Wednesday, 25 September 2013
Siapa Orang Bodoh Dalam UMNO Yang Mahathir Maksudkan?
Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad terus melontarkan kritikannya terhadap UMNO. Jika sebelum ini beliau mengatakan UMNO sebagai parti yang sudah tua dan akan mati, kali ini pemimpin UMNO yang sudah lama memegang jawatan pula dijadikan sasarannya.
Walaupun hujah Mahathir yang mengatakan UMNO sudah tua dan bakal mati itu disanggah oleh Najib dengan mengatakan UMNO sebenarnya semakin diterima rakyat berdasarkan lebih kerusi dimenanginya dalam pilihanraya lalu berbanding pilihanraya 2008, namun Mahathir nampaknya terus juga melontarkan kritikannya.
Beliau yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun berkata, seseorang pemimpin tidak seharusnya memegang kuasa terlalu dan perlu mengetahui bila waktunya mahu berhenti.
Langkah itu, menurutnya perlu dilakukan untuk mengelakkan parti daripada terus dikuasai oleh orang-orang bodoh.
Tidak pasti siapa yang dimaksudkan oleh Mahathir sebagai golongan pemimpin yang tidak perlu memegang kuasa terlalu lama dan harus mengetahui waktu untuk berundur itu. Adakah beliau maksudkan kepada Najib? Atau barangkali ditujukan kepada Muhyiddin?
Memang Najib sudah berusia 60 tahun manakala Muhyiddin pula sudah berusia 64 tahun, tetapi mereka baru saja sepenggal menjadi Presiden dan Timbalan Presiden UMNO? Apakah jika lebih lama Najib dan Muhyiddin memimpin UMNO, mereka akan termasuk dalam kategori orang-orang bodoh juga?
Oleh kerana anaknya, Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan kali ini, apakah sebenarnya Mahathir sedang menghantar isyarat kepada perwakilan agar menolak calon-calon berusia yang bertanding jawatan itu? Dengan Mukhriz berusia 49 tahun, Hishammuddin 52 tahun, Shafie Apdal 54 tahun, Zahid Hamidi 61 tahun, Isa Samad 63 tahun dan Ali Rustam 64 tahun, apakah tujuan Mahathir sebenarnya mahu perwakilan UMNO menolak mereka yang berusia lebih 60 tahun itu?
Atau Mahathir menujukan perkara itu kepada ketua-ketua UMNO bahagian seluruh negara yang masih lagi mahu bergayut pada jawatan masing-masing meskipun sudah sekian lama memegang jawatan tersebut?
Mahathir kini dilihat begitu kerap bersuara tentang perlunya UMNO menerima golongan muda. Semua kritikan dan pandangannya mengenai masa depan UMNO seringkali berakhir dengan jalan penyelesaianna ialah perlu menerima dan membawa masuk lebih ramai golongan muda ke dalam parti itu. Meskipun perkara itu ada kebenarannya tetapi oleh kerana anaknya bertanding kali ini, orang sering membuat tafsiran bahawa beliau sedang berkempen secara tidak langsung untuk memastikan kemenangan anaknya itu.
Oleh kerana beliau begitu kerap bercakap mengenai keperluan orang muda dan pemimpin tidak perlu memegang jawatan terlalu lama, orang juga mula tertanya-tanya, apakah langkah Mahathir selepas pemilihan UMNO ini berakhir?
Berdasarkan kehendak semasa dalam UMNO sekarang, Mukhriz memang dilihat tiada masalah untuk mengisi salah satu slot Naib Presiden itu. Kejayaan BN menawan semula Kedah dan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah telah melonjakkan imejnya di mata umum. Tetapi apakah Mahathir sudah berpuas hati sekadar anaknya menjadi Naib Presiden saja?
Apakah Mahathir akan meneruskan strategi memaksa Najib ataupun barangkali Muhyiddin berundur pula selepas ini sebagaimana yang pernah dilakukannya kepada Pak Lah dahulu?
Dalam beberapa pendekatan yang dilakukan Mahathir sebelum ini, beliau jarang bercakap tanpa maksud tertentu. Beliau didapati kerap bercakap soal perpaduan dan perpecahan Melayu sebelum mempelawa Tengku Razaleigh menyertai UMNO dan membubarkan Semangat 46.
Beliau juga kerap bercakap mengenai sejarah Julias Ceaser dan Brutus sebelum menikam dan membunuh karier politik anak didiknya sendiri, Anwar Ibrahim.
Apabila sekarang beliau kerap bercakap mengenai masa depan UMNO yang buruk, pemimpin perlu tahu untuk berundur, UMNO dikuasai oleh orang-orang bodoh, keperluan membawa pemimpin muda dan seumpama dengannya, langkah Mahathir yang seterusnya sedang dinanti-nantikan oleh ramai orang.
Orang juga ingin tahu siapakah orang pandai yang dirasakan layak oleh Mahathir untuk memimpin dan membaik pulih UMNO untuk masa depan. Dalam hal ini, Mahathir dipercayai akan terus mengkritik dan bercakap mengenai buruknya wajah UMNO sekarang. Di mata Mahathir, Najib dan kebanyakan pemimpin UMNO yang lain belum lagi menepati citarasanya walaupun di era Najiblah beliau lebih dihargai dan anaknya juga mendapat kedudukan yang lebih baik lagi.
Barangkali elok juga ditanyakan soalan, apa lagi Mahathir mahu? (SH 25/09/2013)
Mahathir menembak umno saban hari kerana beliau takut umno baru mati dulu sebelum beliau mati. Jadi adalah perlu memberi isyarat pada orang2 tua bodoh seperti yang telah berusia 60 tahun keatas. Nanti tak mahu dikatakan rakyat yang umno mati sebab ramai orang bodoh di dalam seperti bodoh otak lembu....
ReplyDeleteApa Mahathir mahu?
ReplyDeleteSudah terang lagi bersuluh. Mahathir mahu anaknya mengisi slot jawatan teratas sebagai langkah awal untuk terus menolak Mukhrix sebagai PM. Amat bodoh dan bangang bagi rakyat Malaysia jika membiarkan perkara ini berlaku. Dalam situasi Mahathir dan Mukhriz kini bukan berada dipuncak kuasa namun keluarga spesis mamak ini diketahui umum berjaya menguasai sebahagian besar kek ekonomi negara. Mereka yang membiarkan usaha Mahathir menjadi kenyataan umpama memasukkan kepala ditali gantung
hanya mahathir sahaja boleh menghina melayu dan terlepas kerana kekaguman melayu terhadap beliau terutama dlm membina pejabat sendiri tingkap 84 KLCC. melayu masih tidak sedar kerana merancang tidak mahu sedar disebabkan keselesaan yg sedikit dan merasa diri cukup walhal banyak lagi kekurangan bangsanya yg tidak diperdulikan. Media rasmi UMNO online semalam menyebarkan video peragut melayu dipijak pijak muka dan ditendang kepada dengan kasut oleh cina. Setakat itu shjlah usha UMNO terhadap anak bangsa apatah lagi Nadim dan Jebat sudah tiada hanya mrk bergaya hang tuah shj yg ramai....lebih buruk pak pandir moden pun ada...ana ghoib
ReplyDeleteTun nampak jelas pemimpin umno dan perwakilannya gagal menangani pelbagai isu yg menjadikan rakyat kecewa dan marah.
ReplyDeleteMahathir la ketua segala bodoh yg menjadikan umno di penuhi dgn pemimpin bodo....bukan dia ka yg mula mengumpul pemimpin2 bodo "yes man' di semua pentadbiran2 penting negara dan umno...sekang nak tuding jari kat orang len plak.....ingat tun...sejarah bole ditulis semula....suatu hari nanti akan ada org yg membongkar onar korang ni sume...dan takut nanti nama tun akan ditulis sbg mamak penipu besor....sian die...
ReplyDeleteCkp mahathir tu ada betulnya ...rakyat tlh dibebankan dgn gst.. harga brng naik.. minyak naik bnyk turun sikit. ptptn bebudak tk dpt kerja tp kena byr pinjaman... kerja kurang...kwsp tah la kot2 nk dilesapkan bawak ke mn...kerajaan berhutang rakyat yg kena tanggung....rakyat rasa susah... pemimpin senang lenang tidur nyenyak....rakyat mn yg ditolong tah la...pemimpin yg tk suka rakyat ni namanya
ReplyDeletekutuk mahathir...tapi mase dia jd pm ade hasil contoh klcc,petronas,univesiti,proton banyak lagi...najib ade buat ape....tunjuk satu jari je lepastu buat gst nak gemok kan badan gune duit rakyat...kite menilai pemimpin atas hasil dia buat nak kutok..kutok najib
ReplyDelete