Monday, 12 August 2013

Penjelasan Pak Lah Tidak Mengubah Apa-Apa, Jawapan Mahathir Tetap Ditunggu


Bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali dengan Pak Lah hari ini tampil memberi penjelasan mengenai buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia yang telah menjadi kontroversi dan perbualan hangat sejak beberapa hari yang lalu. Bahkan disebabkan berita mengenai buku itu keluar sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, ada yang bercakap mengenainya lebih banyak berbanding topik-topik lain ketika berjumpa kawan-kawan atau saudara-mara di Hari Raya kali ini.

Dalam penjelasannya, Pak Lah memberitahu bahawa buku ini bukan ditulis, ditaja atau diminta olehnya untuk diterbitkan. Sebagaimana yang sedia dimaklumkan, buku tersebut adalah koleksi tulisan beberapa penulis yang terdiri daripada ahli akademik, ahli politik, tokoh pembangkang, bekas menteri dan sebagainya mengenai era kepimpinan Pak Lah daripada 2003 hingga 2009.

Pak Lah juga menjelaskan beliau tidak terlibat sama sekali dalam urusan menjemput tokoh pembangkang, Nurul Izzah Anwar untuk melancarkan buku itu yang dijadualkan pada 30 Ogos ini di Singapura. Malah, bekas Perdana Menteri itu juga menyatakan beliau tidak bercadang menghadirinya kerana tidak mahu dilihat bersekongkol dengan pihak pembangkang menentang UMNO.

Secara umumnya penjelasan Pak Lah ini boleh diterima kerana seperti yang diketahui beliau bukanlah orang yang mempunyai karektor sedemikian walaupun beliau antara pemimpin UMNO yang keras hati serta berani menyanggah Mahathir dan cuba lari dari bayang-bayang Mahathir ketika memegang jawatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, apa yang menjadi topik hangat dalam buku itu ialah berhubung isi kandungan wawancara dengan Pak Lah yang mengandungi beberapa kritikan, penjelasan dan huraian mengenai hubungannya dengan Mahathir. Penjelasan Pak Lah dalam wawancara itu, walaupun atas nama keterbukaan, tidak dapat dielakkan menyingkap kembali bibit-bibit perbalahan antara keduanya sebelum ini.

Jika selama ini, ramai yang menyangka Pak Lah seorang yang lemah dan mudah mengalah, hakikatnya beliau tidaklah demikian wataknya. Keras hati dan keinginannya untuk menjawab, setelah Mahathir dilihat tidak henti-henti menyerang dan mengaitkannya dengan pelbagai punca masalah dalam UMNO dan negara, jelas memperlihatkan wataknya yang sedia melawan itu.

Cuma, cara beliau melawannya berbeza dengan cara Mahathir menyerang.

Dalam penjelasannya hari ini, Pak Lah cuma menafi beliau menulis, menaja atau meminta buku mengenainya itu diterbitkan. Itu saja. Tetapi beliau sama-sekali tidak menafikan wawancara yang diberikannya sebagaimana yang disiarkan dalam buku itu, apatah lagi kandungan wawancaranya yang menyerang dan mengkritik Mahathir.

Dalam erti kata lain, Pak Lah tidak menafikan dakwaannya bahawa negara akan muflis jika beliau mengikut cara pentadbiran Mahathir yang suka berbelanja sedangkan defisit kian meningkat, beliau juga tidak menafikan Mahathir seorang pemimpin penuh kontradiksi, beliau juga tidak menafikan rasa kecewa yang diluahkannya mengenai Mahathir yang menyerangnya berkaitan masalah tidur yang dihadapi sedangkan perkara itu sudah dijelaskannya kepada Mahathir secara peribadi, Pak Lah turut tidak menafikan bahawa Mahathir antara punca kemerosotan BN dalam pilihanraya 2008 berbanding 2004 dan berbagai lagi isu yang dijawabnya dalam wawancara itu tidak dinafikan sama-sekali ketulenannya.

Hakikatnya, Pak Lah hanya menafikan penglibatannya dengan penerbitan buku itu untuk menyerang Mahathir dan UMNO tetapi sama-sekali tidak menafikan tentang isi kandungan buku itu atau kekecewaan dan rasa kejelekannya dengan perangai Mahathir yang selalu berubah-ubah sebagaimana yang dijelaskan dan mudah difahami melalui wawancaranya itu.

Dengan ini, walaupun sudah ada penjelasan daripada Pak Lah sendiri, ia tidak mengubah isi kandungan buku itu. Ia tidak juga bermakna Mahathir sudah boleh berbaik-baik dengan Pak Lah dan melupakan saja mengenai buku itu. Penjelasan Pak Lah juga tidak mengandungi pujian terhadap Mahathir. Persepsinya terhadap Mahathir kekal seperti apa yang dirasainya dulu. Penjelasannya hanya mengenai hubungannya dengan penerbit.

Bahkan melalui buku ini, mungkin ada yang rasa tidak puas dengan penjelasan Pak Lah yang mungkin tidak terlalu detail dan menyeluruh mengenai UMNO, era pentadbirannya, mengenai Mahathir dan sebagainya dan mahukan Pak Lah menulis memoirnya sendiri pula selepas ini. Orangramai mungkin ingin tahu lebih banyak perkara yang diketahui oleh Pak Lah mengenai Mahathir yang tidak diketahui oleh orang lain.

Tetapi yang pastinya, walaupun dengan adanya penafian Pak Lah ini, jawapan daripada Mahathir mengenai perkara-perkara yang disebut secara langsung dan melibatkan dirinya sebagaimana yang cakapkan oleh Pak Lah sendiri dalam wawancaranya itu, ia tetap memerlukan jawapan balas daripada Mahathir.

Mahathir tetap tidak boleh berdiam diri atau melupakan saja serangan-serangan Pak Lah terhadapnya itu. Malahan apabila beberapa hari lalu Mahathir menangguhkan untuk memberi reaksi mengenai buku ini atas alasan belum membaca dan mahu mengkajinya terlebih dahulu, ia sebenarnya semakin meningkatkan keinginan orangramai untuk mengetahui apa pula jawapan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.

Dalam beberapa hari ini, reaksi Mahathir adalah paling ditunggu-tunggu kerana tidak ada sesiapa yang percaya Mahathir akan terdiam oleh serangan Pak Lah ini. (SH 12/08/2013)



3 comments:

  1. Mengharap penjelasan dari Tun Mahathir ? Belum pun sempat nak interview Tun, dah dengar khabar ... "Pemuda Umno Perak mahu Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penjualan buku ‘Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia..."

    Dari senario ini menunjukkan Tun Mahathir mampu mengelak diri dari menjawab apa saja persoalan yang diajukan kerena beliau masih kebal dan memiliki pencacai yang kekal menyokong beliau walaupun tiada jawatan dalam parti.

    Namun pertembungan ini hanya pada peringkat usik mengusik saja. Kita belum mendengar lagi kenyataan dari pembodek yang menjadi proksi jaga harta sipenyamun.... pastinya lebih meriah lagi kerana mereka adalah ahli fikir dan dalang yang melaksana segala tipu muslihat dalam parti.

    Walau apa pun bakal berlaku, ahli UMNO Baru tidak perlu risau dan marah pada Tun Abdullah diatas pendedahan yang akan dilancarkan dalam buku Awakening itu kerana segala keburukan pemimpin parti itu kita telah ketahui cuma kita buat buat tidak tahu.

    Pekara paling penting perlu difikirkan adalah pemilihan pemimpin masa hadapan dalam perhimpunan agong nanti.

    Ahli parti perlu belajar jadi pandai membezakan antara pemimpin cakap tak serupa bikin dengan pemimpin yang mampu memberi kebaikan kepada ahli apabila mereka diberi kuasa dalam kerajaan Barisan Nasional.

    Sekurang-kurangnya dengan menunjukkan kad ahli UMNO Baru, mereka akan dapat diskaun bayar tol..... Ianya bukan mustahil jika diusahakan !

    ReplyDelete
  2. Halo,
    Nama saya ROBBI dari Cirebon Jawa Barat Indonesia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu Alicia Radu karena membantu saya mendapatkan pinjaman yang baik setelah saya banyak menderita di tangan para pemberi pinjaman online palsu yang menipu saya untuk mendapatkan uang tanpa menawarkan saya pinjaman, saya Saya memerlukan pinjaman selama 3 tahun terakhir untuk memulai bisnis saya sendiri di kota Cirebon tempat saya tinggal dan saya jatuh ke tangan perusahaan palsu di Turki yang telah menipu saya dan tidak menawarkan saya pinjaman. dan saya sangat Frustrasted karena saya kehilangan semua uang saya ke perusahaan palsu di Turki, karena saya berutang kepada bank saya dan teman-teman saya dan saya tidak punya seorangpun untuk menjalankan, sampai suatu hari setia bahwa seorang teman saya bernama Siti Aminah setelah membaca kesaksiannya tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari Bunda Alicia Radu, jadi saya harus menghubungi Siti Aminah dan dia mengatakan kepada saya dan meyakinkan saya untuk menghubungi Bunda Alicia Radu bahwa dia adalah ibu yang baik dan saya harus mengumpulkan keberanian dan saya menghubungi Bunda Alicia Radu dan saya terkejut dengan pinjaman saya diproses dan disetujui dan dalam waktu 3 jam pinjaman saya dipindahkan ke akun saya dan saya sangat terkejut bahwa ini adalah keajaiban dan saya harus bersaksi tentang pekerjaan baik Bunda Alicia Radu
    jadi saya akan menyarankan semua orang yang membutuhkan pinjaman untuk menghubungi email Ibu Alicia Radu: (aliciaradu260@gmail.com) dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan bersaksi seperti yang telah saya lakukan dan Anda juga dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut tentang Bunda Alicia Radu email saya : (robbi5868@gmail.com) dan Anda masih dapat menghubungi Siti Aminah yang memperkenalkan saya kepada ibu Alicia Radu melalui email: (sitiaminah6749@gmail.com)
    semoga Tuhan terus memberkati dan mencintai ibu Alicia Radu untuk mengubah kehidupan finansial saya

    ReplyDelete
  3. Saya Fitriani Suhesti dari kota Medan. Saya melihat pos ibu Yanti Ari dengan perinciannya tentang bagaimana dia meminjam dari Guaranty Trust Loans untuk memulihkan bisnisnya dan juga memperluas bisnisnya. Ibu berkata bahwa dia tinggal di kota Medan dan saya tinggal di kota itu sehingga saya memutuskan untuk menghubunginya karena saya kehilangan 16 juta buah hanya karena saya memerlukan pinjaman untuk mengembangkan bisnis saya.

    Di bawah ini adalah informasinya yang saya lihat dan yang saya hubungi.

    nama ibu: Yanti Ari
    nomor telepon: +62 821-1644-0184
    Nomor Whatsapp: +62 821-1644-0184
    Kota: Medan
    email ibu: ariy6261@gmail.com
    Setelah saya menghubungi ibu yanti, dia memberi tahu saya segala sesuatu yang perlu saya ketahui dan dia mengatakan kepada saya bahwa setelah saya menghubungi Guaranty Trust Loans dan menerima pinjaman saya, saya harus mencoba membagikan cerita saya sehingga orang lain yang membutuhkan pinjaman yang dapat diandalkan perusahaan dapat diselamatkan dari orang-orang curang yang bukan pemberi pinjaman.

    Jadi saya mengajukan pinjaman sejumlah 500 juta Rupiah, dan mereka meminta kredensial saya yang saya kirimkan dan setelah mereka selesai memverifikasi rincian saya, pinjaman itu disetujui untuk saya dan saya pikir itu hanya lelucon dan mungkin itu salah satu tindakan penipuan yang membuat saya kehilangan uang, tetapi karena ibu Yanti berasal dari Medan dan saya melihat buktinya sehingga saya memercayai mereka, saya kagum ketika mendapat pinjaman dalam waktu kurang dari 24 jam dengan suku bunga rendah 2% tanpa jaminan. Saya sangat senang bahwa Allah menggunakan ibu yanti yang menghubungi mereka dan memperkenalkan saya kepada mereka dan karena saya diselamatkan dari pemberi pinjaman palsu dan juga akan memenuhi impian bisnis saya.

    Jadi saya memberi saran kepada semua orang yang tinggal di Indonesia, Malaysia dan bagian lain dunia yang membutuhkan pinjaman untuk satu tujuan atau yang lain untuk silakan hubungi Guaranty Trust Loans dan di bawah ini adalah detail mereka
    email: (anamichaelguarantytrustloans@gmail.com)
    Anda juga dapat menghubungi perusahaan dengan nomor ini: +1(470)481-0039
    jangan ragu untuk menghubungi saya jika Anda memerlukan informasi lebih lanjut melalui email: (fitrianisuhesti90@gmail.com)
    terima kasih semua telah membaca kisah saya, dan semoga Allah terus melindungi dan memberkati kita semua bahkan di masa-masa sulit ini karena pandemi coronavirus.

    ReplyDelete