Saturday, 13 April 2013
Jangan Terkejut Jika Husam Mampu Buat Kejutan Di Putrajaya
Sejak Husam Musa, Naib Presiden Pas yang juga Exco Kerajaan Kelantan diumumkan sebagai calon Pas bagi Parlimen Putrajaya, ramai yang berbelah bagi sama ada beliau mampu mencapai kemenangan di situ atau langkah itu hanya umpama "menempah maut" saja. Dua perkara yang menjadi persoalan iaitu pertama, kerana majoriti pengundi di kawasan itu merupakan kakitangan kerajaan dan keduanya, lawannya daripada UMNO pula bukanlah sebarangan orang iaitu Tengku Adnan Tengku Mansor yang merupakan tokoh berpengalaman dalam UMNO dan kini memegang jawatan Setiausaha Agung UMNO.
Tetapi daripada satu segi, pencalonan Husam bertanding di kawasan itu menunjukkan keberanian dan keyakinan tinggi Pas terhadap perjuangan Islam dan cita-cita menawan Putrajaya yang didukung bersama Pakatan Rakyat. Dengan meletakkan salah seorang tokoh besarnya bertanding di Parlimen Putrajaya, Pas dan Pakatan Rakyat sedang memahatkan keyakinan di jiwa rakyat Malaysia dan pengundi yang bakal membuat keputusan pada 5 Mei depan tentang keseriusan mereka untuk mentadbir negara ini.
Husam sendiri sedar lawannya bukanlah sebarangan orang. Baginya Ku Nan adalah seorang tokoh besar dan berpengalaman yang tidak boleh dipandang ringan.
Saya sendiri agak tertarik dengan keberanian Pas meletakkan Husam bertanding di Putrajaya. Tentu ada strategi tertentu yang sedang dipertaruhkan Pas. Jika untuk menang mudah, Husam boleh saja memilih mana-mana kawasan di negeri kelahirannya, Kelantan dan dengan ketokohan semuladinya, kemenangan sudah pasti dalam genggaman. Namun beliau memilih jalan sukar dalam karier politiknya kali ini.
Meskipun Husam dalam masa yang sama kekal juga bertanding di Dun Salor, Kelantan tetapi dengan bertanding di Putrajaya ini, beliau tentunya juga ingin mencipta kemenangan di kedua-dua kawasan itu. Lebih-lebih lagi jika menang di Putrajaya, moral dan wibawa Pas tentunya melambung mencecah awan.
Untuk mendapat kesahihan sendiri, saya telah menghabiskan dua hari ini meninjau-ninjau sekitar Putrajaya, pergi ke beberapa kementerian menemui beberapa rakan untuk berbual-bual mengenai politik dan kedatangan Husam bertanding di Putrajaya. Saya juga minum-minum di kantin dan singgah di beberapa restoran sekitar Putrajaya untuk melihat sendiri respon masyarakat dalam pilihanraya akan datang ini.
Secara umumnya, ramai kakitangan kerajaan menyambut baik dan mengalu-alukan kedatangan Husam bertanding di Putrajaya ini yang disifatkan oleh kakitangan kerajaan sebagai ahli politik yang baik, berperibadi mulia dan mempunyai masa depan yang cerah dalam politik negara.
Berbanding Ku Nan yang disifatkan mereka sebagai ahli politik masa lalu kerana sudah ditanggalkan jawatan menterinya beberapa tahun lalu, mereka lebih melihat Husam sebagai pemimpin masa depan yang boleh dipertaruhkan sandaran serta harapan. Jika peribadi calon dan perbezaan ini menjadi ukuran, ternyata Husam agak lebih disukai dan mempunyai kelebihan.
Meskipun pengundi Putrajaya kebanyakannya adalah kakitangan kerajaan tetapi satu perkara yang dipercayai turut menggugat BN kali ini ialah kerana mereka ini juga merupakan golongan yang celik komputer dan sentiasa terdedah kepada pelbagai sumber maklumat daripada media baru. Walaupun bekerja dengan kerajaan, mereka juga tahu mengenai isu Altantuya, isu Deepak, isu Bala, rasuah, pembaziran dan sebagainya.
Pengundi Putrajaya bukanlah golongan yang terikat dengan isu pembangunan, longkang tersumbat, perumahan dan seumpamanya saja. Jangkauan pemikiran dan kehendak mereka melebihi daripada itu. Ini nampaknya merupakan cabaran bagi BN dan PR. Mana-mana calon yang bijak memanipulasi keadaan ini dijangka akan memperolehi sokongan yang menggembirakan.
Terdapat juga pengundi yang mempersoalkan jika Ku Nan terus dicalonkan di situ untuk berlawan dengan Husam. Sementara ada yang mahukan BN meletakkan calon-calon muda yang berwibawa, terdapat juga kakitangan kerajaan yang merasakan sepatutnya kerusi Putrajaya ini ditandingi oleh kalangan menteri atau timbalan menteri yang masih berkhidmat, sesuai dengan kedudukan pengundinya yang juga majoritinya kakitangan kerajaan.
Hakikatnya, disebalik keyakinan Ku Nan bahawa tiga perempat pengundi Putrajaya akan tetap bersama BN meskipun Husam yang menjadi calon Pas, penolakan terhadap Ku Nan juga dilihat mula menampakkan bibit-bibitnya. Tidak mustahil bibit-bibit kecil ini akan membesar akhirnya andainya BN tetap juga meletakkan Ku Nan sebagai calonnya kerana bagi mereka kedudukan Ku Nan sebagai menteri pencen tidak memberi imej sebenar tentang wibawa Putrajaya itu sendiri.
Selain beberapa menteri dan timbalan menteri yang dirasakan layak bertanding di Putrajaya, beberapa nama pemimpin muda dalam UMNO turut disebut yang dirasakan amat bersesuaian bertanding di Putrajaya, antaranya Khairy Jamaluddin, Mukhriz Mahathir dan Ahmad Zaki Zahid yang juga Ketua Pemuda UMNO Putrajaya sekarang ini. Berbanding Ku Nan, mereka ini disifatkan sebagai pemimpin muda yang progresif dan berketrampilan yang perlu diketengahkan mewakili Putrajaya jika ingin menandingi dan berlawan dengan wibawa Husam sebagai pemimpin yang sedang meningkat naik dalam Pas.
Jika dilihat keputusan pilihanraya 2008, Ku Nan memperolehi 4038 undi manakala calon Pas ketika itu, Mohamad Noor Mohamad juga dari Pas mendapat 1304 undi daripada jumlah pengundi seramai 6608. Ini bermakna dalam pilihanraya lalu lagi, Pas sudah ada pengaruhnya yang tersendiri di Putrajaya ini.
Kali ini dengan pengundinya sudah meningkat kepada 15,798 orang dan Husam pula yang bertanding, tidak mustahil pengaruhnya lagi berbeza. Kunjungan kali pertama Husam ke kawasan perumahan Putrajaya dua hari lalu dan bersembahyang Jumaat di Masjid Putra yang dilaporkan mendapat sambutan hangat dan dialu-alukan penduduk sebagaimana yang disiarkan media, memberi gambaran bahawa persaingan pasti sengit menjelang 5 Mei ini dan tidak mustahil berlakunya kejutan.
Sebagaimana rakyat sudah terdedah dengan pelbagai maklumat, kakitangan kerajaan juga tidak terkecuali daripadanya. Mereka juga sudah arif membezakan antara sokongan kerana kerajaan dengan sokongan kepada parti politik. Kehadiran Husam bukan saja tidak mustahil menghadirkan kejutan tetapi pastinya juga membuatkan UMNO dan BN tidak seselesa dulu mempertakankan kerusi Putrajaya ini. (SH 13/04/2013).
ROAD TO PUTRA JAYA
ReplyDeleteGeli dgn ko Shahbudin...sampah politik...dahlah x laku, menulis fitnah utk dpt perhatian...ko dgn blog ko ni cuma taraf sampah x de integriti...
ReplyDeletePegawai kerajaan jgn lupa undi BN, jika pakatam memerintah hbslah peluang anak2 melayu nk keje kerajjan, mereka akan kecilkan perkhidmatan awam...nanti anda akan hilang keselesaan seperti dulu....bersyukurlah jadi pegawai kerajaan semua secured...cuba kerja private sector sgt competitive....DAP ni matlamat cuma satu hapuskan hak2 Melayu dan Islam sampaikan sejak PRU 2008 PAS dah mcm kena ubat guna2 je..hah mana hukum hudud dgn Negara Islan dlm Buku Jingga?????kalo x de dlm buku Jingga...jgn lebih2 nk mengata UMNO...PKR??? who cares cuma org gila je yg sanggup undi parti rosak akidah ni...UNDILAH BN YAKINI BN RAMPAS SELANGOR....shahbudin ko diam najis politik yg dibuang UMNO..jgn nk delete komen aku ok najis politik
ReplyDeleteDimanakah fakta anda sebelum mengukir kata kata wahai sahabat.saya doakan Allah memberikan hidayah kepada kita semua.
DeleteTeruskan menulis..kami menghargai tulisan anda
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteKJ berang ! Edaran leluasa klip video lucah terbaru membabitkan serangan fitnah zina pemimpin kanan PAS, sokongan awam kepada UMNO dan BN di seluruh negara merudum lebih 25%.
ReplyDeleteTinjauan rambang yang dibuat keatas pengundi bukan melayu pula memperlihatkan hanya 5% percaya, manakala 95% selebihnya menolak klip video zina yang dimainkan oleh blogger2 maya Umno di internet sekarang.
Olahan karya paling haprak itu benar-benar memberi impak kepada peluang BN untuk menakluk sokongan rakyat kepada BN ternyata silap hitung, dimana strategi salah yg dimainkan oleh blogger-blogger mayanya ternyata 'makan diri' sendiri. A!langkah cantiknya sekiranya KJ and the gang turun padang mencari dalang disebalik kerja kotor ini. Dalang perlu diburu, sebagaimana polis dan tentera memburu pengganas Sulu. Mampos Umno, mampos BN..!
Apa hebatnya Tengku Adnan Tengku Mansor jadi wakil rakyat di Putrajaya... ? Tidak ada apa-apa. Kalau Ku Nan itu calon yang hebat dan bagus, dia tidak akan merayu pada para pengundi agar menolak kehadiran Husam Musa ke Putrajaya. Ini menunjukkan bahawa pengundi di Putrajaya itu adalah penentu siapa yang layak menjadi wakil rakyat di Putrajaya, bukannya kehebatan Ku Nan atau Husam Musa.
ReplyDeletePandangan tentang calon boleh menang sebenarnya tidak boleh pakai dalam pilihanraya ke 13 yang akan berlangsung pada mei yang akan datang. Walau pun calon itu Tun Mahathir,....di zaman ini ia akan dinilai berkaitan rekod peribadinya dan juga parti yang diwakilinya.
Hanya kumpulan orang bodoh, orang yang terlibat dengan rasuah dan pencacai makan upah saja yang akan menyokong calon tanpa perlu menilai siapa mereka.
Untuk membuktikannya pandangan itu, kita jemput Tun Mahathir yang rasa dia bagus dan hebat, masuklah bertanding dalam gelanggang Putrajaya. Kita sama-sama tengok sama ada pengundi disitu akan mengangkat dia sebagai wakil rakyat atau mencampakkan nya ke dalam longkang besar Putrajaya......
Tuan Shah,
ReplyDeletePandangan tuan ada benarnya malah berpijak dibumi nyata. Persetankan dengan ulasan ulasan hodoh dan celupar pencacai UMNO BN. Kalau moral pemimpin pun teruk, apa tah lagi penokong dan pencacai.
Cuma satu yang ingin saya tambah disini ialah peralihan sokongan kaum China kepada PR. malah hari ini orang orang china mahu pun India sudah berani secara terang menyokong dan mengundi PAS. Situasi ini tidak pernah pun kita fikir dan bayangkan akan berlaku lama sebelumnya. Kerja dan perancangan Allah tidak siapa mampu menyanggahnya.
Dan kalau hati orang orang China yang sekian lama takut dan meragui PAS tiba tiba boleh berubah secara drastik, apalah mustahilnya jika majoriti Melayu di Putrajaya yang selama ini menyokong UMNO boleh beralih angin mengundi Husam dan PAS?. Secara peribadi saya sangat yakin bahawa majoriti Melayu di Putrajaya yang hampir semuanya berpendidikan dan berilmu mampu mempertimbangkan mana yang baik dan mana yang buruk. Melayu yang setia beramal dengan Islam dan sayangkan negara tentu tidak mahu tercicir dari arus dan gelombang perubahan yang melanda Malaysia ketika ini demi masa depan negara yang lebih aman, selamat dan saksama.
http://www.youtube.com/watch?v=eWTnbjfn8so
ReplyDeletePertanyaan bekerja dgn kerajaan tapi mengundi pembangkang? org yg btanya ni jahil dalam demokrasi dan buta dgn undang-undang M'sia. Dalam sistem demokrasi setiap rakyat BERHAK memilih sesiapa yg berhak ia pilih.
ReplyDeleteSetengah manusia jenis ini tidak memahami asas agama,tidak mengerti ia hamba Allah.
Rohnya (nyawa)nya dari Allah,
rezeki yg ia makan tuu, datang dari Allah,
bumi yg dipijak tuu, bumi Allah
jangan sekali-kali berlagak mcam tuan.
Emm.. Husam Tu Calom Muda ke..
ReplyDeleteblogger pr sokong pr blogger bn sokong bn.. biasala sapa-sapa pun bley menulis..org bukan tau kita pakai spender harga berapa....
ReplyDeletesemua dah tjawab bagai mimpi d siang hari..husam sudah kusah..sudah la tidak berjaya menawan Putrajaya..EXCO kelantan pn tidak dapat..ambo ore kelate, ambo kena sapo husam ni..Terima Kasih kpd Tuanku Faris..mmg btl tindakan Tuanku.
ReplyDeleteBaru dia tahu mcm mn perasaan bla Janji lain dpt lain hahaha..dpt duit pangkah lain..kesian sama husam..kusam2