan Najib turut campurtangan dengan menghubungi "warlord" UMNO di seluruh negara bagi memastikan Hishammuddin tidak tercicir dalam persaingan enam penjuru Naib Presiden kali ini, hakikatnya beliau berada dalam kedudukan paling genting sekarang.

Kedudukannya sebagai cucu pengasas UMNO dan anak kepada bekas Perdana Menteri serta pelbagai peranan dan sumbangannya dalam parti dan kerajaan selama ini tidak lagi diambil kira, apa yang banyak dijadikan titik tolak ialah sikap lembiknya ketika memimpin Kementerian Dalam Negeri sebelum PRU 13 dahulu.

Bagi kebanyakan perwakilan UMNO, kegagalan beliau semasa di Kementerian Dalam Negeri adalah wajah sebenar kegagalannya sebagai pemimpin dan ramai yang enggan memberi peluang keduanya. Kedudukannya sebagai anak bekas Perdana Menteri juga tidak lagi banyak membantunya kerana kini sudah ada Mukhriz Mahathir yang sedia mengambil alih tempatnya dan ramai yang menolak untuk meletakkan dua anak bekas Perdana Menteri di kerusi itu.

Jika tugas di Kementerian Dalam Negeri sedang melonggokkan banyak undi untuk Zahid Hamidi, Hishammuddin nampaknya sedang melalui nasib yang berbeza. Sementara Kementerian Dalam Negeri terus menghakis sokongan dan kepercayaan terhadapnya, dua kementerian yang dipegangnya sekarang iaitu Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan, yang dilihat sebagai isyarat Najib mahu menolongnya, juga langsung tidak membantunya.

Mungkin doa saja lagi yang diharapkan oleh Hishammuddin boleh membantunya mengubah takdir kekalahan itu daripada menjadi kenyataan. (SH 12/100/2013)

7 comments:

  1. Selepas tengok TANDA PUTERA barulah faham yang bapa Hishamudin ni sebagai bidan terjun aje jadi PM selepas Tun Dr Ismail meninggal dunia dan Tun Abdul Razak desperate utk cari pengganti akibat penyakitnya yg semakin kritikal.

    So.. tak usah le undi Hishamuddin atas jasa bapak dia sebagai PM. Tak ada maknanya !!!!

    ReplyDelete
  2. Ha ha ha tengok TP "baru faham"... Kalau TP tu tipu, ko pun kena tipu. Melayu, melayu... Malas

    ReplyDelete
  3. kematian TDI menjadikan laluan mudah untuk Razak mengangkat birasnya Hussein menjadi timbalannya yg setia memandangkan rapatnya talian kekeluargaan mereka. Hishamuddin dipanggil 'lembik', 'pondan' dan entah apa apa lagi. Tapi ada orang yg berpendapat dgn latar belakang pendidikan undang2 dan perguamannya, dia tahu apa yg halal dan haram dari segi undang2 untuk bertindak. Dia seorang pemimpin yg amat gentleman.

    Malangnya, UMNO selalu menolak pemimpin gentleman dek budaya gangster dlm UMNO. Kita lihat Zahid yg berlagak gangster jadi pilihan, biarpun dia pernah sendiri membelasah seorang individu. Dia berani membelasah itupun kerana ada segerombolan yang menemaninya. tak ubah seperti watak gengster Sallah Kamil. Kalau inilah pemimpin yg UMNO pilih, masa depan Malaysia amat malang sekali.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  4. http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1607&idc=8888#.UliU8FDQmos

    ReplyDelete
  5. RAHMAN..... DAH HABIS.....TIADA LGI H

    ReplyDelete
  6. Buat apa pilih Naib President UMNO yang lembik dan tidak tahu nak buat kerja hanya beretorik sahaja hingga ke akar umbi dan akan siasat hingga ke lubang cacing...lepas tu habok pun tarakkk....

    ReplyDelete
  7. Hishamuddin boleh menang. Dia digroomed untuk menjadi next PM diikuti dengan KJ. Harapan Mukhriz masih ada. Walau bagaimanapun kita telah melihat proxy beliau Akram Shah tewas jawatan ketua pemuda.

    ReplyDelete