Friday, 26 April 2013
Muhyiddin Pun Mulai Percaya BN Akan Tumbang
Hanya tinggal beberapa hari lagi menjelang hari penentuan pada 5 Mei depan, beberapa pemimpin BN kini mulai percaya bahawa BN bakal tumbang dan PR akan memenangi pilihanraya akan datang ini. Kuasa yang sedang digenggam seperti makin hampir akan terlepas. TPM Muhyiddin Yassin hari ini seakan tidak dapat menyembunyikan lagi kebimbangannya bahawa BN akan tumbang dan sebuah kerajaan baru Pakatan Rakyat akan mengambil alih pula.
Setelah menjelalah ke beberapa negeri, barangkali beliau telah dapat menyaksikan sendiri kebangkitan rakyat di seluruh pelusuk negara yang mahukan penghijrahan dari sebuah kerajaan yang sudah lebih 56 tahun mentadbir negara kepada sebuah kerajaan baru yang lebih menjanjikan harapan dan kegemilangan.
Ketika berucap di Negeri Sembilan, resah dihatinya terpancar apabila beliau berkata, Pas akhirnya akan keluar daripada Pakatan kerana pertembungan ideologi yang serius berlaku dalam Pakatan Rakyat sekarang ini terutamanya dengan DAP.
Katanya, jika PR menerajui negara ini dan pertembungan ideologi itu masih berlaku, maka politik negara akan goyah kerana kerajaan yang dibentuk menjadi terumbang-ambing dan ini akan memberi kesan buruk kepada negara.
Dengan membayangkan kemungkinan itu, jelas Muhyiddin mulai percaya bahawa Pakatan Rakyat lebih diterima rakyat berbanding BN. Kenapa beliau membayangkan PR yang akan memerintah negara dan bukannya BN? Dan kini satu-satunya cara yang dilihat boleh dilakukan untuk menggagalkan kemaraan PR ialah dengan melaga-laga serta mengadu-domba antara Pas dengan DAP supaya rakyat hilang keyakinan terhadapnya.
Dan berdasarkan sebuah kajian pula, Muhyiddin berada di tangga nombor satu di kalangan pemimpin BN yang paling banyak menyerang PR iaitu sebanyak 24.7 peratus, mengalahkan Najib di tempat kedua dan Mahathir di tempat ketiga.
Berdasarkan hujahnya yang terbaru untuk menyerang PR ini, Muhyiddin nampaknya juga sudah menjadi "batu ronson nombor satu" atau batu api dengan harapan kesepakatan dalam PR akan goyah atau setidak-tidaknya rakyat akan mempercayai cakapnya itu.
Pertembungan ideologi sebagaimana yang dihujahkan oleh Muhyiddin tidak menjadi masalah kepada rakyat yang mahukan perubahan, Ia juga tidak menjadi masalah kepada PR yang menjanjikan perubahan. Ia hanya memberi masalah kepada BN. Perbezaan itu boleh diselesaikan melalui rundingan dan kesepakatan tetapi yang lebih penting ialah kerana rakyat lebih meyakini manifesto yang dibentangkan oleh PR berbanding manifesto BN.
Selain membentang manifesto yang asli serta praktikal berbanding BN yang banyak meniru dan menciplak, keupayaan pentadbiran beberapa negeri yang ditadbir PR juga meyakinkan rakyat bahawa jika ada perubahan kepimpinan, lebih banyak nikmat dan laba yang bakal diperolehi berbanding membiarkan BN mentadbir negara tanpa berrukar ganti.
Lagi pula, jika perbezaan ideologi yang menjadi serabut dalam kepada Muhyddin, parti-parti dalam BN juga tidak mempunyai ideologi politik yang sama. UMNO dengan kebangsaan Melayunya, MCA dengan kepentingan Cinanya, MIC dengan kepentingan Indianya, Gerakan dengan ideologi yang caca-marba manakala lain-lain parti juga berbeza fahamannya.
Sementara itu MB Negeri Sembilan, Mohamad Hassan yang turut berucap di majlis yang sama dengan Muhyidin pula meramalkan, Pas akan menjadi parti yang pertama keluar daripada PR setelah mereka berjaya mentadbir negara kerana perbezaan ideologi itu.
Sama seperti Muhyiddin, beliau juga nampaknya sudah dapat merasakan kebangkitan rakyat dan kemungkinan BN akan tumbang pada 5 Mei depan. Atau setidak-tidaknya beliau bukan lagi Menteri Besar selepas 5 Mei nanti.
Presiden MCA Chua Soi Lek pula cuba menakutkan pengundi Cina dengan menyatakan bahawa jika Anwar menjadi Perdana Menteri, keadaan negara seperti di era pentadbiran Pak Lah yang lebih banyak bercakap soal Islam berbanding ekonomi akan berulang kembali. Tambahan pula katanya, sama seperti Pak Lah, Anwar juga tidak berlatarbelakangkan pendidikan ekonomi.
Lantaran itu, katanya, apa yang dilakukan oleh Najin sekarang adalah sesuatu yang betul.
Sementara pemimpin-pemimpin PR semakin yakin kemaraan mereka semakin dekat dengan Putrajaya manakala rakyat pula memberi sambutan yang luar biasa terhadap program-program anjurannya, terutama di Putrajaya yang dianggap di luar jangkaan, para pemimpin BN pula semakin bimbang dengan keadaan itu.
Setelah dapat merasakan waktu kejatuhan makin dekat, satu-satunya cara yang mampu dilakukan sekarang ialah dengan menjadi "batu ronson" dan menakut-nakutkan rakyat dengan pelbagai cerita buruk serta jangkaan yang sebenarnya hanyalah khayalan mereka sahaja.
Menjelang semakin hampir hari pengundian nanti, batu-batu ronson ini akan lebih banyak memerciknya apinya lagi. (SH 26/04/2013)
mudah2an bn tumbang seperti kayu buruk yang reput dimakan anai2..runtuhkanlah rejim yang jahat itu.
ReplyDeletePara pemimpin Pakatan Rakyat yg akan terpilih nanti jgn bertelagah sesama sendiri,buat yg terbaik dan hargailah sepenuhnya sokongan rakyat pada kamu semua...jangan lukakan hati pengundi yg telah memilih anda.....
ReplyDeleteJangan risau pemimpin PR gaduh rakyat bangkit
ReplyDelete56 tahun memerintah; 5 + 6 = 11; 11 = 1+1 Dua batu nesan!
ReplyDelete