Wednesday, 28 August 2013
Kelesuan Hari Merdeka: Terima Kasih Rais Yatim
Di sana-sini sekarang orang bercakap tentang sambutan Hari Merdeka tahun ini yang kelihatan lesu dan tidak bermaya. Bukan saja semakin kurang percakapan orangranai mengenai merdeka dan sambutannya, bahkan kibaran bendera Malaysia di kenderaan, rumah dan pejabat juga hampir tidak kelihatan. Pemasangan bendera di jalan-jalan utama di sekitar Kuala Lumpur juga belum kelihatan sehingga ini.
Apa tema Hari Merdeka tahun ini pun ramai yang tidak mengetahuinya.
Berbanding tahun-tahun sebelumnya, sambutan Hari Merdeka tahun ini paling lesu dalam sejarah 56 tahun kemerdekaan negara. Hanya beberapa hari saja lagi menjelang tanggal 31 Ogos, suasana sambutan dan kemeriahan sama-sekali tidak dirasakan. Tarikh kemerdekaan seolah-olah tiada istimewanya dan tidak berbeza dengan hari-hari biasa.
Tidak seperti negara lain yang ghairah dan meriah setiap kali tibanya ulangtahun hari kemerdekaan, negara kita seperti sudah hilang semangat seperti itu. Tiga negara yang menyambut hari kemerdekaan di bulan Ogos ini iaitu Singapura pada 9 Ogos, Korea Selatan pada 15 Ogos dan Indonesia ada 17 Ogos dikatakan tidak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya dan rakyat ketiga-tiga negara itu tetap teruja menanti ketibaan detik bersejarah itu.
Kenapa hanya di Malaysia ia menjadi lesu dan kurang ghairah?
Jika diimbas kembali, sebenarnya sambutan hari kemerdekaan dan menjelang tibanya detik 31 Ogos setiap tahun tidak pernah ada cacat-celanya dan setiap rakyat ghairah menanti serta merayakan detik pembebasan negara dari penjajahan negara asing. Semua orang bercakap tentang merdeka, jalan-jalan dipenuhi bendera manakala tv, radio dan akhbar pula tidak henti-henti menyiarkan rencana atau lagu yang bertemakan kemerdekaan.
Keadaan itu bagaimanapun tercemar pada tahun lalu iaitu 2012 apabila kerajaan melalui Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Rais Yatim telah merompak sambutan Hari Merdeka tahun itu untuk kepentingan politik UMNO dan BN. Oleh kerana 31 Ogos 2012 dianggap detik paling dekat dengan tarikh pilihanraya umum, sambutan pada tahun tersebut telah dimanipulasikan semahu-mahunya untuk kepentingan kempen UMNO dan BN bagi menghadapi pilihanraya.
Buat pertama kali tema Hari Merdeka 2012 bersamaan dengan tema kempen politik UMNO dan BN iaitu Janji Ditepati. Walaupun banyak bantahan mengenai tema itu, Rais berkeras mahu menggunakannya dan berjaya meyakinkan Najib dan kerajaan untuk turut bersetuju dengannya.
Tidak cukup dengan itu, pada malam 31 Ogos tahun lalu juga telah diadakan perhimpunan besar-besaran yang majoritinya dihadiri oleh ahli UMNO dan komponen BN Stadium Bukit Jalil di mana Najib selaku Perdana Menteri telah berucap dengan intipati yang jelas bermotifkan politik dan keinginan untuk memenangi pilihanraya.
Akhbar dan tv pula digunakan untuk mengaitkan sambutan hari kemerdekaan dan kaitan dengan UMNO dan akhirnya sambutan Hari Merdeka 2012 telah menjadi milik UMNO dan BN sepenuhnya. Rakyat yang menganuti fahaman politik yang lain atau tidak terikat dengan mana-mana fahaman politik jadi tersisih dan hilang selera untuk turut sama meraikannya sedangkan sepatutnya Hari Merdeka adalah milik semua rakyat tanpa mengira ideologi dan fahaman politiknya.
Semua ini tidak lain adalah kerana idea cetek Rais Yatim selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Merdeka yang ketika itu terlihat amat ghairah mahu mempromosi kepimpinan Najib sambil mengharapkan agar beliau terus dipilih sebagai calon pilihanraya dan dikekalkan lagi sebagai menteri kabinet.
Walaupun Rais juga melahirkan rasa kesal atas kelesuan sambutan tahun ini dengan mengatakan harga bendera lebih murah daripada harga sekotak rokok tetapi sebenarnya beliaulah juga yang menurunkan harga, bahkan melelong sambutan merdeka tahun lalu.
Kelesuan dan ketidakghaiarahan rakyat meraikan sambutan Hari Merdeka tahun ini tidak lain adalah kesan daripada tindakan Rais Yatim itu. Jika perayaan merdeka 2012 tidak dirompak untuk kepentingan politik UMNO dan BN serta tidak dilelong dengan harga yang murah, sambutan pada tahun ini mungkin tetap sama meriahnya seperti tahun-tahun sebelumnya.
Hari ini Ahmad Shabery Cheek yang mengambil alih tugas selaku Menteri Penerangan dan Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Merdeka, terpaksa memikul beban yang ditinggalkan Rais itu. Beliau juga mungkin lambat menyedari kesan daripada tindakan Rais itu, lalu tidak pula melakukan sesuatu yang agersif untuk sambutan merdeka tahun ini. Jika kesan daripada apa yang dilakukan Rais itu dapat disedari lebih awal, mungkin kelesuannya tidaklah begitu dirasakan seperti sekarang ini.
Walaupun sambutan hari kemerdekaan tahun ini seperti ingin dikembalikan semula kepada rakyat dengan temanya juga lebih rasional iaitu Malaysia berdaulat: Tanah tumpahnya darahku tetapi keghairahan yang telah hilang itu bukanlah mudah untuk dikembalikan. Mungkin ada segolongan rakyat yang memerlukan masa untuk berbuat demikian.
Untuk tahun ini dan mungkin beberapa tahun lagi, kita haruslah mengakui bahawa kerana kesilapan dan salah percaturan yang dilakukan oleh Rais Yatim itu maka kita terpaksalah meraikan hari kemerdekaan ini dalam suasana yang lesu dan tidak bermaya.
Terima kasih Rais Yatim!! (SH 28/08/2013).
56 years after Merdeka and we, the ordinary people of Malaysia, live in fear of being robbed in the streets and even in our own house. UMNO is actively promoting racial disharmony. Corruption is rife and positive development of the country is non-existence. Is this what Merdeka is all about?
ReplyDeleteDarn right! Every week there has been breakins around my neighbourhood and I can't really sleep at night being awaken by 'noises' fearing a break in attempt.
DeleteMerdeka? What is it exactly?
...yg patut & benar2 merdeka ialah silah & azirul je...kahkahkah
ReplyDeleteAngkara seorang menteri yang bodoh sombong, angkuh, bongkak, dan keras hati tidak mahu mendengar hati nurani rakyat (tidak kiralah samada penyokong pembangkang atau golongan apolitikal) yang amat benci dengan slogan "55 Tahun Janji Ditepati" yang terang lagi nyata berbaur politik. Angkara sebuah parti yang telah meng-hijack Hari Merdeka dari rakyat Malaysia dan mencemarkan kemuliaannya dengan menjadikan Hari Merdeka satu rally gergasi syok sendiri untuk UMNO-BN.
ReplyDeleteSampai bila-bila kami tidak akan lupa. Selama-lamanya kami tidak akan memaafkan kamu, UMNO dan Rais, kerana meludah muka rakyat pada tarikh paling keramat dalam kalendar Malaysia.
Tuan, tahun ini juga BN cuba nak politikkan hari kemerdekaan.
ReplyDeleteLihat pada tema "negaraku berdaulat". Ini juga ingin merujukkan kepada pencerobohan di Lahad Datu.
Rakyat takkan boleh dibeli oleh tema berbau politik. Setelah 8 anggota keselamatan maut baru nak ambil tindakan. Negara berdaulat taik kucing!
Kemungkinan rakyat Malaysia rasa menyesal selama ini menyambut Hari Merdeka sebab Profesor Datuk Dr. Zainal Kling seorang ahli sejarahwan Malaysia menjelaskan yang kebanyakan rakyat tak tahu bahawa....MALAYSIA TIDAK PERNAH DIJAJAH OLEH BRITISH sebelum ini yang siarkan melalui TV.
ReplyDeletexde maknanya sambutan tsb sbb Malaysia x pernah dijajah (rujuk kenyataan Zainal Keling)..kalau dh x pernah dijajah, buat apa nk sambut..mcm org x pernah kahwin buat apa sambut hari perkahwinan tsb..ada akal menteri boleh fikir...
ReplyDeleteSambutan Hari Merdeka tahun ini paling lesu dalam sejarah 56 tahun kemerdekaan negara..... dari satu cerita sedih telah bertukar menjadi berita kelakar, kerana Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata...
ReplyDelete"Kita juga dapati pelajar-pelajar kita tidak terlengkap dengan rasa cinta kepada negara menerusi perlambangan bendera Jalur Gemilang...bendera lambang yang paling mudah dan murah yakni hanya lapan batang rokok harga satu bendera kita boleh kibarkan,"
Betapa hina dan rendahnya nilai Patriotisme rakyat Malaysia yang cuba digambarkan oleh orang tua itu bila beliau bandingankan dengan nilai harga 8 batang rokok ? Inilah kepandaian yang dimiliki oleh Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan merangkap pemimpin negara.
Biarpun ianya hanya satu kiasan, namun kegagalan memikat seluruh rakyat mengibarkan bendera Malaysia pada 31hb. Ogos, ada lah tanda pentadbiran BN tidak popular.
Sebenarnya anak muda telah mengetahui bahawa sambutan hari kemerdekaan yang diwar-warkan itu hanya untuk meraikan parti UMNO kini sudah jadi UMNO Baru sebagai pewaris penjajah.
UMNO atau United Malays National Organisation telah menerima watikah sebagai pewaris penjajah British untuk terus menjajah Malaysia.
UMNO tidak pernah menentang British untuk mendapatkan Merdeka. Tapi yang jelas UMNO mementang menentang (PKM) Parti Komunis Malaya, menentang (PKMM) Parti Kebangsaan Melayu Malay, menentang (KMM) Kesatuan Melayu Muda, menentang Hisbul Muslimin, menentang (API) Angkatan Pemuda Insaf, (AWAS) Angkatan Wanita Sedar. Nama-nama ini adalah parti dan kumpulan nasionalis yang telah bangun menentang penjajah British.
Apakah menonton filem peristiwa Bukit Kepong, Sarjan Hassan, Tanda Putera dan mempertahankan Lahad Datu itu sebahagian pejuangan UMNO Baru untuk kemerdekaan ?
Kita juga ingin bertanya.... mengapa kerajaan BN bersubahat memutarbelitkan fakta sejarah sedangkan sejarah itu sebagai anak kunci untuk membuka pintu hati anak muda menyayangi negara ?
Memang tidak disangkal lagi sambutan ke56 ni memang lesu. beberapa tahun kebelakangan ini pun sudah nampak trend menurun kehangatan sambutan kemerdekaan. tetapi tahun ini jelas ketara. Bukan bermaksud rakyat tidak menghargai kemerdekaan atau tidak ada semangat patriotik, tetapi sebagai satu penterjemahan rasa kurang senang rakyat apabila kerajaan selalu mempergunakan sambutan kemerdekaan untuk kepentingan politik. inilah kesannya apabila merdeka dipolitikkan. Inilah penterjemahan rakyat yang perlu dilihat semua pihak bahawa rakyat cerdik dan bijak menilai.
ReplyDeleteuntuk kembalikan sambutan kemerdekaan ini mungkin sedikit sukar dikalangan rakyat tetapi boleh diusahakan dengan memerdekaan arena politik negara. Berhentilah melabelkan orang lain dengan mengaitkan dengan komunis, tidak patriotik dan tuduhan cuba menggadaikan kemerdekaan negara untuk kepentingan politik. Apabila dipolitikkan, seolah2 bila kibarkan jalur gemilang rasanya seperti mengibarkan bendera parti, akibat sambutan bulan kemerdeka itu telah disalah gunakan oleh pihak kerajaan untuk politik.
Memang jelas, dulu kanak-kanak, remaja, orang dewasa akan mengibarkan jalur gemilang seawal bulan ogos, tetapi sekarang dah hampir 31 ogos pun tak ada rumah dan kenderaan yang mengibarkan jalur gemilang, malah basikal pun tak nampak mengibarkannya. Tapi bukan tidak patriotik, tetapi dalam sanubari rakyat tetap bangga dan menyambut merdeka walaupun tidak mengibarkan bendera.
Rais yatim pun jangan salahkan rakyat, tapi inilah kesan daripada mempolitikkan semua perkara termasuk sambutan kemerdekaan.
Bolehkah kita maafkan Si Tua bangka Rais Yatim atas kenyanukkan na??? Tapi Najib lantik dia sebagai penasihat yang bertaraf menteri....
ReplyDelete