Monday, 9 September 2013
Supaya Setaraf Dengan KJ, Mukhriz Perlu Tanding Naib Presiden UMNO
Walaupun belum membuat sebarang keputusan tentang jawatan yang bakal ditandinginya, tetapi ramai yang merasakan jawatan paling sesuai untuk ditandingi oleh Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dalam pemilihan UMNO kali ini ialah Naib Presiden UMNO. Dengan jawatan ketiga tertinggi dalam UMNO itu kini disandang oleh Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Shafie Apdal, disamping Ali Rustam dan Isa Samad turut memeriahkan persaingan, Mukhriz dilihat tidak mempunyai banyak masalah untuk menyelit bagi mengisi salah satu daripada tiga kerusi tersebut.
Di sebalik pelbagai desakan dan permintaan untuk beliau bertanding kerusi penting itu, Mukhriz sebaliknya mengambil sikap tinggu dan lihat dahulu. Sambil merasakan tugasnya sebagai Menteri Besar cukup berat dan membebankan, Mukhriz dilaporkan mahu memikirkan semasak-masaknya agar penyertaannya nanti tidak menyebabkan mana-mana peranan yang sedang dipikulnya menjadi terabai.
Dalam pemilihan 2009, Mukhriz bersama Khir Toyo tewas kepada Khairy Jamaluddin dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Beliau bagaimanapun diberi jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan kemudiannya dilantik pula sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.
Selepas pilihanraya umum 5 Mei lalu, Mukhriz dijadikan pula Menteri Besar Kedah dan dinaikkan pangkat sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.
KJ yang sengsara jiwa selama empat tahun tanpa jawatan sehingga beberapa kali mengeluh dalam Twitternya, turut diberikan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan oleh Najib selepas pilihanraya umum yang lalu.
Dalam kerajaan, anak bekas PM dan menantu bekas PM ini, kedua-duanya mempunyai jawatan yang penting sekarant. Tetapi di dalam parti, Mukhriz hanyalah memegang jawatan lantikan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah manakala KJ masih Ketua Pemuda UMNO.
Dalam pemilihan akan datang pula, meskipun sudah sebulan KJ mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatannnya, belum ternampak sesiapa lagi yang mahu mencabarnya. Khir Toyo ketika ini sudah pun patah kaki untuk bertanding berikutan didapati bersalah dalam suatu kes rasuah dan sedang dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Dalam Pemuda UMNO, bukan saja tidak ternampak ada tokoh yang berani mencabar KJ, bahkan tiada yang wibawanya setanding KJ. Di kalangan ahli Majlis Tertinggi pula, mungkin tiada yang berminat untuk memimpin Pemuda sepertimana keghairahan pernah muncul dalam diri Rahim Tamby Chik, Annuar Musa, Isa Samad dan Syed Hamid Albar suatu ketika dahulu apabila mereka ini menawarkan diri bertanding jawatan tersebut sedangkan mereka juga berada di luar Pemuda UMNO.
Di ketika ini, yang ternampak sesuai dan berwibawa melawan KJ, hanyalah Mukhriz tetapi Mukhriz juga nampaknya sudah tidak berminat lagi dalam dunia kepemudaan ini. Bebanan tugas sebagai Menteri Besar selalu dijadikan alasan walaupun ketika Harun Idris dan Rahim Tamby Chik ketika memimpin Pemuda UMNO, mereka juga adalah ketua kerajaan negeri Selangor dan Melaka ketika itu.
Terlihat bahawa KJ bakal menang tanpa ditandingi kali ini.
Sebenarnya Mukhriz tidak perlu menjadikan alasan sebagai Menteri Besar sebagai alasan tidak mahu bertanding sebarang jawatan kanan dalam UMNO. Ini kerana dalam kebanyakan masa, jawatan dalam parti dan kerajaan selalunya berjalan seiring. Mungkin hanya kerja yang bertambah tetapi ia bukanlah sesuatu yang terlalu membebankan.
Jika alasan Mukhriz tidak mahu bertanding jawatan Ketua Pemuda kerana tidak berminat lagi dengan dunia kepemudaan dan tidak mahu mewujudkan persaingan yang getir dengan KJ memandangkan beliau kedua-duanya mempunyai jawatan dalam kerajaan, Mukhriz seharusnya tidak mengelak terhadap saranan untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Jawatan ini sebenarnya paling cocok dan sesuai dengan dirinya sekarang ini.
Beliau dirasakan paling sesuai bertanding jawatan tersebut berikutan kejayaan UMNO menawan semula Kedah sedikit-sebanyak adalah disumbangkan oleh keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya yang telah dinamakan sebagai calon Menteri Besar lebih awal lagi.
Dengan bertanding jawatan Naib Presiden juga membuktikan bahawa UMNO masih ada pelapis berwibawa dan boleh diharapkan kerana penyandang jawatan itu biasanya adalah laluan kepada pendakian hireaki yang lebih tinggi lagi, baik dalam UMNO mahu pun dalam kerajaan. Dengan usianya yang masih muda, di samping wibawanya, penyertaan Mukhriz dalam perebutan jawatan Naib Presiden juga akan membuktikan transformasi masih berlaku dan UMNO tidak ketandusan pelapis sebenarnya.
Dalam penyandang jawatan Naib Presiden UMNO sekarang, walaupun Zahid Hamidi dianggap popular dan boleh menang mudah tetapi beliau tidak dianggap pelapis kepada kepimpinan parti dan negara berikutan usianya lebih tua daripada Najib. Hishammudin dan Shafie Apdal pula, walaupun lebih muda daripada Najib tetapi ketokohan dan wibawanya tidak begitu menonjol.
Hishammuddin lebih menonjol dengan jolokan Menteri Amaran serta wataknya yang kemah dan tidak tegas manakala Shafie pula dilihat terkepung dengan isu-isu skandal yang mengelilinginya. Dalam pemilihan kali ini pula, terlihat mood dan keghairahan di kalangan perwakilan untuk melihat kedua-dua pemimpin ini tersingkir dari kerusi Naib Presiden UMNO.
Dua calon yang mahu bertanding jawatan Naib Presiden UMNO kali ini iaitu Ali Rustam dan Isa Samad pula, langsung tidak membantu dari segi transformasi dalam parti. Kedua-dua mereka adalah orang pencen dan juga lebih berusia daripada Najib. Jika mereka menang pun, tidak mungkin salah seorang atau kedua-duanya menjadi pelapis dan pengganti kepada kepimpinan yang ada.
Dengan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri juga lebih berusia daripada Najib, jelas terdapat kelompongan dalam pengisian pelapis UMNO, kecualilah jika Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.
Sebagai Menteri Besar Kedah yang masih harum dengan kemenangan BN menawan semula negeri itu, di samping pengaruh bapanya, Mahathir yang masih kuat lagi dalam UMNO, beliau dirasakan tidak mempunyai banyak masalah untuk menang salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden kali ini.
Jika pun tidak mungkin mendapat undi tertinggi, sekurang-kurangnya kedudukan nombor tiga dalam genggaman buat Mukhriz.
Mukhriz juga sebenarnya tidak perlu bimbang dengan bebanan tugas sebagai Menteri Besar dan Naib Presiden UMNO secara serentak kerana sebelum ini pun sudah ramai Menteri Besar memegang jawatan tersebut dan tidak pernah ada isu mengenai bebanan tugas yang menjadi masalah.
Melalui penyertaannya dalam persaingan Naib Presiden UMNO, Mukhriz bukan saja dapat membantu dari segi kewujudan transformasi dan pelapis dalam UMNO tetapi juga membolehkan beliau duduk setara dengan KJ yang pernah mengalahkannya dalam pemilihan 2009 dahulu.
Jika beliau menang kerusi Naib Presiden dan KJ pula menang tanda bertanding jawatan Ketua Pemuda yang tarafnya juga Naib Presiden, sekurang-kurangnya kekecewaan 2009 dulu akan terubat juga. Mahathir yang selalu bersungut tentang kemenangan KJ dan pengiraan undi Pemuda berjumlah hanya 700 tetapi mengambil masa 8 jam untuk dikira, mungkin juga tidak membangkitkannya lagi selepas ini.(SH 09/09/2013)
Ya Mukhriz...kalau ada teloq, bertandinglah...sementara mamoo hang ada lagi, masih bernyawa, dia bolehla sokong hang. dia boleh buat gempaq keling kat hang.. ada can hang menang...sok ni dia takdak kalu, mungkin gelap sikit peluang hang...kalau hang jantan, bertandinglah. Tunjukkan hang lebih baguih dari cucu Onn.
ReplyDeletesri hartamas
Anon 16.04 saya setuju pendapat Tuan. Mukhriz boleh pilih roti najib atau roti mahathir. Roti najib takda teloq roti mahathir ada teloq ada bawang ada cili...
ReplyDeleteMukhriz juga sebenarnya tidak perlu bimbang dengan bebanan tugas sebagai Menteri Besar dan Naib Presiden UMNO secara serentak kerana sebelum ini pun sudah ramai Menteri Besar memegang jawatan tersebut dan tidak pernah ada isu mengenai bebanan tugas yang menjadi masalah. @ Kalau beban jadi masalah, cadangkan pemimpin letak salah satu jawatan samada dlm Parti or dlm kerajaan. Najib tu Presiden UMNO n PM Malaysia n Muhiyiddin tu Timb Presiden UMNO n Timb PM Malaysia. Betul tak Mukhrizzzzzzzzzzzzzzzzzz
ReplyDelete